30 Nov 2010

Bekas Suami Lihat Daphne Iking Dipeluk Bahu, Cium Pipi

Bekas Suami Lihat Daphne Iking Dipeluk Bahu, Cium Pipi

KUALA LUMPUR: Bekas suami kepada Daphne Iking memberitahu Mahkamah Teknologi di sini Isnin, bahawa beliau melihat bahu model dan pengacara terkenal itu dipeluk manakala pipinya dicium oleh seorang ahli perniagaan yang dinamakan sebagai defendan dalam saman peribadinya.

Ryan Chong Yiing Yih, 32, mendakwa kejadian itu belaku semasa beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, dekat sini daripada Shanghai, China pada 5 Julai 2008.

“Saya melihat tangan kanan Darren Choy (defend) berada di atas bahu Daphne dan dia mencium pipi isteri saya, berdekatan dengan telinganya.

“Saya amat terkejut dengan situasi itu, Bukan itu sahaja, lebih mengejutkan apabila mengetahui bahawa Darren turut sama dalam penerbangan yang dinaiki oleh Daphne dari London,” katanya.

Beliau yang disoal dalam pemeriksaan oleh peguamnya,Wong Kian Kheong juga menambah, sejurus selepas itu dia menerima pesanan daripada Daphne yang bertanyakan lokasinya.

Ryan memberitahu Daphne bahawa beliau melihat perlakuan tersebut dan meminta Daphne untuk menghubungi Darrren bagi berbincang.

“Mereka berdua menafikan mempunyai hubungan sulit,” katanya di hadapan Majistret Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah.

Daphne berkahwin dengan Ryan, 31, pada 27 Januari 2007 di Bali, Indonesia dan pasangan itu dikurniakan seorang anak, Isobel Daniella, dua tahun.

Ryan juga memberitahu, dia sekali lagi menjumpai bukti apabila menbuka komputer peribadinya yag dikongsi bersama Daphne selepas pulang daripada tempat kerja pada pukul 1 pagi, 10 Ogos 2008.

“Saya membuka akaun e-mail Daphne dan menjumpai sejumlah e-mail yang dihantar Darren kepadanya. Hampir sejam saya membaca e-mail yang dihantar dan dibalas antara mereka, saya menyalin kandungan e-mail ke dalam fail peribadi saya,” katanya.

Katanya, ia dibuat untuk ditunjukkan kepada kawannya, Harold Tan.

Ryan, 31, memfailkan saman peribadi terhadap Darren, 44, kerana menuduh Daphne Eleanor Iking, 30, dengan niat supaya wanita itu melakukan persetubuhan yang ditegah dengannya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di B-13-2, The Plaza, Jalan Wan Kadir 3, Taman Tun Dr Ismail, di sini, antara Julai 2007 dan September 2008.

Darren dipercayai merupakan individu pertama yang didakwa mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jka sabit kesalahan.

Darren diwakili peguam-peguam Akbardin Abdul Kader dan Datuk Jagjit Singh.

Perbicaraan bersambung pada 17 Disember ini. -mstar

Aduan Kakitangan Awam Biadab Meningkat

Aduan babit penjawat awam biadap makin meningkat - Murugiah

IPOH -- Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T.Murugiah hari ini menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kes membabitkan penjawat awam berlaku biadap dan bersikap perkauman terhadap orang ramai.

Beliau berkata masalah salah laku penjawat awam terutama yang bertugas di barisan hadapan tersebut disedari meningkatkan berdasarkan peningkatan aduan yang diterima oleh Biro Pengaduan Awam (BPA).

"BPA menerima lebih 60 aduan dari seluruh negara setiap bulan yang membabitkan penjawat awam bersikap kasar, biadap dan menyentuh isu perkauman sehingga menimbulkan rasa kemarahan pengadu dan rakyat," katanya pada sidang akhbar di pejabat BPA Perak di sini.

Aduan terhadap kes seumpama itu menimbulkan kemarahan kaum dan ia boleh digunakan sebagai isu untuk menyebabkan perbalahan di kalangan pemimpin politik, katanya.

Murugiah berkata BPA sedang memantau semua aduan yang diterima itu dan tidak akan teragak-agak untuk mengesyorkan tindakan sewajarnya diambil oleh jabatan atau agensi terbabit bagi membendung masalah itu.

Katanya, tindakan yang boleh diambil termasuk memecat, menggantung atau mengenakan tindakan disiplin kepada individu yang terbabit.

Menurutnya, satu contoh kes yang diterima BPA ialah aduan pada 10 Nov lepas yang membabitkan seorang jururawat di sebuah hospital di sini yang mengeluarkan kata-kata kesat dan bersifat perkauman terhadap satu keluarga.

Murugiah berkata kebanyakan kes yang dilaporkan membabitkan penjawat awam beruniform dan yang berurusan setiap masa bersama pelanggan seperti anggota polis, kakitangan hospital dan sekolah.

Beliau berkata isu seperti itu menimbulkan masalah apabila berlaku campur
tangan ahli politik.

Beliau menasihati penjawat awam supaya lebih peka berhubung isu berkaitan dan berusaha sebaik mungkin memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan mereka. -- BERNAMA

Demokrasi Terpilih Atau Demokrasi Berpilih?

Demokrasi Terpilih atau Demokrasi Berpilih? Oleh Faisal Mustaffa dan Lingswaran Singh

Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Konvensyen Selangor Democratic Action Party (DAP) baru sahaja selesai. Masing-masing sarat dengan permasalahan sendiri. Apa yang menarik untuk diperhatikan adalah perkembangan politik baru yang sudah mula bercambah dengan baik. Pemilihan Majlis Pimpinan KeADILan, walaupun dicemari pelbagai dakwaan penyelewengan seperti juga Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), telah berjalan dengan baik.

Ramai pengkritik yang tidak puas hati dengan cara perjalanan pemilihan tersebut. Namun itu bukan masalah rakyat. Itu permasalahan dalam parti tersebut, tidak melibatkan mereka yang bukan anggota parti. Sebagai pemerhati, sudah semestinya Malaysia telah melangkah ke arah demokrasi yang lebih matang dengan pengenalan sistem pemilihan terus ini.


Membawa perubahan ke Putrajaya

Kami harapkan agar KeADILan komited untuk membawa perubahan ini kepada sistem pilihan raya Malaysia jika suatu hari nanti mereka berjaya menawan 2/3 Dewan Rakyat. Suatu sistem di mana setiap rakyat berhak untuk menentukan tampuk pimpinan negara. Kami pasti rakyat Malaysia juga mahu peluang untuk memilih kabinet mereka sendiri, bukan seperti sekarang di mana mereka yang kalah pilihan raya umum dilantik menjadi senator dan kemudiannya menjadi menteri dan timbalan menteri.

Ada juga yang memperlekeh pemilihan menerusi pengenalan dasar satu anggota satu undi yang pertama di Malaysia, kerana jumlah yang keluar mengundi tidak memberangsangkan. Dari satu sudut yang lain, itu sebenarnya demokrasi. Hak untuk mengundi itu tidak boleh dipisahkan dengan hak untuk tidak mengundi. Jika ahli parti tersebut enggan untuk mengundi maka itu adalah satu demonstrasi demokrasi yang semakin matang. Berhubung masalah penipuan dan sebagainya, itu adalah perkara kedua, apa yang penting adalah amalan demokrasi itu sendiri.

Kami juga tidak sekepala dengan SPR yang mengikut nasihat kabinet yang rata-rata terdiri daripada mereka yang kalah dalam pilihanraya umum. Kononnya masalah yang akan dihadapi akan menjadi lebih besar daripada kebaikan yang akan diperoleh. Oleh yang sedemikian, mereka menangguhkan cadangan untuk mendaftarkan secara automatik hampir empat juta rakyat yang belum berdaftar. SPR juga khuatir kemungkinan jika sistem itu dilaksanakan pengundi yang tidak dapat dikesan akan berlipat ganda.

Selain daripada itu, parti pemerintah pula baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan membuka keahlian terus ke dalam Barisan Nasional. Ini juga satu perkembangan politik yang baik dan menggambarkan perubahan politik tanah air yang kian dewasa. Kami cuma berharap agar kenyataan itu tidak menjadi gimik politik semata-mata, dan jika terlaksana mungkin ada baiknya sistem pemilihan keADILan ditiru tanpa mempedulikan retorika politik yang bakal timbul. Barangkali parti-parti komponennya juga wajar mengadaptasi sistem pemilihan ini.

Demokrasi tanpa hak asasi

Ini adalah kerana, pemilihan terus memperlihatkan ciri-ciri demokrasi tulen, sistem ini bukan milik sesiapa, sistem ini milik masyarakat yang mengamalkan prinsip-prinsip demokrasi, dan Malaysia adalah satu contoh demokrasi. Namun tidak memadai jika demokrasi hanya dizahirkan melalui pemilihan tampuk pimpinan parti dan kerajaan, demokrasi juga harus dipupuk melalui amalan sosial. Kebebasan kehakiman, kebebasan media, kebebasan bersuara dan sebagainya adalah komponen-komponen penting dalam menyuburkan demokrasi.

Demokrasi tanpa hak berhimpun, hak bersuara, hak untuk berpolitik dan hak asasi umpama demokrasi sandiwara buatan Myanmar. Suatu produk yang kita tidak mahu, satu produk yang amat menghampakan, suatu produk yang menghina intelek rakyatnya. Kami mengharapkan amalan demokrasi yang lebih berkesan di Malaysia, di mana proses membuat keputusan sesuatu dasar awam mahupun projek awam melibatkan masyarakat secara terus.

