13 Sep 2010

Siasat Siapa Orang Kenamaan Di Belakang Pembunuh

Terkejut juga GB apabila membaca entri Pak Bakaq tentang wujudnya pihak yang cuba mempolitikkan pembunuhan Sosilawati.

Beliau menyatakan terdapatnya SMS berbau perkauman yang beredar yang antara lain berbunyi:


(Frwd)Semua suspek kes bunuh dato sosilawati adalah india. Kenapa DAP dan PKR senyap. Dato *********** suspek adalah ahli bar council. bila melayu terlibat maka DAPDan PKR canang anti melayu mereka. Saya tidak dapat bayang kan jika yg mati tu nama ah San atau ku gan ha mi lan.. pasti berbeza menyalaknya puak2 cina DAP dan MCA serta DAP. Tak ada ke upacara membakar lilin oleh PkR dan Pas?


Yang jelas penghantar SMS itu tak lain dari kalangan UMNO totok. Kerana yang dihentamnya ialah DAP, PKR dan PAS.

Sungguh aneh. Kerana yang dihentam tak pula dimasukkan MIC dan MCA yang menjadi rakan karib UMNO.

Kedua, GB minta semua baca petikan dari akhbar kosmo ini:


‘Datuk’ berkenaan yang mempunyai ramai kenalan di kalangan orang kenamaan dipercayai berperanan sebagai broker dalam penjualan tanah bernilai RM4 juta di Pulau Pinang.

Satu sumber memberitahu, ahli perniagaan itu dipercayai mempunyai banyak petunjuk bagi membantu siasatan kes, termasuk mengesan lokasi keempat-empat mangsa disembunyikan.

“Dia dikatakan pernah terbabit dalam kegiatan penipuan jual beli tanah, dipercayai didalangi sindiket terancang. Malah, beberapa laporan polis pernah dibuat terhadapnya sebelum ini berkaitan urus niaga tanah.

“Difahamkan, ahli perniagaan terbabit mahir ‘menghilangkan’ pelanggannya,” kata satu sumber ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Jelasnya, sebelum ini dua pelanggan dilaporkan hilang selepas mengadakan urus niaga tanah dengannya dan sehingga kini masih belum ditemui, namun lelaki tersebut menafikan semua dakwaan itu.

Ujar beliau, maklumat turut menyatakan ahli perniagaan itu sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan, selain mahir dalam bidang perundangan.


Tidakkah jelas di situ bahawa "Datuk" itu mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan? Orang kenamaan yang bagaimanakah boleh melindungi Datuk berkenaan jika bukan kenamaan dari kalangan mereka yang memegang kuasa di peringkat pusat/kementerian?

Kedua, beberapa hari selepas Tan Sri Musa diumumkan persaraannya, Musa Hassan telah mendedahkan mengenai kisah campurtangan mereka di Kementerian Dalam Negeri terhadap tugas polis.

Memetik kata-kata Pak Bakaq:

Ramai sangat orang kata Umno peralatkan polis. Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan sendiri kata "All kinds of people interfere. People from the ministry itself, outsiders and people with vested interest who want to do things that are not right" (lihat The Star 7/9/10 "IGP speaks out against third party interference" dan video di sini). Oleh kerana Musa menyebut kementerian, mana-mana kementerian pun tidak dikuasai oleh mana-mana menteri selain dari Umno dan BN.

Justeru itu, kini semakin terang mengenai kenyataan Musa itu bahawa ada pihak tertentu menghalangnya menjalankan tugas selaku KPN untuk bertindak (kes pembunuhan Sosilawati adalah kes terakhir Musa sebagai KPN) kerana "Datuk" itu mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan yang "berkemungkinannya" dari KDN yang dimaksudkan Musa itu.

Kini, rakyat bertanya: siapakan orang-orang kenamaan itu?

Ia perlu dicari dan didedahkan, ia perlu disegerakan penyelesaiannya. Apa hubungkaitnya dengan kes Sosilawati? Ada persen dari RM4 juta? Sebelum ini berapa yang sudah disodok?

Namun sistem kerajaan dibawah pemerintahan UMNO BN sentiasa melepaskan dan melindungi pihak-pihak sebegini kerana UMNO BN menguasai sistem kehakiman negara. Diletakkannya bekas penasihat UMNO sebagai Ketua Hakim Negara. Dijadikan peguam Negara sebagai kuda tunggangan untuk mempastikan hakim-hakim boleh dicucuk hidungnya. Jika tidak, pecat atau tukarkan hakim itu ke tempat lain.


Tubuh Suruhanjaya Diraja siasat dakwaan Musa

KUALA LUMPUR, 9 Sept: Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja hendaklah menggunakan apa sahaja peruntukan undang-undang bagi memastikan penubuhan suruhanjaya diraja menyiasat dakwaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tentang campur tangan pihak luar dalam tugas polis, kata Datuk Mahfuz Omar.

"Antara lain, Musa mendakwa wujudnya campur tangan pihak ketiga dalam usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengawal ketenteraman awam dan menahan mereka yang menyalahi undang-undang dan beliau menyebut mereka khususnya dari Kementerian Dalam Negeri.

