Saya tak akan tinggalkan PKR’
KULIM - Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan berkata, meskipun mengkritik keras Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali yang didakwanya memanipulasi proses pemilihan parti, itu bukan bermakna beliau tidak sayangkan PKR ataupun sudah membuat keputusan untuk meninggalkan parti itu.
“Tidak. Saya belum terfikir mahu tinggalkan parti ini. Saya masih sayangkan PKR,” katanya ketika dihubungi pagi semalam.
Ditanya mengenai kenyataannya pada sidang media di Parlimen Khamis lalu yang beliau dilaporkan berkata, jika tidak ada tindakan oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) untuk membetulkan keadaan, tidak ada sebab baginya untuk terus bersama parti, Gobalakrishnan berkata, meskipun mengeluarkan kata-kata sedemikian, beliau bukan bermaksud hendak meninggalkan PKR.
“PKR sebuah parti yang bagus. Yang saya tidak puas hati cuma mengenai proses pemilihan. Itu yang saya minta JPP betulkan keadaan,” katanya.
Gobalakrishnan yang akan bertanding jawatan Naib Presiden parti pada pemilihan bulan depan mengakui selepas melempar kritikan keras terhadap Azmin yang juga calon Timbalan Presiden PKR, Khamis lalu, beliau ditegur oleh pimpinan parti.
Calon Naib Presiden itu bagaimanapun enggan menyatakan teguran itu daripada siapa dan bagaimana ia disampaikan.
“Cukup saya beritahu, saya hanya ditegur,” katanya.
Gobalakrishnan berkata, kenyataannya dengan kata-kata “tidak ada gunanya saya masih berada dalam PKR sekiranya pemilihan yang sepatutnya demokratik boleh dimanipulasi oleh individu tertentu” telah disalah tafsir oleh pihak media seolah-olah beliau mahu meninggalkan PKR.
“Saya tidak kata mahu keluar PKR cuma minta JPP bersikap adil dan telus kepada semua ahli dan pemimpin, jangan ada pilih kasih. Saya kata begitu kerana selama ini, ada pihak yang cuba mengenepikan saya tetapi saya masih setia bersama PKR hingga hari ini,” katanya.
“Sekiranya sikap tidak telus JPP masih berlarutan, saya tidak akan dapat apa-apa dari parti. Kenyataan saya disalah anggap hingga ada yang mendakwa saya akan keluar parti. Itu tidak benar. PKR merupakan parti yang baik dalam memperjuangkan nasib rakyat,”katanya.
Mengenai Azmin yang beliau dakwa pernah menghinanya dengan panggilan ‘pariah’, Gobalakrishnan berkata, beliau serah kepada parti untuk mengambil tindakan. -SH
Ulasan GB
Kita tunggu dan lihat samada pimpinan PKR akan mengambil tindakan kepada Azmin terhadap penghinaan Azmin dengan memanggil Gobala sebagai Pariah.
Tapi saya yakin pimpinan PKR TIDAK AKAN BERBUAT APA-APA terhadap Azmin.
Banyak perlanggaran etika yang dilakukan oleh Azmin sebagai calon Timbalan Presiden dipejamkan mata oleh pimpinan PKR sendiri.
Azmin tak ubah PERKASA di dalam PKR. Menjulangkan api sentimen perkauman yang kelak membakar seluruh PKR. Sama-sama kita tunggu.

bila yb azmin memanggil gobala ni paria!!?, ada juga yg saya dengar sudah bertahun cerita tu, klu betul mengapa skrg bangkitkan
BalasPadamGobala pun tahu klu dia keluar parti mungkin tiada peluang untuk menjadi calon YB lagi, apa yg menyebabkan azmin memanggil pariah?, mungkin ada perkara besar yg menyebabkan mereka bertengkar , apa pun sy rasa ia bukan perkauman cuma bahasa marah terhadap gobala aje, apa pun harap bahasa itu di elakan
BalasPadammemalukan kaum melayu dan agama Islam saja azmin ni...
BalasPadamAzmin ni kebal. Tapi takpe. Yg layak, tetap Syed Husin Ali(presiden) dan Tan Sri Khalid Ibrahim(Timbalan). Kalau Anwar sayangkan parti, dengar2lah keluhan akar umbi bukan ikut suka hati sendiri. Bukan Azmin sorang yg berjuang dari dulu sampai sekarang. Cuma yg lain di sisih dek kerana berpakaian tidak cantik, bertubuh pendek, berwajah kekampungan tak seperti saiful, rahimi dan rashid...alahai Anwar, aku cakap ko bodoh ko marah tapi hakikatnya, ko mudah terpedaya dgn lakonan setan2 yg berupa manusia.
BalasPadamJika ditakdirkan gobala tiada jodoh lagi dgn pkr, saya hrp beliau tidak terjebak dgn bn. Masih ada lagi alternatif utk beliau berjuang samada dlm pas atau dap. Aku percaya pas atau dap sanggup menerimanya. Jika gabala benci azmin maka gabala mesti juga benci umno/bn kerana sikap azmin dan umno ibarat irama dan lagu yg tak dpt dipisahkan.
BalasPadamanon 1.32
BalasPadamtak kira ler bila azmin panggil dia pariah. yg pentingnya memang azmin ada memanggilnya begitu.
bererti kita sudah dapat tahu jiwa azmin yg sebenarnya. suka menghina orang lain.
Anon 1.32 kalau pun ada Azmin panggil dia tu P>>>>> dah lama dah dan memang masa tu dia P>>>>> dulu la dulu tapi la dia dah tak P>>>> dah. Awat keluar crite lama ? Ada agenda la tu, kan Gobal kan ?
BalasPadamWahai Gobala,
BalasPadamBaguslah kalau kamu dah sedar. Masih sayang kat PKR rupanya. Sejuk hati kami semua, di PRU13 nanti kalau kamu dicalunkan boleh juga kami sokong lagi. Tak banyak pun sekurang-kurangnya boleh nasihat isteri, emak mertua, kakak semua undi kamu.
PKR ni parti bukan syarikat Sdn Bhd. Kalau di sana dulu engkau bolehlah herdik bos tak naik pangkat dan gaji aku berhenti. Keluarlah !, nak tahu, kamu seorang keluar tiga pemimpin baru akan mari tau. Lagi pun kamu ni seorang pemimpin. Pemimpin itu mesti ada kebijaksanaan dalam diri.
Kamu belum lagi dianggap hero kalau setakat dua tanganmu sahaja berGari. Menjerit tu sakit ke atau saja nak orang keromon tangkap gambar. Kalau nak tahu DSAI tu lagi teruk. Dah kena fitnah, kena tumbuk pulak, di tempat gelap pulak tu !, Dengarnya dia beristirgfar sahaja. Itu satu kelebihan kita umat Islam. Kalau kita, mungkin siang-siang dah serah diri, iya tuan saya nga .. nga ..ngaaku salah. Selamat berjuang Yb.
budak yg bernama Azmin Ali, adik kepada Azwan Ali tu memang jahat laa
BalasPadampenyelesaian secara kekeluargaan penting untuk kePutrajaya
BalasPadam