Pemilihan PKR: Anwar kecam Zaid guna media Umno
LONDON, 3 Okt — Dilihat sebagai serangan ke atas bakal calon jawatan timbalan presiden PKR Datuk Zaid Ibrahim, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam memberi amaran kepada calon-calon bertanding agar tidak sama sekali menggunakan media milik Umno, yang dilihat sebagai ‘musuh’ Pakatan Rakyat.
“Calon-calon (yang bertanding) seharusnya berwaspada agar tidak dieksploitasi oleh media Umno untuk menyerang polisi-polisi dan pemimpin-pemimpin kita.
“Jangan benarkan parti (PKR) digunakan oleh media Umno dan propaganda (mereka),” kata pemimpin ini pada satu majlis di sini hari ini.
Anwar yang juga Ketua Umum PR mengingatkan ratusan rakyat Malaysia di sini bahawa PKR berjuang untuk melakukan reformasi dan tidak memerlukan “media Umno atau duit.”
Beberapa pemimpin parti mengecam Zaid, bekas menteri undang-undang, ekoran dakwaan beliau bahawa tawarannya untuk bertanding kerusi nombor dua dihalang dan membayangkan ia kemungkinan arahan penyokong-penyokong Naib Presiden Azmin Ali yang turut bertanding kerusi nombor dua parti.
Zaid, anggota Majlis Pimpinan Pusat dan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan ditemu bual oleh Mingguan Malaysia Ahad lalu dengan tajuk “Jangan halang saya bertanding”.
Pelbagai pihak dalam PKR membidas tindakan itu dengan ada yang menyindir beliau yang dipecat Umno hujung tahun 2008 dan menyertai PKR pertengahan 2009 sebagai ‘ejen Umno’.
“Saya sebenarnya tidak tahu secara sahih, ia hanya percakapan orang. Setakat ini tidak ada orang menyokong saya secara terbuka.
“Saya juga tidak tahu sama ada Azmin disokong oleh Anwar secara terbuka.
“Pada saya perkara ini tidak begitu penting sangat kerana dalam politik sokongan yang nampak jelas pun tipu juga, yang tidak cakap apa-apa pun sokong kita. Saya tidak terlalu bimbang dari segi wayang atau permainan ini kerana yang lebih penting ahli- ahli faham apa isu di dalam pemilihan ini,” kata Zaid dalam wawancara itu.
Ini kali kedua Anwar mengecam Zaid secara tidak langsung berhubung pendirian beliau tentang perjalanan pemilihan parti.
Sebelum ini Anwar, bekas timbalan perdana menteri dan bekas timbalan presiden Umno, menolak dakwaan Zaid bahawa “budaya Umno” mula wujud dalam parti dan memberi amaran kepada ahli-ahli PKR tentang kemungkinan munculnya “kuda-kuda Trojan” dalam parti.
Ketua Pembangkang itu juga mengingatkan calon-calon agar menghormati proses pemilihan yang menggunakan sistem langsung dan biarkan ahli-ahli memutuskan dengan mendengar sendiri kepada calon tanpa memudaratkan komitmen parti dalam melakukan pembaharuan.
Kata Anwar, tindakan meluahkan rungutan dalam media ketika pemilihan parti seolah-olah mengikut rentak agenda Barisan Nasional (BN) untuk membangkitkan masalah dalaman PKR dan menjauhkan diri daripada isu lebih besar seperti rasuah.
“Kesemua pemimpin adalah penting, tetapi sesetengah akan menang dan sesetengah yang lain akan kalah,” kata Anwar sambil menegaskan, mereka yang menang tidak harus menggondol semua manakala yang kalah tidak wajar mengetepikan agenda besar PKR mahu membawa pembaharuan.
Kerusi timbalan presiden bakal ditanding Azmin, Zaid dan seorang lagi naib presiden Mustaffa Kamil Ayub.
Bagaimanapun ada dua lagi nama yang turut layak untuk bertanding kerusi itu iaitu Menteri Besar Selangor Tan Khalid Ibrahim dan Pengarah Strategi PKR Tian Chua.
PKR meminda perlembagaannya tahun lalu untuk mengadakan pemilihan parti menggunakan sistem satu ahli satu undi.
Kira-kira 400,000 ahli akan mengundi untuk memilih kepimpinan pusat mulai hujung bulan ini selama tiga minggu sebelum kongres khas parti hujung bulan depan.
Mesyuarat agung tahunan cabang dan pemilihan cabang yang menyaksikan proses pencalonan berakhir hari ini dengan tujuh cabang ditangguhkan ekoran kekecohan minggu lalu. -TMI
Ulasan GB
Sebagai Ketua Umum PKR, ramai persoalkan apa sebenarnya agenda Anwar menyerang Zaid depan umum? Apakah ia untuk membantu Azmin untuk mendapatkan pencalonan lebih banyak di dalam pemilihan ini?
Anwar mungkin sudah merasa selesa kerana selama ini blogger-blogger memberikan sokongan terhadap beliau dan keluarga.
Tetapi apabila Ketua Umum PKR itu dilihat partisan di dalam pemilihan, blogger seperti GB kembali persoalkan perlukah Anwar disokong lagi?
