22 Nov 2010

Jangan Tertipu Beli Alat Penjimat Elektrik

Penjawat Awam Beli Alat Jimat Elektrik Tidak Berfungsi Berjaya Tuntut Hak

SEREMBAN, 22 Nov (Bernama) -- Mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna Seremban hari ini mengarahkan sebuah syarikat, SmartSaver Technology, untuk mengembalikan wang kepada seorang petugas kerajaan, K. Eeswary, 42, yang berasa tertipu dengan alat penjimatan elektrik keluaran syarikat itu.

Tribunal yang dipengerusikan Mohd Nasrim Mohd Salleh mengarahkan SmartSaver Technology memulangkan semula wang berjumlah RM1,999 berserta kos RM200 kepada Eeswary dalam tempoh 14 hari selepas surat arahan daripada mahkamah itu dihantar ke pejabat syarikat itu di Shah Alam.

Dalam perbicaraan pada hari Isnin, SmartSaver Technology dan wakil jualannya di Pagoh, Rosdi Abdul Rahman tidak hadir ke mahkamah.

Terdahulu, Nasrim sempat mengingatkan K. Eeswary supaya tidak lagi tertipu kerana Tenaga Nasional Berhad (TNB) sendiri tidak pernah mengiktiraf alat itu dan jurujual terbabit tidak menunjukkan surat kebenaran dari TNB.

Sementara itu, Eeswary memberitahu Bernama di luar mahkamah, dia membeli alat itu pada Februari tahun ini di Pagoh setelah diyakinkan oleh Rosdi bahawa bil elektrik rumahnya yang terpaksa ditanggung RM200 setiap bulan dapat dikurangkan sebanyak 30 peratus dengan alat penjimatan elektrik keluaran SmartSaver Technology.

Selepas menerima alat itu dan digunakan selama tiga bulan, alat itu katanya tidak berjaya mengurangkan bil elektriknya.

"Saya kemudian diminta untuk menghantar semula alat itu dan jurujual terbabit berjanji akan menggantikan dengan alat yang lain tetapi selepas Hari Raya Aidilfitri, alat itu tidak sampai ke rumah saya," katanya.

Eeswary turut menghubungi SmartSaver Technology tetapi syarikat itu tidak melayan tuntutannya malahan menyatakan tidak mengenali Rosdi, jurujual yang menjadi wakil syarikat itu di Pagoh.

"Saya mahu perkara ini dijadikan iktibar supaya orang seperti kita tidak lagi tertipu," katanya. -- BERNAMA

2 ulasan:

  1. juru jual mangkok hayun yang suka pi dok pedaya orang mengkedarah duit haram muka tak malu tempek kulit babi.

    BalasPadam
  2. Tip Yong bagi yang ingin jimat litrik:
    1. Guna solar enegy, LED light atau energy saver.
    2. Jangan guna air-cond. Buat satu water feature kat rumah. Satu pump cuma 30watt. Air-cond 1000watt. Water feature lebih cantik dari air-cond. untuk elak nyamuk, masukkan guppy. Ikan ni makan sikit je.
    3. Guna sensor light di bahagian rumah yang gelap. Pastikan sensor light ni boleh guna energy saver bulb. Ini boleh elak masalah lupa tutup lampu.
    4. Letak pokok lidah buaya dalam rumah.
    5. Pakaian pulak, antar ke dobi je. Seterika 1000-1500watt. Mesen basuh..opps tak tahu berapa watt.
    6. Pakaian dalam, tudung, stoken etc basuh dengan tangan je. Tahan lebih lama.
    7. Mungkin boleh cuba install "tubular skylight" untuk dapat cahaya percuma dari Allah (matahari).
    8. Boleh juga install air-booster. Letak atas bumbung macam kilang.
    9. Pastikan switch TV, computer, oven etc ditutup.
    10. Tidur awal dan bangun pagi.

    Harap tip Yong dapat membantu.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.