26 Okt 2010

Jika Berita Ini Benar, Ketua Polis Negara Perlu Bertanggungjawab

Saksi yang lihat Guna ditendang polis, ditangkap

Seorang saksi yang memberi keterangan melihat melihat seorang lans korporal polis menendang seorang tahanan - R Gunasegaran, ditahan polis semalam.

Menurut kenyataan media, pertubuhan bukan kerajaan mengenai hak asasi manusia, SUARAM yang dikeluarkan pagi ini, K Selvachandran kini dikurung di lokap balai polis kontijen Kuala Lumpur.

Lelaki berusia 39 tahun itu dibelasah oleh anggota polis di hadapan isterinya pada jam 10 malam semalam, sebelum diheret polis.

Keluarganya kemudian dimaklumkan Selvachandran akan ditahan reman untuk 60 hari. Mereka kemudiannya membuat laporan di balai polis Wangsa Maju berhubung tahanan dan layanan buruk berkenaan.

Setakat ini, belum diketahui di bawah seksyen mana Selvachadran ditahan.

Dalam kenyataannya, penyelaras Suaram, Yap Heng Lung berkata seseorang hanya boleh dikenakan tahanan reman tidak melebihi daripada 24 jam kecuali di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, Ordinan Darurat atau Akta Dadah Berbahaya 1985 yang bercanggahan dengan prinsip hak asasi manusia.

“Suaram berpendirian pihak polis telah melanggari kebebasan hak asasi manusia seperti yang ternyata dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga Deklarasi Hak Asasi Manusia dan saksi mahkamah langsung tidak diberi perlindungan malahan ditindas oleh pihak polis,” katanya.

Semalam, koroner Siti Shakirah Mohtarudin memberikan keputusan terbuka berhubung inkues bagi menentukan kematian R Gunasegaran semasa dalam tahanan polis kerana tidak boleh dibuktikan dengan muktamad.

Beliau berkata, walaupun laporan bedah siasat merupakan satu bukti "prima facie" yang tidak boleh disangkal, versi kedua juga diterima mahkamah.

"Dengan ini, saya mendapati kes inkues ini adalah satu kes "open verdict" di mana ia berlaku apabila keterangan yang ada tidak mencukupi atau tidak mencapai tahap yang dikehendaki untuk merekod lain-lain keputusan," katanya.

Selvachandran, yang berada di balai polis Sentul pada 16 Julai 2009 pada hari Gunasegaran ditangkap memberi keterangan bahawa dia melihat Lans Korporal Mohd Faizal Mat Taib menendang simati di dada.

5 ulasan:

  1. Sikap polis ni bukan perkara baru. Ramai yg dah tau tapi tak boleh nak buat apa2. Nak mengadu pada siapa? Mengadu pada polis juga ke? Nak saman polis nak guna duit siapa utk pasang lawyer? Lawyer pulak cari makan... no money no talk. Akhirnya rakyat jadi hamba dalam negara sendiri yg merdeka. Merdeka dari apa pun masih belum jelas.

    BalasPadam
  2. Kepada anggota polis berpangkat rendah tu berpada-padalah menjalankan tugas supaya tidak melampaui batas seperti memukul dan mencederakan orang. Apabila sudah jadi kes polis dan didakwa di mahkamah, tiada seorang pun pegawai atasan anda akan membela anda. Jika anda dibuang kerja anda tanggung seorang diri. Anak, isteri dan keluarga anda yang akan merana dan menanggung penderitaan.

    BalasPadam
  3. Dgn uniform yg dipakai polis ingat mereka ada lesen utk berbuat sesuka hati pada org awam.

    BalasPadam
  4. Kita lantik dia jadi polis utk jaga kita, bukan suruh tendang kita balik...adess...

    BalasPadam
  5. Syabass polis malaysia, adakah anda ada jawapan yang boleh di jawap di padang mahsyar nanti, atau anda anggap padang mahsyar itu adalah dongeng. Tanya lah iman anda.. aku sikit pun tak takut dengan hangpa..

    gugurkan perkataan di Raja dari polis..jadikan PBM(polis boneka malaysia)

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.