25 Nov 2010

Dr Rafick Cadang PAS Ambil Alih Teraju Pakatan Rakyat

PR bukan PKR

Seorang aktivis masyarakat Dr Mohamed Rafick Khan bin Abdul Rahman mencadangkan agar PAS mengambil alih kepimpinan Pakatan Rakyat (PR). Ini berdasarkan kepada fakta bahawa PKR gagal untuk menunjukkan kewibawaannya sebagai sebuah parti yang berkemampuan dan berintegriti memimpin PR.

Menulis di dalam blognya di http://rights2write.wordpress.com, beliau berkata PKR telah mengecewakan harapan rakyat apabila PKR telah gagal untuk melakukan perkara yang paling penting di dalam menjalankan sesuatu pemilihan. Ini telah menjejaskan maruah mereka sendiri. Beliau menyatakan jika JPP atau parti telah mengakui wujudnya kekurangan dan mahu melakukan semula Pemilihan atau mengekalkan status quo sehingga semua isu-isu kepincangan diselesaikan, mereka akan lebih dihormati. Sebaliknya, pemimpin PKR terus melakukan pembohongan untuk menutup kepincangan tersebut.

Sambil mengakui bahawa jasa Anwar diingati kerana telah membawa PAS dan DAP duduk bersama untuk bergerak ke hadapan dengan ikatan yang lebih stabil dan mantap untuk PR, namun katanya ia adalah sesuatu yang telah menjadi sejarah. Kita perlu berada di dalam keadaan hari ini untuk bersedia di hari esok.

Untuk PAS menarajui PR, beliau menambah, PAS perlu bekerjasama dengan DAP dan memberi kefahaman kepada bukan Islam bahawa tiada apa yang perlu ditakutkan mengenai PAS. Ramai ahli PAS adalah professional di dalam bidang mereka. Ramai dari kalangan doktor, jurutera dan peguam. Mereka ini adalah golongan yang terbuka namun kental dengan nilai-nilai Islam yang membawa nilai hak asasi manusia sejagat.

PKR telah terjebak dengan pelbagai masalah seperti mereka yang melompat keluar parti, skandal seks dan juga ADUN serta MP PKR yang tidak berfungsi. Masanya telah tiba, menurutnya, penyokong dan pengundi PR mendesak lebih banyak kerusi diberikan kepada PAS dan DAP. Daripada nisbah moral dan nilai yang lebih diterima, beliau yakin DAP dan PAS adalah lebih ke depan. PKR tidak boleh dijadikan pemimpin PR selagi mereka tidak menunjukkan nilai kepimpinan yang terhormat. Untuk ketika ini wakil rakyat PAS tidak terjangkit dengan "penyakit" yang melanda PKR.

Dr rafick adalah seorang penyokong kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Di blognya tertera sebuah "banner" yang menyatakan header di blognya akan terus berwarna hitam selagi demokrasi tidak dipulihkan di Perak.



Dr Mohamed Rafick Khan Abdul Rahman yang juga Pengerusi Persatuan Pemilik Hartanah UKB (PHUKB) pernah menyatakan kepada sebuah portal online bahawa:

“Kami boleh memberi jaminan kepada mereka bahawa (kami ada) minimum 4,000 undi dalam pilihan raya umum akan datang.”

Menurut akhbar berkenaan, bilangan itu sudah cukup untuk menjatuhkan wakil PR di kerusi Parlimen Gombak dan Ampang serta kerusi DUN Bukit Antarabangsa.

Katadua mereka sekali gus memberi gambaran bahawa rakyat tidak peduli mengenai politicking yang wujud sekarang, sebaliknya mahu masalah-masalah setempat yang dihadapi diselesaikan, tambahnya.

Ia juga memberi amaran kepada PR bahawa penguasaan mana-mana negeri termasuk Selangor bukan sesuatu yang kekal jika masalah seumpama itu tidak diselesaikan.

Dr Rafick mendakwa jika kerajaan PR mengetepikan permintaan mereka, kemungkinan wakil rakyat semasa akan dibuang undi keluar dan digantikan oleh BN.


