30 Sep 2010

Serigala Berkulit Bebiri. Konspirasi Azmin Jatuhkan MB Selangor Didedahkan.

Konspirasi Azmin jatuhkan Khalid?

Seorang bekas Ahli Majlis Tertinggi PKR hari ini mendedahkan perbualan telefon tentang ‘konspirasi’ untuk menumbangkan Menteri Besar selangor oleh pesaingnya, Azmin Ali.

Ng Lam Yong, salah seorang veteran parti dan pengasas parti menyifatkan pendedahan beliau seperti ‘Lingam-gate’, dan meminta kepimpinan parti menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk menyiasat kes ini.

“Sepuluh hari lalu, saya menerima sebuah CD dari penghantar yang tak dikenali melalui pos.” jelasnya.

CD tersebut mengandungi rakaman perbualan telefon diantara dua lelaki sepanjang kira-kira 10 minit.

“Dalam perbualan tersebut, Ramlan (Abu Bakar), Presiden Reformis, yang mengetuai protes ‘Skuad bogel’ dihadapan pejabat Menteri Besar Selangor, memberitahu bahawa dia di arahkan oleh Azmin untuk menjatuhkan Khalid.” Ng memberitahu, dan menambah bahawa dia mengecam suara Ramlan tetapi tidak mengenali suara lagi satu.

“Ramlan juga mengakui kepada indidivu tersebut bahawa dia dijanjikan ganjaran yang merupakan sebuah lot berniaga di pasar malam dari Azmin. Ng memberitahu dalam sidang media tersebut.

“Ramlan juga memberitahu bahawa Azmin telah membekalkan dokumen-dokumen tentang rasuah untuk menjatuhkan Khalid.”

Ng memberitahu, perbualan didalam Cd tersebut menunjukkan Azmin telah merancang untuk menjatuhkan Khalid sejak sekian lama.

“Saya ingin bertanya Azmin: apakah tujuannya menggunakan Ramlan untuk melancarkan kempen terhadap Khalid sedangkan Khalid juga adalah ahli PKR dan Menteri Besar Selangor?”

Walaubagaimanapun, Ng memberitahu dia tidak mempunyai niat jahat, dan menambah bahawa tujuan mendedahkan perbualan ini kepada umum adalah untuk menjelaskan keadaan demi kebaikan parti.

“Saya masih lagi ahli parti dan sayang kepada parti. Saya tidak mau menghancurkan parti. Saya telah banyak berkorban sepanjang 10 tahun yang lalu.” kata Ng, yang bertanding sebagai Calon Parlimen Tanjong Malim sebelum ini tetapi menolak untuk bertanding di Wangsa Maju pada tahun 2008.

Beliau menambah, apa yang dilakukannya di Wangsa Maju (dimana Wee Choo Keong sekarang MP) sedangkan beliau sepatutnya menjadi MP menunjukkan bahawa dia bukan lapar kuasa.

“Saya bukan gila kuasa. Saya disini atas kehendak diri saya sendiri dan tidak dipaksa atau dibayar oleh sesiapa pun.” katanya.

Dia menjelaskan sebab utama dia mendedahkan rakaman perbualan ini kerana mahukan parti membersihkan nama rakan-rakannya (termasuk Azmin dan Khalid) dengan mendedahkan is ini sebelum rakaman tersebut tersebar luas.

“Semalam, Syed Husin Ali menghantar SMS kepada saya meminta dihentikan sidang media ini. Tetapi saya merasakan saya perlu meneruskannya. Saya tidak menuduh sesiapa. saya hanya mahukan penjelasan dan mahukan parti mengambil serius perkara ini.” katanya. Ng juga menerima panggilan dari Naib Presiden Dr. Lee Boon Chye dan Tian Chua.


Azmin dakwa MB Selangor tak berubah meskipun ditegur

SHAH ALAM, 26 Jun - Kepimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim menerajui Selangor tidak memperlihatkan perubahan meskipun telah ditegur secara terbuka ketika Kongres Nasional PKR Keenam akhir bulan lalu, dakwa Naib Presidennya Azmin Ali hari ini.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Gombak itu menegaskan, beliau tidak pernah mendesak Khalid akan diturunkan daripada jawatan Menteri Besar Selangor.

"Semasa kongres ahli parti telah menegur Khalid dan barisan exconya supaya peningkatkan sistem pentadbiran negeri.

"Tetapi malang selepas sebulan kita masih belum nampak satu tindakan proaktif yang diambil beliau terhadap setiap teguran yang dibuat," kata beliau ketika ditemui di sini sesi pemukiman PKR di sini petang ini.

