2 Okt 2010

Polis Tak Berubah Di bawah KPN Baru. Terus Tekan Pakatan Rakyat

Ahli Parlimen Serdang beri keterangan berhubung isu surau

KAJANG: Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching hari ini memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang berhubung ceramahnya di ruang solat surau Al-Huda di Kajang Sentral pada 22 Ogos lalu.

Teo hadir bersama Pengerusi DAP Selangor, Ean Yong Hian Wah dan ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo kira-kira jam 10.45 pagi dan berada di situ sehingga 12.30 tengah hari.

"Saya percaya yang saya tidak bersalah dan meminta polis siasat perkara ini dan menyelesaikannya dengan segera," katanya kepada pemberita.

Teo berkata, ketika keterangan diambil, pihak polis memaklumkan kepadanya bahawa tujuan dia dipanggil adalah bagi mengetahui perkara sebenar dan bukan untuk didakwa.

Teo dikatakan memasuki ruang solat surau tersebut dalam satu majlis penyampaian bantuan kepada anak kariah dengan tidak bertudung dan hanya memakai kebaya.

Gambar wakil rakyat wanita itu sedang berucap di ruang solat yang disiarkan oleh sebuah akhbar berbahasa Melayu arus perdana dikatakan telah menimbulkan kemarahan umat Islam termasuk Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah.

Berikutan itu, pada 27 Ogos Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menghantar surat amaran kepada Teo. - BERNAMA


UMNO Terkedu, Hipokrit Terdedah, Kamalanathan Masuk Masjid Pijak Tempat Sujud

Gambar: Ahli Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan bersama ADUN Umno menyerahkan sumbangan cek di dalam Masjid Sungai Tengi Selatan, yang menurut Khalid Samad timbul persoalan pendirian Umno-BN dalam isu bukan Islam masuk kawasan masjid. — Gambar ihsan blog Khalid Samad

KUALA LUMPUR, 18 Sept — Selepas akhir Ramadan baru lalu “disajikan” dengan serangan Umno dan Perkasa terhadap kehadiran Ahli Parlimen DAP Serdang Teo Nie Ching di sebuah surau, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mendakwa Umno berpura-pura dalam isu yang hampir sama yang melibatkan wakil rakyat Hulu Selangor dan juga ADUN BN.

“Sepanjang bulan Rejab, Shaaban dan Ramadan kita telah dihidang dengan bermacam-macam berita berhubung kononnya berlaku penyalahgunaan masjid dan surau apabila Selangor berada di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

“Dengan bantuan pihak media yang telah bekerja keras di sepanjang bulan-bulan tersebut, rakyat Malaysia telah diberikan gambaran seolah-olah Islam tercemar dan terancam oleh kerana sikap ‘tunduk kepada DAP’ khususnya dan pengundi bukan Islam secara umumnya,” kata Khalid dalam blognya.

Tulisan bertajuk “Umno, Kura-Kura dan Perahu”, Khalid menambah, menurut Umno dan BN lagi, ia dilakukan demi memperoleh undi, khususnya oleh pemimpin-pemimpin PAS dan parti PAS itu sendiri.

“... iaitu demi kuasa, kata mereka lagi, kesucian Islam sanggup digadai sehingga orang bukan Islam dibenarkan masuk kerana surau dan masjid. Kehormatan ummat Islam tercemar kerana terpaksa menerima sumbangan wang dari orang bukan Islam dan sebagainya.

“Saya tidak berhajat untuk mengulas berkenaan isu bukan Islam memasuki ruang solat di masjid atau surau, bagaimanapun kepada yang berminat bolehlah mengikuti keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid,” kata beliau.

Sehubungan itu, kata Khalid, bagi yang mengenali Umno segala bentuk dakwaan sedemikian rupa tidak akan mendatangkan apa-apa mudarat.

"Bagi yang mengenali peranan Pengarah JAIS dan MAIS sebagai kesinambungan wadah kepuraan Umno dalam bersandiwara, ia turut tidak memberikan sebarang kesan.
“Tetapi bagi yang masih ‘kabur’, saya sajikan beberapa keping gambar yang menjelaskan sifat Umno yang berkura-kura berpura-pura, pembohong dan memutar-belit fakta tanpa syak lagi,” katanya.

Kamalanathan memenangi pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu.

Antara gambar yang dipaparkan di blognya menunjulkkan wakil rakyat Umno memberikan tazkirah di Masjid Lama Hulu Bernam dan Masjid Felda Gedangsa.

Khalid menimbulkan persoalan sama ada wakil rakyat berkenaan mempunyai tauliah.

Selain itu beliau turut menyiarkan gambar Ahi Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan bersama ADUN Umno menyerahkan sumbangan cek di dalam Masjid Sungai Tengi Selatan.

Ekoran insiden di Surah Al-Huda di Kajang, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berkata larangan ke atas bukan Islam memasuki ruang solat masjid dan surau di Selangor tidak terhad kepada Teo sahaja.

MAIS menegaskan larangan dikenakan ke atas Teo menerusi surat amaran, yang diterima wakil rakyat itu semalam, merangkumi semua orang bukan Islam di Selangor termasuk wakil rakyat dan ahli-ahli politik.

Setiausaha MAIS Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata larangan itu perlu dipatuhi demi menjaga kesucian dan kehormatan masjid dan surau.