Malah selama ini, sekalian ramai blogger memperjuangkan kebenaran dan keadilan untuknya, apakah Anwar ada berterima kasih? Apakah Anwar prihatin terhadap nasib mereka?
Hei Anwar, anda boleh menyerang bukan saja Zaid, malah sesiapa juga calon yang bertanding, namun tidak sepatutnya kamu melakukannya di depan umum. Kerana dengan cara itu anda dilihat sudah tidak mempunyai ciri keadilan yang sepatutnya dimiliki oleh seorang pemimpin tertinggi parti. Sekalipun teguran anda bernada umum, tetapi ia jelas ditujukan kepada Zaid.
Anda juga boleh bergantung harap kepada blogger-blogger yang menyokong calon yang anda sayang, tetapi lebih ramai blogger yang akan berjuang untuk menegakkan kebenaran dan keadilan.
Apa jasa Azmin yang disayangi Anwar berbanding Zaid? Zaid semasa menjadi Menteri di JPM yang tak sampai sepenggal, sekurang-kurangnya sudah memperjuangkan "nasib" hakim-hakim yang dipecat oleh Mahathir.
Kerajaan membayar RM10.5 juta kepada enam hakim yang terlibat dalam krisis kehakiman pada tahun 1988 sebagai bayaran ex-gratia. Menteri Jabatan Perdana Mentei Datuk Seri Nazri Aziz ketika mengumumkan jumlah itu di Dewan Rakyat Khamis berkata, daripada jumlah itu, bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas menerima jumlah tertinggi iaitu sebanyak RM5 juta.
Katanya Allahyarham Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh RM2 juta dan Tan Sri George Edward Seah Kim Seng juga RM2 juta,Tan Sri Wan Hamzah Mohd Salleh, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdolcadeer dan Tan Sri Azmi Kamaruddin pula masing-masing menerima bayaran berjumlah RM500,000, katanya.
Selain bayaran ex-gratia, beliau berkata lima bekas hakim itu turut menerima pencen bulanan iaitu Mohd Salleh sebanyak RM5,102.16, Wan Suleiman RM4,815, Eusoffe RM4,815, Wan Hamzah RM6,508.59, Seah RM5,916.90 dan Azmi RM5,916.90.
Pengumuman Nazri ini menjawab tandatanya oleh pelbagai pihak termasuk pembangkang tentang jumlahnya sejak pembayaran ex-gratia itu diumumkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim Jun lalu.
Sedangkan Azmin masih terkial-kial untuk menyelesaikan masalah penduduk Ukay Bistari. Malah Azmin menggunakan media menyerang MB Selangor depan-depan selama ini kenapa tidak ditegur?
Itu Raja Petra Kamaruddin yang banyak menolong Pakatan Rakyat di dalam setiap kali pilihanraya, tetapi apa PR, yang dipimpin Anwar, ada lakukan untuk menolong beliau tatkala beliau sengsara diburu Kerajaan Malaysia? Hanya blogger yang mengerti perit payah perjuangan di alam siber cuba membantu mana yang mugkin.
Nak harap pimpinan PR? Masih banyak yang perlu dilakukan dan diperbaiki sebelum boleh digelar kerajaan menanti.
Blogger telah membuktikan kemampuan mereka memberi kemenangan kepada Anwar, Wan Azizah, Nurul Izzah atau mana-mana juga pemimpin PKR. Namun blogger juga mampu membawa kekalahan kepada sesiapa yang dilihat sudah lari dari perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan. InsyaAllah.

Tunai janji jika mahu sokongan kami, amaran Raja Petra buat Pakatan dan Anwar
LONDON, 3 Okt — Yang mana datang awal? Perubahan atau sokongan popular?
Nampaknya, blogger Malaysia Today Raja Petra Raja Kamaruddin sudah mula hilang sabar dengan memberi kata dua kepada Pakatan Rakyat (PR) yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu pertemuan di sini semalam.
Ketua Pembangkang itu juga telah dipaksa menzahirkan pendirian terhadap masyarakat madani selepas Raja Petra, yang menjadi tumpuan pelbagai gerakan akar umbi di Malaysia, mencabar PR berhubung komitmen mereka terhadap pembaharuan yang hendak dibawa dan dilaksanakan.
Pada sesi dialog dengan rakyat Malaysia di sini, Raja Petra yang mesra dikenali sebagai “RPK”, mengancam untuk menarik balik sokongan kepada PR dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Galas - pilihan raya kecil yang ke-12 sejak Mac 2008 - atas alasan perikatan tiga parti politik itu telah gagal untuk menunaikan janji-janji menjelang pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan perubahan dalam landskap politik negara.
PR memenangi lima negeri selain menguasai 82 kerusi di Parlimen, sekali gus menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Dewan Rakyat.
Sehingga pilihan raya kerusi Dewan Undangan Negeri Manek Urai Julai 2009, Raja Petra seringkali turun ketika kempen pilihan raya kecil untuk membantu calon-calon PR.
Raja Petra berada dalam buangan kendiri sejak pertengahan tahun lalu.
Bagaimanapun Anwar, Penasihat PKR, merayu agar rakyat memahami bahawa kebanyakan pembaharuan tidak boleh dilaksanakan tanpa penguasaan kerajaan persekutuan, sebaliknya pejuang masyarakat madani perlu membantu PR berada di Putrajaya bagi melakukan pembaharuan-pembaharuan ini.