Beliau berkata tindakan ahli parti menegur Khalid bukan bermaksud mahu beliau meletakkan jawatan tetapi hanya sekadar teguran yang membina.

"Kita tidak pernah suruh Khalid meletakkan jawatan, cuma saya dan pemimpin lain merasakan beliau dan barisan kepimpinannya perlu memberikan perhatian secara serius terhadap teguran yang dibuat.

"Kita tegur berdasarkan rungutan yang diterima daripada rakyat. Jadi sebagai pemimpin yang bertanggungjawab kita perlu memberikan teguran yang membina supaya setiap kelemahan itu dapat diatasi," katanya.

Tiga hari lalu Azmin meletakkan jawatan sebagai pengarah anak syarikat kerajaan negeri, Perbadanan Kerajaan Negeri Selangor (PKNS), yang banyak pihak melihat sebagai petunjuk rasa tidak senang beliau terhadap kepimpinan Khalid.

Bagaimanapun Azmin juga menafikan andaian itu.

PKR memulakan sesi pemukiman dua hari petang tadi.

Azmin menjadi tumpuan isu baru menyelubungi PKR khususnya Selangor ekoran laporan bahawa 15 Ahli Parlimen dikatakan akan mengemukakan petisyen kepada Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menukar kepimpinan Menteri Besar Selangor.

Isu itu dijangka menjadi salah satu agenda perbincangan sesi pemukiman kali ini.

Azmin berkata kerajaan negeri perlu meningkatkan sistem pentadbiran negeri supaya agenda untuk merakyatkan ekonomi dapat diteruskan.

"Kerajaan negeri perlu memastikan pelaburan ditingkatkan supaya pendapatan negeri juga akan meningkat.

"Kalau tiada peningkatan dari segi pendapatan macam mana nak mengagihkan kekayaan negeri kepada rakyat.

"Jadi tidak mungkin kita boleh meneruskan agenda merakyatkan ekonomi kalau negeri ini bangkrup. Jadi kerajaan negeri harus memperkemaskan pengurusan pentadbiran dengan cekap," katanya.

Azmin menambah pentadbiran kerajaan negeri juga harus menghentikan birokrasi dengan serta-merta.

"Birokrasi yang ada dalam sistem pentadbiran perlu dihentikan dengan serta-merta kerana jika terlalu banyak birokrasi ekonomi akan menjadi lembab.

"Selain itu, setiap permohonan yang dibuat perlu diberikan kelulusan dengan cepat, telus dan bertanggungjawab serta mengikut prosedur yang ditetapkan," katannya. -TMI


Ulasan GB

GB telah lama menghidu hal ini dan telah menyatakan hal ini secara halus di SINI. GB tidak dapat menuduh secara pasti sebelum ini kerana tiada bukti. Hari ini Allah s.w.t. membenarkan firasat GB itu dengan pendedahan dari seorang veteran PKR, Ng Lam Yong.

Petikan tulisan GB sebelum ini:

Itu belum lagi diambilkira aduan-aduan penduduk Bukit Antarabangsa dan Gombak yang mengadu bermacam-macam hal tentang sukarnya untuk menemui wakil rakyat mereka bernama Azmin, kata mereka. Azmin, pada mereka tidak berbeza dari YB-YB UMNO sebelumnya.

Saya faham Azmin bercita-cita tinggi, kerusi MB Selangor jadi sasarannya. Tetapi perlukan beliau gopoh? Kegopohan akan menggelincirkan seseorang jauh ke dalam jurang.


Beliau kini sedang mendahului pencalonan Timbalan Presiden dengan meninggalkan lawannya dengan jurang yang besar.

Dan GB menyatakan sebelum ini:

Dah jadi ADUN, dah jadi MP, dah jadi Ketua PKR Negeri, kini berebut nak jadi orang no 2 dalam parti untuk membolehkan beliau merampas kerusi MB.

Siddiq Ghouse pula yang mengulas mengenai isu "serigala yang berkulitkan bebiri" juga pernah menunjukkan secara halus siapa serigala itu.

Yang pastinya orang itu bukan Datuk Zaid Ibrahim kerana semasa Nurul memberi amaran serigala dalam PKR di Kota Kucing tempohari, dia dengan jelas menyatakan bahawa ahli-ahli PKR harus memberi tempat kepada tokoh seperti Zaid Ibrahim.

Takkan pula Nurul nak sokong seorang tokoh yang bersifatnya “Serigala yang menyamar sebagai Bebiri“ yang akan membaham mati ahli dan parti yang diperjuangkan. Jadi tak mungkin serigala itu bernama Zaid.

