FMT Dianggap Bersuara Seperti Utusan Malaysia
SHAH ALAM 5 Okt - Tindakan portal berita FreeMalaysiaToday (FMT) yang dilihat cuba melaga-laga serta memburuk-burukkan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) diibaratkan sebagai 'gunting dalam lipatan' dan 'api dalam sekam'.
Peribahasa ini dikaitkan dengan FMT apabila portal berita itu menyerang pimpinan utama KEADILAN iaitu Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak beberapa bulan lalu.
Ini terbukti dengan paparan artikel, berita dan ulasan yang menghentam kepimpinan Anwar serta pimpinan kanan parti antaranya berhubung isu KEADILAN Sabah dan lebih nyata lagi ketika kempen Pemilihan 2010 yang berlangsung sekarang.
Antara tajuk artikel yang dimuatkan di dalam portal tersebut yang dianggap anti-Anwar dan KEADILAN adalah seperti 'Mahathir kicked Anwar out of UMNO, yes, but who will now kick UMNO out of Anwar?', 'Why Anwar will not enter the fray in PKR polls', 'PKR election mess fault of Anwar-Azmin', 'Anwar is a liar, says Muhyiddin' serta 'PKR to kick our Zaid?'
Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Fariz Musa menyifatkan sikap FMT itu menunjukkan ia seolah-olah berniat memporak-perandakan KEADILAN dengan serangan terhadap parti serta barisan kepimpinannya.
"Kita sebagai anggota parti berasa kesal dan kurang senang dengan agenda mereka ini. Mereka nampaknya amat senang mengkritik segala isu dalaman parti khususnya terhadap Anwar sebagai Ketua Umum.
"Kalau kita tengok fokus FMT adalah menyerang Anwar bertubi-tubi dan tidak ubah seperti 'gunting dalam lipatan' atau dalam peribahasa lain, 'api dalam sekam'," tegas beliau ketika dihubungi Suara Keadilan.
Menurutnya lagi, perkara sebegini seharusnya tidak berlaku dan wajar dihentikan jika benar-benar portal itu bebas seperti mana slogannya 'free and independent' atau bebas dan berkecuali.
FMT katanya lagi, harus menghentikan tindakan mereka yang dianggap seperti ingin mewujudkan polemik dan ketidakstabilan dalam KEADILAN.
Sebelum itu, Timbalan Presiden Senator Dr Syed Husin Ali turut menyelar FMT yang disifatkan berlagak seperti lidah fitnah Umno, Utusan Malaysia walaupun ia dilihat sebagai pro-Pakatan Rakyat.
Dr Syed Husin di dalam twitternya berkata FMT 'sama naik dengan Utusan burukkan KEADILAN. Mereka percaya dengan apa yang mereka goreng tetapi yang masak lain.'
Fariz turut bersetuju dengan pandangan Dr Syed Husin sambil berkata FMT bertindak bukan sahaja seperti Utusan malah mirip sikap pemimpin Umno yang menyerang KEADILAN tanpa asas, fakta dan secara tidak bertanggungjawab. -pkr2010
Ulasan GB
Itulah perangai kita. Bila orang tegur dan kritik kita, terus diutusanmelayukan.
Sedangkan selama ini FMT salah satu media yang diburu dan dikerumuni oleh warga siber untuk mendapatkan maklumat terkini seperti Harakahdaily, Malaysiakini, The Malaysian Insider, Merdeka Review, Suara-Keadilan dan TV-Selangor.
Ada yang begitu fobia bila pimpinan dan parti dikritik. Kalau boleh mereka mahu semua media mesti mengampu, mesti hanya beri yang wangi-wangi di dalam beritanya terhadap PKR dan pimpinan.
Kita perlu rasional, kita perlu berfikiran terbuka, kita perlu berlapang dada dengan kritikan.
Tempoh untuk kita bersenang-lenang dengan laporan-laporan manis dan enak dari alam siber sudah masuk ke fasa peningkatannya dimana kini media siber akan menguji, sudah setakat manakah kemapanan dan keutuhan kita yang bernama Pakatan Rakyat ini untuk menggantikan Barisan Nasional di Putrajaya.