Raja Petra berkata “sebelum Mac 2008 kita duduk untuk tempoh berbulan lama dan merangka Deklarasi Rakyat yang merupakan versi kemas kini kepada Agenda Untuk Perubahan, yang dirangka oleh Anwar sendiri ketika berada di penjara.”
Anwar dibebaskan dari penjara pada 2004 tetapi hanya layak bertanding selepas Mac 2008 dan memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh ketika pilihan raya kecil.
Raja Petra menggambarkan bagaimana deklarasi itu, yang merangkumi pelbagai isu - daripada ekonomi, pendidikan, kesihatan dan sehinggalah politik - dikemukakan kepada tiga parti politik yang membentuk PR dan parti-parti pembangkang yang lain.
PR, dianggotai DAP, PAS dan PKR, dibentuk selepas sebulan selepas pilihan raya umum Mac 2008. Ia masih dalam proses kelulusan pendaftaran.
Malah Raja Petra mendakwa deklarasi itu juga sedikit sebanyak diterima sebagai manifesto pilihan raya.
“Oleh kerana itu, kami turun ke bawah, kami berkempen dan merentasi seluruh Malaysia,” kata beliau lagi merujuk kepada kempen ketika pilihan raya umum Mac 2008 dan pilihan raya kecil yang menyusul.
Justeru, Raja Petra melahirkan rasa tidak puas hati kerana PR belum lagi menunaikan janji-janji yang digariskan dalam manifesto meskipun menguasai pemerintahan beberapa kerajaan negeri sepanjang dua setengah tahun lalu.
Pada hari ini PR menguasai Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.
Raja Petra juga menggariskan ketiadaan akhbar-akhbar Bahasa Malaysia diterbitkan kerajaan-kerajaan negeri dikuasai PR atas alasan ia penting untuk meneruskan perjuangan menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Beliau membandingkan persekitaran politik di United Kingdom di mana parti Demokrat Liberal hanya bersetuju untuk membentuk kerajaan campuran dengan Konservatif selepas dijanjikan pembaharuan menyeluruh akan dilaksanakan dalam tempoh dua tahun.
Britain berhadapan dengan pembentukan kerajaan campuran selepas pilihan raya umum pertengahan tahun ini gagal memberikan majoriti jelas di Parlimen.
“Kita sudah memberi PR tempoh dua setengah tahun, tetapi tiada pembaharuan tunggal yang dilaksanakan sehingga kini.
“Sesetengahnya boleh dilaksanakan dengan segera, sesetengahnya akan mengambil masa dua tahun, ada yang akan mengambil 20 tahun.
“Sekurang-kurangnya kita melihat (ia dilaksanakan), maka kita akan gembira dan kita akan terus menyokong PR dalam setiap pilihan raya kecil dan pilihan raya umum termasuk di Galas,” kata Raja Petra.
Beliau yang kini berada dalam buangan kendiri di luar negara sejak setahun lalu menambah, PR memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya ekoran sokongan masyarakat madani yang merupakan “kuasa ketiga”.
Raja Petra memberikan contoh gerakan Bersih dan Hindraf pada 2007 yang memperjuangkan agar diadakan pilihan raya bebas dan adil serta hak masyarakat orang India dibela.
Sehubungan itu, Raja Petra mengingatkan PR bahawa “kami rakyat adalah tuan” dan perikatan berusia dua setengah tahun itu perlu menyelesaikan beberapa isu jika mahu membentuk kerajaan persekutuan kelak.
Anwar membalas pendirian Raja Petra itu dengan menegaskan bahawa PR mengiktiraf keperluan membawa perubahan tetapi “rakan-rakan kami dalam masyarakat madani perlu bekerjasama dengan kami sebagai satu pasukan.”
“Kami memerlukan (sokongan) masyarakat madani memandangkan kami tidak boleh bergantung pada media yang dikawal Umno,” kata Ketua Umum PR ini.
Ahli Parlimen Permatang Pauh ini juga mendakwa tangan PR terikat dalam melaksanakan pembaharuan memandangkan kuasa untuk berbuat demikian terletak di peringkat kerajaan persekutuan.
Pun begitu, Anwar menekankan beberapa perubahan telah dilaksanakan termasuk menggantikan sistem tender langsung dengan tender terbuka, satu dasar yang membolehkan kerajaan negeri Kedah mengurangkan cukai pintu jumlah keseluruhan sehingga RM15 juta, tetapi mengekalkan pulangan memandangkan langkah tersebut mendatangkan hasil pembalakan yang lebih baik.
Anwar juga menggariskan Akta Kebebasan Maklumat yang digubal oleh kerajaan negeri Selangor meskipun ia masih tertakluk pada Akta Rahsia Rasmi yang dikuatkuasakan oleh kerajaan persekutuan.
Anwar juga menambah, Selangor dalam proses menjadikan Selangor Kini, sebagai akhbar harian untuk diedarkan kepada isu rumah di Selangor bagi menghadapi media-media dikawal Umno khususnya di kawasan-kawasan pengundi Melayu.
