11 Sep 2010

Jika UMNO Jujur, Tahan Ibrahim Ali Bawah ISA

Petelagahan Umno Dan Perkasa Hanya Sandiwara

Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim yakin perbalahan Umno-Perkasa hanya sandiwara bersama untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.

Beliau berkata, umum sedia maklum bahawa kepimpinan Umno selama ini mempromosikan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia.

Bukan sahaja permit kumpulan itu lulus dalam sekejapan, bahkan juga majlis-majlis Perkasa direstui dan dihadiri bukan sahaja oleh mantan Presiden Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi juga Presiden Umno, Najib Abdul Razak.


Mutakhir ini media melaporkan Umno membuat keputusan untuk menjauhi Perkasa dengan kerana kumpulan itu mengugat kestabilan Barisan Nasional, dan menghakis sokongan rakyat kepada gagasan itu.

Anwar menyifatkan Umno bermain bunga silat untuk mengelirukan pandangan rakyat, kononnya langkah menceraikan Perkasa adalah perlu bagi mencapai matlamat 1Malaysia.

”UMNO tidak boleh lepaskan tanggungjawabnya sebagai satu badan yang selalu mempromosikan PERKASA jika mereka masih berdegil maknanya mereka harus memberikan penjelasan kepada rakyat apa yang berlaku sebenarnya,"kata Anwar

Beliau menggesa Umno menjelaskan kepad rakyat apakah keputusan itu adalah dasar yang kekal, atau sekadar keperluan politik semasa semata-mata.

Kalau setakat ini kita tidak yakin bahawa sebenarnya UMNO tidak menjiwai apa yang disuarakan oleh PERKASA tetapi hanya satu sandiwara politik sementara”, kata Dato Seri Anwar selepas menghadiri rumah terbuka anjuran Parti Keadilan di tapak Expo seberang jaya petang tadi.

Sementara itu, Anwar memberi amaran bahawa tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana ahli Parti Keadilan Rakyat yang menganggotai Perkasa, kerana ia bercanggah dengan prinsip perjuangan parti.

Ulasan GB

Seorang pengkomen di blog GB menyatakan PERKASA lebih kurang macam Makkal Sakhti. Ditubuhkan oleh UMNO kononnya untuk perkukuhkan BN. Apa yang terjadi ialah kedua-duanya bakal menjadi peruntuh bukan pengukuh.

Yang kedua, ialah peranan Najib yang umum mengathui, sepertimana di dalam tindakan-tindakan yang banyak seperti pembelian wakil rakyat PR menjadi ahli UMNO dan Bebas, Najib ibarat baling batu sembunyi tangan. Begitu halnya penubuhan Makkal Sakhti dan Perkasa. Sekali lagi lontaran batu Najib kali ini melantun balik ke arah mukanya.

Ketiga, jika benar Najib dan UMNO membantah gagasan Perkasa, apa lagi ditunggu, ISAkan saja Ibrahim Ali. ISA ditentang hebat oleh PR, tetapi UMNO mempertahankannya konon di atas dasar keselamatan negara. Ternyata Ibrahim Ali dan Perkasanya berserta pencacai seperti Utusan telah banyak dan sentiasa memainkan api perkauman di negara ini. Mengapa ISA tidak digunakan? Apakah ISA hanya digunakan terhadap pembangkang?








12 ulasan:

  1. didunia ni boleh lah berlakon, di alam akhirat kelak, kau rasakanlah nanti bagaimana hebatnya lakonan kau tu... akan dapat balasan dari Allah.

    BalasPadam
  2. Hapuskan ISA,hapuskan saman ekor, hapuskan PERKASA dan hapuskan BN PRU13

    BalasPadam
  3. memang pun perkasa dan umno bersandiwara hakikatnya dua dua itu perkauman,ibarat pencuri yg menuduh org lain yg mencuri,akibatnya harta hilang pencuri terlepas

    BalasPadam
  4. UMNO dan PERKASA sama-sama perkauman sempit..

    BalasPadam
  5. Ibraim Ali mempergunakan segalanya untuk menjadi pemimpin macam UMNO juga

    BalasPadam
  6. Masa ni depa berkuasa. suka hati nak lakukan dan nak kata apapun. fakta boleh diputar dan pusing untuk kepentingan tertentu. Sampai bila lah nak idup macam ni. mudah2an tuhan tolong kite.

    BalasPadam
  7. cisss.... aku bukan racist...tapi aku meluat dan muak dengan asyik2 MELAYU...sikit2 MELAYU....selalu MELAYU....

    wei... peribumi SABAH n SARAWAK pun bumiputera juga.... x pernah pn ada persengketaan melibatkan isu perkauman?????

    semua itu hanya survival politik yg amat mejelikkan!!!!!

    BalasPadam
  8. kah kah kah!
    Perkasa adalah puaka, perkauman melayu konon, nak pertahankan hak orang melayu konon, berjuang untuk bab 153 konon, yang biayai perkasa tu siapa? bukankah duit Vicent Tan?, taukeh judi tu ahli perkasa juga ke?, brahim katak muka tikus ni nak berbohong, ini semua projek orang tua nyanyuk nak menyelamatkan UMNO.
    Supaya mudah UMNO nak menyamun dan merompak harta negara, Sampai bila lagi kita orang melayu mesti ditipu dan dipusing oleh mamak auta.

    BalasPadam
  9. kah kah kah!
    Perkasa adalah puaka, perkauman melayu konon, nak pertahankan hak orang melayu konon, berjuang untuk bab 153 konon, yang biayai perkasa tu siapa? bukankah duit Vicent Tan?, taukeh judi tu ahli perkasa juga ke?, brahim katak muka tikus ni nak berbohong, ini semua projek orang tua nyanyuk nak menyelamatkan UMNO.
    Supaya mudah UMNO nak menyamun dan merompak harta negara, Sampai bila lagi kita orang melayu mesti ditipu dan dipusing oleh mamak auta.

    BalasPadam
  10. cik in ni mula berlakun semasa dipecat dalam umno dia mengambil kesempatan atas kejujuran tok guru sebagai tempat penyuboran lakunanya untok menarek perhatian awam supaya menyokongnya beliau telah berjaya, sebenarnya cik in ni sifat umnonya cukup tebal dan menjadi darah dagin umno dalam badan sehingga darah yg mengalir ada umno,jantung yg berdenyut umno dan otak yg berfikir acuanya juga umno.

    BalasPadam
  11. Semua warga Malaysia!!
    Tumbangkan Ibrahim Katak dalam GE13- Katak hanya pandai lompat sana sini, