5 Okt 2010

Keshvinder Singh Sertai PPP, Tidak Mahu Umum Berapa Habuan Yang Diterima.

Adun bebas Keshvinder Singh umum sertai PPP

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Malim Nawar, Keshvinder Singh yang sebelum ini keluar daripada DAP untuk menjadi wakil Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN), hari ini mengumumkan beliau akan menyertai Parti Progresif Penduduk (PPP).

Katanya, beliau memutuskan untuk menyertai parti komponen BN itu selepas dipelawa oleh Naib Presiden PPP Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff.

Permohonan akan dikemukakan selepas Presiden PPP Datuk M. Kayveas balik dari luar negara tidak lama lagi, katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Yayasan Bina Upaya (YBU) dan Institut Darul Ridzuan di sini.

Keshvinder mengisytiharkan keluar daripada DAP pada 15 Jun lepas.

“Setelah mengambil kira PPP adalah sebuah parti yang dianggotai pelbagai kaum dan sesuai dengan jiwa saya maka saya menerima pelawaan itu,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Perak yang juga Pengerusi BN Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ketika ditemui pada majlis sama, menyifatkan hasrat Keshvinder itu sebagai keputusan yang bijak.

Beliau berkata BN sentiasa mengamalkan dasar pintu terbuka untuk menerima sesiapa saja untuk menyertainya asalkan mereka bersedia menerima perjuangan BN. — Bernama

Ulasan GB

Pertama, Keshvinder Singh tak dedah berapa jumlah "cash" beliau sudah dapat dengan langkah keluar dari DAP untuk jadi bebas kemudian sertai BN.

Beliau dahulu sekadar menafikan ada menerima habuan, katanya di dalam akaun banknya tak ada wang tersebut. Jawapan untuk membodohkan orang. Kalau terima duit tak semestinya masuk akaun sendiri, boleh guna nama orang lain.

Kedua yang ajak beliau serta PPP ialah Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff. Kenal siapa Nik Sapeia? Yang tembak air lada ke mata Tun Dr Mahathir di Kota Bahru dulu.

Pada 14 Januari 2010, Majistret Azman Mustapha mendapati Nik Sapiea bersalah menyembur bahan pemedih mata ke arah Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2006. Keputusan bersalah diputuskan Mahkamah Majistret Kota Bharu . Dia juga dituduh menyebabkan kecederaan kepada Datuk Ibrahim Ali (58), Mohd Nasir Muda (48), dan Suberi Sahidan (50) di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan pada 11 pagi 28 Julai 2006.

Peguam Nik Sapeia iaitu Saseedharan Menon memohon hukuman penjara 6 bulan ditangguhkan kerana hendak mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Raja Rozela Raja Toran menjadi timbalan pendakwaraya setuju dengan penangguhan itu.

Tiba-tiba pada 13 Mac 2010, Nik Sapeia menuntut saman malu RM20 juta kerana perniagaannya serta reputasinya terjejas. Defenden ialah Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Baharin Mohd Noh; bekas Ketua Polis Kelantan, Datuk Zulkifli Abdullah dan Kerajaan Malaysia.

PPP sebuah parti saingan kepada MIC. Tetapi masa depan PPP dikatakan lebih malap lagi selepas pilihanraya umum 2008 dengan kekalahan Presidennya, Kayveas kalah di parlimen Taiping dengan majoriti 11,298 undi apabila mendapat 16,800 undi berbanding lawannya daripada DAP, Nga Kor Ming yang mendapat 28,098 undi.

Dengan senario itu, sebenarnya Keshvinder selepas ini akan bersara dari politik. tetapi ramai percaya beliau sudah menjadi seorang jutawan Cashvinder Singh.

3 ulasan:

  1. Aku rasa dia ni kalau dpt pun tak bnyk sbb keadaan tak sama dgn keadaan dgn 3 ekor katak yg melompat dulu. Waktu tu umno belum dpt kuasa. Skrg ni umno dah ada kuasa di perak darussani. Kalau mamat ni tak lompat pun umno peduli apa.

    BalasPadam
  2. PRU ke-13 bukan lama lagi.
    Ketika PDRM, SPRM dan SPR di bawah naungan UBN biarkanlah mereka buat apa yang mereka suka. Budak belum matang diberi ruang dan peluang. Camtulah jadinya.
    Orang yang tidak beperinsip begitu yang nak diharap mengurus negara..!!? mintak maaf je lah.

    BalasPadam
  3. x banyak pun skrg dia dah pakai kereta mewah BMW, dr mana dtg duit tu... dr langit ke , fikir sendirilah br lompat dah mewah, kata berkhidmat utk rakyat tp utk kepentingan diri sendiri. bukalah mata wahai rakyat perak...

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.