Dalam pada itu, Pengarah Strategi PKR Chua Tian Chang menambah, masyarakat madani harus melihat nilai PR bukan hanya setakat jumlah kerusi yang dimenangi, tetapi juga sebagai “satu forum yang baru.”
“Untuk tempoh selama setengah abad isu yang dihadapi ialah mustahil untuk (kita) berbincang. Tetapi, ia kini berada di atas meja,” kata Ahli Parlimen Batu ini.
Beliau menambah, adalah penting untuk membawa satu suara yang bersatu bagi menghadapi sikap BN yang etnosentrik dan memanipulasikan agama.
Raja Petra juga melahirkan kekecewaan dengan sikap tidak kaliber calon-calon PR yang bertanding dalam pilihan raya umum lalu dan menawarkan “calon yang berwibawa untuk bertanding mewakili PR.”
Raja Petra juga menimbulkan isu ramai pemimpin PR terpaksa bertanding kedua-dua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri selain beberapa wakil rakyat yang dipilih bertindak keluar parti sehingga menyebabkan BN mengambil alih Perak awal 2009. -TMI
Ulasan GB
Sebagai Ketua Umum PKR, ramai persoalkan apa sebenarnya agenda Anwar menyerang Zaid depan umum? Apakah ia untuk membantu Azmin untuk mendapatkan pencalonan lebih banyak di dalam pemilihan ini?
Anwar mungkin sudah merasa selesa kerana selama ini blogger-blogger memberikan sokongan terhadap beliau dan keluarga.
Tetapi apabila Ketua Umum PKR itu dilihat partisan di dalam pemilihan, blogger seperti GB kembali persoalkan perlukah Anwar disokong lagi?
Malah selama ini, sekalian ramai blogger memperjuangkan kebenaran dan keadilan untuknya, apakah Anwar ada berterima kasih? Apakah Anwar prihatin terhadap nasib mereka?
Hei Anwar, anda boleh menyerang bukan saja Zaid, malah sesiapa juga calon yang bertanding, namun tidak sepatutnya kamu melakukannya di depan umum. Kerana dengan cara itu anda dilihat sudah tidak mempunyai ciri keadilan yang sepatutnya dimiliki oleh seorang pemimpin tertinggi parti. Sekalipun teguran anda bernada umum, tetapi ia jelas ditujukan kepada Zaid.
Anda juga boleh bergantung harap kepada blogger-blogger yang menyokong calon yang anda sayang, tetapi lebih ramai blogger yang akan berjuang untuk menegakkan kebenaran dan keadilan.
Apa jasa Azmin yang disayangi Anwar berbanding Zaid? Zaid semasa menjadi Menteri di JPM yang tak sampai sepenggal, sekurang-kurangnya sudah memperjuangkan "nasib" hakim-hakim yang dipecat oleh Mahathir.
Kerajaan membayar RM10.5 juta kepada enam hakim yang terlibat dalam krisis kehakiman pada tahun 1988 sebagai bayaran ex-gratia. Menteri Jabatan Perdana Mentei Datuk Seri Nazri Aziz ketika mengumumkan jumlah itu di Dewan Rakyat Khamis berkata, daripada jumlah itu, bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas menerima jumlah tertinggi iaitu sebanyak RM5 juta.
Katanya Allahyarham Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh RM2 juta dan Tan Sri George Edward Seah Kim Seng juga RM2 juta,Tan Sri Wan Hamzah Mohd Salleh, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdolcadeer dan Tan Sri Azmi Kamaruddin pula masing-masing menerima bayaran berjumlah RM500,000, katanya.
Selain bayaran ex-gratia, beliau berkata lima bekas hakim itu turut menerima pencen bulanan iaitu Mohd Salleh sebanyak RM5,102.16, Wan Suleiman RM4,815, Eusoffe RM4,815, Wan Hamzah RM6,508.59, Seah RM5,916.90 dan Azmi RM5,916.90.
Pengumuman Nazri ini menjawab tandatanya oleh pelbagai pihak termasuk pembangkang tentang jumlahnya sejak pembayaran ex-gratia itu diumumkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim Jun lalu.
Sedangkan Azmin masih terkial-kial untuk menyelesaikan masalah penduduk Ukay Bistari. Malah Azmin menggunakan media menyerang MB Selangor depan-depan selama ini kenapa tidak ditegur?
Itu Raja Petra Kamaruddin yang banyak menolong Pakatan Rakyat di dalam setiap kali pilihanraya, tetapi apa PR, yang dipimpin Anwar, ada lakukan untuk menolong beliau tatkala beliau sengsara diburu Kerajaan Malaysia? Hanya blogger yang mengerti perit payah perjuangan di alam siber cuba membantu mana yang mugkin.
Nak harap pimpinan PR? Masih banyak yang perlu dilakukan dan diperbaiki sebelum boleh digelar kerajaan menanti.
Blogger telah membuktikan kemampuan mereka memberi kemenangan kepada Anwar, Wan Azizah, Nurul Izzah atau mana-mana juga pemimpin PKR. Namun blogger juga mampu membawa kekalahan kepada sesiapa yang dilihat sudah lari dari perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan. InsyaAllah.