Sewajarnya kita sebagai masyarakat yang mendukung demokrasi harus menjadikan amalan demokrasi itu satu proses dalam hidup seharian. Anak-anak kita harus diajar berdemokrasi dari bangku sekolah lagi. Mungkin Malaysia berpeluang menjadi lebih baik, mungkin Negara yang terbaik di rantau ini, namun semua itu hanya harapan suatu perjuangan indah semata-mata jika kita tidak berani berubah.

Nelson Mendela berjaya menghapuskan dasar Apartheid yang memisahkan rakyat Afrika Selatan selama 47 tahun melalui demokrasi. Barangkali demokrasi yang lebih baik mampu menyelesaikan masalah-masalah politik yang telah membelenggu fikiran kita sejak merdeka. 28 juta rakyat tidak mungkin diwakili oleh satu kabinet kecil yang terdiri daripada mereka yang kalah dalam pilihanraya, demokrasi tulen datangnya daripada rakyat, bukan mana-mana parti politik. -MR

Nizar: Kesavan Dianiaya

Nizar anggap Speaker aniaya Kesavan

IPOH, 30 Nov: “Kita dapati ada penganiayaan Speaker (Ganeson) dengan apa kesalahan sebenar Hutan Melintang (Kesavan) dihalau keluar (dewan),” kata Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Adun Pasir Panjang itu menyifatkan R Ganesan kurang arif berkaitan peraturan dewan yang telah menyebabkan Adun Hutan Melintang diusir keluar pada persidangan Dun hari ini.

“Hal ini sangat mendukacitakan. Beliau (Ganesan) merujuk kepada peraturan apa dan di mana rujuknya,” ujarnya pada sidang media petang ini yang diadakan di Wisma DAP, di sini selepas pembentangan bajet negeri 2011 oleh menteri besar.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata, apa yang berlaku itu adalah satu penganiayaan yang jelas lagi terang kepada anggota dewan dari Pakatan Rakyat.

Katanya, kes yang dibawa oleh Kesavan adalah persoalan besar mengenai penempatan penduduk.

“Apakah kerana usul besar yang diketengahkan berhubung penempatan penduduk oleh Hutan Melintang itu membuatkan kezaliman berlaku ke atas beliau,” soalnya.

Mengenai bajet yang dibentangkan oleh Datuk Seri Dr Zambry, beliau mempersoalkan bajet defisit itu.

“Kita hendak tanya dari mana akan diambil mana bajet tambahan,” ujarnya.

Baginya, bajet itu ada unsur bajet pilihan raya seperti pertambahan elaun baru kepada ketua JKKK selain mengandungi unsur untuk beli dan mengula-gulakan rakyat.

“Kami akan jawab dalam ucapan dan akan bentang bajet alternatif,” katanya lagi.

Katanya, isu-isu besar mengenai permasalahn rakyat masih tidak dibentang dan bajet itu menggambarkan tidak ada peruntukan yang menyeluruh. -harakahdaily

Nasib 39,000 Penduduk Kampung Baru Menjadi Tandatanya

Lo'Lo': Habislah orang Kampung Baru kena pindah

Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali berkata pindaan terbaru Draf Rancangan Pembangunan Kuala Lumpur 2020 yang menyaksikan Kampung Baru ditandakan sebagai kawasan komersial sepenuhnya, perlu dipersoal,.

Katanya, pindaan itu juga memberi maksud bahawa penduduk Kampung Baru tidak boleh lagi menetap di Kampung Baru dan perlu berpindah.

"Habislah orang Kampung Baru. Pindaan terkini Deraf KL 2020 menandakan Kampung Baru sebagai kawasan komersial seratus peratus.

"Bermakna tiada residential area. Orang Kampung Baru tak boleh tinggal dah di Kampung Baru, semua kena pindah terus," katanya yang juga AJK PAS Pusat kepada Harakahdaily.

Dr Lo' Lo' berkata demikian sebagai mengulas pindaan terbaru Draf Rancangan Pembangunan Kuala Lumpur 2020.

Zon komersial sepenuhnya

Mengikut draf rancangan itu, Kampung Baru di Kuala Lumpur telah ditandakan sebagai kawasan komersial sepenuhnya.

Perancangan itu, kini dipamerkan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sehingga Rabu ini dan menunjukkan semua kawasan seluas 250 ekar tanah di Kampung Baru akan dimasukkan sebagai satu daripada tiga Pusat Komersial Bandaraya (CCC).

Dua lagi CCC itu adalah kawasan sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan kawasan sekitar KL Sentral di Brickfields.

CCC, seperti ditakrif dalam draf itu tidak perlu mempunyai unit kediaman dan boleh mempunyai 100 peratus kawasan komersial.

Ini menimbulkan tandatanya sama ada rumah-rumah kediaman di Kampung Baru, termasuk rumah tradisional Melayu terpaksa dirobohkan untuk pembinaan bagunan komersial.

Namun plan draf itu menyatakan pembangunan masa depan tidak akan menghakis imej Kampung Baru sebagai tapak warisan Melayu tetapi sebaliknya berkata akan 'memperkuatkan lagi identiti Melayu daripada pelbagai aspek”.

Masjid diperbesarkan

Ia bagaimanapun tidak memberi butiran tersebut kecuali berkata konsep seni bina Melayu akan diterapkan.

Seorang pegawai DBKL yang mengendalikan 'booth' di sana memberi jaminan bahawa rancangan pembangunan Kampung Baru akan memastikan tanda mercu seperti Masjid Jamek dan Kelab Sultan Sulaiman tidak akan diusik.

“Malah, masjid akan diperbesarkan,” katanya yang memohon namanya tidak disiarkan.

Ditanya mengenai nasib yang bakal dialami oleh kira-kira 39,000 penduduk Kampung Baru, pegawai itu memberi jaminan mereka tidak akan diusir keluar.

Apabila diajukan bagaimana ini akan dilakukan, beliau berkata pembangunan akan dijalankan secara berperingkat tetapi tidak mahu mengulas lanjut.

Penjara Pudu

Perkembangan terbaru itu menimbulkan persoalan sama ada rumah-rumah kediaman di Kampung Baru, termasuk rumah tradisional Melayu terpaksa dirobohkan untuk pembinaan bagunan komersial.

Menurut Lo' Lo' lagi, lebih menghairankan, kenapa kawasan Penjara Pudu boleh dibina kawasan penempatan, sedangkan ia juga terletak di kawsan bandar Kuala Lumpur, malah bukan kawasan penempatan pun sebelum ini.

"Hairannya Penjara Pudu akan dibangunkan dengan 30 peratus residential," katanya lagi.

Kira-kira 39,000 penduduk menetap di Kampung Baru dan nasib mereka kini menjadi tanda tanya.

[Bergambar] Kemalangan Aneh Pesawat Di Udara.

Kemalangan aneh pesawat di udara

GAMBAR menunjukkan salah satu sayap pesawat ringan dikendalikan Dino Moline patah (dalam bulatan).

SANTA FE - Seorang juruterbang Argentina, Dino Moline nyaris maut selepas salah satu sayap pesawat ringannya patah ketika dia melakukan aksi lagak ngeri di udara, lapor sebuah akhbar semalam.

Rakaman video menunjukkan nahas udara itu berlaku ketika Moline beraksi dalam satu pertunjukan udara di sini, baru-baru ini.

Seramai 3,000 penonton melihat insiden itu dengan diselubungi perasaan cemas apabila sayap pesawat pasukan Briged Udara RANS tiba-tiba patah pada ketinggian 500 meter.

Namun, juruterbang itu bernasib baik kerana dia sempat mengaktifkan sistem payung terjun dan keluar dari pesawat itu dengan selamat sebelum ia terhempas.

"Saya selamat, cuma kaki saya yang melecur," katanya selepas nahas udara itu. - Agensi.






[Bergambar] Gunung Bromo Meletus, Lapangan Terbang Malang Ditutup

Indonesia tutup lapangan terbang Malang

GUNUNG Bromo yang terletak di Jawa Timur menghamburkan awan debu semalam.

JAKARTA - Pemerintah Indonesia semalam menutup Lapangan Terbang Abdul Rachman Saleh ekoran letusan gunung berapi yang terletak kira-kira 25 kilometer ke barat Gunung Bromo di Jawa Timur.

Lapangan itu ditutup kerana awannya mencapai setinggi 700 meter ke udara.

Jurucakap Kementerian Pengangkutan Indonesia, Bambang Ervan berkata, lapangan terbang domestik bandar Malang tersebut akan ditutup sehingga 4 Disember depan kerana abu yang dihamburkan itu mengandungi bahan kimia yang akan mengakibatkan gangguan pada enjin kapal terbang.

Ahli vulkanologi pemerintah, Surono berkata, gunung berapi tersebut akan menghamburkan asap selama beberapa hari lagi.

Gunung Bromo yang merupakan lokasi tumpuan pelancong, mula mengeluarkan bunyi pada awal bulan lalu.

Pihak pemerintah mengeluarkan amaran bahaya tahap merah namum ia berbeza dengan Gunung Merapi yang meletus pada 26 Oktober lalu.

Kawasan sekitar Bromo tidak mempunyai kepadatan penduduk kerana ia berhampiran dengan Taman Negara Bromo-Tengger-Semeru. - AFP









Lagi Kereta Terbakar Dalam Nahas: Seorang Wanita Rentung

Kuantan: Seorang warga tua rentung manakala suaminya parah selepas kereta Proton Iswara yang dinaiki terbakar dirempuh sebuah Toyota Vios dalam kejadian jam 1.45 petang di Kilometer 35 Jalan Kuantan-Kemaman, di sini, semalam.

