Najib tinjau seluruh negara tahun depan, dilihat bayangan PRU-13
KUALA LUMPUR, 23 Okt – Dilihat sebagai bayangan persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13, Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau akan mengadakan tinjauan ke seluruh negara untuk bertemu dengan ahli-ahli Umno dan rakyat mulai tahun depan.
Najib mengumumkan programnya itu ketika banyak pihak mengandaikan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan suku kedua tahun depan walaupun mandat semasa hanya akan berakhir Mei 2013.
Ia dilihat sebagai kunjungan menyeluruh pertama beliau sejak dilantik sebagai perdana menteri 18 bulan yang lalu.
Beliau telah pun mengunjungi sebahagian besar negeri sebelum ini.
“Mulai tahun depan, saya mengambil keputusan bersama timbalan presiden, kami akan turun ke negeri-negeri... kami akan berjumpa ahli-ahli Umno dan rakyat, saya mahu Umno sediakan, lawatan kedua-dua kami supaya lawatan ini cukup memberangsangkan.
“Balik ini buat persiapan, persiapan di negeri (masing-masing),” kata beliau yang juga Presiden Umno ketika menutup Perhimpunan Agung Umno 2010 kira-kira 6 petang tadi.
Bagaimanapun Najib tidak menyebut tarikh khusus dan negeri pertama yang akan dikunjungi bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri.
Cuma beliau meminta agar kepimpinan Umno negeri membuat persiapan.
Beliau juga mengumumkan akan melakukan perubahan kepimpinan negeri selepas ini.
“Saya akan membuat perubahan kepimpinan peringkat negeri. Moga dengan susunan yang akan datang ini, akan lengkapkan persediaan kita, saya akan berunding dengan timbalan presiden dan naib-naib presiden, saya nak kita cukup kuat.
“Jadi, kita akan turun padang dan sentiasa berada di padang,” kata beliau.
Pada Rabu lalu, perwakilan Pemuda Umno dari Kedah menggesa agar kepimpinan parti menukar pengerusi-pengerusi perhubungan yang ‘diimport’ dari negeri lain sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal dari Sabah kini merupakan pengerusi Umno Kedah.
“Datuk Seri Shafie ini orang hebat, dia mampu menangkan negeri Kedah ini. Tapi kita kena realistik.”
Shafie dilantik sebagai pengerusi Kedah bersama dengan dua naib presiden lain iaitu Datuk Seri Hishammudin Hussein dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang masing-masing menerajui kepimpinan Umno Terengganu dan Pulau Pinang.
Najib pula merupakan pengerusi Umno Selangor manakala Muhyiddin mengetuai Umno Wilayah Persekutuan.
Perhimpunan Agung Umno sejak 19 Oktober lepas bermula dengan perasmian serentak tiga sayap parti iaitu Pemuda, Wanita dan Puteri oleh Muhyiddin manakala Perhimpunan Agung Umno dirasmikan Perdana Menteri kelmarin.
Dalam ucapan penutup, Najib juga berkata, model politik baru yang diusulkan beliau baru-baru ini akan bertemakan “Umno Dahulukan Rakyat”.
Dengan mengambil kira elemen itu, Presiden Umno berkata, pihaknya telah memulakan usaha dengan meminda perlembagaan parti tahun lalu.
“Kita sudah memulakan transformasi dengan kita meminda perlembagaan,” kata beliau dengan menekankan bahawa dalam sejarah enam dekad lalu Umno telah melalui tiga detik penting iaitu penubuhan parti, parti diharamkan dan pindaan perlembagaan tahun lalu.
Pindaan perlembagaan telah membolehkan sistem kuota dimansuhkan dan pucuk kepimpinan pusat dipilih oleh 140,000 ahli bukannya 2,500 perwakilan.
Menurut Najib, model politik baru Umno akan bertunjangkan tujuh teras iaitu mengutamakan maruah dan kepentingan parti berbanding maruah dan kepentingan diri, bekerja sebagai satu pasukan besar, memenangi pemikiran hati dan jiwa rakyat dengan amalkan aspek inklusif, muncul juara media baru, memikat pengundi baru, menuju sifar masalah dan Umno mesti mendahulukan rakyat. -TMI
Ulasan GB
Soeperti yang diamalkan oleh PM terdahulu, Tun Mahathir dan Pak Lah, pilihanraya umum akan dipanggil hanya setelah Najib menghabiskan jelajah ke seluruh negeri-negeri di Semenanjung dan di Sabah & Sarawak.