“Berdasarkan paten undi dan keputusan pilihan raya umum lalu, bilangan undi yang kami tawarkan sudah cukup untuk mengubah kedudukan Ahli Parlimen Gombak dan Ampang serta ADUN Bukit Antarabangsa,” tegas beliau.

“Kerajaan negeri Selangor telah campur tangan dan menjadikan keadaan lebih buruk bagi kami.

“Kami juga mengadakan perbincangan menerusi kerajaan persekutuan, melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, tetapi sehingga kini tiada masa yang diselesaikan,” katanya.

“Saya sangat kecewa. Dalam kapasiti peribadi, saya mengundi Azmin dalam pilihan raya tetapi nampaknya beliau telah mengecewakan saya,” katanya.

Sementara itu, sebelum ini pemimpin DAP, Lim Kit Siang telah menyatakan kebimbangannya di mana PR berhadapan dengan risiko jika pakatan itu terlalu yakin dengan menganggap bahawa perjalanan mereka untuk menawan Putrajaya daripada penguasaan BN sudah tidak boleh “dihalang lagi.”

“Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mesti dengan segera memulihkan kehilangan keyakinan rakyat ke atas Pakatan Rakyat, bukan sahaja ekoran kekalahan di Galas dan Batu Sapi, tetapi juga daripada masalah-masalah dan pergolakan dalaman parti-parti Pakatan Rakyat,” tegas Lim.

Lim berkata pemimpin-pemimpin PR sewajarnya dengan segera mengatasi kesemua masalah yang wujud sekarang dan mengembalikan keyakinan awam yang terhakis.

Presiden PAS TG Haji Abdul Hadi Awang pula, semasa perasmian Ijtima Tarbawi di Rusila telah melahirkan isi hatinya secara ikhlas yang beliau dan PAS dipinggirkan di dalam Pakatan Rakyat. Walhal PAS dengan petugasnya paling banyak membantu kemenangan calon-calon Pakatan Rakyat, tak kira apa parti dan bangsa sekalipun.

"Presiden PAS menegaskan bahawa PAS adalah parti yang memimpin, bukannya dipinggirkan apabila mencapai kemenangan, harakahdaily dipetik.

Beliau tidak mahu kesilapan yang lepas berulang di mana kumpulan Islam dipinggirkan apabila negara mencapai kemerdekaan.

Katanya, sewaktu negara dijajah, kumpulan Islam di depan menentang penjajah tetapi setelah merdeka, mereka dipinggirkan.

“Kita parti yang memimpin, menjadi teras, bukan dipinggirkan mudah-mudah oleh orang,” tegasnya," yang ramai pemerhati politik melihat ia sebagai satu sindiran tajam ke atas Anwar Ibrahim.

10 ulasan:

  1. Cadangan yang baik. Namun siapakah sosok dari PAS yang berupaya seperti DSAI. Sekadar didukkan pada kedudukan itu apalah ertinya. Haji Hadi telah pernah dikedudukan itu. Hasilnya apa..? Negeri perintahannyapu ghuyubun. Yang dimahukan rakyat ialah seorang yang mempu berperanan, bukan bergah dengan dengan status itu semata-mata.

    BalasPadam
  2. "PAS perlu bekerjasama dengan DAP dan memberi kefahaman kepada bukan Islam bahawa tiada apa yang perlu ditakutkan mengenai PAS."

    Kenyataan di atas harus disangkal kerana ianya telah pun berlaku bukan lagi perlu.. dlm byk hal dan dlm program. DAP & PAS bekerjasama dan melupakan PKR..

    Program atas nama Pakatan Rakyat.. tapi yg hadir cuma wakil DAP & PAS. Tidak mengerti.. kenyataan Dr. Rafick juga lebih kepada niat negatif kepada PKR dan PR...

    Malah tidak memetik alasan dan kenyataan bersama oleh pimpinan PR. Jika ini berlaku.. pembangkang akan kembali seperti 1999... Beginilah politik... bile lemah bersatu.. bila yakin sudah kuat... mule meninggalkan sahabat...