Assalamualaikum,
BalasPadamPatut juga Anwar cakap macam tu. Itu tugas dia sebagai penasihat. Dia sendiripun sedia menerima nasihat. Mengapa orang lain tidak. Hina sangat kah jika kita dinasihat oleh seorang yang kita anggap mengetuai kita..? Bukankah itu juga amalan sebahagian besar sahabat Nabi dahulu. Dan yang dinasihat terus akur. Sebab masing-masing ingikan kebaikan yang dibuat itu bernilai dunia dan akhirat.
Jika bersama PR, walau kita bekas UMNO, berubahlah. Ciri utama UMNO yang dilihat umum ialah mendambakan pangkat dan kedudukan dengan menjadikan ayat 'untuk membela rakyat' sebagai modal. Jika ikhlas, berkhidmatlah dimana sahaja post dan kedudukan anda.
Berebut bergitu adalah amalam budak-budak UBN.
Kamu di greenboc pun bukan malaikat. Jika ikhlas mengapa mengungkit-ungkit. Ungkit sana, ungkit sisni. Untuk apa..? Hiboran pejuang itu hanya lah upaya menghasilkan makrufat sebanyaknya sedang umpama tangan kanan memeberi, tangan kiripun tak tahu..
Ampun maaf..
Wassalam.
Saya bersetuju dengan pandangan GB dan RPK.
BalasPadamSelama Anwar pimpin PR, apa mercutanda yang Anwar ada lakukan?
Malah PKR sendiri dalam keadaan lintang pukang kini.
Jika nak tegur calon pun tak bolehkah Anwar melakukannya secara "subtle"?
Bebal macam UMNO jugak.
sekali sekala ketua de facto pkr itu perlu ditegur. beliau perlu cermin diri dahulu. media-media umno itu juga boleh menjadi senjata pr terhadap umno jika kita bijaksana.
BalasPadamnasihat yang baik kerana media UMNO tak akan siar berita jika tiada niat tersembunyi...
BalasPadammasa pemilihan PKR media UMNO tak henti-henti membesarkan perkara negatif. takut sangat kepada pengaruh PKR???
BalasPadamAnon 1.00 pm berkata
BalasPadam"Kamu di greenboc pun bukan malaikat. Jika ikhlas mengapa mengungkit-ungkit. Ungkit sana, ungkit sisni. Untuk apa..? "
Tak der siapa mengaku malaikat, tetapi kita menegur sesuatu yang patut ditegur.
Kami mengungkit? Ungkit apa? Ungkit sebab blogger sudah bantu Anwar? Itu wajar diberitahu. Jika tidak sampai bila pun Anwar leka dan tidak menyedari fakta itu.
Ikhlas? Bukan kamu untuk mengukur keikhlasan! Itu rahsia Tuhan, sekalipun saya mengungkit bukan bererti tidak ikhlas. Keihlasan itu bersandarkan kebenaran dan keadilan. Jika demikian sdra bekerja secara ikhlas, jangan terima ganjaran jangan terima gaji. Rasionalkah itu? Kita hidup di dunia syahadah, bukan dunia fantasi.
Beliau menambah lagi: "Hiboran pejuang itu hanya lah upaya menghasilkan makrufat sebanyaknya sedang umpama tangan kanan memeberi, tangan kiripun tak tahu."
Cakap pandai, tapi jika demikian, kenapa anda memberi komen di sini? Bukankah lebih baik anda simpan komen anda itu supaya layak bertasauf mencapai "makrifatullah" disamping menghindar dan menjauhi buruk sangka kerana tak semestinya anda tahu "niat" dan "matlamat" seseorang penulis blog seperti GB.
Patutlah haji hadi 'tidur semacam' je. Sebab dia tahu orang bawahannya 'terlalu berhikmah'.
BalasPadamHaji hadikah ketua PAS atau nik aziz..!!?
nampaknya gb terlalu emo bila anwar menegur zaid tapi klu anwar tegur azmin tentu gb suka, apa yg di lakukan oleh zaid tu mmg tidak betul dan apa juga di lakukan oleh azmin pun tidak wajar, rasanya cara gb membandingankan jasa antara azmin dgn zaid pun dah nampak lemah
BalasPadamGB,,
BalasPadamdah jelas sekrg hang memang tak neutral....
Anwar bg ingatan kepada semua org utk tidak gunakan media msuh utk hentam parti-salah ke?.. sape yg makan cili dia tersa pedas sekrg-- mcm aku ckp tgk kenyataan, khalid dan mus? bandingkan cara zaid- amat tidak beradab kepada parti-
tgk pula komen balaci-anon yg kata anwar sendiri takleh control pkr..
nak control mcm mane sebab kau2 ni nak naikkan org2 yg keras kepala dan tak dgr cakap..dan kamu nak kata anwar salah pula sdgkan kamu tgh kempen utk naikkan org yg jenis takmo dgr org ckp-suka hentam parti kepada umum-- sape yg hentam parti kepada umum dulu? jwbnya zaid- adalah tugas anwar utk bg nasihat supaya tak buat mcm tuh...
aduiii pening dgn balaci2 zaid ni...sebab sekali fikir- bg jer geng2 ni uruskan parti tgk macm mane nak control org yg pelbagai ni..baru dia tau lagit tinggi rendah.. dah la bercakap lidah bercabang..
