Nik Nazmi menang tipis kerusi timbalan ketua Kelana Jaya
KUALA LUMPUR, 2 Okt — Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad menang tipis kerusi timbalan ketua cabang Kelana Jaya yang diadakan hari ini.
Keputusan tidak rasmi menunjukkan Nik Nazmi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia memperoleh 414 undi manakala pencabarnya Dr Vignesh memperoleh 402 undi.
Undi rosak bagi jawatan itu dikatakan sekitar 69.
Nik Nazmi bertanding jawatan timbalan ketua selepas Yusop Mat Amin, penyandang kerusi itu tidak mempertahankan kedudukan tersebut.
Sebelum ini beliau ahli jawatankuasa cabang Kelana Jaya dan naib ketua Angkatan Muda Keadilan cabang itu.
Beliau bergandingan dengan Syed Shahir Mohamud dan Keshiminder Singh yang masing-masing bertanding mempertahankan jawatan ketua dan naib ketua dalam pemilihan kali ini.
Kelana Jaya salah satu daripada 34 cabang yang mengadakan mesyuarat agung tahunan dan pemilihan hari ini dan esok.
Esok cabang Kuala Selangor, Gombak dan Ampang yang masing-masing ditandingi Tan Sri Khalid Ibrahim, Azmin Ali dan Zuraid Kamaruddin akan mengadakan mesyuarat agung tahunan.
Dalam pada itu, Timbalan Presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali berkata beliau gembira kerana mesyuarat dan pemilihan berjalan dengan lancar tanpa kekecohan hari ini.
“Saya berharap suasana seperti ini akan disaksikan esok,” kata beliau dalam mesej menerusi Twitter hari ini.
Perjalanan mesyuarat agung cabang dan pemilihan menjadi perhatian hari ini selepas berhadapan dengan kekecohan membabitkan tujuh cabang hujung minggu lalu.
Ulasan GB
Nik Nazmi menang tipis. 414 berbanding 402. Jika 69 undi tidak rosak atau dirosakkan, mungkin Nik Nazmi sudah tertonggeng. Itu baru amaran awal. Mungkin selepas ini Nik Nazmi akan dipulaukan hampir separuh dari ahli di cabang berkenaan.
Jawapannya jelas, sokongan terbuka beliau terhadap Azmin disamping serangannya yang hebat terhadap Zaid diberi perhatian oleh ahli-ahli PKR di Kelana Jaya.
Nik Nazmi telah menyerang Zaid dengan kaedah yang biasa digunakan oleh UMNO iaitu menyerang peribadi lawan, menuduh orang lain UMNO sedangkan beliau pun masih tebal UMNOnya.
Mengaibkan apabila seorang Pengarah Komunikasi parti hanya menang sekitar 12 undi di tempat sendiri. Bererti kedudukan yang goyah.
Ia adalah signal jelas dari akar umbi PKR kelana Jaya. Terhadap semua penyokong tegar Azmin.

'Zaid bankrap, guna politik murahan'
Walaupun nampak tenang di permukaan, tetapi di dunia maya, Naib Presiden PKR Azmin Ali dan penyokongnya kini dilihat lebih agresif 'menyerang' pesaingnya Datuk Zaid Ibrahim bagi merebut jawatan nombor dua dalam parti itu.
Semuanya bermula apabila pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad tengah hari tadi dipercayai menyindir Zaid dengan berkata:
"Kalau yakin boleh menang janganlah kata akan dilayan seperti arwah (bekas timbalan perdana menteri) Tun Ghafar (Baba). Kempen secara positif, dengan yakin. Alangkah baiknya."
Walaupun tidak menyebut nama Zaid, ia dipercayai jelas merujuk kepada bekas menteri itu ekoran kenyataannya yang menjangkakan terdapat kemungkinan beliau "dikuburkan" seperti Ghafar itu setelah ada "wira baru yang handal" Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menulis dalam blognya awal September lalu, Zaid berkata, sejak mengumumkan hasrat bertanding dalam pemilihan PKR, beliau dianggap "sudah menjadi orang yang tidak setia, pengacau dan menjual parti pada Umno", berbeza dengan keadaan ketika disambut masuk sebagai wira tahun lalu.
Malah beliau juga mendakwa, ada yang cuba mengupah penulis blog popular bagi memburukkan namanya, antaranya dengan menulis kononnya beliau akan membayar RM20,000 kepada cabang yang mencalonkannya.