Nak kata naib presiden nombor satu, Azmin Ali itu berwatak serigala dalam PKR, barangkali tak mungkin juga kerana Azmin diketahui sangat rapat dan disayangi ketua umum. Takkan pula “serigala itu boleh masuk kandang bebiri sampai begitu dalam dan berkampung begitu lama” malah bergandingan erat pula dengan ketua umum.

Banyak “bual kosong” orang politik di kota yang berjiran dengan kota Kucing, heboh “menggosip” perihal gandingan mantap Azmin-Anwar yang sedang diatur sekarang ini dan gandingan itu katanya turut mahu “membaham” Zaid Ibrahim.


Lihat ayat Siddiq di atas. Siddiq menafikan secara tegas bahawa Zaid itu serigala yang dimaksudkan oleh Nurul, tetapi menggunakan istilah "barangkali" untuk menafikan orang itu adalaH Azmin. Beliau menambah lagi di akhir perenggan:

Ahli parti yang sempat mendengar dan faham mungkin sudah mulakan sesuatu untuk menghalau serigala ini. Namun ia tidaklah semudah meneriakkannya kerana serigala tersebut mungkin sudah punya ramai sekali pengikut dari kalangan “bebiri yang pekak dan bisu” yang sedang berkira-kira nak menjadi “ketua umum kepada Ketua JKKK” apabila serigala itu sudah memperoleh kuasa dalam PKR dan kerajaan Pakatan Rakyat tahun depan.

Cukuplah... kan GB dah cakap dulu, kebenaran itu kebenaran. Berarak awan hitam maka tampaklah cahaya matahari yang terang benderang menyuluhi segala yang kelam sebelum ini.

11 ulasan:

  1. Jangan samakan AZMIN dengan YB UMNO jika beliau sukar untuk ditemui.
    AZMIN tetap AZMIN.....

    Kemungkinan salah satu transkrip didalam CD tersebut ada berkaitan dengan KAMERA yang tersenbunyi diPejabat MB TS KHALID tempoh hari.
    Mengapa laporan POLIS tidak dibuat...



    "blogenstarz"

    BalasPadam
  2. perangai UMNO dalam PKR sudah terang masih bersuluh..

    BalasPadam
  3. wa geli ler dgn azmin ni, baru setahun jagung, tetapi tak hormat kat mb selangor.

    tan sri khalid telah membuktikan bahawa beliau adalah seorang ahli korporat yang berjaya yang kini berusaha membantu rakyat Selangor. Azmin tokoh keparat yg gilakan jawatan.

    BalasPadam
  4. Salam Tuan..

    Minta izin untuk copy n paste komen tuan.. err.. kalau saya komen nanti ada lagi suara ghaib menerusi satelit call saya.. ha..ha..ha..

    BalasPadam
  5. masa pemilihan ini semua pekung di dedah!!

    BalasPadam
  6. pada sy zaid dan azmin ada kekuranganya, kita biasanya akan lebih suka mencari salah dan silap lawan supaya calon yg kita sokong akan menang, lebih elok didedah dan kritik sebelum atau selepas pemilihan agar tidak nampak seolah menyokong seseorang!!

    BalasPadam
  7. ASD...
    NO HAL LAH.....
    WE ALL LIVE UNDER THE SAME SUN !

    BalasPadam
  8. bro GB,
    tajuk article dan hujah hang mcm memang dah confirkam yg itu kerja azmin-kalau betul kerja zaid, memang dia akan mendapat pembalasan yg setimpal.... tp kalau benda tuh adalah fitnah kepada azmin, ape GB nak jawab Depan Allah swt nanti??

    aku nye pandangan mcm ni plak..
    .

    =====================

    buat pengetahuan GB ada satu komen dr org pkr pasal ni yg perlu dikaji juga--berikut adalah komennya-

    ===

    salam,

    aku nak kongsi 1 crita yg berlaku kat aku hari ni. aku menghadiri 1 seminar kat sebuah hotel kat ampang.. seperi biasa makan tghari disediakan… lepas beratur amik mknan aku ngan kawan sorang cari la port atau meja nak mkn.. oleh kerana aku amik lauk cepat aku carik la table for two utk aku ngan kwn,, aku memilih utk duk luar bukan utk mengidup udara segar tp utk mengidup asap rokok lepas mkn.. masa aku ngan kwn aku duk menjamu selera lalu d sbelah aku 3 org manusia nie.. duk d meja ujung skali mengadap aku… 2 cina 1 melayu srupa cina.. sorang melayu aku kenai iatu azwandin hamzah aka balaci ezam..

