26 Okt 2010

Galas: Cerah Untuk PAS, Gelap Bagi BN

Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di Kelantan menyaksikan pertarungan satu lawan satu di antara calon Barisan Nasional dan PAS.

BN turun gelanggang untuk merampas balik DUN Galas yang telah dimenangi oleh calon PAS, Mohd Hashim Sulaima pada pilihanraya umum 2004.

Calon BN Abdul Aziz Yusoff, 49, iaitu Setiausaha Umno Gua Musang berhadapan dengan pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang Dr Zulkefli Mohamad, 44.

Pengesahan status calon diisytiharkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Wan Mustapha Wan Abdul Hamid sebentar tadi selepas berakhirnya sesi bantahan pada pukul 11 pagi.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui PKR akan menghadapi ujian berat dalam pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi pada 4 November ini, malaysiakini dipetik.

"Saya akui, kita mesti bekerja keras di Batu Sapi," katanya kepada pemberita di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas kes perbicaraan liwatnya ditangguhkan hari ini.

Bagaimanapun, mengenai pilihan raya kecil DUN Galas yang dijalankan serentak, Anwar berkata PAS sebaliknya mempunyai peluang yang cerah untuk mengekalkan kerusi tersebut.

Bagi kedua-dua kerusi, proses penamaan calon berlangsung serentak pagi ini.

Setakat ini, di Batu Sapi, tiga orang telah menyerahkan borang pencalonan. Mereka adalah Ansari Abdullah (PKR), Yong Teck Lee (SAPP) dan Linda Tsen (BN-PBS).

Di Galas pula, hanya dua calon yang mengemukakan borang mereka. Mereka adalah Dr Zulkefli Mohamad (PAS) dan Abdul Aziz Yusof (BN).

UMNO BN telah memulakan taktik kotornya di Galas dengan memfitnah calon PAS kononnya pernah ditangkap khalwat sekalipun tidak pernah dikemukakan buktinya.

Harakahdaily melaporkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju jika tindakan undang-undang diambil terhadap pihak yang membuat tuduhan kononnya calon PAS berkhalwat.

Ketika ditanya wartawan tentang wujudnya tuduhan terhadap Dr Zulkefli Mohamed pernah ditangkap khalwat, Tuan Guru Nik Aziz berkata, beliau bersetuju tindakan undang-undang diambil terhadap pihak yang membuat tuduhan itu.

"Nak tuduh boleh tuduh, tapi betul ke tak benda tu. Saya setuju kalau benda tu bawa ke mahkamah. Dia (Zulkefli) nak bawa ke tidak, terpulang pada dia," katanya.

Zulkefli sebelum itu berkata, isu beliau ditangkap khalwat yang dibangkitkan Umno-Online adalah dilakukan dengan sengaja bagi memfitnahnya.

Sehubungan itu, beliau akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya fitnah itu tidak ditarik balik.

“Tindakan pertama ialah meminta supaya didropkan fitnah itu daripada web Umno-Online, dan sekiranya tidak dipatuhi maka tindakan selanjutnya akan menyusul.

“Kedua, tempoh bagi tindakan adalah bergantung kepada tindakan dilakukan Umno-Online terhadap permintaan yang pertama itu,” katanya.

Selepas diisytiharkan calon PAS, beliau dilaporkan media Umno-Online bahawa pernah ditangkap khalwat dengan ‘isterinya’ sekarang, Ramlelah Mat Jusoh.

Zulkefli dengan tegas menafikannya kerana Ramelah yang dilaporkan itu adalah ibunya, sedangkan isterinya ialah Zainab Jalar.

“Berkenaan dengan hak yang dikeluarkan dalam Umno-Online yang dikatakan saya terlibat dalamkes khalwat, kemudian diletak pula nama Ramelah binti Mat Jusoh.

“Ramelah binti Mat Jusoh itu adalah sebenarnya emak saya, dan untuk kes khalwat ini sepatutnya dibuat semakan di mana-mana Pejabat Agama atau Mahkamah Syariah untuk dipastikan, dan (kes yang dibangkitkan ini) saya menafikan sekeras-kerasnya,” ujarnya.

Berdasarkan kepada perkembangan-perkembangan tersebut, PAS mempunyai peluang yang amat cerah di Galas. Dan UMNO BN yang menggunakan fitnah sebagai bahan kempennya pasti akan terbalas dengan kekalahan dan kegagalan yang buruk.

Ianya disebut sudah di dalam Al-Quran dengan maksud kelakuan jahat:

"Sesungguhnya orang-orang yang memfitnah orang-orang mukmin yang lelaki dan mukminah yang perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat. Maka untuk mereka azab neraka, untuk mereka azab yang membakar" [al-Buruj:10]

BERITA LINTAS LANSUNG PENAMAAN CALON GALAS & BATU SAPI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.