Zaid mahu dakwaan Rahimi disiasat
Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Datuk Zaid Ibrahim menggesa pihak berkuasa supaya menyiasat dakwaan bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dia dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah.
"Ia mungkin benar, mungkin tak," kata Zaid dalam sidang akhbar di rumahnya di Petaling Jaya hari ini, ketika merujuk kepada sidang akhbar Rahimi Osman mengenainya semalam.
Tidak seperti banyak pemimpin PKR yang lain, Zaid memilih untuk tidak mempertikai dakwaan Rahimi yang dia dipaksa menandatangani akuan bersumpah yang melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
Membandingkan Rahimi dengan penyiasat persendirian P Balasubramaniam, yang mengubah akuan bersumpahnya pada 2008 sebelum melarikan diri ke luar negara, Zaid berkata, kedua-dua kes tersebut ada persamaannya.
"Kesnya sama seperti PI Bala. Jika anda mahu menyiasat dakwaan Bala, anda juga perlu menyiasat Rahimi... Anda tidak boleh ada double standard untuk Bala dan Rahimi," kata Zaid.
Ulasan GB
Berkebetulan apa yang dinyatakan oleh Zaid Ibrahim, calon Timbalan Presiden PKR, serupa apa yang GB suarakan semalam didalam Kes Liwat Lagi. Fitnah Atau Apa? Perlu ada siasatan terhadap kenyataan Rahimi.
Kita tidak terus meletakkan tuduhan borong, bahawa ini semua kerja UMNO. Malah ada yang pergi lebih teruk lagi, ini kerja Zaid atau Azmin nak hancurkan PKR, untuk memfitnah beliau supaya orang jangan pilih beliau sebagai Timbalan Presiden.
Perlu disiasat, apa tah lagi insiden sekumpulan yang dikatakan "fanatik" PKR menyerang dan menggagalkan sidang akhbar Rahimi restoran di Lotus di Klang semalam. Ia amat mencemarkan imej parti. Syed Husin Ali telah menafikan tindakan itu mendapat restu dari PKR. Jadi siapakah mereka? Siapa mengarahkan mereka? Siapakah dalang mereka? Ia perlu disiasat. Mungkin juga mereka bukan ahli PKR pun seperti yang dtuduh oleh media massa arus perdana.
Dua orang peguam yang ingin mengambil tindakan undang-undang ke atas Rahimi, itu adalah hak mereka. Kerana peguam-peguam itu telah disebutkan secara khusus oleh Rahimi sendiri. Justeru ada merit dan sebab peguam-peguam berkenaan berbuat demikian.
Cuma pokok persoalannya ada dua yang ditonjolkan di dalam dakwaan Rahimi itu:
1) Dia mendakwa "dipaksa"
2) mengaitkan Najib dan Rosmah di dalam kes liwat Saiful
Sekarang peguam-peguam itu bukan sahaja perlu menafikan pernah memaksa Rahimi, tetapi juga menafikan pernah cuba untuk meminta Rahimi mengaitkan Najib dan Rosmah di dalam kes liwat berkenaan.
Rahimi mendakwa akuan bersumpah kedua telah dipinda kandungannya untuk memalit dan memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam konspirasi terhadap Anwar dalam kes liwat tersebut.
Menurut laporan itu lagi, Rahimi mendakwa dia telah dihubungi oleh Latheefa beberapa bulan yang lalu melalui telefon untuk menandatangani satu lagi akuan bersumpah.
"Dia mengatakan bahawa akuan bersumpah yang telah saya tandatangani sebelum ini telah hilang. Namun saya tidak melayan mereka dan cuba sedaya upaya menjauhkan diri dari mereka."
Dakwaan di atas juga perlu disiasat. Apakah benar peguam meminta Rahimi menandatangani semula akuan bersumpah lantaran laporan yang pertama dikatakan sudah hilang. Jika benar dakwaan itu bagaimana peguam boleh menghilangkan akuan bersumpah? Jika benar, peguam itu perlu dipertanggungjawabkan. Jika tidak, Rahimi boleh didakwa lagi oleh peguam berkenaan kerana menipu.

PKR nafi arah gagalkan sidang media Rahimi
PKR hari ini menafikan parti itu terbabit dengan percubaan menggagalkan sebuah sidang akhbar di Klang semalam.
Sidang akhbar itu sepatutnya diadakan oleh Rahimi Osman, seorang bekas pembantu kepada ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dipercayai akan menyentuh berhubung perbicaraan liwat terhadapnya.
Sidang akhbar itu sepatutnya diadakan di restoran Lotus di Klang pada jam 4 petang semalam, tetapi kemudiannya dibatalkan berikutan kemunculan kumpulan berkenaan.
“Mereka dilaporkan sebagai bertindak kasar dan mengeluar kata-kata kesat pada masa itu. Hal ini tidak membantu kes fitnah kedua terhadap Anwar Ibrahim, bahkan menjejas imej parti.
“Saya ingin tegaskan bahawa PKR tidak pernah merestui, apatah lagi mengarah tindakan kumpulan ini. Orang yang dikatakan memimpin kumpulan ini bukannya naib presiden parti ataupun pembantu khas Anwar, seperti mana dilaporkan oleh sesetengah media,” kata timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, PKR juga berpendapat bahawa Rahimi telah berbohong dalam laporan polisnya yang mendakwa beliau dipaksa membuat surat sumpah.
