Tertuduh dalam kes perbicaraan membabitkan kematian Aminulrasyid Amzah didakwa menggunakan 21 daripada 100 peluru yang diperuntukkannya semasa bertugas ketika remaja berusia 15 tahun itu ditembak mati.
Menurut Korporal Ismail Daud, yang bertanggungjawab menjaga senjata api dari simpanan di balai polis Seksyen 11, tertuduh Korporal Jenain Subi dibekalkan dengan 100 peluru semasa dia bertugas daripada jam 10 malam 25 April sehingga jam 6 pagi, keesokan hari.
Remaja itu ditembak mati antara jam 1.10 pagi hingga 2 pagi, 26 April selepas dikejar oleh kereta peronda polis.
"Saya kira peluru apabila Jenain memulangkan senjatanya sekitar jam 6.42 pagi, 26 April dan mendapati kelopak di senjata itu hanya tinggal empat peluru,” katanya sambil merujuk kepada catatan rekod balai polis berkenaan.
Setiap kelopak senapang sub-mesin jenis Helper dan Koch MP5 itu yang diberikan kepada Jenain itu berisi 25 butir peluru, katanya.
Ismail juga mengakui bahawa tiga kelopak yang lain tidak digunakan.
Pada 12 Oktober lalu, mahkamah diberitahu 19 kelongsong peluru dijumpai sekitar lokasi kejadian.
Awal hari ini, seorang lagi saksi, Muhammad Radhi Abdul Hamid daripada bahagian persenjataan berkata ada kemungkinan seseorang penembak tepat akan tersasar dalam beberapa keadaan.
Beliau bersetuju dengan cadangan peguam pembelaaan bahawa antara keadaan itu termasuk jalan yang tidak rata, mengejar suspek dengan kelajuan tinggi dan sasaran ya ng bergerak.
Katanya, berat senjata api juga boleh menjejaskan ketepatan sasaran dan bersetuju bahawa senjata MP5 itu adalah berat tetapi tidak dapat menganggarkan jumlahnya.
Namun ketika disoal pihak pendakwaan, saksi itu yang mengakui beliau adalah pakar senjata api berkata perkara berkenaan adalah hanya pendapatnya dan beliau belum pernah menembak sasaran yang bergerak pada kelajuan tinggi.
Pada 10 Mei lalu, Jenain, 48, mengaku tidak bersalah menyebabkan kematian Aminulrasyid di Jalan Tarian 11/2 in Section 11, Shah Alam pada 26 April.
Dia didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun dan denda jika didapati bersalah.
Ulasan GB
Sampai 21 das tembakan? Nak bunuh gajah pun takde macam itu punya banyak peluru digunakan. Cuba tembak tertuduh dengan dua das tembakan sahaja.. agak-agak boleh hidup lagi tak?
Lansusung tak pakai akal bila menembak. Yang penting bagi polis itu seperti di dalam banyak kes-kes yang lain, "modus operandi"nya ialah kasi bunuh tak kisa suspek apa pun. Sebab tak perlu soaljawab dalam mahkamah. Sekarang terkena juga bila suspek yang ditembak sampai 21 das tu hanyalah seorang remaja belasan tahun.

Mungkin dia kemaruk menembak, dah lama tak berpeluang menembak. Jadi polis kena buat aktiviti menembak di lapang sasar kepada anggota2 supaya ketagihan menembak menjadi reda.
BalasPadamCuma 1 perkara besar yang belum ditangani...penipuan Ketua Polis Selangor berkaitan penemuan parang. Sepatutnya beliau sekurang2nya mohon maaf kerana telah menipu.
aminurasyid dianggap pengganas agaknya?
BalasPadam