sy rasa penulis wajar juga mencari jawapan pembelaan azmin atau jawapan dari khalid ibrahim dan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin yg menafikan atau tidak percaya yg azmin melakukan perkara ini, jika penulis merasakan itu wayang maka terpulanglah,
BalasPadamrasanya mmg wajar anwar menegur zaid yg mengunakan utusan untuk mengkritik pkr, sedangkan utusan itu yg memfitnah zaid dgn dasyat pada prk hulu selangor, anwar pun sendiri rela di kritik..
anwar terpaksa bela azmin dan hentam zaid. kalau tak azmin akan bocorkan byk rahsia. azmin tu 2 x 5 jer dgn ezam. azmin kalau kuar pkr, dia lagi teruk drp ezam. bukan ada kualiti pun sebagai pemimpin.
BalasPadammcm dalam gambar tu, jika zaid guna media umno tak boleh, tapi jika anwar sendiri bukan saja gunakan media umno, tetapi bapak umno x apa? sedangkan pertemuan itu dulu sudah cukup utk mengelirukan rakan2 di dalam pr.
BalasPadamnak suruh gb serang anwar lagi selepas ini? insyaAllah, dengan izin dan bantuanNya, mudah sangat bagi gb lakukan.
seorg blogger spt GB dia boleh sokong siapa dia suka, sama spt wfauzdin yg sokong Azmin. saya percaya GB lakukan itu mesti ada sebabnya.
BalasPadamyang lain2 plak apa pasal jadi tukang kecoh?
kecohnya pasal sapa yg menang naik atas dan yg kalah akan di ghafar baba itu je
BalasPadamkalau zaid menang, UMNO ada isu besar macam masa pilihanraya Hulu Selangor, baik pilih calon yang agak bersih...
BalasPadamkenapa agaknya media UMNO macam sokong zaid, ada udang disebalik batu? jangan sokong membawa rebah....
BalasPadamzaid wajar menang untuk mpecahkan perspektif bahawa PKR itu parti anwar sekeluarga.
BalasPadamtibai semua...biar terbarai...kahkah...2 x 5 jer..
BalasPadamrakyat pon dah mula sedar, anwar, wan azizah, nurul izzah, azmin dan lain lain duduk di dalam satu kepompong kekeluargaan dan kronisma.
BalasPadampkr untuk mereka sajakah?
Tuan blog,,
BalasPadamIni cerita PKR tak perlu lah banding jasa zaid sampai hakim dpt juta2...ada you atau rakyat jelata merasa sikit saki baki juta2 hakim tu. Sebenarnya tak perlu siapa bercakap dgn Utusan ka, berita ka yang milik umno. Akhbar dan tv tu akan sokong sapa saja yg mereka rasakan akan mampu menjadikan PKR lemah.
Zaid tidak wajar bercakap dgn media pro umno, azmin pun dan sapa sapa lah yg bertanding. Media tu tau lah nak apa dan acuan depa tak kan blogger tak faham.
Anwar boleh dikritik sebenarnya tapi tuan blogger rasa PKR tanpa anwar akan lebih kuat ke atau ke kubur....atau setaraf PPP jer. Analisa la.
Buat analisa dulu apa mahunya Media pro Umno, analisa juga PKR akan kuat adanya azmin ke adanya zaid, a tau b.
Utuh Banyu..
GB, harap maaf. Anda tidak lagi neutral. Anda juga bersikap partisan. Apabila Anwar memberi amaran sebegitu, adakah beliau menyebut nama Zaid? Bagi saya, amaran itu umum. Ini kerana Azmin juga ada memberikan komen kepada Berita Harian beberapa hari yang lalu. Maka amaran ini juga terpakai untuk Azmin. Saya lihat anda terlalu melampau dalam menegakkan Zaid sehingga nasihat yang wajar daripada Anwar pun dikutuk begitu sekali. Adakah bila orang itu sependapat dengan kita saja, kita menjulangnya dan bila berbeza pendapat, dicerca habis-habisan? Mohon maaf sekali lagi, saya telah memantau artikel GB sejak isu pemilihan PKR ini meletus dan anda tidak lagi neutral.
BalasPadamYang jelas, kita kena pakai satu kepala...... kalau ramai kepala tidak akan sampai kemana-mana. PKR akan berkubur kalau masih memikirkan siapa yang berkuasa, siapa yang layak berkuasa, dan siapa yang layak keluar, atau siapa yang berkronisme dan sebagainya. kalau macam inilah sikapnya DiPRU13 in PKR akan berkubur sebelum dapat mengecapi kemengangan. Cuba kita perhatikan... siapa yang boleh membawa PKR untuk menghadapi cabaran diPRU13 in?
BalasPadamApa akan jadi sekiranya Anwar Ibrahim menarik diri ?
Apakah PKR akan terus dapat bertahan?
Apakah orang lain dapat membawa perubahan kepada PKR?
Jangan memporak perandakan a[pa yuang telah diusahakan selama ini...kuatkan PKR ....gunakan kesempatan yang ada... kuatkan PKR....jangan hanya kerana mengejar populariti, mengejar jawatan dan pangkat ...sehingga antara satu dengan lain menjadi kecamok, porak peranda.