    BalasPadam
  3. salam.....saya sgt bersetuju...ttp perkara begini perlu diperhalusi..agar PKR,PAS dan DAP sama2 bersetuju..demi kelangsungan PR..jgn nnt krn krisis siapa nk jd ketua dlm PR...matlamat menuju Putrajaya terencat....spt kat Presiden Pas....Pas perlu ada kekuatan sendiri dlm menarik sokongan pengundi dlm p.raya akan datang....spt juga kt Dr...jasa Anwar dlm menggerakkan dan mwwujudkan PR kekal dlm sejarah negara.....namun..kita harus memandang ke depan....kpd semua saf kepimpinan...rangka gerak kerja dr sekarang demi kelangsungan PR ...masih ramai rakyat di bwh menanti perubahan yg lbh drastik di negeri2 PR....ayuh..jgn terlambat...spt di Galas dan Hulu Selangor....don't be like BN..kita mesti capai target dlm PRU 13..bkn lg BN..tetapi THE END.....

    BalasPadam
  4. Saya sangat setuju tapi masalahnya pas ni ramai yg PEMALAS. Daftar pemilih pun malas nak buat. Sama dgn pkr. Lihat saja dap, dia org pulun habis daftar pemilih tak kira melayu, cina atau india. Dari daftar pemilih ni sekurang2nya kita dpt 60 ~ 70% undi. Pas hanya berharap org melayu sokong Islam tapi tak pernah memikirkan latar belakang org melayu itu sendiri yg masih menganggap Islam itu hanya budaya mereka saja kerana mereka dilahirkan secara otomatik beragama Islam termasuklah melayu2 yg berpeleseran di kelab2 malam. Mereka semua mengaku Islam. Tak ada siapa yg berani mengaku bukan Islam walaupun perangai lebih jahat dari setan. Pas harus menyelami cara2 dakwah yg lebih efektif. Bukan hanya menyatakan halal haram saja tapi perlu lebih dari itu.

    Apa caranya? Jgn tanya saya sebab saya bukan pakar dalam soal hukum. Saya adalah orang yg terdidik dlm pendidikan sekular sejak lahir tapi saya ada sedikit kesedaran tentang perlunya Islamdiletakkan di tingkat yg paling atas. Saya kira golongan2 ulama lebih pakar dari saya. Lepas ini siapa nak gelar saya sekular, liberal atau apa pun... terpulang. Yg penting cita2 saya ialah untuk melihat Islam tertegak di bumi malaysia ini dan disegani oleh bukan Islam serta boleh menjadi ikutan saya sekeluarga yg liberal dan sekular ini.

    BalasPadam
  5. Daripada sibuk bergaduh sesama sendiri, baik fikirkan bagaimana nak jatuhkan BN. Korang bising2 macam ni, Najib makin popular. Rakyat makin hanyut. Apa la Pakatan Rakyat ni.

    BalasPadam
  6. sebenarnya Pakatan Rakyat ramai pemimpin seperti Nizar, TGNA boleh jadi PM, tak macam UMNO hingga macam najib pun boleh jadi PM

    BalasPadam
  7. Amat setuju cadangan ini tetapi PAS wajar membuat perubahan terutama tentang pucuk pimpinan.Kalau muka-muka seperti Hadi Awang,Nasaruddin Md.Isa,Mustafa Ali,Harun Taib,Hassan Ali,Harun Din dan Abu Bakar Chik - tak munkin PAS berkemampuan memikul tugas berat tu.Tambahan pula nama-nama yang disebut diatas,tak berapa berminat nak menentang UMNO sebab masih ghairah dengan UG.

    BalasPadam
  8. PR perlu didaftarkan sebagai parti. Di dalamnya PAS diberi lebih banyak kerusi berbanding PKR. Tapi disebabkan PAS tidak mempunyai pemimpin berkualiti (kecuali TG Nik Aziz yang berkualiti), maka atas persetujuan bersama harus diletakkan Anwar sebagai PM.

    BalasPadam
  9. Dulu PAS tak ada calon berkualiti. Kini Allah dah hantar seorang calon PM dari PAS. Mohd Nizar namanya.

    BalasPadam
  10. klu Pas benar2 mahu menarajui PR, calon yg dikira sesuai pada saya adalah Dato Seri Nizar, Husam Musa, Dr. Zulkifli, Dr. Syed Azman selain daripada tu adalah Tok Guru Nik Aziz

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.