Pakar dakwa Saiful diliwat, keterangan dibuang ekoran protes Karpal
KUALA LUMPUR, 14 Okt — Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa dia telah diliwat lapan kali oleh majikannya pada pertengahan dua tahun lalu, kata seorang patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
Pakar forensik HKL Dr Siew Sheue Feng berkata, Saiful memberitahu beliau dan dua doktor lain pada 28 Jun 2008 bahawa dia diliwat lapan kali dalam dua bulan oleh Anwar.
“En Saiful memberitahu saya apa yang berlaku, dia telah diliwat oleh seorang personaliti berprofil tinggi selama beberapa bulan,” kata Dr Siew.
Malah menurut Dr Siew, Saiful juga memberitahunya bahawa kondom tidak digunakan ketika hubungan seks luar tabii itu.
Bagaimanapun keterangan itu mendapat bantahan Karpal Singh yang mengetuai pasukan peguam bela.
Karpal mendakwa dakwaan Saiful bahawa dia diliwat lapan kali bukan sebahagian daripada tuduhan liwat dan keterangan itu seharusnya dikeluarkan daripada rekod.
Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah bersetuju dengan bantahan Karpal dan mengarahkan agar kenyataan itu dikeluarkan daripada rekod. -TMI
Bab Yang Meloyakan

9.58am: Dr Siew, 40, berkata beliau telah mengendalikan antara 200 hingga 300 kes forensik. Dia juga telah mengendalikan kira-kira 20 kes liwat.
Katanya, dia merawat Saiful Bukhari pada 28 Jun tahun lalu di jabatan kecemasan hospital berkenaan.
10.06am: Dr Siew berkata polis memberi taklimat kepada mereka berhubung kes berkenaan.
Ketiga-tiga doktor itu - Dr Siew, Dr Khairul Nizam dan Dr Razali - kemudian membincangkan tugas masing-masing dalam memberikan rawatan dan mengendalikan kes.
"Saya diberi tanggungjawab kendalikan spesimen yang diambil dari mangsa,” katanya.
"Saiful beri kebenaran untuk dirinya diperiksa dan gambar dirakamkan di bahagian kemaluannya. Kebenaran juga diberikan untuk mengambil spesimen.”
Dr Siew berkata Saiful menceritakan bahawa dia diliwat 'beberapa' kali oleh seorang individu berprofil tinggi - kali terakhir adalah pada 26 Jun 2008.
"Individu berprofil tinggi itu tidak menggunakan kondom.” -mk
kahkahakhkakha...awt kecut perut karpal...
BalasPadamDi mana-mana sekalipun sepatutnya kerajaan membuat Rakyatnya bertambah senang tahun-demi-tahun. Sekurang-kurangnya yang asas itu mesti ada, bukan nak free tapi harganya timbang-timbanglah sikit.
BalasPadamMengapa setelah lebih 50 tahun kita merdeka, dari Perikatan ditukar ke nama BN kita tetap masih disusahkan. Air yang melimpah di Johor tu pun kena catu. Minyak jangan cakaplah dia kata barangan mewah.
Dana pelajaran, buat letrik, pasang telepon, jual gula, jual beras, tepung semuanya habis untungnya dikebas. Dulu cakap kalau diswastakan semuanya akan lebih terancang. Yang mahal jadi murah, yang sikit jadi banyak. Yang tak ada boleh diadakan. Tengok apa dah jadi?. Macam mana syarikat nak maju orang nggok yang dah 2x pencen masih di jadikan ketua. Tahunya nak besarkan perut saja.
Tidak bolehkah YB-YB semua berperah otak macam mana nak senangkan rakyat ?. Asyik nak tepuk meja saja. Cucu kita pun tak macam tu.
buatlah cerita diliwat 80 kali baru banyak sikit, alang-alang nak bohong katakan
BalasPadamkes liwat ni nampak sangat yang sisepul tu gatai pungkog dah sampai 8kali baru nak buat repot polis nampak sangat cerita katoon sepol.
BalasPadamaku dh xtau nk ckp apa dlm hal ni.. sblm ni aku berani kata 99.99% kes sepul lembik ni fitnah..tup2 ade 2 ekor bks pmbntu DSAI buat report..plg best yg kedua t, siap ckp DSAI ade kecenderungan seks pelik..hmm..mcm2..harap2 semuanya fitnah!!
BalasPadamKes ini mudah saja. Kes ini akan selesai sebaik saja Anwar mengumum bahawa dia tak akan bertanding MP pada PR yang akan datang atau bersara terus dari politik.
BalasPadamKasihan melihat orang Islam yang tak mahu mengadili kes sedemikian secara Hukum Islam. Oh, silap aku. Kan ini kes Melayu, jadi biarlah perlembagaan yang mengadilinya. Bila mati nanti, baru guna Hukum Islam. Awat tak bakar terus mayat macam kes sosilawati, kan nak bersihkan jasad yang 'kotor'. Entahlah, keimanan dan kesabaran AKU tercabar tapi tak terubah.