Menulis dalam laman Twitter tengah hari ini, Nik Nazmi - dilihat antara pendokong Azmin - juga menulis dalam bahasa Inggeris bahawa "drama" seperti itu tidak diperlukan dalam PKR.
Sementara itu, membalas tulisan Nik Nazmi itu, Azmin pula menyifatkannya sebagai "hujah yang mantap dari anak muda"
"Malangnya ada orang yang bankrap dan guna gutter politics (politik murahan)," balas Azmin yang juga bekas setiausaha sulit kepada Anwar.
Serangan terhadap Zaid juga dilihat sebagai reaksi terhadap kenyataannya semalam yang secara sini menyifatkan tindakan Azmin menawarkan diri bertanding dibuat dengan penuh "gaya" semalam.
Malah, Zaid - kini penyelaras Pakatan Rakyat - juga menyifatkannya sebagai 'pertunjukkan' yang mengagumkan" dan "amat mengejutkan" -mk
Ulasan GB
Nik Nazmi menang tipis. 414 berbanding 402. Jika 69 undi tidak rosak atau dirosakkan, mungkin Nik Nazmi sudah tertonggeng. Itu baru amaran awal. Mungkin selepas ini Nik Nazmi akan dipulaukan hampir separuh dari ahli di cabang berkenaan.
Jawapannya jelas, sokongan terbuka beliau terhadap Azmin disamping serangannya yang hebat terhadap Zaid diberi perhatian oleh ahli-ahli PKR di Kelana Jaya.
Nik Nazmi telah menyerang Zaid dengan kaedah yang biasa digunakan oleh UMNO iaitu menyerang peribadi lawan, menuduh orang lain UMNO sedangkan beliau pun masih tebal UMNOnya.
Mengaibkan apabila seorang Pengarah Komunikasi parti hanya menang sekitar 12 undi di tempat sendiri. Bererti kedudukan yang goyah.
Ia adalah signal jelas dari akar umbi PKR kelana Jaya. Terhadap semua penyokong tegar Azmin.
Lepas ni aku rasa makin ramai katak-katak yg bakal melompat kpd umno. Umno sdg memerhati gelagat2 para katak yg sdg bersedia melompat. Telok kemang dah tunjuk signal awal-awal lagi. Lepas ni kelana jaya. Tak mustahil gombak pun jadi katak. Jgn permatang pauh jadi katak jgk sudah... Aku tgk gelagat bekas-bekas umno ni mcm lawak jenaka la pulak. Brahim ali tentu seronok bila ramai kawan... kah kah kah...
BalasPadamGajah sama gajah bertarung, pelanduk mati di tengah-tengah.
BalasPadamAzmin dengan Zaid bertarung, Mustaffa Kamil menang di tengah-tengah.
Sekian, terima kasih.
Saya penduduk Kelana Jaya tapi bukan ahli PKR tapi PAS. Saya PRU12 dulu saya undi Nik Nazmi, tapi semenjak kebelakangan ni mulut dia celupar, bukan saja sebagai seorang pemimpin tapi juga sebagai orang yang dilabel muslim.
BalasPadamSaya dapat tahu dari rakan rakan di PKR, saudara Nik nazmi ni sangat ego dan kurang menghormati pandangan orang lama (warga tua), seolah olah dia yang lebih pandai.
Harap PRU13 nanti PAS masukan calon supaya PR menang. Harapkan Nik Nazmi? Hancur PR
JOM LANCAR KEMPEN
BalasPadam1 UNDI UNTUK DR BADROLAMIN
DR BADROLAMIN untuk NAIB PRESIDEN
salam,
BalasPadamsaya pernah hadiri prog bersama nik nazmi di UK. Memang ternyata beliau seorg yg EGO dan tinggi diri...
utk sdr nik nazmi, harapan saya dan teman2 supaya berhati2 dgn sikap dan tangapan sdr terhadap ahli2 dan rakyat bawahan...mereka terus memerhati dan mengkaji. Kedudukan dan kekayaan sdr hanya pinjaman dari Allah dan boleh ditarik pada bila-bila masa saja.
Belum jadi kerajaan dah bongkak, sombong, angkuh dan hidung tinggi!
BalasPadamSedarlah diri. Walaupun rakyat benci umno dan konco2nya tak bermakna kami akan terima ahli politik angkuh macam nik nazmi.
Sedarlah diri!