1 Nov 2010

Amaran Hujan Lebat Peringkat MERAH Di Kelantan

Amaran hujan lebat peringkat merah di Kelantan

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat merah dan angin kencang selaju 40 kilometer sejam (kmj) hingga 70 kmj di Kelantan, manakala amaran hujan lebat peringkat jingga dikeluarkan untuk Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu.

Amaran hujan lebat peringkat merah membabitkan beberapa kawasan di Kelantan, antaranya Tumpat, Kota Baharu, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang dan Jeli.

Angin kecang dijangka berlaku hari ini dan berterusan sehingga esok, manakala hujan lebat yang dikesan semalam itu dijangka sehingga Rabu ini, kata Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan di sini hari ini.

Angin kecang itu berlaku akibat Lekukan Tropika dengan kelajuan 22 kmj yang dikesan bergerak ke arah barat laut kira-kira 256km ke timur perairan Kelantan pada pukul 8 pagi ini.

"Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri," kata kenyataan itu.

Kenyatan itu berkata, angin kencang akibat Lekukan Tropika itu juga dijangka berlaku di Terengganu, Kedah dan Perlis.

3 ulasan:

  1. adakah selebat
    airmata umno di Galas
    tiada batu sapi beban di Galas

    BalasPadam
  2. peringkat merah tu
    peringkat RED Warrior
    gomo klate gomo

    chokek mok bolok
    yak kelih bok te

    BalasPadam
  3. rakyat dah beri amaran peringkat merah kepada UMNO tapi masih tak paham lagi

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.