Remaja terima darah HIV kini hidap AIDS
Gambar: MUHD. KHAIRUN memeluk remaja lelaki malang yang kini dijangkiti AIDS di Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR - Penderitaan seorang remaja yang dijangkiti virus HIV sejak 11 tahun lalu gara-gara kecuaian kakitangan Hospital Segamat, Johor semasa melakukan pemindahan darah ke atasnya berterusan setelah dia kini disahkan menghidap AIDS.
Remaja lelaki berusia 14 tahun itu dikesan menghidap AIDS sejak empat bulan lalu.
Dia dijangkiti virus HIV ketika mendapatkan rawatan di Hospital Segamat sewaktu diserang penyakit kuning ketika umurnya tiga tahun.
Pengerusi Biro Aduan Komuniti UMNO, Datuk Muhd. Khairun Aseh berkata, pemindahan darah tersebut dilakukan tanpa mendapat sebarang persetujuan daripada keluarga remaja itu.
"Pihak hospital mengakui kesilapan yang mereka lakukan dan memberi pampasan sebanyak RM100,000 bagi meringankan beban pesakit. Bagaimanapun, ia jumlah yang amat kecil dan dianggap tidak berpatutan dengan kesalahan yang mereka lakukan.
"Lebih malang, remaja itu sekarang hidup menderita apabila disahkan menghidap AIDS oleh pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana sel darah putihnya semakin berkurangan," katanya di pejabat Biro Aduan Komuniti UMNO di sini semalam.
Menurutnya, remaja tersebut kini terpaksa menjalani rawatan yang terperinci di HKL akibat implikasi penyakit berbahaya tersebut kerana terdapat jangkitan kuman pada limpanya. -kosmo

Ada apa dengan RM100 ribu kalau dah rope itu punye sakit ? Kalau RM2 juta okay gak, bukan apa, dapatla jugak famili budak tu sediakan tempat yang selesa sementara sampai ajalnya. Orang lain pun akan sampai ajal, betul, tapi budak tu sedang menderita tunggu mati.... loklang sungguh !
BalasPadamdah banyak kali kes berlaku, tapi pemimpin BN buat bodoh saja
BalasPadamrakyat didahulukan mati, asalkan pemimpin UMNO selamat
BalasPadamBayaran RM100000 satu penghinaan kepada keluarga mangsa. Sepatutnya dibayar RM 5 juta. Razak Baginda tak buat apa2 kerja pun dibayar beratus juta.
BalasPadamkesihannya budak nih, kalau korang semua nk tahu, ini bukan kes yg julung2 kalinya berlaku di Hospital Segamat, sebelum nih pun dah ada,ibu baru bersalin kurang darah dan di masukkan darah pine yg terakhir ada mengandungi HIV, sekarang nih ibu tersebut dah meniggal dunia atas kecuaian pihak hospital SEGAMAT, tak silap aku lah orang FELDA Palong ker FELDA Palong Timur, haiii..ngeri aku, diaorg nih bonus tiap2 tahun nak, kerja main2, diaorg pk x nyawa manusia itu TERAMAT BERHARGA!!!
BalasPadam