25 Okt 2010

Faekah Bidas Khairy: Isu Pasir Warisan Pentadbiran BN & Mana Monorel Di Rembau?

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Faekah Husin hari ini membidas tuduhan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang mengaitkan pentadbiran Pakatan Rakyat berhubung isu kecurian pasir di negeri itu.

Menyifatkan kenyataan Khairy dalam ucapannya semasa Perhimpunan Agung Umno minggu lalu sebagai hilang punca, Faekah berkata kecurian pasir adalah isu yang diwarisi malah gagal ditangani sejak puluhan tahun lalu ketika Selangor ditadbir Barisan Nasional (BN).

Khairy dalam ucapannya 20 Oktober lalu mendakwa pentadbiran Selangor mengaku bertanggungjawab terhadap isu tersebut hanya selepas diasak melalui pendedahan oleh pihak Umno.

"Sudahlah mengaku hanya selepas kantoi, Kerajaan Pakatan di Selangor boleh dengan selamba meminta Kerajaan Pusat pula menyelesaikan masalah tersebut," kata Khairy.

Faekah bagaimanapun menempelak kenyataan Khairy itu dengan mempersoalkan peruntukan Bajet 2011 yang diterima untuk program memperkasakan anak muda sebanyak RM200 juta berbanding RM111 juta yang diperuntukkan untuk Permata.

Malah beliau turut mempersoalkan janji Khairy kepada rakyat kawasannya dengan pembinaan monorel semasa pilihan raya umum lalu.

"Beliau sepatutnya lebih risau dengan Bajet 2011 yang baru dibentangkan yang jelas sekali menunjukkan Perdana Menteri gagal untuk melihat program memperkasakan anak muda sebagai keutamaan meskipun anak muda adalah aset penting negara.

"Peruntukan RM200 juta jika dibandingkan dengan RM111 juta kepada Permata sepatutnya cukup untuk menguja beliau membahaskannya di peringkat parti.

Janji Khairy kepada rakyat Rembau

"Malah, Khairy sepatutnya lebih menumpu untuk menunaikan janji pilihan raya beliau kepada rakyat Rembau iaitu membawa perkhidmatan monorel hingga ke depan pintu rumah mereka. Tiga tahun telah berlalu, jangankan monorel, cerita mengenainya kian menjadi dongeng jenaka," katanya.

Sementara itu, Faekah yang mempertahankan isu pasir berkata, penubuhan anak syarikat negeri Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) bertujuan bagi menguruskan industri pasir dengan sistematik, berkesan dan memberi keuntungan.

"Memandangkan matlamat sesebuah Kerajaan bukanlah untuk mendapat perniagaan yang menguntungkan maka kerajaan negeri telah menyalurkan keuntungan ini terus kepada program-program kebajikan yang dijalankan menerusi program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) seperti Tabung Wawasan Anak Selangor (Tawas), Skim Mesra Usia Emas (SMUE), bantuan anak masuk universiti dan Tabung Anak Pekerja Ladang.

"Sepanjang 2009, KSSB mencatatkan jualan RM30 juta dan sehingga Jun tahun ini, jualan mencatatkan RM26 juta dan RM5 juta telah disalurkan untuk membiayai MES," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam soal Keselamatan dan Penguatkuasaan pula, beliau berkata penubuhan Jawatankuasa Pemantau yang diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ramli Mahmud mampu menangkis tohmahan umum bahawa pegawai penguatkuasaan acapkali bersekongkol dengan penjenayah pencuri pasir.

"Bagi menunjukkan iltizam kita mewujudkan pentadbiran bersih dan telus, kita telah memeterai kefahaman bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan meminta SPRM membuka kaunter di KSSB dan menubuhkan jawatankuasa bersama KSSB dan SPRM.

"Kita juga sedang melaksanakan Integrity Pact di KSSB yang dipantau oleh Transperancy International
," katanya. -FMT

5 ulasan:

  1. Sebenarnya anak muda ini boleh dijadikan seorang pemimpin masa hadapan ~2040an~ yang baik, jika dididik cara kita. Kesian, ia telah disalah guna oleh pemimpin sebelumnya dengan dibebani tugas jawatan pegawai tinggi yang memerlukan kepakaran ~ hanya dengan sijilnya. Bebanan kerja yang berat itu telah menjadikankan anak muda ini sekarang suka meracau.

    Jangan bimbang anak muda, ikut kata chegu SITC kami dahulu, ada problem go back to the basic, sit, relax, think and drink. Chegu dulu minum teh-O saja. Nasib baik ada ulamak-40 di sebelahnya.

    Nak lepas gian ambil botol isi Teh-cina, bila minum kena sergah. Itulah sebabnya dia asyik meroyan sahaja.

    BalasPadam
  2. dah kehabisan modal lah tu... macam lah rakyat ni bodoh sangat, sampai tak tau nak menilai mana betul mana yang salah.... rakyat dah lama tahu semua masalah adalah berpunca dari pentadbiran umno... hanya orang yang bodoh2 aje boleh terpedaya dengan segala helah busok umno... tapi dengan kami jangan nak temberanglah... woi...

    BalasPadam
  3. Kera Jantan dah jadi billionair, penyokongnya dah lari sebab politik wang rasuah tak masuk,bapamertua dah tak ada kuasa, sijil nikahpolitik dah tak laku,tipu menipu memang kerja UMNOBNAPCO terhadap raakyat, mereka tahu rakyat Melayu mudah dipebodohkan sampai tidak boleh berfikir..

    BalasPadam
  4. hidup nak mentahkerah dengan mainkelentong orang ahirnya orang sedar yang kita kaki kuat kelentong masa tu sekupang pun dah tak laku.

    BalasPadam
  5. Aku sangkakan budak rembau tuh dah semakin cerdik berkata-kata, tetapi semakin bengong dan putar alam.

    Berak spesis dia yang membususuk hingga menyukarkan orang lain membersihkannya, lalu dikatakan tukang bersih itulah yang pengotor.

    Si bengap sahaja yang bergembira dengan kenyatan si bengong.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.