Pemandu peribadi Datuk Sosilawati Lawiya, Kamaruddin Shansuddin, sempat membelikan dua helai baju raya untuk anak bongsunya, Irfan Aiman, sebelum beliau pulang ke Kuala Lumpur pada pagi 30 Ogos dan kemudian terus dilaporkan hilang hingga akhirnya disahkan dibunuh bersama Sosilawati dan dua individu lain selepas menemui suspek utama seorang peguam.
Gambar: MAZNAH (dua dari kanan) bersama Mohd Hazmi bertanya sesuatu kepada ibu Allahyarham Kamaruddin, Zainab Ahmad, 73, dan anaknya Irfan Aiman ketika berkunjung ke rumah mereka di Indera Mahkota, Kuantan kelmarin.
Kakak Kamaruddin, Ramlah, 49, berkata bagaikan mengetahui tarikh 29 Ogos itu kali terakhir dia melihat anaknya, Kamaruddin meminta Irfan Aiman memakai dan menggayakan kedua-dua baju baru berkenaan di hadapannya.
Beliau berkata, walaupun Irfan Aiman dijaganya sejak berusia dua hari, hubungan Kamaruddin dan anaknya itu sangat rapat dan mereka kerap bertemu, malah adiknya itu juga seorang bapa yang bertanggungjawab dan tidak pernah culas menyediakan keperluan anaknya itu.
“Kamaruddin pulang ke sini pada 27 Ogos (Jumaat) untuk menemui Irfan Aiman dan membawa anaknya membeli baju raya selama dua hari berturut-turut iaitu pada Sabtu dan Ahad.
"Pada malam Ahad (29 Ogos), Kamarudin meminta anaknya itu memakai kedua-dua baju itu kerana tidak sabar melihatnya bergaya di hari raya, sebelum dia bertolak pulang ke Kuala Lumpur pada pagi Isnin (30 Ogos) dan selepas itu terus gagal dikesan hingga akhirnya dia disahkan dibunuh secara tragis," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Senator Datuk Maznah Mazlan, Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Mohd Hazmi Yusof dan Skuad Sayang Wanita UMNO Indera Mahkota di Indera Mahkota, kelmarin.
Maznah dan Mohd Hazmi bersama anggota Skuad Sayang meluangkan masa hampir satu jam bertanya khabar dan memberi kata-kata semangat kepada ahli keluarga Kamaruddin berhubung kejadian malang menimpanya itu.
Anggota rombongan juga turut mengadakan majlis tahlil secara ringkas bagi menghormati kematian Kamaruddin yang menjadi mangsa pembunuhan kejam bersama majikannya dan dua rakan di Banting, akhir bulan lalu.
Ramlah berkata, Kamaruddin sebelum ini kerap menyuarakan hasratnya mahu Irfan Aiman menjadi seorang ustaz apabila dewasa.
"Hasratnya itu umpama amanat untuk ditunaikan dan saya akan menghantar Irfan Aiman ke sekolah agama di sini, tahun depan,” katanya.
Dua lagi anak Kamaruddin, Balqis Dayana,12, dan Izran Akmal, 9, tinggal bersama bekas isterinya, Noorfazilah Ab Sani, 33, di Rembau, Negeri Sembilan selepas pasangan itu berpisah pada 2006. -BH

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.