“Kami berpendapat bahawa Rahimi Osman, bekas pembantu Anwar telah berbohong dalam laporan polisnya yang mendakwa beliau dipaksa membuat surat sumpah. Perkara ini akan dijelaskan oleh peguam dalam sidang akhbar tengahari ini,” katanya lagi.
Rahimi dalam laporan polisnya, semalam mendakwa dia dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah berhubung tuduhan yang Anwar telah meliwat seorang lagi bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.
Menurut laporan polis Rahimi itu, akuan bersumpah pertama ditandatangani pada 28 Jun 2008 di Hotel Quality, Shah Alam dan yang kedua ditandatangani beberapa hari kemudiannya di Petaling Jaya.
Pada hari itu, Anwar dan para penyokongnya berkumpul di Hotel Quality, beberapa jam selepas Saiful membuat laporan polis, mendakwa dia diliwat oleh Anwar.
Rahimi mendakwa akuan bersumpah kedua telah dipinda kandungannya untuk memalit dan memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam konspirasi terhadap Anwar dalam kes liwat tersebut.
"Kandungan kedua-dua akuan bersumpah itu adalah tidak benar sama sekali. Dan saya dipaksa untuk menandatanganinya. Saya juga tidak diberikan sebarang salinan kedua-kedua akuan bersumpah tersebut.
"Disebabkan akuan bersumpah itu tidak benar, saya sekarang ingin menceritakan perkara yang sebenarnya, maka saya telah membuat satu akuan bersumpah yang baru hari ini (semalam) yang mengandungi cerita benar," laporan polis Rahimi dipetik.
Menurut Rahimi, dia telah mengemukakan akuan bersumpah tersebut bersama laporan polisnya. -mk
Ulasan GB
Berkebetulan apa yang dinyatakan oleh Zaid Ibrahim, calon Timbalan Presiden PKR, serupa apa yang GB suarakan semalam didalam Kes Liwat Lagi. Fitnah Atau Apa? Perlu ada siasatan terhadap kenyataan Rahimi.
Kita tidak terus meletakkan tuduhan borong, bahawa ini semua kerja UMNO. Malah ada yang pergi lebih teruk lagi, ini kerja Zaid atau Azmin nak hancurkan PKR, untuk memfitnah beliau supaya orang jangan pilih beliau sebagai Timbalan Presiden.
Perlu disiasat, apa tah lagi insiden sekumpulan yang dikatakan "fanatik" PKR menyerang dan menggagalkan sidang akhbar Rahimi restoran di Lotus di Klang semalam. Ia amat mencemarkan imej parti. Syed Husin Ali telah menafikan tindakan itu mendapat restu dari PKR. Jadi siapakah mereka? Siapa mengarahkan mereka? Siapakah dalang mereka? Ia perlu disiasat. Mungkin juga mereka bukan ahli PKR pun seperti yang dtuduh oleh media massa arus perdana.
Dua orang peguam yang ingin mengambil tindakan undang-undang ke atas Rahimi, itu adalah hak mereka. Kerana peguam-peguam itu telah disebutkan secara khusus oleh Rahimi sendiri. Justeru ada merit dan sebab peguam-peguam berkenaan berbuat demikian.
Cuma pokok persoalannya ada dua yang ditonjolkan di dalam dakwaan Rahimi itu:
1) Dia mendakwa "dipaksa"
2) mengaitkan Najib dan Rosmah di dalam kes liwat Saiful
Sekarang peguam-peguam itu bukan sahaja perlu menafikan pernah memaksa Rahimi, tetapi juga menafikan pernah cuba untuk meminta Rahimi mengaitkan Najib dan Rosmah di dalam kes liwat berkenaan.
Rahimi mendakwa akuan bersumpah kedua telah dipinda kandungannya untuk memalit dan memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam konspirasi terhadap Anwar dalam kes liwat tersebut.
Menurut laporan itu lagi, Rahimi mendakwa dia telah dihubungi oleh Latheefa beberapa bulan yang lalu melalui telefon untuk menandatangani satu lagi akuan bersumpah.
"Dia mengatakan bahawa akuan bersumpah yang telah saya tandatangani sebelum ini telah hilang. Namun saya tidak melayan mereka dan cuba sedaya upaya menjauhkan diri dari mereka."
Dakwaan di atas juga perlu disiasat. Apakah benar peguam meminta Rahimi menandatangani semula akuan bersumpah lantaran laporan yang pertama dikatakan sudah hilang. Jika benar dakwaan itu bagaimana peguam boleh menghilangkan akuan bersumpah? Jika benar, peguam itu perlu dipertanggungjawabkan. Jika tidak, Rahimi boleh didakwa lagi oleh peguam berkenaan kerana menipu.
Mereka yang amanah, cerdik dan berwawasan, akan berfikir, bermuzakarah sebelum meneruskan rancangannya, ucap-lakunya sentiasa dijaga. Yang tidak amanah, tetapi cerdik dan berwawasan, akan meneruskan sahaja hajatnya. Anehnya yang tidak amanah, tidak cerdik tetapi berwawasan yang ramai jauh mendahului semua. Di mana pendirian kita?.
BalasPadamsiasatan boleh telus era najib? kes Teoh Beng Hock belum selesai lagi...
BalasPadamdah banyak tahun baru nak dedah, ada upah tak?
BalasPadamlaporan rahimi disiasat segera nampaknya...
BalasPadam