Jangan sentiasa mengharapkan yang muluk-muluk saja dari media alternatif tapi mengabaikan kritikan.
Jika demikian kita adalah "si manja" yang bacul dan pondan.
Sekarang ini seperti GB katakan tadi, fasa untuk kita berharapkan berita-berita indah dari media alternati sudah masuk ke fasa kedua. Iaitu media alternatif juga akan menjadi bahan penguji kekuatan kita. Anwar diserang, PKR dibelasah, pimpinan dipersoalkan. GB katakan memang sewajar begitu. Itu hukum kebenaran dan hukum alam. Tanah tidak sentiasa gembur untuk tanaman, ada masa ia keras berdentum tanpa siraman air dan baja. Langit pula tak sentiasa cerah, isteri sendiri pun tak boleh sentiasa ditiduri setiap malam! Ada masa lampu merah. Kena terima kebenaran itu. Lucah? Tak apa, biar GB kisahkan supaya bebal bertongkol di atas kepala itu dapat dimusnahkan.
Bukan sahaja FMT, lihat sahaja Malaysia Today milik Raja Petra Kamaruddin. Apa katanya? Mengapa kini beliau seperti meletakkan kata dua untuk PKR?
Malah Top 5 Blogs Penyokong Pakatan Rakyat, sekurang-kurangnya 3 daripadanya tidak berpihak kepada Azmin, yang dikatakan calon favorite Timbalan Presiden.
Apakah blog RPK dan Top 5 Blog PR ini juga akan disamakan dengan Utusan hanya semata-mata tidak menyajikan berita muluk-muluk lagi untuk pimpinan PKR?
Anwar dikritik kerana Anwar dilihat sudah berpihak. Petikan daripada kenyataan media Anwar:
"Perjalanan proses pemilihan telah memperlihatkan beberapa kenyataan yang amat pedas dan kasar diluahkan oleh sesetengah pemimpin yang dilihat tidak secucuk dengan kedudukan dalam parti yang mereka kejar."
Ia jelas ditujukan kepada Zaid, kerana Zaid telah mengkritik pedas Presiden PKR.
GB juga tidak suka perkataan itu lahir dari kenyataan media Penasihat PKR. Kritikan betapa pedas sekalipun tidak sehebat kritikan seorang sahabat yang menghunus pedang di leher Umar Al-Khattab yang berkata, "jika Umar silap aku akan betulkan Umar dengan pedang ini." Umar tidak mebantah sebaliknya Umar berkata, "Bersyukurlah Umar kerana ada umat Mohd yang akan membetulkan dirinya dengan mata pedang!"
Anwar perlu muhasabah. Sebagai pemimpin tertinggi, bukan sahaja PKR, tetapi Pakatan Rakyat sepatutnya menampakkan ciri-ciri keunggulan kepimpinan. Masa untuk pujian-pujian dengan ucapan retorik sudah belalu. Ini zaman digital, ini era global, ini masa rakyat menilai "mutu" kepimpinan, zaman "walk the talk" bukan "talk the talk" lagi.
Kalau dulu orang boleh dipegunkan dengan ucapan memukau dan aura hebat seorang orator, kini tidak lagi. Zaman ceramah-ceramah sudah berlalu. Kalau adapun, kemenangan dalam pilihanraya tak lagi didasarkan kepada bilangan yang ramai di dalam ceramah, tetapi berdasarkan kepada apa yang kita lakukan secara konkrit untuk rakyat. Pemenuhan janji kepada rakyat - seperti yang diutarakan oleh Raja Petra.
Bukan sahaja FMT, Raja Petra dan blogger-blogger yang berkecil hati dengan Anwar, malah beberapa pimpinan PR juga merasakan demikian. Anwar dilihat telah mengenepikan peranan orang yang banyak membantunya.
Presiden PAS TG Haji Abdul Hadi Awang, semasa perasmian Ijtima Tarbawi baru-baru ini melahirkan isi hatinya secara ikhlas yang beliau dan PAS dipinggirkan di dalam Pakatan Rakyat. Walhal PAS dengan petugasnya paling banyak membantu kemenangan calon-calon Pakatan Rakyat, tak kira apa parti dan bangsa sekalipun.
