Kelmarin GB mengulas bahawa media PKR iaitu Suara Keadilan dan TV Selangor telah membuka ruang seluas-luasnya untuk Azmin tetapi menutup ruang itu untuk Zaid Ibrahim di dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR, ia jelas menunjukkan media PKR juga berjalan senget sama seperti media arus perdana yang dikutuknya selama ini.
Kini, media-media PKR itu bukan sahaja ia senget, malahan lebih buruk daripada itu, ia telah melancarkan serangan ke atas Zaid Ibrahim seolah-olah Zaid itu bukan lagi ahli PKR layaknya.
Di dalam satu tulisan di dalam Suara Keadilan, wartawannya terus-terusan menuduh dengan mengaitkan pendedahan Rahimi dengan Datuk Soh Chee Wen, seorang jutawan yang dikatakan kononnya disifatkan sebagai pengurus dana kempen Zaid dalam pemilihan PKR.
Ia tidak mengemukakan sebarang bukti, tidak mengemukakan sebarang penjelasan melainkan fitnah rambang dan tuduhan melulu semata-mata untuk mendiskreditkan peribadi Zaid untuk faedah Azmin.
Mana bukti Datuk Soh Chee Wen mendalangi Rahimi dan mana bukti beliau menguruskan dana bagi kempen Zaid?
Apabila tuduhan dilemparkan tanpa bukti, itulah fitnah namanya. Dan ia menjelaskan kepada kita sebahagian besar pimpinan PKR termasuk medianya begitu jumud dan tidak bersikap terbuka di dalam Pemilihan.
Begitu juga TVSelangor, membuka ruang untuk Zaid tetapi dengan kaedah menyerang Zaid dengan tajuk-tajuk beritanya yang provokatif dengan tujuan yang serupa dengan Suara keadilan, iaitu untuk mendiskreditkan nama Zaid.
Mana Jawatan Pemilihan Parti(JPP)? Mana Setiausaha Agong PKR, Saifuddin Nasution yang tiba-tiba berdiam diri terhadap peranan media PKR yang mengamalkan kewartawanan longkang ini?Apakah mereka turut terjebak di dalam grand-design pimpinan PKR untuk memenangkan Azmin Ali di dalam perebutan kerusi Timbalan Presiden?
Serangan bertubi-tubi Azmin juga dilihat sebagai fobia kumpulannya terhadap Zaid yang dikatanya "baru setahun jagung" di dalam PKR. Kalau baru setahun jagung di dalam PKR, kenapa perlu takut? Ia menggambarkan bahawa Azmin tidak ada kekuatan tetapi sebenarnya ketakutan teramat sangat kepada bayang-bayang sendiri apabila terpaksa bertindak agresif dan offensif dengan melancarkan serangan melulu terhadap Zaid. Satu ketakutan yang amat sangat kerana gila kuasa dan tamak haloba.
Di dalam apa-apa pemilihan, unsur demokrasi sepatutnya dihormati dan pemimpin atasan dan media parti tidaklah wajar dilihat cuba mempengaruhi perwakilan untuk menentukan siapa yang sepatutnya dipilih.
Akibat daripada tidak adanya penghormatan terhadap demokrasi di dalam pemilihan, wujud YB-YB bebal yang terang-terang membuat kenyataan menyokong Azmin sebelum ini. Ini kerja bodoh, ini kerja pemimpin bermentaliti rendah, kerja pemimpin "captive mind" atau "bebalisma".
"Bebalisma" satu istilah yang pernah dikemukakan oleh seorang lagi yang bernama Syed Hussein (bukan bekas Timbalan Presiden PKR), tetapi Prof Syed Hussein Al-Attas.
"How do the fools and bebalisma act to stifle the growth of the intellectual spirit? The fools block the development of the public demand for intellectual labour. The intellectuals do not have access to the means of creating a public demand for the results of their labour." - dari buku beliau 'The intellectuals and developing socities'.
YB-YB ini GB yakin akan ditolak oleh rakyat di dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti apatah lagi kita tahu kebanyakan YB-YB ini adalah YB-YB tangkap muat yang tidak berkualiti.
Pemimpin berfikiran terbuka dan pemimpin sejati adalah umpama sang bapa yang tidak pilih-kasih kepada anak-anaknya sekalipun ada anaknya yang mungkin nakal, malah OKU sekalipun.
Biarlah suasana pemilihan disuburkan dengan kebebasan perwakilan menentukan sendiri calon yang mereka mahu, bukan yang ditunjukkan oleh kumpulan tertentu.
Media-media yang mengamalkan kewartawanan longkang sewajarnya ditolak sekalipun calon dokongan mereka menang di dalam perebutan jawatan nanti.

cara azmin menyerang kurang cerdik, tapi cara zaid respond pun kurang cerdik juga.. aku harap dua2 org ni kalau bertanding pun tak da yg menang... sebab belum terpilih, aku dah mula menyampah dah kat dua org ni. Sorry bro.
BalasPadamsaya sudah perhatikan hal ini sejak mula pemilihan berlansung. kedua-dua media PKR ini jelas menunjukkan ketidak-adilan di dalam parti KEADILAN yang sepatutnya adil.
BalasPadamAllam, u dah menyampah .... I pun tak tau nak komen... pening kepala !
BalasPadamayat yang sesuai..."kata dulang paku serpih"
BalasPadamdulu saya baca gak suarakeadilan dan tvselangor, almaklum dah tak der tempat nak baca berita laternatif. skrg saya dah meluat dengan kedua-dua media itu.
BalasPadambaru sama zaid guna media UMNO, media UMNO sekat suara Azmin, selagi percaya UMNO dan medianya nescaya kena tipu macam israel tipu bangsa arab
BalasPadam