Mangsa, Senik Osman, 69, manakala suaminya Abdul Ghani Ahmad, 72 berasal dari Felda Bukit Kuin di sini.

Pemandu Toyota Vios, Patrick Chai Yew Fai, 22, dari Lorong Kubang Buaya, turut parah.

Difahamkan, pasangan suami isteri terbabit dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mengedarkan kad perkahwinan anak perempuan mereka di rumah kenalan dan saudara di Kemaman.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Zulkifli Taha, berkata siasatan mendapati kereta Toyota Vios yang dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Kemaman memasuki laluan bertentangan kerana cuba memotong kenderaan di hadapannya dan bertembung dengan kereta dipandu Abdul Ghani.

“Abdul Ghani sempat keluar dari kenderaan tetapi isterinya, Senik yang duduk di tempat penumpang depan dipercayai tersepit gagal berbuat demikian sebelum kenderaan itu terbakar.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, di sini, semalam.

Zulkifli berkata, sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Gebeng tiba ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran sebelum mayat mangsa dikeluarkan dan dihantar ke bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini. -BH

Washington Dimalukan Dengan Pendedahan Wikileaks


WikiLeaks anggap Washington bersikap hipokrit dalam hal-ehwal antarabangsa

WASHINGTON: Laman web pembocor maklumat WikiLeaks semalam menyiarkan ratusan ribu dokumen diplomatik Jabatan Negara Amerika Syarikat yang mendedahkan secara terperinci bagaimana Washington memandang rendah hingga menghina pemimpin dunia.

Paling serius, kabel itu juga menunjukkan Amerika mengarahkan operasi pengintipan terhadap diplomat asing di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tindakan yang melanggar undang-undang antarabangsa.

"Pembocoran maklumat itu adalah 'sejarah diplomatik Amerika' meliputi semua isu penting ketika Washington berdepan pendedahan memalukan"

Semua wakil tetap Majlis Keselamatan termasuk Russia, China, Perancis dan Britain menjadi sasaran intipan termasuk Setiausah Agung, Ban Ki-Moon.

Amerika menyifatkan Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy terlalu mudah tersinggung dan mempunyai gaya kuku besi; Perdana Menteri Russia, Vladimir Putin digelar Batman manakala Robin ialah Presiden Dmitry Medvedev dan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad dirujuk sebagai ‘Hitler’.

Selain itu, pemimpin Itali, Silvio Berlusconi, suka berparti dan tidak cekap sebagai seorang pemimpin moden Eropah; pemimpin Libya, Muammar Gaddafi pula dikatakan suka dengan seorang jururawat Ukraine yang montok dan mengiringinya ke mana saja manakala Canselor Jerman, Angela Merkel tidak suka mengambil risiko dan tidak kreatif.

Sementara itu, Presiden Afghanistan, Hamid Karzai, disifatkan ‘amat lemah dan tidak suka mendengar fakta tetapi mudah dipengaruhi sesiapa yang melaporkan komplot terhadapnya meskipun sukar dipercayai manakala pemimpin Korea Utara, Kim Jong-il, disifatkan ‘lelaki tua yang gendut’ dan mengalami trauma fizikal dan psikologi.

Akhbar The New York Times, The Guardian, akhbar Jerman Der Spiegel, akhbar Perancis Le Monde dan akhbar Sepanyol El Pais menyiarkan bahagian pertama dokumen berkenaan dan berkata susulan akan dibuat pada hari berikutnya.

Pengasas WikiLeaks, Julian Assange menyifatkan pembocoran maklumat itu sebagai ‘sejarah diplomatik Amerika’ yang meliputi semua isu penting ketika Washington berdepan pendedahan memalukan itu.

WikiLeaks mula menyiarkan 251,287 maklumat, 15,652 daripadanya dianggap ‘sulit’ dari 274 kedutaan Amerika di seluruh dunia di laman webnya sendiri http://cablegate.wikileaks.org

Dalam satu pengenalan, ia menyifatkan Amerika sebagai kuasa besar hipokrit dengan dua sikap berbeza ketika berada di khalayak dan ketika ‘di balik tabir’.

“Maklumat itu menunjukkan tahap pengintipan Amerika ke atas sekutunya dan PBB; ‘menutup sebelah mata’ dalam isu rasuah dan hal asasi dengan ‘negara rakan’ rundingan ‘belakang pintu’ dengan negara yang sepatutnya berkecuali; melobi untuk korporat Amerika dan kaedah yang diambil diplomat Washington untuk merebut peluang.

Dokumen juga mendedahkan pertelingkahan nuklear Pakistan hingga kepada gesaan pemimpin Arab Saudi agar Iran diserang.

Maklumat yang dibocorkan itu juga mendedahkan usaha kerajaan China menggodam laman web Google, rancangan menyatukan Semenanjung Korea selepas kejatuhan Korea Utara dan kenyataan Raja Arab Saudi bahawa Amerika perlu mengebom Iran untuk menghentikan program nuklearnya dengan berkata: “Potong saja kepala ular itu”.

Ia memperincikan kenyataan tertutup yang boleh mencetuskan skandal termasuk kata-kata Presiden Yaman kepada tentera Amerika, ‘Kami akan terus kata bahawa bom itu kepunyaan kami dan bukan anda’ ketika membincangkan serangan rahsia Amerika ke atas al-Qaeda. – AFP/Agensi


Ahmadinejad tepis bocoran Wikileaks

Bocoran menyebutkan Arab mendesak AS menyerang program nuklear Iran

Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad menyebut kebocoran maklumat teleks para diplomat Amerika yang mengatakan negara-negara Arab mendesak Washington agar menghancurkan program nuklear Iran sebagai sebuah propaganda.

Ahmadinejad mengatakan penerbitan bocoran dokumen rahsia di tapak web Wikileaks itu hanyalah perang psikologis melawan Iran.

Dalam satu sidang akhbar di television dia mengatakan seharusnya orang-orang tidak membuang-buang waktu membaca maklumat seperti itu.

"Kami tidak menganggap maklumat ini dibocorkan," kata Presiden Ahmadinejad. "Kami beranggapan penerbitan itu disusun agar diterbitkan secara rutin untuk mencapai tujuan politik."

Terasing

Dia menambahkan bocoran itu tidak akan mempengaruhi hubungan Iran dengan negara-negara lain.

Di satu sisi penerbitan dokumen-dokumen di Wikileaks itu boleh dilihat sangat merusak terhadap Iran, kata wartawan BBC di Iran, James Reynolds.

Untuk pertama kalinya - hitam di atas putih - ada bukti bahwa negara-negara Arab secara aktif mendorong Amerika agar menyerang Iran, kata Reynolds, dan dari dokumen-dokumen itu Iran seperti terasing dan terancam, tambahnya.

Bila hal ini memang membuat khuatir pemerintah Iran, pemerintah tidak akan mengungkapkannya kepada umum. Sebaliknya, menurut James Reynolds, tanggapan Ahmadinejad itu tampaknya sesuai dengan pandangan Iran selama ini, bahawa segala tindakan Amerika sangat tersusun dan bermaksud menimbulkan keretakan di antara negara-negara Muslim.

Amerika Syarikat mengatakan pembocoran dokumen rahasia itu "sembrono" dan membahayakan jiwa banyak diplomat.

Namun pendiri Wikileaks, Julian Assange, mengatakan pihak berwenang Amerika takut untuk bertanggung jawab. -BBC


Suami Mati Dihempap Pokok Reput

Sujud dakap jenazah suami

KUALA LUMPUR: Hanya deraian air mata pilu dapat menggambarkan kesedihan seorang isteri ketika mencium mayat suaminya yang berlumuran darah akibat dihempap tunggul pokok tumbang secara tiba-tiba berhampiran Hutan Simpan Bukit Nanas, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, Hayati Husin, 30-an hanya mampu bersujud sambil mendakap kepala suaminya yang ditimpa batang pokok sebesar dua pemeluk.

Sumber polis trafik berkata, kemalangan ngeri itu berlaku apabila Mohd Helmi Hussin, 37, sedang menunggang motosikal bersendirian arah Jalan Raja Chulan, di sini.

Menurutnya, sebatang tunggul pokok setinggi kira-kira 10 meter tiba-tiba tumbang lalu menimpa mangsa yang dipercayai tidak sempat mengelak.

“Difahamkan, mangsa baru saja menghantar isterinya Hayati yang bekerja di sebuah bank tidak jauh dari lokasi kejadian sebelum menaiki motosikal untuk ke tempat kerjanya di sebuah bank berhampiran Jalan Raja Chulan, di sini.

“Namun, selepas beberapa minit menghantar isterinya, mangsa dihempap tunggul pokok yang rebah menyilang di jalan berkenaan. Kejadian itu menyebabkan kepala dan tubuh mangsa cedera parah dan dia mati di lokasi kejadian,” katanya.

Isteri mangsa yang dimaklumkan berhubung kejadian itu oleh rakan sekerja bergegas ke lokasi kejadian.

Suasana di tempat kejadian menjadi pilu apabila Hayati dipapah rakan tidak dapat menahan sebak dan kemudian bersujud sambil mencium kepala suaminya sebagai tanda kasih.

Episod sedih itu turut meruntun hati beberapa anggota polis trafik dan orang ramai yang mengerumuni lokasi kejadian.