Kita sudah tahu....betapa kuatmnya lawan kita...mereka boleh lakukan apa saja...... kalau kita tidak kuat, kita lemah.... bergaduh sesama sendiri alamtnya tidak akan kemana-mana.... Yang penting berikan ruang dan taat setia kepada orang yang akan membawa kita kepada kemenangan. Letakkan satu kepala satu ketua...... dan kita akan beroleh kemenangan. Biar kita menang dulu....... ini tidak berperang, bergaduh sedangkan belum tentu PRU 13 ini kita menang atau pun tidak.
fikir-fikirlah. Jangan banyak kepala....
Saudara GB,
BalasPadamTerima kasih atas komen saudara di atas:
"nak suruh gb serang anwar lagi selepas ini? insyaAllah, dengan izin dan bantuanNya, mudah sangat bagi gb lakukan."
Selama ini saya sangat menghormati saudara di dalam dunia blogging ini. Hari ini rasa hormat itu hilang. Jika inilah cara saudara GB berpolitik, ingatlah pada Allah. Saudara GB telah membiarkan emosi menguasai fikiran saudara. Saya tidak pandai bermain kata-kata seperti saudara, tapi saya kira Allah lebih adil membuat penilaian.
salam gb, saya suka membaca tulisan gb kerana bernas, berasas, berani dan membina. tidak ada halangan untuk gb terus memperkatakan apa-apa hal demi pengetahuan rakyat yang celik, demi Islam dan kesantunan beragama.harapan yang rakyat letak dibahu anwar semakin menggunung bila pru dikatakan semakin dekat. masalah peribadinya pun mengusut terus. mujurlah ada yang terus berfikir bagaimana untuk memperjuangkan kehendak dan nasib rakyat negara yang majmuk ini. inilah segelintir yang mungkin berjiwa besar yang mampu menebak muslihat dan ranjau di depan. anwar telah menggerakkan rakyat untuk survivalnya lebih dari 10 tahun sekarang. kalau dia terlupa, khilaf dan berpolitik dengan cara dan sikap yang tidak betul di mata kita, terus saja kita mengingatkan dia apa yang wajar dilakukannya. dulu dia mengajar kita bangun melawan, kini kita juga berhak menegur dia selagi kita mahu dia sebagai teraju utama kita. peribadi, saya suka melihat pemimpin pelapis yang terus membuah dalam tempoh 10 tahun ini. mereka juga kita perlu didik selagi mereka mahu berjasa kepada rakyat, negara dan agama. jadi gb, terus menulis dan bersuara.
BalasPadamAnonymous 9:15 dan GB,
BalasPadamRakyat daripada dulu dah sedar yang PKR memang berkisar tentang pembelaan terhadap Anwar yang dianiaya dengan begitu teruk tahun 1998 dulu. Mungkin anda je yang bermimpi.
Rakyat juga sedar yang kemenangan tahun 2008, selain disebabkan kelemahan Pak Lah, adalah disebabkan kerja kuat Anwar yang tidak bertanding ketika itu berceramah ke sana sini bersama-sama rakan-rakan Barisan Alternatif untuk memberi penerangan kepada rakyat.
Sekarang hanya disebabkan amaran umum daripada Anwar ini, anda seolah-olah mempertidakkan 100% sumbangan Anwar. Apa sumbangan anda?
Anwar manusia biasa, dia juga boleh melakukan kesilapan. dan memang sudah nyata kini di dalam keghairan pemilihan anwar jelas berpihak.
BalasPadamSeorang blogger seperti GB wajar mendedahkan hal ini kerana pakatan rakyat yang sentiasa perlu kuat, tidak akan berjaya jika pemimpin tersilap di dalam mengambil pendiriannya.
Saya juga melihat akhbar online Suara Keadilan. Tiada sedikit pun ruang diberikan untuk Zaid Ibrahim. Tetapi ruang seluas-luasnya diberikan kepada Azmin untuk menghentam Zaid.
Ini adalah salah dan saya rasa JPP mengambil tindakan sewajarnya ke atas Suara Keadilan.
anon 11.54
BalasPadam"Sekarang hanya disebabkan amaran umum daripada Anwar ini, anda seolah-olah mempertidakkan 100% sumbangan Anwar. Apa sumbangan anda?"
Mungkin anda tak kenal siapa GB ni. GB nilah orangnya yang telah memulakan perjuangan reformasi di alam siber, jika tak silap saya, sejak di hari pertama Anwar ditangkap. Saya mengikuti tulisan beliau selama ini. Begitulah beliau, menegakkan kebenaran dan keadilan tanpa mengira kawan atau lawan.
Sila refer pada link di bawah:
BalasPadamhttp://www.sinarharian.com.my/com/content/story8247650.asp
Zaid ingin tandingi presiden...? Baru sebentar masuk PKR dah terus nak jadi Presiden? Bagusnya...
Anonymous 12:08,
BalasPadamSaya mengikuti artikel GB sejak zaman mahazalim. Saya juga seperti saudara mengikuti tulisan GB selama ini dari tahun 1998 hingga sekarang. Anwar memang sering membuat silap, tapi saya tidak nampak apa-apa kesilapan dalam ingatannya seperti dalam artikel di atas.