"Ini menunjukkan ada pihak lain khususnya Kementerian Dalam Negeri yang mencabul institusi yang berpayung di bawah Raja-Raja Melayu.


"Sebab itulah saya menggesa Majlis Raja-Raja supaya berani menggunakan walau sekecil mana pun alasan dan laluan perundangan yang boleh mereka gunakan untuk memastikan penubuhan suruhanjaya diraja menyiasat dakwaan Musa itu," kata beliau.

Jika raja-raja Melayu tidak ada kuasa langsung untuk mempertahankan kewibawaan dan integriti institusi diraja, Mahfuz mempersoalkan siapakah yang merampas kuasa mereka.

"Siapa rampas kuasa raja-raja? Umno? Barisan Nasional (BN)?" Ahli Parlimen Pokok Sena itu mempersoalkan.

Beliau menjelaskan, oleh kerana kerajaan BN khususnya Kementerian Dalam Negeri yang dituduh campur tangan dalam tugas polis, beliau tidak nampak kerajaan BN bersedia menubuhkan suruhanjaya siasatan itu.


"Sebab itulah kita meminta Raja-Raja Melayu yang memastikan penubuhan suruhanjaya diraja menyiasat dakwaan Musa itu," katanya.

Beliau berkata, suruhanjaya siasatan itu amat penting untuk membolehkan Musa memberikan keterangan dengan bebas bagi menyatakan apakah bentuk campur tangan yang berlaku, siapa yang memberi arahan, arahan apa yang diberikan dan juga menyatakan secara spesifik kes yang beliau maksudkan.

Bagi Mahfuz, apa yang dibangkitkan oleh Musa itu amat serius kerana sejak Mac lalu Ketua Polis Negara yang akan bersara itu telah berkali-kali menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap campur tangan luar dalam urusan polis.

"Sebab itulah suruhanjaya yang telus dan bebas amat diperlukan supaya rakyat tahu kepentingan peribadi siapa dan kepentingan politik pihak mana yang menyebabkan campur tangan itu berlaku," katanya. -harakahdaily


Apa yang hendak diharapkan di bawah pemerintahan Najib. Najib sendiri telah memulakan satu precedent yang jahat sebelum beliau memegang jawatan Perdana Menteri iaitu merampas negeri Perak secara hina menggunakan wang dan istana. Seorang pembaca blog GB menulis di karpet hijau:


mana yang batil ia akan timbul dengan sendirinya sbb yang hak (benar) akan mengatasi yang batil.. zalim pd org lain kelak yang zalim tu akan rasa juga (merasai) dizalimi..


Najib and UMNO, you'll fall, the most terrible way.
What goes around,comes around. What you give, you get back.

10 ulasan:

  1. Mungkinkah Musa Hassan turut terlibat dalam melepaskan suspek dalam kes2 sebelum ini? Dalam era Musa, terlalu banyak kes2 yg 'disenyapkan' tanpa penghujungnya.

    Penyiasatan kes Sosilawati ini diharap dapat mengenalpasti siapakah orang atasan tersebut yg melepaskan suspek ini sebelum ini.

    BalasPadam
  2. tumbangkan BN banyak perkara yang dilenyapkan boleh timbul..

    BalasPadam
  3. buang bayi dan pembunuhan berleluasa, kenapa biarkan BN perintah malaysia lagi?

    BalasPadam
  4. rakyat memang tahu banyak siasatan dipengaruhi pihak tertentu?

    BalasPadam
  5. bendera negara dibakar, rakyat mati dibakar, itulah tanda kejatuhan pemerintahan UMNO.

    BalasPadam
  6. Yong mohon pihak polis tunjukkan ketelusan dan ketulusan dalam menyiasat kes ini. Tak kira siapa mangsa dan siapa pembunuh, pihak polis perlu memulihkan imejnya yang tercalar akibat kegagalannya menyelesaikan kes2 pembunuhan sejak akhir2 ini. Kes pembunuhan Norita dan Altantuya adalah antara yang berprofil tinggi yang dalangnya terlepas.

    Yong langsung tak kenal mangsa2 ini. Tapi keadilan si mangsa wajar ditegakkan tak kira apa kerjaya mereka.

    BalasPadam
  7. bagaimana dengan kes anak datuk bandar Ipoh dulu, adakah siasatan dipengaruhi?

    BalasPadam
  8. adakah orang kenamaan sering mempengaruhi siasatan polis dan SPRM?

    BalasPadam
  9. datuk ni ada tak, masa kempen BN di hulu selangor?

    BalasPadam
  10. walaupun pededahan itu hanyalah secebis kiasan yg pendek tetapi maknanya sungguh sungguh mendalam kerana bagi org org yg pernah menjadi talibarut kerajaan itulah cara mereka meluahkan ketidakpuasan hati mereka(kerana takut kehilangan pangkat dan kuasa) tetapi apabila mereka sudah berada diluar kerajaan ditambah pula kalau dianiaya misalnya maka mereka akan membongkar segalanya

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.