Anggota polis trafik bersama anggota bomba dan penyelamat serta kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berusaha memindahkan mayat mangsa selain mengalihkan batang pokok terbabit yang menghalang laluan.

Hayati kemudian turut menaiki kenderaan polis menghantar jenazah suaminya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.

Bapa saudara Hayati yang hanya mahu dikenali sebagai Pak Ngah berkata, dia menerima panggilan telefon daripada anak buahnya memberitahu mengenai kemalangan kira-kira jam 9 pagi.

Dia yang dalam perjalanan ke Port Dickson, Negeri Sembilan, bergegas pulang ke ibu kota dan terus ke HKL.

Menurutnya, melalui gambar dirakam kawan arwah di tempat kejadian, dia mendapati pokok itu sudah reput. Katanya, kejadian malang itu mungkin dapat dielak jika pihak bertanggungjawab melakukan pemantauan dan menebang pokok yang boleh membahayakan nyawa.

“Namun, kami reda dengan apa yang berlaku dan berharap perkara seumpama itu tidak berulang,” katanya.

Jenazah mangsa disembahyangkan di Masjid HKL sebelum dibawa ke kampung halaman mangsa di Ipoh, Perak untuk dikebumikan. -hm

Aduka Taruna Kena Pelempang Di Mahkamah?

Hari ini perbicaraan Aduka Taruna di Mahkamah Seremban.

Berlaku sedikit kekecohan di Mahkamah sebentar tadi apabila sekumpulan lelaki (3 orang) yang berlagak seperti samseng kampung dusun membuat huru hara.

Pada mulanya, Aduka Taruna telah di hampiri oleh 3 lelaki tersebut, dan salah seorang daripadanya berkepala botak dan berbaju biru telah menghampiri beliau dan bertanyakan nama. Aduka Taruna menghulurkan tangan untuk bersalaman sambil mengaku bahawa beliau adalah Aduka Taruna... sudah la salam yang di hulur tidak bersambut.... dalam masa yang sama mamat botak tersebut telah melempang Aduka Taruna (terkena bahagian kepala).

Berlaku kekecohan dan pergelutan, apabila adik Aduka Taruna bingkas bangun untuk membelasah mamat botak tersebut, malangnya telah di halang oleh polis yang bertugas di Mahkamah.

Dalam kekecohan tersebut si mamat botak itu telah menghilangkan diri, walau bagaimana pun kawan2 Aduka Taruna yang ada di situ sempat mengambil gambar 2 lelaki (kawan2) mamat botak tersebut. Gambarnya akan di upload dalam blog Aduka Taruna petang nanti dan menjadi bukti insiden tersebut.

Lebih malang lagi, apabila polis hanya memegang adik Aduka Taruna dan tidak menangkap mamat botak yang berlagak samseng dan pengecut tarak teloq hingga berjaya meloloskan diri.

Laporan Polis akan di buat oleh Aduka Taruna selepas perbicaraan tengahari nanti.

Berita selanjutnya akan menyusul samada di blog ini atau blog Aduka Taruna. -ikutsukaaku

Bapa Mangsa, Seorang Bekas Tentera Persoal Pembunuhan Anaknya

Bekas tentera persoal pembunuhan anaknya

Bapa kepada Hanafi Omar, 22, yang baru-baru ini mati ditembak oleh polis atas dakwaan cubaan merompak, tidak percaya anaknya itu dibunuh kerana polis cuba mempertahankan diri mereka.

Omar Abu Bakar, seorang bekas tentera berkata kecederaan di muka anaknya itu tidak konsisten dengan tembakan bagi menghalang seseorang penyerang.

Menurut veteran askar berusia 57 tahun itu, berdasarkan pengalamannya dengan tentera, dua kecederaan akibat peluru di muka anaknya itu agak aneh.

"Saya tahu bagaimana hendak mengendalikan senjata, dan saya tidak percaya bila mereka kata anak saya menyerbu dan cuba serang mereka. Awak tak akan dapat kecederaan seperti itu ketika menyerbu,” katanya selepas mengiringi anak sulungnya membuat laporan di ibu pejabat polis Petaling Jaya hari ini.

Anaknya, Mohammad Najib, 27, memfailkan laporan menuntut siasatan terperinci ke atas kematian adiknya, Hanafi. Mereka diiringi perwakilan Lawyers for Liberty - Sasha Lyna Abdul Latif, Sahli parlimen Sungai Siput Dr Devaraj Jeyakumar dan penyelaras pertubuhan hak asasi Suaram, Lucas Yap Heng Lung.

Pihak polis mendakwa tembakan terpaksa dilepaskan bagi mempertahankan diri mereka apabila Mohd Hanafi dan dua rakannya - Mohd Shamil Hafiz Shapiei, 15, dan Hairul Nizam Tuah, 20 - didakwa menyerbu ke arah polis dengan parang ketika cuba merompak sebuah stesen minyak.

Pengundi Terima RM100 Pakai Baju 1Malaysia Semasa PRK Galas

Berbaju 1Malaysia ketika PRK Galas: Akhirnya RM100 sampai ke tangan

Hampir sebulan PRK Galas melabuh tirai, penduduk yang memakai baju 1Malaysia akhirnya mendapat "pulangan" RM100 pada 26 November, daripada pertubuhan "1Malaysia" yang disokong MCA di sebalik tabir.

Pada malam sebelum hari pengundian PRK Galas, pengacara jamuan malam anjuran "badan bukan kerajaan" (NGO) 1Malaysia memperingatkan penduduk agar memakai baju merah "1Malaysia" ketika mengundi. "Akan diberkati tuah...," katanya.

Hampir sebulan berlalu sejak 4 November, MerdekaReview diberitahu bahawa pertubuhan yang disertai ramai ahli MCA ini telah "memberkati tuah" di satu pondok yang berdekatan dengan padang kampung baru.

Sumber maklumat memberitahu MerdekaReview, mereka yang berbaju merah 1Malaysia pada hari pengundian boleh menerima RM100, dengan menunjukkan kad pengenalan mereka. Seandainya nama mereka ditandai "bintang" dalam senarai, maka RM100 akan diberikan.

Menurutnya, tanda "bintang" tersebut bermakna mereka pernah mendaftarkan diri di kaunter perkhidmatan "1Malaysia". Senarai tersebut tertera jelas nama, nombor kad pengenalan dan tempat orang itu mengundi.

Tersebarnya khabar "tuah diberkati..."

Sumber maklumat berkata, "khabar baik" ini sememangnya di luar dugaan beliau, memandangkan PRK Galas telah tamat untuk satu tempoh yang agak panjang. Beliau lantas bergegas ke pondok di padang itu selepas menerima khabar tersebut, dan menerima dua keping wang yang bernilai RM50, membawa jumlah kepada RM100. Beliau menambah, MCA sering mengadakan aktiviti di pondok tersebut, dan kini menjadi seolah-olah kaunter perkhidmatan MCA.

Bagaimanapun, beliau tidak faham mengapa wang diberikan setelah sekian lama. Beliau tidak menolak kemungkinan bahawa pihak yang membahagi wang takut pengundi memberontak pada pilihan raya umum akan datang, seandainya tidak menunaikan janji untuk memberi wang RM100 ini.

Menurutnya, wang hanya diberikan kepada mereka yang mendaftarkan nama diri di kaunter "1Malaysia". Berdasarkan nama yang tertera pada senarai itu, beliau meramalkan lebih 100 orang yang akan menerima RM100 di pondok tersebut, tidak termasuk wang yang diberikan di kawasan Bandar Lama dan sebagainya.

Ketika PRK Galas berlangsung, MerdekaReview pernah melaporkan bahawa mereka yang menyertai perarakan 1Malaysia memperolehi RM100 seorang. Sumber maklumat mengesahkan kepada MerdekaReview bahawa seandainya seseorang itu menyertai perarakan 1Malaysia, dan juga memakai baju merah 1Malaysia pada hari pengundian, maka mereka akan memperolehi RM200 keseluruhannya. -MR

Salakan Anjing Yang Terjawab

Perkasa: Dr Wan Azizah, Azmin "pelacur politik"

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini melabelkan presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai "pelacur politik" kerana mencadangkan konsep "ketuanan Melayu" wajar ditinggalkan.

Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah juga berkata Dr Wan Azizah adalah pengkhianat sedangkan beliau dan juga timbalan presiden PKR yang baru dilantik, Azmin Ali adalah hasil yang diwujudkan dari konsep "ketuanan Melayu".

"Dr Azizah dan Azmin adalah hasil yang diwujudkan akibat kejayaan konsep itu yang juga telah banyak membantu orang Melayu,” katanya.

"Mereka seperti kacang lupakan kulit. Mereka ini seperti pelacur politik yang sanggup berbuat apa-apa sahaja demi mendapatkan sokongan orang India dan Cina,” katanya.

Arman juga menggesa Raja-raja Melayu supaya membuang daerah terhadap mana-mana pemimpin Melayu yang menyokong atau mencadangkan konsep ketuanan Melayu digantikan.

Ketuanan Melayu, katanya juga bermakna menjamin kedaulatan Raja-raja Melayu dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Wan Azizah menjatuhkan martabat raka-raja.

Arman juga memperbetulkan persepsi bahawa ketuanan Melayu tidak bermakna bangsa-bangsa lain menjadi subjek kepada orang Melayu.

“Apa yang kita mahu ialah supaya kontrak sosial dihormati dan tahu sejarah negara ini,” katanya.