“Dalam surat amaran yang diberikan Teo, kita melarang beliau daripada memasuki ruang solat masjid dan surau di negeri ini.

“Kalau beliau mahu buat program boleh buat di kawasan luar ruang solat... keputusan kita tegas,” kata beliau.

Dalam surat amaran itu, MAIS meminta supaya beliau tidak lagi memasuki ruang solat masjid dan surau di Selangor.

MAIS juga menekankan arahan tersebut dikeluarkan atas titah perintah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Namun Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan Teo.

Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Dewan Rakyat tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

Selain itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan, sikap menghalang bukan Islam memasuki masjid atau surau bertentangan dengan semangat keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan dicapai awal tahun ini.

Perkasa meminta kerajaan mengadakan undang-undang baru menghalang bukan Islam memasuki masjid dan surau. -TMI
\

Ulasan GB

PDRM serupa dulu.

Terus menekan dan menzalimi pemimpin Pakatan Rakyat. Kesalahan yang serupa dilakukan UMNO BN engaja dibiarkan.

Imej polis terus terjejas dengan kelaku buruk.

Namun bagi PR, lagi ditekan, PR lagi akan bangkit!


6 ulasan:

  1. bagaimana agensi kerajaan nak bebas selagi negara diterajuui UMNO dan BN?

    BalasPadam
  2. UMNO mendalangi segalanya

    BalasPadam
  3. Dalam kes ini ke mana perginya Sultan dan JAIS?

    BalasPadam
  4. Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera kepada Yang Berhormat (YB) Pakatan Rakyat,

    Selepas ini diharap semua pemimpin PR tak kiralah YB Melayu, YB Cina atau YB India, samada dari PKR, PAS atau DAP, perlu bertindak bijak dengan mengutamakan kebijaksanaan. Mengapa masih mahu membuang masa dengan kerenah ini. Mengapa mahu dilawan arus. Masa berharga YB boleh digunakan membuat amal bakti kepada masyarakat. Berdailog, membantu, bergotong royong, bermesra-Rakyat, atau apa sahaja yang membawa kebajikan sejagat. Sekurang-kurangnya pengundi di kawasan YB sendiri dapat mengenali YB dari dekat. Tak kenal maka tak cinta.

    Biarkan mereka berfatwa. Biarkan mereka perkatakan apa sahaja akan halal dan haram. Mereka masih berkuasa dan mahu dipandang sebagai pembela. Dalam Islam Allah itu maha mengetahui yang nyata dan yang tersembunyi. Ingatlah YB, bila di khalayak ramai sarunglah pakaian yang sopan. Kebaya-ketat itu manis, tetapi tidak sesuai untuk ke tempat ibadah. Sekarang ini YB dan keluarga bukan orang biasa lagi seperti kami. Banyak pantang larangnya. Tingkah laku sentiasa diperhati. Perkataan YB tetap diteliti. Jangan terikut YB yang tiada sopan tutur katanya.

    Biarkan mereka berseluar pendek. Biarkan mereka dedah apa saja yang mereka suka. YB tolong jangan!. Sebabnya ialah YB itu Ahli Yang Berhormat, hinggakan Tuan Speaker pun kena panggil YB dengan gelaran itu. Terharu saya bila mendengar kata-kata YB Speaker Dewan yang lembut budi-bahasanya merayu agar YB-YB pencelah bahas duduk. Tidakkah YB-YB lainnya TERGAMAM dengan kata lucah YB seorang itu ?. Malu kita kat YB Datin Wan Azizah. Walaupun itu cerita lama ianya masih segar di U-tube. Tontonilah. Dah tua pulak tu !. Penyokongnya tepuk meja. Macam itu budaya Dewan rupanya, baru kami tahu.

    Bila hendak berpolitik di tempat ibadah, niat baik memberi derma di masjid, di gereja atau di kuil, buat sahajalah acara itu di luar. Belanjakan sedikit wang untuk khemah, meja, kerusi dan sebagainya. Atau kontrakkan sahaja kepada pembekal. Tapi ingat kalau di masjid gunakan kontraktor Melayu yang pastinya Islam. Begitu juga kalau di gereja, di kuil dan lainnya pilihlah yang sesuai. Makanan kalau ada pun begitu, jangan ambil mudah longgok order kat kedai mamak saja. Dan, kalau dah tahu mereka itu orang gerombolan, jangan cuba nak buat baik, senyum tegur boleh. Minta Tolong jangan sekali. Banyak padahnya nanti. Terima kasih tak dapat fitnahnya sahaja yang membukit.

    Bukan susah hendak elakkan kecelaruan ini. Tak tahu tanya. Tak pandai mintalah nasihat, tetapi tanyakan orang yang bijak, yang pandai, amanah dan tentunya dari orang kita.

    BalasPadam
  5. satu teguran yang baik oleh mohdalisuratman diucapkan berbanyak terimakaseh atas nasehat itu,apa yang kita nampak dari pehak umno/bn seprti saekor harimau sedang sakit jangan cuba hampiri kalau tak mahu disergah silap2 bahaya yg boleh, oleh itu berhatilah2 dengan kerenah umno/bn.

    BalasPadam
  6. nak polis berubah, kerajaan BN hendaklah ditumbangkan PRU13

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.