23 Okt 2010

Najib Menipu Bangsa?

Mendaya: Adakah Najib ‘menjalankan tipu daya’

KUALA LUMPUR, 22 Okt: Perkataan 'mendaya' yang digunakan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pada ucapan dasarnya 'Mendaya Bangsa Meneraju Kemakmuran' dilihat mengelirukan.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Edisi Ketiga, tafsiran rasmi 'mendaya' adalah ialah "menjalankan tipu daya (muslihat), menipu".

Kamus yang dicetak pada 1997 lalu turut menjelaskan contoh penggunaan kalimah 'mendaya' yang tepat.

"Apabila sudah begitu, mudahlah mereka mendayakan kami spt (seperti) yg (yang) sudah diperdayakannya beberapa orang pelayan," dipetik dari halaman 278 kamus tersebut.

Pun begitu, Utusan Malaysia (muka surat 2) hari ini melaporkan, "ucapan bertajuk 'Mendaya Bangsa Meneraju Kemakmuran' yang disampaikan dalam nada yang serius itu berjaya memaku para perwakilan dan pemerhati selama satu setengah jam untuk sama-sama menghayati menghayati isi hati dan wawasan perjuangan beliau (Najib)”.

Dijangkakan kalimah 'mendaya' yang digunakan Najib bakal menggamit polemik awam khususnya pada sambungan sidang Dewan Rakyat, Isnin depan. -harakahdaily

3 ulasan:

  1. skrip apco yg sediakan..beruk baboon sekor ni main baca jer..laki nak kencing rakyat bini hina islam...bagus ko najib semoga allah swt melimpahkan azab yg setimpal atas perbuatan ko ni....malang pemimpin umno yg katanya snggup bergadai nyawa rupa2nya sibacul yg dayus...

    BalasPadam
  2. Pemimpin berada di atas disebabkan sokongan dari ahli-ahlinya.

    Burok baik pemimpin adalah hasil dari buruk baik pilihan ahli-ahlinya.

    memang serasilah gerombolan itu.. seimbang dan secocok seumpama lambang dacing yang menjadi sombol mereka.

    BalasPadam
  3. Perhimpunan Agong UMNO kali ni membuktikan perwakilan menyokong sepenuhnya usha Najib nak memperdayakan Melayu dengan tajuk "Mendaya Bangsa" ni.Orang Melayu yang tidak ada kena-mengena dengan UMNO harus waspada bahawa rancangan sudah disusun rapi untuk menipu,memperdaya dan membodohkan orang Melayu.Perwakilan yang ada didewan PWTC tu pun tak sadar bahawa mereka juga akan turut ditipu oleh Najib.Padan muka.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.