Wan Azizah ketika menyampaikan ucapan dasar presiden dalam Kongres PKR, Sabtu lalu berkata konsep ketuanan Melayu wajib ditinggalkan kerana ia didakwa hanya slogan untuk memperdaya bangsa itu sendiri.

"Ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai, demi kepentingan diri sendiri.

"Mereka adalah manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi," katanya.

PERKASA - pelacur murahan

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin membalas bidasan PERKASA itu dengan melabelkan pertubuhan pelampau Melayu itu sebagai 'pelacur murahan' kerana menggadaikan maruah bangsa bersekongkol dengan Umno.

Menurut Shamsul yang dipetik oleh TV Selangor kenyataan PERKASA itu jelas menunjukkan kedangkalan pemikiran mereka.

"Kalau kedua-dua pemimpin PKR ini dilihat mereka sebagai pelacur politik, Saya kira PERKASA juga bakal digelar sebagai pelacur murahan kerana sanggup lacurkan bangsa sendiri demi kepentingan politik mereka.

“Perjuangan PERKASA ini ibarat tong kosong yang tidak mempunyai isi kerana gunakan istilah yang menunjukkan betapa dangkalnya pemikiran mereka bertujuan mencari publisiti murahan," kata Shamsul petang tadi.

Menurutnya, AMK bakal mengadakan beberapa siri 'dialog ilmiah' berbentuk dua hala dan intelektual bertujuan menerangkan hal itu kepada orang ramai khususnya masyarakat muda.

Shamsul yakin rakyat kini cukup matang untuk berfikir tanpa mengira batasan agama dan kaum.


Saudara menyalak balik bila disalak anjing?

Meskipun susuk badannya tidak sekuat orang muda, namun pejuang politik yang lanjut usianya masih boleh menyumbang dalam gerakan reformasi dengan hikmah yang dikumpul sepanjang perjuangan hidupnya. Kongres Nasional PKR hari ini diceriakan dengan ucapan Wan Khazim Wan Din, 80, dari Perlis, yang bukan sahaja disambut gelakan ketawa, malah tepukan gemuruh sambil berdiri oleh perwakilan selepas beliau berucap.

Dengan usia yang 80 tahun, Wan Khazim Wan Din (gambar kiri) menegur Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim di khalayak ramai. Beliau menoleh ke arah Anwar Ibrahim yang berada di atas pentas, sambil bertanya,"Saudara Anwar Ibrahim, saya ingin memperingatkan sebagai orang tua..."

Wan Khazim Wan Din, "Saudara Anwar pernah jumpa dengan anjing? (Ada) Anjing salak, (saudara) nak salak balik? "

Soalan ini biarpun dirasai "kasar" sebermulanya, namun disambut dengan gelak ketawa dan sorakan dari atas dan bawah pentas. Malah, Wan Khazim melontarkan soalan kepada perwakilan, seandainya kita menyalak kepada anjing, "Kita jangan jadi...jadi apa? (balas Anjing!) - petikan MR


Ulasan GB

Baru ditegur di dalam kongres, tetapi cepat dilupakan. Dipetik:

Wan Khazim Wan Din berkata: ....(Ada) Anjing salak, (saudara) nak salak balik?

"Kalau kedua-dua pemimpin PKR ini dilihat mereka sebagai pelacur politik, Saya kira PERKASA juga bakal digelar sebagai pelacur murahan kerana sanggup lacurkan bangsa sendiri demi kepentingan politik mereka. - kata Shamsul

Ayat yang ditebalkan itu bererti anda mengakui tuduhan mereka dan apabila anda membalas salakan itu, anda mengesahkan bahawa anda adalah....

Bila lagi nak pandai pun kita tak tahu...

Tertuduh Lakukan Seks Dengan Kekasih Didepan Mayat Isterinya

Mayat Dalam Almari: Tertuduh Buat Hubungan Seks Dengan Kekasih Depan Almari

Gambar: Mohafri Mohamed yang dituduh membunuh isterinya Fazlina Ahmad diiringi anggota polis selepas perbicraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam. grafik: kosmo

SHAH ALAM: Pengurus sebuah syarikat katering, Mohafri Mohamed tergamak melakukan hubungan seks dengan kekasihnya di bilik utama yang sama di mana mayat isterinya disumbat ke dalam almari selepas dibunuh.

Teman wanita tertuduh, Nazratul Anis Zainal Abidin, 23, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, selepas masuk dan meletakkan beg pakaian di ruang tamu dia kemudiannya naik ke bilik utama untuk menggunakan tandas. Selepas itu, katanya, Mohafri mengajaknya melakukan hubungan seks.

“Pada mulanya saya tidak mahu, tetapi tertuduh kata sekejap sahaja,” katanya yang mengenali tertuduh sebagai berstatus duda semasa mereka bekerja di Tropicana Medical Centre pada 2009.

Ketika ditanya mengenai kedudukan almari pakaian berkenaan, saksi pendakwaan kelima itu memberitahu, pandangannya tidak jelas kerana tidak memakai cermin mata yang diletakkan di atas kabinet.

Tambah Nazratul Anis, tertuduh juga berkelakuan seolah-olah mahu menghalang pandangannya di bahagian kiri kerana sering berdiri di sebelah kiri dan juga menunggunya keluar daripada tandas.


Saksi menambah, dia tidak melihat perkara luar biasa ataupun mendengar bunyi orang mengerang semasa berada di bilik itu.

Mohafri, 37, yang sebelum ini bekerja sebagai pengurus syarikat katering dibicarakan atas tuduhan membunuh Fazlina, 38, antara pukul 5 dan 10.30 pagi, 30 Disember 2009 di rumah nombor 70, Jalan Pinggiran 2, Taman Pinggiran Ukay, Ampang.

Dia yang diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik dibicarakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mayat Fazlina, ibu kepada dua orang anak itu ditemui dibaluti kain selimut tebal dan diletakkan di bahagian bawah almari pakaian manakala hidung dan mulutnya ditekup dengan menggunakan pita pelekat.

Mangsa juga merupakan seorang penghidap asma kronik.

Terdahulu, saksi berkenaan memberitahu, dia bertolak pada pukul 1 petang dari Parit Buntar, Perak dan tiba di Perhentian Bas Jalan Duta, Kuala Lumpur (dekat sini) pada pukul 5 petang.

Katanya, tertuduh datang menjemputnya dan membawa dia ke sebuah rumah teres dua tingkat di Ampang.

Katanya lagi, selepas mengadakan hubungan seks dia mendengar bunyi loceng dan tertuduh telah mengarahkan saksi untuk mendiamkan diri manakala tertuduh menuju ke arah tingkap.

“Saya ada menyuruh tertuduh membuka pintu kerana mungkin ada sesiapa di luar, mungkin ada pegawai dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tetapi tertuduh beritahu ada seorang perempuan memakai seragam polis di luar rumah,” katanya.

Tertuduh semasa itu tidak mahu membuka pintu dan memberi alasan polis itu mencari pembantu rumahnya yang tidak mempunyai dokumen perjalanan diri.

Mengenai hubungan sulit mereka, Nazratul Anis berkata, mereka telah merancang untuk ke sempadan Thailand bagi urusan pernikahan pada hari kejadian pembunuhan itu berlaku.

Katanya, rancangan untuk bernikah di sempadan Thailand dibuat ekoran hubungan mereka tidak direstui oleh bapanya dan tertuduh telah menguruskan segala urusan berkaitan pernikahan.

Sehubungan itu, Nazratul Anis telah menaiki bas daripada Parit Buntar, Perak untuk berjumpa dengan tertuduh sebelum mereka menaiki kereta api ke Perlis.

Selepas keluar dari rumah berkenaan, saksi yang bertubuh kecil molek itu seterusnya memberitahu, mereka dijemput oleh adik Mohafri yang dkenali sebagai Hanafi dengan kereta Proton Wira untuk ke perhentian Transit Aliran Ringan (LRT).

“Saya dan tertuduh menaiki teksi untuk ke KL Sentral kerana kereta api kami bertolak pada pukul 8.15 malam. Sepanjang perjalanan, saya nampak tertuduh sibuk bercakap di telefon bimbit.

“Pada pukul 9 malam, ketika kereta api sampai di stesen Rawang, dekat sini saya dan tertuduh turun. Saya tanya tertuduh kenapa dan dia cakap dia terpaksa buat laporan polis tentang kehilangan Fazlina.

“Saya cakap, apa kaitan dia dengan Fazlina kerana mereka dah bercerai. Dia jawab, "dia orang" yang desak dia untuk buat laporan. Tapi saya tidak tahu siapa yang dimaksudkan dengan ‘dia orang’,” katanya yang ditinggalkan tertuduh dan diarahkan pulang semula ke Kuala Lumpur sendirian.

Bagaimanapun, Nazratul Anis menghubungi rakannya, Nur Ikhwan Abadi Andi Samsinar yang dipanggil Wan agar menjemputnya di stesen kereta api Sungai Buloh.

“Wan bawa saya ke tempat kerjanya kerana dia masih belum habis waktu bekerja sementara saya menunggu di dalam kereta sehingga pukul 10.30 malam. Selepas itu, kami pergi ke rumah tertuduh.

“Masa sampai, kawasan itu telah dikepung oleh polis. Wan buat satu pusingan dan letak kereta di belakang. Wan suruh saya duduk di dalam kereta sambil dia pergi bertanyakan orang.

“Wan kemudian memberitahu saya ada kes suami bunuh isteri,” katanya pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Rosidah Abu Bakar.

