16 Sep 2010

Pembunuh Bededah Itu Ada 7 Kes Jenayah Komersial

Polis mengenal pasti suspek peguam dalam pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya mempunyai tujuh laporan jenayah komersial yang membabitkan jumlah RM7.1 juta sejak 2005.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata maklumat itu diperoleh daripada siasatan polis dan penilaian semula kes yang dilaporkan di Ibu Pejabat Daerah Polis (IPPD) Kuala Langat.

Sementara itu, mengulas kes kehilangan dua individu sebelum ini, beliau berkata, kes pembunuhan seorang gadis 19 tahun dan ahli perniagaan dari Chennai, India, S Usharani, 24, yang akan disiasat.

Katanya, siasatan kes kehilangan ahli perniagaan itu baru bermula kerana isteri mangsa hanya membuat laporan polis pada 8 September lalu.

Bagi kes kedua pula, Khalid berkata, pihaknya tidak pernah menutup kes terbabit, sebaliknya polis masih belum menemui petunjuk bagi membantu siasatan.

"Apabila suami wanita yang hilang dipanggil memberi kenyataan buat kali kedua, kami mendapati beliau menceritakan apa yang berlaku seperti diterangkan kepada pihak media," katanya ketika mengiringi Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar sempena Hari Polis Bertemu Masyarakat di sini, sebentar tadi.

Khalid berkata, bagi tujuh kes jenayah komersial dan kehilangan dua individu sebelum ini akan disiasat polis Selangor, manakala kes Sosilawati akan disiasat polis Bukit Aman dan Kuala Lumpur. -BH

5 ulasan:

  1. GB, tulis artikel straight to the point pada pdrm pasai apa tak siasat secara agresif sejak dari dulu?

    Apakah peguam tu selama ni jadi `lembu' polis?

    BalasPadam
  2. 7 laporan jenayah komersial yang membabitkan jumlah RM7.1 juta sejak 2005? Kenapa tiada sebarang tindakan dilaksanakan mulai tarikh itu? Selepas kira-kira 5 tahun baru nak bertidak? Nama Malaysia telah tersebar ke peringkat antarabangsa sebagai 'lubuk jenayah'. PM dan Menteri Dalam Negeri kata indeks jenayah sudah berkurangan!! Polis pula selalu kata 'KES DIANGGAP SELESAI' macam nak tutup kes saja. Kalau pelabur asing tak berani melabur modal macam mana? Kes pembunuhan Altantuya juga menakutkan mereka!!!

    BalasPadam
  3. Bila ada kedudukan banyak perkara boleh ditutup macam rekod kemasukan altantuya ke malaysia...

    BalasPadam
  4. laporan polis macam curah air kedaun keladi, agaknya??

    BalasPadam
  5. Dah lah... aku memang tak percaya polis. Pada aku polis ni BODOH belaka. Kalau bijak dia orang tak kan jadi polis. Baik dia orang jadi peguam. Pasal bodohlah sebab tu pilih jadi polis. Sorry lah aku cakap macam ni. Aku cakap sebab aku ada pengalaman buruk dengan polis. Duit aku lesap 80 ribu dalam kes jenayah kormersial. Dah lebih setahun tak siasat-siasat sampai sekarang padahal rumah,kedai dan ofis si penipu tu aku dah tunjukkan pada polis. Lepas tu aku dengar si penipu tu siap bawak IO pergi karaoke lagi.

    Itu satu kes. Kes yang kedua aku jual kereta tapi agen jual kereta tu tak tukar nama dan sampai sekarang aku berhutang dengan bank lebih 100 ribu pulak dan kereta entah ke mana. Aku buat repot dan kaunter polis yang bangang tu suruh aku pergi bilik IO. Sampai bilik IO yang tengah dok minum kopi dan ketawa beramai-ramai tu kata kes ni tak boleh buat apa-apa. Aku kena cari lawyer umtuk selesai sendiri kes ni. Siap bagi kad lawyer lagi rekomen kat aku (ada komisyen kot?). Lepas tu aku kata tutup je balai polis ni kalau tak boleh nak buat apa-apa. Membair duit kerajaan je bayar gaji. Nak tunggu aku kena bunuh dulu baru nak siasat? Semua kes berlaku di selangor berketuakan si khalid tu. Kalau dah ketua BANGANG apatah lagi anak buah. Tak payah harap apa-apalah dengan polis di malaysia ni. Di mata aku tak ada nilai langsung. Aku cuma nampak polis ni macam anjing liar berkeliaran di sana sini. Cuma anjing ni ada lesen sebab pakai baju biru. Anjing liar tak pakai baju.

    So, pada aku POLIS ni memang besar punya BANGSAT.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.