Ia mungkin mengambil masa dalam 1 tahun. Walau apapun, hanya setelah habis siri jelajah itu barulah pilihanraya akan dipanggil.
Justeru itu, cakap-cakap menyatakan pilihanraya sudah dekat dan nada sempama itu tidaklah perlu dilayan sangat. Spekulasi yang menyatakan akan ada pilihanraya awal seperti orang itu dan orang ini tak betul. Kita tidak perlu susah-susah untuk memikirkan tarikh PRU lagi kecuali ada riak besar yang boleh merubah keadaan tersebut. Tuggu sehingga siri jelajahnya tamat.

Dr M yakin p'raya bukan dalam masa terdekat
Okt 23, 10 11:52pm
Kongsi
Bekas Presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat pilihan raya umum ke-13 tidak akan diadakan dalam masa terdekat meskipun terdapat gesaan daripada Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak agar perubahan-perubahan parti dilakukan dengan segera.
"Saya tak ingatlah akan cepat. Ada masa lagi," katanya ringkas ketika ditemui selepas berakhirnya Perhimpunan Agung Umno 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Menyentuh mengenai ucapan penggulungan Najib selaku presiden parti, Dr Mahathir berkata ia bukan sahaja membangkitkan semangat Umno yang dahulu malah turut menjawab banyak persoalan yang dibangkitkan dan menghapuskan kekeliruan.
Beliau turut menyokong rancangan Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk turun padang melawat lebih 20,000 cawangan Umno di negeri-negeri kerana ia akan merapatkan perhubungan antara pemimpin dengan rakyat.
Mengulas mengenai pelbagai perubahan dalam sistem pendidikan yang diumumkan Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, Dr Mahathir berkata ia adalah perubahan yang baik namun ia perlu dilaksanakan dengan tegas.
Muhyiddin, dalam sesi penggulungan perhimpunan antara lain mengumumkan bahawa mata pelajaran Sejarah dijadikan sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013, selain dijadikan mata pelajaran teras di peringkat sekolah rendah. - Bernama
Ulasan GB
Soeperti yang diamalkan oleh PM terdahulu, Tun Mahathir dan Pak Lah, pilihanraya umum akan dipanggil hanya setelah Najib menghabiskan jelajah ke seluruh negeri-negeri di Semenanjung dan di Sabah & Sarawak.
Ia mungkin mengambil masa dalam 1 tahun. Walau apapun, hanya setelah habis siri jelajah itu barulah pilihanraya akan dipanggil.
Justeru itu, cakap-cakap menyatakan pilihanraya sudah dekat dan nada sempama itu tidaklah perlu dilayan sangat. Spekulasi yang menyatakan akan ada pilihanraya awal seperti orang itu dan orang ini tak betul. Kita tidak perlu susah-susah untuk memikirkan tarikh PRU lagi kecuali ada riak besar yang boleh merubah keadaan tersebut. Tuggu sehingga siri jelajahnya tamat.
maklumat yang najib dapat Pakatan Rakyat akan tawan putrajaya?
BalasPadamKita pakat meriahkan dimana sahaja UBN datang. Biar mereka terpukau dengan sambutan. Angkat, puji dan ampu mereka tinggi-tinggi. Jangan cium tangan sahaja, jika dapat cium kaki sekali.
BalasPadamWaktu PRU ke-13 tu nanti, kita letaklah UBN elok-elok bagai menatang minyak yang penoh, kat kampung masing-masing.
Giliran mereka pula nengok dan belajar daripada PR macam mana cara tadbir negara secara telus dan bertanggungjawab. Meratakan keadilan dan menghindari penzaliman. Menghormati kawan atau lawan. Menjaga maruah setiap rakyat. Memberikan hak kepada mereka yang berhak dan menjaga hak-hak rakyat daripada dicerobohi. Sehingga setiap rakyat secara majoriti berasakan diri mereka dihormati, dibela dan dikasihi.