Saksi itu menambah, dia membuat laporan polis selepas diminta oleh Wan memandangkan dia adalah individu terakhir bersama tertuduh. Di balai polis, dia dibawa ke sebuah bilik untuk diambil keterangan dan telefon bimbitnya dirampas.

Sementara itu, kakak mangsa yang bernama Faezah selaku saksi pendakwaan keenam menangis apabila dirujuk gambar adiknya dan memberitahu dia mula rapat dengan adik bongsunya sejak akhir tahun lalu.

“Fazlina ada memberitahu bahawa dia menghadapi masalah rumah tangga disebabkan orang ketiga dan mereka hendak bercerai,” katanya.

Saksi yang bekerja sebagai penolong jururawat di Pulau Pinang juga memberitahu, kali terakhir dia menghubungi mangsa ialah pada pukul 5.30 pagi, hari kejadian bagi meminta mangsa mengambil cuti kecemasan untuk membawa bapa mereka yang berada di Kulim,Kedah yang sakit.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki bersambung 13 Januari depan. -mstar

Ulasan GB

Phhuu, jika benar, tertuduh bukan lagi manusia, tetapi iblis yang telah menguasai tertuduh.


Al-Quran Menjawab Setiap Pertanyaan Manusia

Manusia Bertanya : Kenapa aku diuji ?

Qur’an Menjawab : Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:” Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? (Al-Ankabuut : 2). Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (Al-Ankabuut : 3)

Manusia Bertanya : Kenapa aku tidak diuji saja dengan hal-hal yang baik ?


Qur’an Menjawab : boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Al-Baqarah : 216)

Manusia Bertanya : Kenapa aku diberi ujian seberat ini?

Qur’an Menjawab : Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. (Al-Baqarah : 286)

Manusia Bertanya : Bolehkah aku menyatakan aku frust ?

Qur’an Menjawab : Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. (Ali Imraan : 139)

Manusia Bertanya : Bolehkah aku berputus asa ?

Qur’an Menjawab : dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. (Yusuf : 87)

Manusia Bertanya : Bagaimana cara menghadapi ujian hidup ini?

Qur’an Menjawab : Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. (Ali Imraan : 200) Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’. (Al-Baqarah : 45)

Manusia Bertanya : Bagaimana menguatkan hatiku?

Qur’an Menjawab : Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal. (At-Taubah : 129)

Manusia Bertanya : Apa yang kudapat dari semua ujian ini?

Qur’an Menjawab : Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. (At-Taubah : 111)

29 Nov 2010

Ingatan MB Kedah: PR Tidak Mudah Untuk Menang Dalam PRU13

UUsah sangka kemenangan PRU 2008 berulang mudah, MB Kedah nasihat Pakatan

SHAH ALAM, 29 Nov – Ketua Menteri dan Menteri-menteri Besar kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) mengadakan pertemuan di sini hari ini dengan Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberi amaran pemimpin-pemimpin perikatan tiga parti itu agar tidak mengharapkan kemenangan 2008 akan berulang dengan mudah.

“Pakatan tidak boleh terlalu yakin bahawa mereka akan kekal berkuasa,” kata Menteri Besar Kedah (gambar) itu.

“Jadikan pilihan raya umum 2004 sebagai contoh, di mana PAS kehilangan Terengganu dan menang tipis di Kelantan,” kata beliau seolah-olah senada dengan pandangan Penasihat DAP Lim Ki Siang ketika merasmikan Konvensyen DAP Selangor semalam.

Pada 8 Mac 2008, BN kehilangan empat lagi negeri selepas Kelantan dikuasai PAS sejak 1990 manakala di Parlimen pula ia hilang penguasaan majoriti dua pertiga.

Bagaimana Azizan menekankan bahawa pengundi-pengundi Kedah sudah mula menyesuaikan diri dengan pentadbirannya, yang menyaksikan peningkatan dalam hasil pulangan pembalakan.

“Pengundi-pengundi Kedah sudah selesa dengan kerajaan negeri Pakatan Kedah yang mengamalkan ketelusan dan dengan jayanya menambah hasil negeri daripada pembalakan,” kata Azizan.

Semalam, Lim memberi DAP Selangor amaran bahawa PR kemungkinan akan tewas dalam pilihan raya umum akan datang jika mereka tidak bersatu padu sambil mengingatkan konvensyen kepimpinan negeri agar belajar daripada pengalaman Terengganu pada 2004.

Penasihat DAP itu juga meminta perwakilan barisan menyokong kepimpinan negeri yang menganggotai kerajaan negeri Selangor sebagai tanda perpaduan.

“Bolehkah Umno dan Barisan Nasional (BN) menang balik Selangor dalam pilihan raya umum akan datang? Adakah kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor tidak boleh ditembusi dan tidak dapat dikalahkan?” kata Lim ketika berucap membuka Konvensyen DAP Selangor.

“Saya tahu ada orang yang percaya bahawa Pakatan Rakyat tidak boleh hilangan kawalan dan kuasa di Selangor dalam pilihan raya umum akan datang,” kata Ahli Parlimen Ipoh Timur ini.

Beliau mengingatkan para perwakilan konvensyen bahawa PAS tidak menjangkakan ia akan kehilangan Terengganu dalam pilihan raya umum 2004 selepas memperoleh kemenangan tidak disangkakan sama sekali pada 1999.

“Pada pilihan raya umum 1999, PAS tidak pernah menjangkakan kuasa menang di Terengganu tetapi menyapu bersih 28-4 di Dewan Undangan Negeri,” kata Lim.

“Pada pilihan raya umum 2004, PAS tidak menjangkakan akan kehilangan kuasa di Terengganu tetapi tewas dengan keputusan terbalik 4-28, disapu oleh Umno dan BN,” kata beliau.

Lim juga berkata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan BN akan menang balik Selangor memandangkan PR berada dalam keadaan tunggang-langgang.

Dalam pada itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kerajaan-kerajaan negeri PR telah berjaya mengatasi serangan bertubi-tubi dilemparkan terhadap pentadbiran mereka.

“Negeri-negeri Pakatan Rakyat telah berhadapan dengan pelbagai cabaran sepanjang tiga tahun pentadbiran, tetapi dengan jayanya telah mengatasi kesemua percubaan mereka yang mahu mengganggu usaha memperbaharui pentadbiran negeri-negeri (yang terletak di bawah mereka),” kata Khalid.

“Saya berharap persidangan kali ini akan menjadi platform untuk berkongsi pengalaman kita dan untuk memperbaiki perkhidmatan-perkhidmatan kami bagi memperkukuhkan pentadbiran menghadapi pilihan raya umum ke-13,” kata beliau lagi.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula menasihatkan negeri-negeri PR agar bersatu menghadapi media arus perdana yang cuba mencetuskan sentimen rakyat terhadap perikatan itu.

“Negeri-negeri Pakatan Rakyat mesti berlawan menghadapi serangan media arus perdana yang terus-menerus memutarbelitkan fakta bagi mengelirukan orang ramai,” kata beliau yang juga Mursyidul Am PAS.

Persidangan hari ini dihadiri oleh Khalid, Nik Aziz, Azizan dan Lim Guan Eng serta Exco Kerajaan Negeri dan waki daripada subsidiari negeri. -TMI

Ulasan GB

Dengan pelbagai karenah yang ditimbulkan oleh komponen PR, GB melihat apa yang dicanangkan iaitu "kemaraan ke Putrajaya" semakin menjadi lambat.

Ramai yang berjuang mengikut nafsu, bukan ilmu. Nafsu yang meluap-lupa tanpa menhiraukan akhlak serta disiplin perjuangan akan hanya menyebabkan perjuangan itu menjadi sia-sia.

Teguran dan kritikan tidak diendahkan malah cuba diinjak dan segala masalah cuba disapu ke bawah karpet.

Ini diperburukkan dengan sikap para penyokong PR yang mendewa-dewakan pimpinan sehingga pimpinan menjadi orang yang lupa diri untuk melihat perjuangan dari sudut kebenaran dan keadilan yang hakiki.

Memang PR kini sedang dilanda wabak syok sendiri.

Serang Ketuanan Melayu: PKR Silap Dan Cetuskan Kemurkaan Sultan & Kemarahan Rakyat

Sultan Selangor kecewa ada Melayu pertikai kedudukan Raja, bangsa sendiri

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bertitah baginda sedih dan dukacita kerana ada segelintir individu yang berhijrah ke negeri itu, terutama orang Melayu, sanggup mempersoalkan peranan institusi Raja Melayu serta kedudukan dan hak keistimewaan bangsa Melayu.

Baginda bertitah golongan itu turut mempersoalkan kerelevanan institusi Raja Melayu serta peranannya dalam sistem pemerintahan negara ketika ini.

"Matlamat mereka agar sistem Raja Berperlembagaan ini disemak dan dikaji semula atas alasan negara telah menjalani arus pemodenan, dan sistem yang diamalkan sekarang ini sudah tidak bersesuaian, adalah amat tidak bertepatan," titah baginda pada majlis pembukaan Wacana Raja Berperlembagaan – Perspektif Sejarah, Kini dan Masa Depan di sini.

Sultan Sharafuddin bertitah terdapat juga suara lantang di kalangan orang Melayu sendiri yang meminta perkataan ‘Melayu’ dihapuskan daripada ungkapan ‘Raja-Raja Melayu’.

Titahnya, baginda percaya perbuatan itu dilakukan golongan berkenaan untuk kepentingan diri sendiri atau kepentingan politik mereka.