Saya tersentak kerana GB menggunakan ayat ini di dalam komen balasannya pada 3:00 PM:
~nak suruh gb serang anwar lagi selepas ini? insyaAllah, dengan izin dan bantuanNya, mudah sangat bagi gb lakukan.~
Apa perlunya GB menyerang Anwar? Semata-mata kerana memberi ingatan? Jika saya menjadi Anwar, dan saya melihat seseorang yang baru melompat parti ingin bertanding presiden (seperti link dalam Anon 12:10), tidakkah saya perlu berasa bimbang? GB, u're already blinded by emotion.
UNTUK MENJADI PARTI YANG BOLEH DIHARAPKAN RAKYAT, PKR PERLU BEBASKAN DIRI DARI HANYA MENJADI PARTI KELUARGA. PKR SUDAH SEPATUTNYA LEBIH REALISTIK DI DALAM PERJUANGANNYA.
BalasPadamBUKAN BERERTI KITA MENAFIKAN SUMBANGAN ANWAR DAN KELUARGANYA, TETAPI RAKYAT TERBANYAK ITU LEBIH UTAMA UNTUK DIBELA DARIPADA PEMBELAAN DITUMPUKAN HANYA KEPADA ANWAR & FAMILY.
- my 2 cents worth
anon 12.08
BalasPadam"Apa perlunya GB menyerang Anwar? Semata-mata kerana memberi ingatan? Jika saya menjadi Anwar, dan saya melihat seseorang yang baru melompat parti ingin bertanding presiden (seperti link dalam Anon 12:10), tidakkah saya perlu berasa bimbang? GB, u're already blinded by emotion."
Kenapa Anwar perlu rasa bimbang? Orang boleh tawarkan diri untuk rebut jawatan sejak di hari pertama seseorang itu menjadi ahli. Perlembagaan parti tidak menghalangnya. Apatah lagi Anwar.
Lama di dalam parti tak semestinya boleh membela ahli, baru di dalam parti tak semestinya perlu dihalang untuk bertanding merebut mana-mana jawatan dalam parti.
Gila apa nak halang2 ahli bertanding. Mana demokrasi yang dialung-laungkan oleh parti?
Satu saya nak bagitau awak, gb tu saya lihat hanya mengingatkan Anwar. Belum saya lihat dia menentang Anwar walaupun dah ramai ahli PKR sendiri telah menyuarakan ketidak-senangan mereka terhdp Anwar.
Saya tetap sokong tulisan GB. Teruskan menulis GB.
Sila baca http://greenboc.blogspot.com/2009/11/era-najib-altantuya-dari-mahazalim-ke_09.html
Anonymous 12:37,
BalasPadamTiada siapa yang menghalang anda menyokong GB. Sama seperti tiada siapa yang menghalang saya mempertikaikan tulisan GB pada malam ini. Dan link yang anda quote di akhir komen anda memang telah saya baca berkali-kali kerana saya adalah pengikut setia GB selama ini, dari zaman mahazalim.
Tiada siapa menghalang demokrasi dalam PKR. Itulah sebabnya setiap ahli berhak mengundi dan menentukan masa depan parti.
Persoalannya, Zaid pernah memberitahu media yang dia ingin mengukuhkan kuasa presiden. Tapi kenapa sekarang dia sendiri ingin bertanding jawatan presiden? Saya fikir ini janggal. Ini bukan persoalan demokrasi, tapi prinsip. Tidak timbul juga soal saya adalah penyokong Azmin, kerana saya sama sekali tidak berkenan dengan sikap Azmin.
Anda tidak perlu nak beritahu saya yang GB ingin "mengingatkan" Anwar kerana beliau sendiri memang telah mengaku "menyerang" Anwar seperti dalam quote 3:00 PM di atas. Mengingatkan dan menyerang bukan perkara yang sama. Reminding and attacking are totally different.
Dan tidak ada kaitan sama ada ahli PKR senang atau tidak senang dengan Anwar. Adakah bila Anwar memenuhi kehendak peribadi mereka, Anwar itu baik dan apabila tidak dipenuhi, Anwar itu tidak baik? Bagaimana dengan ribuan lagi ahli PKR yang senang dengan Anwar?
Artikel ini adalah tentang Anwar dituduh memberi amaran kepada Zaid padahal beliau sama sekali tidak menyebut nama Zaid. Azmin juga ada buat kenyataan kepada media arus perdana dan beliau juga termasuk dalam golongan yang diberi amaran. Jadi kenapa perlu menyerang Anwar di sini?
Ops. Saya pun bukan pembela Anwar. Anwar ada atau tidak, Azmin ada atau tidak, Zaid ada atau tidak, itu bukan priority saya.
'to solve the problems don't create the problem'.
BalasPadamSemua orang boleh membuat komen what ever so on tetapi biarlah mencerminkan keindahan berfakta dan memperlihatkan kewajaran dalam membuat komen.
'burung terbang dipipiskan lada', ingat! yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. keenakan berfikir belum tentu dapat menghasilkan kebijaksanaan berbicara. berbicara lantang tidak semestinya berfikiran matang. Renung-renungkanlah!