Kuala Selangor: “Kami sudah tiga generasi tinggal di estet ini. Kami desak supaya diberi pampasan sewajarnya dan jangan aniaya kami sebegini,” kata R Lobat, 42, wakil penduduk di Ladang Coalfield, Sungai Buloh, Ijok, dekat sini, semalam.
Lobat mendakwa, seramai 24 keluarga yang mendiami perumahan di situ diberhentikan kerja awal tahun lalu selepas majikan menukar operasi ladang kepada kawasan perumahan menyebabkan mereka hilang sumber pendapatan tetap dan lebih memilukan mereka diarahkan berpindah.
Katanya, penduduk di situ diberikan pilihan dengan membeli rumah kos rendah dengan harga RM42,000 dan diberi sejumlah pampasan, bagaimanapun mereka gagal mendapatkan pinjaman bank berikutan faktor usia dan tiada pendapatan tetap.
“Kami dijanjikan akan diberi rumah teres yang akan dibina di atas tanah seluas empat hektar dan wang pampasan RM30,000.
“Jadi, kami mahu tawaran itu, bukan diberi pilihan beli rumah kos rendah. Lagi pun mana kami nak cari duit untuk bayar dengan hanya bekerja sebagai pengutip bunga, buruh kasar, pencari besi buruk dan kelindan lori,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Difahamkan kira-kira 100 penghuni di situ turut mengadakan perbincangan dengan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin) Dr Xavier Jayakumar, namun mereka masih gagal mendapatkan hak sewajarnya.
Penduduk turut membawa kes itu ke mahkamah melalui kesatuan pekerja ladang bagi menuntut hak mereka.
Lobat berkata, pihaknya terkejut selepas membaca laporan akhbar baru-baru ini yang dibuat Xavier mendakwa masalah mereka selesai, tetapi sebaliknya berlaku.
“Kenyataan itu mengelirukan. Kami tidak menerima sebarang jawapan pihak majikan mengenai pampasan yang dijanjikan itu dan kenyataan Xavier mengelirukan kami.
“Kami dianiaya. Kebanyakan penduduk di sini tidak tahu membaca dan menulis dan ia diambil kesempatan pihak tertentu untuk aniaya kami,” katanya.
Penduduk, M Susila Kumary, 54, berkata dia mempunyai 10 anak dan menaruh harapan supaya diberikan hak sewajarnya.
“Saya tak tahu nak mengadu di mana, ada wakil rakyat, tetapi dia tak boleh membela nasib kami,” katanya. -BH
Ulasan GB
Dr Xavier Jayakumar yang menjadi calon Naib Presiden PKR sepatutnya lebih prihatin terhadap masalah rakyat, bukan untuk merebut jawatan di dalam parti.
GB pernah nyatakan: Kita perlu buktikan kerja-kerja kita secara bersungguh-sungguh. Berlumba-lumba membuat kebaikan bukan berlumba-lumba untuk jawatan.
Kes ini serupa dengan kes di SINI.

Wak harap Dr Xv bincang la elok-elok dengan penduduk dapatkan kata sepakat n majoriti. Dulu kata nak bagi rumah kos rendah n duit pampasan 30,000 knapa tetiba ada perubahan ? Tak pun bagi je RM70,000 ( 30 pampasan n 40 kos rumah ) Tapi hakikat tetap hakikat, dah menumpang tu sedar la sikit, time tuan dia nak ambil kena la keluar jangan banyak songel plak !
BalasPadam