29 Okt 2010

10 Tahun Politeknik Pekan Tak Siap-siap Lagi. Apa Kes?

Projek Pembinaan Politeknik Muadzam Shah yang tidak siap biarpun hampir 10 tahun dimulakan, kini mengalami peningkatan kos sejumlah RM75.74 juta, iaitu 34.6% berbanding kos asal. Malah, kos ini belum mengambil kira kos perkhidmatan perunding yang perlu dibiayai kerajaan berjumlah RM10.55 juta. Apa yang menarik, projek ini terletak di daerah Pekan, kawasan parlimen Perdana Menteri, Najib Abdul Razak.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara tahun 2009, projek yang beralih tangan dari Kementerian Pelajaran ke Kementerian Pengajian tinggi pada tahun 2004 ini, sepatutnya disiapkan pada 14 September 2003. Namun demikian, ia belum siap bina sehingga kini biarpun hampir 10 tahun berlalu, dan RM294.74 juta telah dibelanjakan berbanding kos asal projek, iaitu RM219 juta.

"Memandangkan politeknik ini masih belum disiapkan, Kerajaan terpaksa menanggung kos sewaan tempat belajar sebanyak RM2500 sebulan, dan setakat bulan Disember 2009, sejumlah RM130,000 telah dibelanjakan untuk tujuan tersebut. Selain itu, bilangan pengambilan pelajar juga terpaksa dihadkan setakat 64 hingga 347 pelajar sahaja berbanding 5,000 pelajar yang dirancang."

Pada pandangan Audit, prestasi kerja dan kedudukan kewangan sesebuah syarikat perlu dijadikan asas dalam pemilihan kontraktor dan subkontraktor bagi melaksanakan projek Kerajaan supaya projek berjalan lancar dan tidak merugikan Kerajaan.

"Selain itu, pihak Kementerian dan JKR juga hendaklah memantau dan memberikan pengawasan yang rapi terhadap kerja-kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor serta perunding bagi memastikan projek dilaksanakan mengikut spesifikasi dan siap dalam tempoh yang ditetapkan."

Latar belakang projek

Pada masa yang sama, Ketua Audit Negara juga mengingatkan Jabatan Kerja Raya untuk mengambil tindakan bagi memungut denda kelewatan yang berjumlah RM4.34 juta daripada Kausar.

Menurut laporan, projek ini dilaksana secara reka dan bina oleh Yayasan Kontraktor Melayu Pahang Corporation Bhd (YKMP) yang dilantik secara rundingan terus, pada peringkat awal. Nilai kontrak berjumlah RM219 juta dan tempoh siap projek selama 24 bulan, dari 15 September 2001 hingga 14 September 2003. YKMP telah melantik anak syarikat Kausar Corporation Sdn.Bhd, iaitu V.C.Technologies Sdn.Bhd sebagai subkontraktor untuk melaksanakan projek tersebut.

Projek ini gagal disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan dan kontraktor berkenaan telah ditamatkan kontraknya pada 15 Disember 2003.

Kemudiannya, Syarikat Kausar Corporation Sdn.Bhd telah dilantik untuk menyiapkan projek ini, diberi tempoh antara 10 November 2005 hingga 9 Mei 2007. Bagaimanapun, sejarah berulang dan syarikat ini ditamatkan kontrak pada 6 Mei 2008.

Seterusnya, syarikat MMN Bina Sdn.Bhd (MMN Bina) telah dilantik untuk menyiapkan projek ini dalam tempoh 12 bulan, mulai 24 Februari 2009 hingga 23 Februari 2010. -MR

3 ulasan:

  1. Pasal tu la negara2 bertamadun tidak mengamalkan pemberian projek secara rundingan terus, hanya negara yang tidak bertamadun seperti Malaysia saja yang mengamalkannya.

    Pengarah JKR wajar ditangkap dan dipenjarakan kerana tidak memungut bayaran denda lewat menyiapkan projek ke atas syarikat tersebut. Kemungkinan besar beliau dibayar rasuah.

    BalasPadam
  2. bila BN buat pembangunan kos akan meningkat berkali ganda, ganti kerajaan putrajaya..

    BalasPadam
  3. projek ini bukan terletak di parlimen pekan. ianya terletak dlm daerah rompin..

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.