    http://1.bp.blogspot.com/_LTRW9oOE6XU/S-b2tieG4kI/AAAAAAAAAbU/DLp16Z6V3I0/s1600/dn_10.1.jpg

    aku beralih kat sorang cina lg 2 org.. sorg gemuk sorang lg kurus tinggi rambut putih.. aku pun habaq kat kwn aku duk mkn membelakangi depa.. aku kata kat dia aku kenai org blakang 2.. projek apa depa buat kat sini.. member aku beralih tgk. dia kata mcm kenai.. aku pasti yg kurus tinggi tu ng lam yong

    http://1.bp.blogspot.com/_oKAqpxZjB5c/TKSmCVuJiAI/AAAAAAAAMVg/lLB4j2SUzEQ/s1600/ng.jpg

    yg gemuk tu aku x kenai.. mula aku duk pikiaq jugak nak teguq depa bertiga tapi ntah pasai apa bila aku bertentang mata ngan azwandin aku jadi meluat.. potong stim aku nak mkn ja..dia pun buat x tau ja.. nasib baik jugak dia x cam aku kalu x terpaksa aku beraya ngan dia.. hahaha..mugkin dia dah lupa tentang arus reformasi yg dijuangkan oleh bos dia dulu, kini dan selamanya sedara mamat ezam.. kemudian dia bgn lalu tepi aku skali lg pas tu yg gemuk pun bgn ikut dia tinggal la ng lam yong sorg.. dia pusing mengadap meja aku.. aku rasa dia mcm nak kenai aku pasai aku perasan dia duk perati lama jugak kat aku tapi aku buat2 x nampak dia ja.. kemudian sepasang pasangan cina sampai diikuti oleh balaci tu.. sesudah mkn ja sebelum selera merokok aku ilang so aku ajak kwn aku blah.. isap rokok d luar..pkul 12am tadi baru aku buka internet.. mcm besa site pertama aku p malaysiakini.. sorry bang mat ureka jd no 2 hehe… dr pagi x baca berita.. bole jadi sasau x baca berita.. bila aku baca ja berita nie lg la aku jadi sasau.. aku flashback balik kejadian tghari tadi duk pikiaq apa depa buat kat coffe house hotel tu? erm.. tatau lah apa crita depa pasai aku x dengar.. so… lu pikirlah sendiri!!!!

    BalasPadam
  9. aku nye pandangan mcm ni plak..
    ====

    Nampaknya teori grand design menjatuhkan PKR sblm PRU13 menggunakan pemilihan PKR menampak asas2nya sekrg-

    Teori nye adalah memasang trojan horse dlm PKR and activatekan dia bila sesuai. skerg adalah masa yg paling sesuai. Aku tak ckp kat sini saudara Ng, Zaid, Azmin, Khalid atau sape2 jadi trojan horse yer.. jgn salah phm.. tp mungkin gurka2 lain yg masih belum muncul- dan modus operandi nya adalah buat2 cerita dan lakonan2 tertentu dan sebarkan kepada pihak2 lawan tuduhan ttu..cth kisah zaid hantar kat azmin, kisah azmin hantar kat zaid dan sebaliknya.. tujuannya adalah utk memecahbelahkan parti dan biar org2 atasan parti bersengketa antara satu sama lain dan seterusnya mencemarkan nama baik parti sekali- dan ini juga ditambah dengan media internet mensensasikan isu tersebut yg mungkin betul dan mungkin part of the grand design ni…dan Dgn ini ia boleh menjatuhkan kredibility pemimpin dan parti di mata ahli parti dan rakyat- maklumlah dan nak PRU13 dan yg akan terus menang adalah BN- memang bijak strategy APCO ni…..

    renung-renungkan lah-
    p/s:semlm baru tgk file Salt- memang power bab2 trojen horse ni

    BalasPadam
  10. Ini semua adalah fitnah jahat untuk memusnahkan PKR, seterusnya PR... tidak boleh dipercayai... mungkin ada dalang lain disebalik tabir atau di dalam tabir yang masih belum dikenalpasti...

    BalasPadam
  11. Seorang ahli yang jujur, ikhlas dan sayangkan parti sudah tentu tidak akan mendedahkan "kepincangan" di luar saluran parti. Kenapa NLY tidak kemukakan bukti itu kepada JK disiplin dan sebaliknya NYL sudah mengemukakan bukti yang belum tentu sahih kepada umum (yang mungkin boleh menjejaskan reputasi parti)? Nampak sangat hujah dan tindakan NYL tidak selari. Jangan-jangan ada udang disebalik mee goreng, kot. You know, I know and only Allah swt knows.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.