Sultan Sharafuddin bertitah adakah orang Melayu kini tidak berbangga dan megah dengan bangsa sendiri sehingga ada yang sanggup menggadaikan perkataan ‘Melayu’ untuk dikuburkan serta lenyap daripada mata dunia.

Baginda bertitah kisah sejarah yang ditulis oleh orang Inggeris juga tertera perkataan ‘Tanah Melayu’ dan ‘Raja-Raja Melayu’ dan ini menunjukkan penulis Barat berkenaan mengiktiraf bangsa Melayu yang memulakan sejarah di negara ini.

"Beta berasa sedih dengan generasi sekarang yang malu untuk mengaku diri mereka seorang Melayu.

"Di sini beta ingin menyatakan bahawa bukanlah tujuan beta untuk menyalakan api perkauman, tetapi ingin menyatakan kepada kita semua bahawa kita mesti berbangga dengan negeri Selangor yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum iaitu kaum Cina, India dan Melayu, serta kaum-kaum yang lain," titah baginda.

Titahnya, keamanan di Selangor boleh dibanggakan kepada dunia luar kerana negeri itu mempunyai tamadun yang maju dengan kepesatan ekonomi terbina atas keharmonian ketiga-tiga kaum.-Bernama



Ucapan Dasar Pres PKR: Silap serang Ketuanan Melayu

Umno dengan ketuanan Melayu dan PKR memerangi ketuanan Melayu. Siapa yang tersepit dalam mencari keberuntungan politik? Dalam keghairahan mencari sokongan politik kita jangan sampai terlampau.

Tema paling tidak kena, serangan bertali arus, perbincangan demi perbincangan sokongan demi sokongan total NGO Melayu menyukarkan jalan PR ke Putrajaya. Ini adalah satu bentuk ucapan dasar yang silap.

Realitinya kawasan parlimen berpengundi Melayu masih kekal 2/3 dan PR akan gagal secara total PRU13 untuk saingi Umno Bn. Ucapan dasar Presiden PKR memberi talian hayat untuk Umno terus kekal PRU 13. Dan silap percaturan Selangor juga bakal jatuh kembali ke tangan Umno Bn.

Hari ini saja ucapan Azmin Ali akan memerangi Ketuanan Melayu, mula dikitar. Dan pengitaran berita tersebut sudah mula masuk ke rumah rumah pengundi negara Melayu seluruh negara.

Berita ini rancak diagendakan, pusingan ini PR akan kalah ?

Banyak pihak persoal sikap Wan Azizah bidas ketuanan Melayu, agungkan Anwar

KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak mempersoal sikap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mahu konsep ketuanan Melayu dihapuskan, semata-mata untuk meraih sokongan bukan Melayu.

Mereka juga mempertikaikan sikap Dr Wan Azizah yang mengagung-agungkan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga penasihat PKR yang dianggapnya sebagai anugerah tuhan untuk memimpin rakyat negara ini.Mereka berpendapat kenyataan Presiden PKR mengenai ketuanan Melayu memberi implikasi besar terhadap negara, institusi Raja-Raja Melayu, di samping menjadikan bangsa Melayu mundur.

Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar, berkata konsep itu seharusnya diperbaiki bukan disanggah kerana pelaksanaan berkaitan kedudukan istimewa Melayu perlu lebih telus. “Secara perundangan, menghapuskan kedudukan istimewa Melayu bukan semudah menukar pakaian, sebaliknya Perlembagaan Persekutuan yang sarat dengan keistimewaan Melayu dan Islam perlu dipadamkan terlebih dulu.

“Persoalannya, dalam keadaan wujudnya keistimewaan Melayu dan Islam pun kedudukan itu sering dicabar, apakah akan berlaku jika kedudukan berkenaan dihapuskan. “Jika persaingan adil mahu diwujudkan, ia perlu berlaku dalam kedudukan sama pada semua pihak. Dalam sektor swasta dan perniagaan yang dimonopoli bukan Melayu misalnya, persaingan adil tidak berlaku kepada Melayu tetapi perkara ini tidak diperbesarkan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Kelmarin, ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional PKR di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Dr Wan Azizah berkata, konsep Ketuanan Melayu perlu dihapuskan supaya anak membesar dengan visi ‘bangsa bermaruah’ atau ‘Melayu Bermaruah’.

Beliau juga mendakwa Ketuanan Melayu adalah slogan digunakan sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya Melayu bagi kepentingan sendiri.Zainul Rijal juga menolak pandangan tidak tepat, iaitu Ketuanan Melayu bermaksud kekuasaan Melayu dalam konteks sehingga memperhambakan bangsa lain.

“Frasa Ketuanan Melayu tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan, tetapi konsep itu kerana kesanggupan Melayu menerima bangsa Cina dan India sebagai warga negara ini.

“Sebagai timbal balik kesanggupan dan kesediaan toleransi serta pengorbanan Melayu, Perlembagaan digubal dan memberi kedudukan istimewa kepada Melayu mengikut Perkara 153 dengan persetujuan saling beri memberi ini disebut sebagai Kontrak Sosial,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menjelaskan, istilah Ketuanan Melayu perlu dilihat dalam konteks perjuangan Melayu sebelum merdeka yang menganggap Tanah Melayu sebagai tanah pusaka diakui British, selain dirujuk sebagai kedaulatan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah, kesal kerana Dr Wan Azizah memomokkan bangsanya sendiri.“Sepuluh kali pun PKR mahu mendapatkan sokongan kaum lain, tidak perlulah memomokkan bangsa sendiri.

“Jika PKR tidak mahu ketuanan Melayu, itu haknya. Jika mahu kritik pun, itu haknya. Tapi jangan samakan ketuanan Melayu dengan bangsa yang hancur kerana kezaliman seperti kisah dalam al-Quran. Perjuangan Melayu berbeza, kita tidak zalim, sebaliknya inklusif,” tambahnya.

Timbalan Pengerusi Majlis Veteran Umno, Datuk Mohd Zaid Sirat pula mempersoalkan kedudukan Presiden PKR itu yang tidak mahu menerima kebangkitan dan kejayaan bangsanya sendiri.

“Segala-galanya kerana mahu kembalikan pengaruh yang makin terhakis, mendapatkan simpati Melayu dan sokongan bangsa bukan Melayu,” katanya.

Timbalan Pengerusi II Majlis Permuafakatan Ummah (PEWARIS), Rahimuddin Md Harun, menganggap ia ucapan pemimpin yang terdesak dan kecewa terutama apabila sejak kebelakangan ini, Melayu mula sedar.

“Malah ramai (orang Melayu) menjauhkan diri dari PKR, dan pada masa sama Azizah cuba memperoleh dan meyakinkan lagi bangsa Cina dan India mengenai keterbukaan PKR,” katanya.

Pemerhati politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussein pula berkata, kenyataan Dr Wan Azizah bertujuan mengembalikan kepercayaan dan sokongan ahli PKR yang dilihat semakin luntur dengan krisis keyakinan kepimpinan parti.

“Ini jelas satu bentuk ketaksuban. Dalam agama pun tak boleh memuja keterlaluan walaupun seorang pemimpin,” katanya.

Beliau mengulas tindakan Wan Azizah menyifatkan Anwar, “insan hebat yang memang dianugerahkan Tuhan kepada kita semua untuk menjadi pemimpin rakyat”.

Pengerusi Sekretariat Melayu Muda, Wan Azrain Wan Adnan pula berkata ia terpulang kepada ahli PKR untuk menilai dan mentafsir sama ada kenyataan Wan Azizah yang juga isteri Anwar itu berasas atau sebaliknya. -perantaukite




PKR: Ketuanan Melayu wajib ditinggalkan

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata konsep “Ketuanan Melayu” wajib ditinggalkan kerana ia didakwa hanya slogan untuk memperdaya bangsa itu sendiri.

"Ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai, demi kepentingan diri sendiri.

"Mereka adalah manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar presiden dalam Kongres PKR di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pagi ini.

Menurutnya, sebagai seorang Melayu yang beragama Islam, beliau berkeyakinan bahawa tidak akan ada satu bangsa pun yang akan menjadi agung dan dihormati hanya dengan menggelar diri sendiri sebagai “tuan”.

"Kitab al-Quran banyak mengisahkan bagaimana Tuhan telah menghancurkan kaum dan bangsa-bangsa yang bermegah-megah konon menjadi 'tuan' dan memandang rendah kepada bangsa atau kaum yang lain.

"Sesungguhnya, semulia-mulia di sisi Tuhan adalah mereka yang paling tinggi taqwanya (amalan baik dan kebajikannya kepada insan lain)," katanya.

"Nyatalah bahawa sesuatu bangsa dan kaum itu hanya akan menjadi agung dan dipandang tinggi apabila mereka bermaruah. Lalu, andai sesuatu bangsa itu mahu besar, mereka harus memelihara dan menjaga maruah mereka termasuk kepada orang Melayu."

'Jangan serah tengkok'

Tegasnya dalam tradisi orang Melayu, mereka amat menyedari kepentingan menjaga maruah diri supaya dipandang tinggi oleh orang lain.

Menyentuh soal "survival Melayu dan agama Islam", Dr Wan Azizah berkata isu itu tidak dapat diselesaikan ia dilihat "melalui teropong Umno dan para kuncunya".

"Ia perlu dikaji dari perspektif baru dalam fenomena baru realiti politik
berasaskan demokrasi di Malaysia. Jika Umno benar-benar ikhlas, hentikan segala kezaliman, penindasan dan kemungkaran yang diamalkan selama ini.

