Suspek utama dalam kes Sosilawati buat laporan polis
KUALA LUMPUR, 5 Okt – Suspek utama dan adik lelakinya yang ditahan polis sejak 11 Sept berhubung dakwaan kaitan mereka dengan pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain, membuat laporan polis di balai polis Teluk Panglima Garang semalam.
“Datuk” berusia 41 tahun itu dan adiknya berusia 38 tahun membuat laporan pada kira-kira 5 petang berhubung dakwaan mereka dinafikan hak representasi yang sah dan lawatan oleh anggota keluarga.
Adik beradik itu yang juga peguam kini ditahan polis Selangor sejak Sabtu lepas, mendakwa bahawa rayuan awal mereka untuk mendapatkan representasi sah dinafikan ketika dalam tahanan polis Kuala Lumpur.
Dalam laporan itu, mereka juga mendakwa ketika dalam tahunan polis di ibu pejabat kontinjen polis Kuala Lumpur selama hampir tiga minggu, mereka dipaksa menandatangani satu dokumen.
Mereka juga mendakwa mereka disoalsiasat berterusan oleh pegawai polis menyebabkan mereka rasa “teruk tertekan dan diseksa”.
Mereka menyatakan bahawa mereka ingin menemui peguam sebelum tarikh tamat perintah reman mereka pada Khamis (7 Okt).
Dalam pada itu, peguam Ravi Neeko menggesa polis mendakwa suspek termasuk anak guamnya jika mereka mempunyai “banyak” bukti sebagaimana mereka dakwa.
Sosilawati, 47; pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 44; pegawai bank CIMB Kampung Baru, Kuala Lumpur Noorhisham Mohammad, 38; dan peguam Ahmad Kamil Abd Karim, 32; dilaporkan hilang sejak 30 Ogos selepas mereka dikatakan ke Banting atas urusan jual beli tanah.
Pada 13 Sept, pengarah CID Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin mengesahkan bahawa keempat-empat mangsa itu telah dipukul hingga mati dan mayat mereka dibakar dan abunya ditabur ke sebatang sungai dekat Ladang Gadong, Banting, Selangor.
Beliau juga mengesahkan polis menangkap enam yang lain dipercayai pekerja bagi peguam itu berhubung pembunuhan tersebut. – Bernama
Ulasan GB
Sekalipun mereka suspek pembunuh itu, sesiapa pun dengan apa kesalahan pun wajar tidak dinafikan representasi.
Tindakan polis menghalang representasi, pemaksaan menandatangani apa-apa dokumen dan interrogasi melampau akan hanya mengundang masalah dan melambatkan lagi kes ini untuk diselesaikan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.