"Presiden PAS menegaskan bahawa PAS adalah parti yang memimpin, bukannya dipinggirkan apabila mencapai kemenangan.
Beliau tidak mahu kesilapan yang lepas berulang di mana kumpulan Islam dipinggirkan apabila negara mencapai kemerdekaan.
Katanya, sewaktu negara dijajah, kumpulan Islam di depan menentang penjajah tetapi setelah merdeka, mereka dipinggirkan.
“Kita parti yang memimpin, menjadi teras, bukan dipinggirkan mudah-mudah oleh orang,” tegasnya." - laporan harakahdaily.
Begitu rajuknya Ustaz Abd Hadi. Bagi yang membaca dengan matahati jelas ia satu penempelakan terhadap Anwar yang menjadi pemimpin tertinggi PR. Maka dengan sebab itu, agak GB, kerana merasa terpinggirlah, timbul gagasan bukan-bukan seperti UG dan sebagainya dari Presiden PAS itu yang kemudian menjadi tugas GB dan sekalian blogger PAS pula untuk mempertahankan PR sepertimana kewujudannya pada awal pembentukan.
Tetapi kritikan Presiden PAS itu, bagi GB ada kewajarannya dan Anwar perlu sedar diri.
Dan mesej yang dibawakan oleh Zaid hampir menyerupai kritikan-kritikan tadi. Kalau terus nak pinggirkan sesiapa pun kerana PKR rasa dah cukup kuat, teruskanlah. Kalau PKR nak boikot media alternatif termasuk blog GB ni sekali silakan.
Blogger akan juga meneruskan kerja mereka seperti biasa. Tiada siapa juga boleh tentukan halatuju dan corak pemberitaan FMT itu. Maaysiakini dan Malaysian Insider pun satu hari akan mengikuti jejaklangkah FMT itu. Dah sememang begitu keadaan Hukum Kebenaran. Malah Utusan pun, yang bersalah bukan wartawannya tetapi adalah sang editornya.
Mari kita baca luahan ini:
"Hata Wahari seterusnya mendedahkan bagaimana editor yang menentukan berita muka depan, menonjolkan (highlight) fakta-fakta yang terpilih, dan apa yang ditonjolkan itu bukan ditentukan oleh wartawan. Beliau memberi contoh, "Misalnya dalam kes liwat Dato Seri Anwar Ibrahim, ada fakta tentang apa yang dikatakan oleh Saiful, bukan wartawan yang tulis (maksud: bukan ditentukan wartawan). Itu semua fakta-fakta yang di-highlight (ditonjolkan) oleh editor. Editor yang berkuasa membuat penetapan bagi tajuk di muka depan."- MR
Sewaktu zaman reformasi meletus pada 1998 dahulu yang banyak membantu GB mendapatkan berita-berita terkini adalah wartawan-wartawan akhbar pencacai inilah. Masa itu tiada harakahdaily, tiada malaysiakini, malaysian insider, FMT malah blog pun tiada.
GB masih ingat seorang wartawan Utusan menghubungi GB, "ni berita baru, siarkan dalam Laman Reformasi, kami tak boleh siarkan di Utusan".
Dan Laman Reformasi menjadi media paling top masa itu di alam siber ini, dengan catatan sejuta pembaca setiap malam. Untuk membantu Anwar. Untuk menggerakkan massa. Untuk reformasi. Untuk kebenaran dan keadilan (slogan yang GB pinjam daripada motto ABIM dijadikan motto Laman reformasi ketika itu). Setelah berbulan2 menyendiri mengendalikan LR, GB jatuh sakit akhirnya, dan tiada seorang pun datang menziarahi GB kecuali ibu yang sudah amat tua menjadi peneman waktu itu.
Ini bukan hal mengungkit tetapi kisah sebenar untuk batang tubuh orang-orang yang sekarang ini ada yang dah mendakwa hanya dirinya reformis sebenar dengan menafikan peranan orang lain.