Dalam ucapannya, Dr Wan Azizah juga dilihat memujuk anggota PKR mengenai isu pemilihan parti yang dikritik pelbagai pihak.

"Selesaikanlah masalah kita bagaikan menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus dan tepung jangan berselerak".

"Usah serahkan tengkok kita kepada pihak media musuh dengan mendedahkan kelemahan kita.

"Biar membara di hati, tetapi tetap dingin di kepala," katanya memetik kata-kata tokoh Indonesia Muhammad Natsir. - mk


Ulasan GB

Perjuangan bila bukan dengan ilmu dan hikmah inilah jadinya. Hnya bersandarkan ucapan retorika tetapi isinya hampas.

Ia menyusahkan PR, bukan memudahkan. Ia memudharatkan perjuangan bukan memenafaatkan.

Ingat, pengundi Melayu atas pagar belum dapat menerima hal penyerangan ke atas institusi bangsa. Jangan kerana nakkan sokongan bukan-Melayu, kita melanggar adab susila bangsa sendiri sedangkan bukan-Melayu tak berani melakukan demikian.

Dan kita nak serah memo kepada DYMM Yang Dipertuan Agong pada 5 Dis di atas isu SYABAS. Bagaimana boleh berjaya jika PKR sudah pun menyerang ketuanan Melayu yang disimbolkan oleh DYMM Agong sendiri?



Kes Polis Tembak Mati Terus Meningkat - Peguam

Peguam: Kes polis tembak mati naik 17 kali ganda

Jumlah kematian akibat ditembak polis telah meningkat 17 kali ganda sejak 2001, dakwa kumpulan pejuang hak asasi dan reform perundangan, Lawyers for Liberty.

Kesimpulan itu dibuat berdasarkan pengakuan seorang pegawai polis dari ibu pejabat polis di Bukit Aman pada perbicaraan kes hasutan P Uthayakumar hari ini yang mendedahkan terdapat 82 kes tembak mati oleh polis pada tahun 2008 manakala 88 lagi dicatatkan pada tahun 2009.


Kumpulan itu berhujah perangkaan terbaru itu menunjukkan peningkatan yang mendadak berbanding hanya lima kes pada tahun 2001.

“Dengan statistik seumpama itu, kami tidak boleh dipersalahkan bagi membuat rumusan bahawa polis menembak sesuka hati dan mencabuli undang-undang, peraturan dan Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IGSO),” kata Lawyers for Liberty dalam satu kenyataan.

Kumpulan itu mendakwa sejak akhir-akhir ini jumlah yang ditembak mati termasuk ke atas mereka yang tiada justifikasi dan tidak mengikut undang-undang.

“(Mangsa) nyata melarikan diri dari polis atau anggota polis yang tidak memakai pakaian seragam apabila ditahan untuk kesalahan kecil atau mereka 'diserang' dan polis hanya menembak balas sebagai mempertahankan diri walaupun tiada bukti bagi membuat dakwaan seumpama itu.

“Dalam kes-kes ini, pegawai kanan polis dan kerajaan secara buta tuli mempertahankan pasukan polis dan enggan melihat kemungkinan anggota yang terbabit secara tergesa-gesa atau tanpa justifikasi melepaskan tembakan sehingga menyebabkan kematian,” petik kenyataan itu lagi.

Merujuk kes terbaru apabila tiga pemuda di Shah Alam yang ditembak mati, kumpulan itu berkata pemangku ketua polis Selangor, A Thaiveegan membuat kenyataan yang tidak masuk akal apabila mendakwa mereka adalah 'penjenayah berpengalaman' dan adalah sebahagian daripada kumpulan penjenayah yang dikenali sebagai “Geng Minyak”.

“Polis mendakwa suspek menyerbu dengan parang dan polis menembak ketika mempertahankan diri di mana kemungkinan besar mereka dibunuh dengan kejam oleh polis,” petik kenyataan itu.

Lawyers for Liberty merujuk kes kematian Mohd Shamil Hafiz Shafie, 16, Mohd Khairul Nizam Tuah, 20, dan Mohd Hanafi Omar, 22,yang ditembak oleh polis pada 20 nNovember lalu di Shah Alam.

Keluarga mangsa mendakwa kecederaan menunjukkan semua pemuda ditembak seolah-olah gaya hukuman bunuh. -mk

Setiausaha PKR Pahang Dakwa Beliau Dan Empat Lagi Dihalang Jadi Perwakilan Kongres PKR

Setiausaha PKR Pahang, Razali dakwa beliau dan empat lagi ditolak sebagai perwakilan

PETALING JAYA: Setiausaha PKR Pahang, Razali Alias mendakwa beliau bersama empat lagi wakil cabang Indera Mahkota, Pahang tidak dibenarkan menjadi perwakilan kongres parti di sini.

PKR mengadakan kongres nasional selama tiga hari mulai Jumaat lalu di Dewan Sivik Petaling Jaya.

Razali mendakwa Ketua Indera Mahkota, Azan Ismail yang juga ahli Parlimen menjadi dalang di sebalik peristiwa tersebut.

"Azan telah membantah nama saya dan empat yang lain sebagai perwakilan, beliau juga menukar kepada lima nama lain.

"Semasa mendaftar sebagai perwakilan, saya telah menunjukkan surat pengerusi tetap PKR cabang Indera Mahkota yang dihantar kepada Setiauusaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail yang menyebut saya dan empat lagi sebagai perwakilan Indera Mahkota.

"Ketika itu, Azan membantah dan menuduh saya penipu dan meminta pengawas tidak menerima saya sebagai perwakilan.

"Saya kemudiannya merujuk kepada Setiausaha Pengelola Pemilihan PKR, Radin Shamsul Kamar tetapi dia bertindak membatalkan nama saya sebagai pewakilan dan meletakkan saya sebagai pemerhati.

"Bagaimanapun, lima nama cadangan Azan itu juga diletakkan sebagai pemerhati," katanya.

Razali menentang Azan dalam pemilihan jawatan ketua cabang Indera Mahkota pada 18 September di mana beliau kalah dengan 35 undi.

Bagaimanapun, nama beliau dipilih sebagai perwakilan Indera Mahkota untuk kongres PKR di Petaling Jaya.

Beliau juga mendakwa, Setiausaha PKR Indera Mahkota, Bakri Salim dengan persetujuan Azan telah menghantar nama lain sebagai perwakilan cabang itu.

Ketika dihubungi hari ini, Razali berkata, beliau akan menghantar laporan rasmi kepada parti dalam masa terdekat.

Azan tidak dapat dihubungi untuk mengesahkan dakwaan tersebut. -FMT

Ulasan GB

Semakin terdedah banyak perkara tentang PKR ni.

Allahumma arinal haqqa haqqan warzuqnat tiba'ah
wa arinal batila batilan warzuqnaj tinabah


Ya Allah ya tuhanku,
tunjukkan kami kebenaran itu kebenaran
dan bawalah kami mendekatinya
dan tunjukkanlah kami kebatilan itu kebatilan
dan bawalah kami menjauhinya


Kes Polis Tembak Remaja: Rakyat Sokong Keluarga Tuntut Keadilan

Adakah anak saya rayu untuk nyawanya?"

Tiada apa yang lebih penting bagi seorang ibu daripada memastikan beliau mendapat keadilan daripada mereka yang terbabit dalam pembunuhan anak lelaki remajanya.

Bagi, Norhafizah Mad Razali saat-saat terakhir sebelum anaknya ditembak mati oleh polis sentiasa menghantui dirinya.

"Saya sentiasa tertanya-tanya apa yang berada di fikirannya, bagaimana perasaannya sebelum ditembak mati. Adakah dia merayu supaya dibiarkan hidup?


"Adakah dia menangis dalam kesakitan?” soal Nohafizah lagi dengan berlinangan air mata meskipun suaminya, Shapiei Zainal Abidin yang juga menitiskan air mata cuba menenangkannya.

Anak mereka, Mohd Shamil Hafiz Shapiei, ditembak mati pada jam 4 pagi, 13 November lalu di sebatang jalan di Glenmarie, Shah Alam, Selangor.

Kematian Mohd Shamil itu hanya beberapa minggu sebelum harijadinya yang keenambelas.

Bayangan remaja itu yang ditembak di dada dan juga dahinya pasti akan sentiasa terpahat di benak kedua-dua ibu bapanya.

"Ia gerak hati seorang ibu...Saya tak tahu bagaimana atau kenapa, tetapi kata-kata terus keluar dari mulut saya sebaik sahaja melihat tubuhnya yang terkujur: Dia mati dibunuh,” katanya ketika ditemui di rumah pangsa kos rendah yang mereka huni di Kota Damansara.

Polis mendakwa pihaknya menembak dalam percubaan mempertahankan diri kerana Mohd Shamil dan dua lagi rakannya, - Mohd Hanafi Omar, 22 dan Hairul Nizam Tuah, 20, yang dikatakan dari Cheras - telah menyerbu ke arah polis dengan parang selepas cubaan merompak sebuah stesen minyak.

Ketiga-tiga mereka mempunyai kecederaan yang hampir serupa dengan tembakan di dada dan kepala dengan Hairul Nizam ditembak di tepi kepalanya manakala Mohd Hanafi pula ditembak di atas kepalanya.

Semua peluru menembusi badan ketiga-tiga mangsa.

Ulasan GB

GB antara yang terawal mengulas kes di atas. Sila rujuk SINI