Jumlah mangsa banjir terus meningkat di Perlis
KANGAR: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di seluruh Perlis meningkat kepada 11,411 orang daripada 2,301 keluarga.
Angka itu meningkat hampir sekali ganda berbanding jumlah yang dicatatkan pada sebelah pagi.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis berkata, mereka ditempatkan di kira-kira 50 pusat pemindahan.
Menurutnya, walaupun beberapa kawasan di utara Perlis telah mulai surut dan 1,162 mangsa sudah dibenarkan pulang petang ini, namun jumlah keseluruhan yang masih berada di pusat-pusat pemindahan adalah sebanyak 11,411 orang.
Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu menasihati mangsa-mangsa banjir supaya mengutamakan kesihatan dan meminum air bersih.
Katanya, bencana itu membabitkan banyak mangsa dan mereka terdedah dengan ancaman penyakit jika tidak berhati-hati.
Mengenai rungutan penduduk bahawa bekalan elektrik dipotong oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) di beberapa kawasan, Md Isa berkata, ia dilakukan demi keselamatan penduduk di kawasan banjir.
"Tiada pilih kasih. Rumah saya pun kena potong bekalan elektrik pada sebelah pagi," katanya. -Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.