Bahawa Allah tidak pernah tidur. Dan GB bersyukur kerana sentiasa berada dibawah lindunganNya selama ini walaupun tiada seorang di atas dunia ini memperdulikan GB. Dan GB akan tetap teruskan perjuangan suci menegakkan kebenaran dan keadilan ini sekalipun terpaksa menegur malah "memancung" para penghalangnya.

Salam GB. Baru saya tahu GB adalah pendokong Laman Reformasi yg sangat top tahun 98. Saya antara peminat setia Laman Reformasi. Tahniah GB !
BalasPadamSokong kenyataan GB. Don't worry GB. Kalau bkn pemimpin bersama mu, rakyat pasti akan bersama. Pemimpin politik dari mana2 parti pun skrg ni dilihat HAMPEH oleh rakyat. TGHH pun kena belasah waktu buat silap dgn gagasan UGnya. Anwar jgn ingat rakyat menyokongnya membabi buta atau kerana beliau masuk penjara. Jgn sampai rakyat meluat dan bila anwar masuk penjara sekali lagi rakyat akan buat bodoh saja. Jgn sampai rakyat berkata "apa ada hal" kalau anwar masuk penjara lagi. Rakyat perlukan keadilan bukan kroni. Rakyat sokong PR kerana tiada pilihan lain. Rakyat tegur kerana sayangkan PR.Ini saja harapan yg rakyat ada. Jika PR serupa dgn BN maka selepas ini rakyat akan kata... GO TO HELL TO ALL OF YOU...
BalasPadamwaris menulis:
BalasPadamJgn sampai rakyat meluat dan bila anwar masuk penjara sekali lagi rakyat akan buat bodoh saja. Jgn sampai rakyat berkata "apa ada hal" kalau anwar masuk penjara lagi.
saya sangat (100 x) bersetuju dengan kenyataan diatas.
TERUSKAN PERJUANGANMU GB
bila wujudnya FMT?, siapa pendokong dan siapa di belakang?
BalasPadamtu dia. reformis sebenar sudah bersuara untuk lenyapkan reformis2 palsu.
BalasPadamAssalammualaikum,
BalasPadamBiasalah bila nak buat terbitan madahnya keras, berjanji dan berikrar akan berlaku adil, akan menulis kebenaran. Spin-spin itu bukan budaya wartawan kita.
Pemimpin pula bila nak kempen akan canang akan lebih perihatan kepada rakyat, kesamarataan, membasmi kemiskinan. Akan sedia dikeritik, sedia dicela atas cogan dan tiket kebebasan bersuara. Pintu kami sentiasa terbuka. Lepas tu mula caci pemimpin golongan lainnya.
Bila Oh Bama dunia tak dapat pengaruhi gereja agar Al-quraan tidak dibakar pun kita marah, dikatakan pemerintahannya tak mahu masuk campur. Hakikatnya, kita jahil, tak mahu tahu rakyat mereka bebas berkempen dan bebas bertindak, penuh dan tulin.
Pemimpin kita tak kiralah Pemerintah ke, Pembangkang ke, Bebas ke, mahu juga NGO yang satu tu, bila di puji bukan main kembang-kincut hidungnya. Bila dikecam, catit sahaja buruknya sikit, terus nak saman penulis, berjuta ringgit pulak tu. Bukan tak tahu penulis kita ni walau terror mana pun ciput saja duitnya. Poket saja besar tapi tak penuh-penuh.
Ada Datuk Menteri yang berani nak komen sikit pun kena (?). Akhbar yang tinggi darjatnya pun mahu juga tambah sekilo menghentam sama. Itu Pak Menteri ... inikan kita tebuan Kelapa-Sawit, libas ngan selipar Jepun pun dah jatuh. Patut bila orang hebah celanya cepat-cepatlah muhasabah diri, cepat perbetulkan, tak perlu mohon maaf pun, awak pemimpin mana boleh beropologi. Sejuk hati rakyat dan mahu sokong lagi. Asyik-asyik suruh tunjuk bukti. Tu sebabnya ada buku kena ban, lukisan apa lagi, takut .... pasal zunar lukis muka tak cantik. Bangunan, jambatan runtuh tak takut. Berapa kerat orang Malaysia yang baca buku, bukan kamu tak tahu. Belek-belek adalah, nak beli gula-gula Hack pun nak tanya dulu sebiji berapa ?. Gelak cashier Bangla tu ... biji tada bungkus ada satu ringgi. Macam mana nak beli buku yang harganya puluhan itu.
Wahai pemimpin, kata nak maju, terpalit sikit pun kamu dah terbeliak biji mata, telinga panas besar macam telinga gajah sedangkan telinga tu tetap sebesar kulit jering tua juga. Kamu mahu semua kritikan ikut peraturan, ikut saluran, jangan heboh-heboh, jangan berpecah rugi kita orang Melayu. Hebah pun kamu tak dengar, ikut saluran konon, kemana lagi. Kamu pun tahu mana halanya.
Ketahuilah, kami memilih kerana kami mempercayai perjuanganmu, kejujuran dan keperibadian bersihmu. Mengapa asyik tergelincir jauh. Terima kasih kepada pengarang,wartawan, dan akhbar yang bewawasan. Wasallam.
terharu membaca penjelasan GB. kami mendoakan kesejahteraan dan keselamatanmu. tembelang reformis2 palsu itu akan terdedah juga satu hari nanti. saya dari awal dah tak percaya dengan gelagat azmin dan para penyokongnya. meloyakan. memang kita harap azmin bakal tewas, tetapi dengan strategi liciknya menipu, beliau mungkin berjaya. apa-apa pun Allah Maha Berkuasa. Dia Maha Adil. kalau dia menang pun, tak guna kalau nanti beliau akan diasak untuk turun. masanya akan sampai untuk hipokrisinya didedahkan.
BalasPadamsauadara GB,
BalasPadamthis is my last advice to you sbg saudara sesama islam especially satu team dlm kes pas dulu.. tp utk kali ni i,m not with you on zaid...
1.)saudara GB telah tersasar berkaitan dgn azmin menggunakan berita harian. Ape yg sbenarnya ucapan azmin dikhalayak ramai telah diambil oleh berita harian utk dimasukkan dlm berita. berbanding dgn kes zaid dan utusan adalah amat berbeza sbab utusan telah meninterview zaid secara ekhlusive.... interview eksklusive boleh ditolak, manakala berita harian ambil ucapan jadikan berita mcm mane nak thn...so dkt sini GB semcm telah menfitnah azmin..
2.) Isu FMT: FMT telah byk buat fitnah dlm kempen zaid.. satu drpadanya tengok pasal ni:
BalasPadam(FMT) untuk cuba memaparkan bahawa Puteri Reformasi Nurul Izzah memberi sokongan padu kepada Datuk Zaid Ibrahim untuk jawatan Timbalan Presiden. Kemuncak konspirasi itu berlaku pada minggu lalu, apabila FMT memetik Nurul sebagai menggambarkan kononnya Azmin adalah ahli politik bertopeng serigala manakala Zaid adalah pemimpin yang harus disokong kerana melakukan begitu banyak kebaikan untuk PKR dan dalam masa yang singkat berjaya “membangunkan Kuala Lumpur”.
Laporan itu memetik Nurul sebagai berkata demikian kepada pemberita di Sarawak. Perkara yang paling aneh mengenai laporan yang agak sensasi ini adalah, walaupun Nurul disebut memberitahu isihatinya pada sidang media di Kuching, TIDAK ADA SATU PUN media yang melaporkan berita sebagaimana yang disiarkan oleh FMT. Mereka yang dalam bidang kewartawanan tentunya akur bahawa jika benar Nurul berucap sebagaimana yang didakwa oleh FMT, ia adalah tajuk utama akhbar dan stesen TV diseluruh negara. Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3 tentunya bertepuk gembira jika benar Nurul menyatakan demikian. Namun kecuali FMT, seluruh media arus perdana dan media alternatif lain termasuk Malaysiakini membisu. Dan, sebab mereka berbuat demikian ialah kerana Nurul tidak melafazkan sebarang sokongan untuk Zaid atau pun mencemuh Azmin dari apa segi sekali pun. Laporan fitnah FMT itu adalah cubaan terdesak untuk memaparkan Zaid menerima sokongan Nurul dan memberi erti beliau menyanggah ayahnya.
Free Malaysia Today Dibiayai Oleh Soh Chee Wen
Nurul yang menyatakan dari awal beliau akan bersikap berkecuali dalam pemilihan Timbalan Presiden – sama seperti kedudukan yang diambil oleh ibu-bapanya – diheret kedalam kancah perebutan jawatan itu menerusi laporan fitnah FMT. Nurul terpaksa mengeluarkan kenyataan menerusi ibupejabat PKR minggu lalu, menegaskan sekali lagi bahawa beliau tidak memihak kepada mana-mana calon, tetapi hanya mahukan ahli mengundi calon yang difikirkan dapat mendokong perjuangan parti. Selasa (21 September) akhbar The Star memetik Nurul sebagai menafikan laporan FMT itu. Beliau sekali lagi menegaskan bahawa tidak timbul soalan beliau memihak kepada Zaid atau menentang Azmin. Sebagaimana yang kita maklum, FMT adalah dibiayai oleh Soh Chee Wen, seorang jutawan dan bekas ahli MCA yang menjadi penggerak utama kempen Zaid untuk menjadi timbalan presiden..
Fikirlah secara waras wahai shbtku GB- memang benar GB byk berjasa.. dan jangan terpedaya dgn tipu helah pihak ttu utk jatuh kredibility GB..pls check first before do writing..
anon 11.14 diatas yang mengaku bersama GB dalam kes pas menulis
BalasPadam" Ape yg sbenarnya ucapan azmin dikhalayak ramai telah diambil oleh berita harian utk dimasukkan dlm berita.. manakala berita harian ambil ucapan jadikan berita mcm mane nak thn"
GB nak dikelentongnya,
hey jika berita di dalam BH itu tidak benar, Azmin at anytime boleh buat kenyataan menafikannya. malah di dalam kes itu, azmin dilaporkan berkata terus kepada wartawan BH, bererti Azmin dalam keadaan sedar bahawa beliau sedang ditanya oleh waratawan berkenaan.
Kebenarannya: Allah Maha Tahu...
Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'al-li min-ladunka sultaman nasira
dan bagi tulisan panjang yang kedua itu pun serupa.
BalasPadamApakah nurul-izzah menafikan "bulat-bulat" isi kandungan wawancara dengan FMT itu? Tidak, Nurul cuma menepis sedikit dengan katanya dia tidak bermaksud begitu. Satu jawapan ringkas untuk menyejukkan hati Azmin yang marah ketika itu tatkala bertanya kepada Nurul. Di dalam hati Nurul siapa tahu?
Kedua Nurul tidak menafi sedikit pun isi kandungan laporan FMT berkenaan.
"We need Zaid and under his leadership, KL has progressed so much and he has vision for the party,"
Tentang pemilik FMT Soh Chee Wen, seorang jutawan dan bekas ahli MCA telah dijelaskan oleh Zaid sendiri bahawa "beliau adalah adalah rakan akrab dan setia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan telah membantu PKR. Azmin Ali, Syed Shahir dan (Datuk) Chua Jui Meng tahu hal ini. Saya kenal Soh kerana dia dilantik oleh Anwar untuk menganggotai biro politik PKR sembilan bulan lalu."
“Amat tidak masuk akal untuk Soh digambarkan sebagai orang jahat dengan serta-merta bila berkawan dengan saya, tetapi bila berkawan dengan Anwar, dia orang yang baik. Ini aneh sekali,”
Agaknya GB pun dicop sebagai orang jahat sebaik saja membela Zaid?
Hasbiyallah!
Ahli berpolitik bergaduh ibarat carik-carik bulu ayam. Para pengkomen bertelagah apa hal. Masuk bertandinglah baru tau asam garam berpolitik. Kok tak berlengan nanti sesaje je...
BalasPadamAzmin bakal "tersungkur" satu hari. Itulah perkataan paling lunak untuknya nanti.
BalasPadamBeliau mungkin menang Timbalan Presiden, pilihanraya aku rasa betul2 akan tersungkur.
apa yg kamu beri itu yg kamu akan dpt. kamu menuai apa yg kamu semai.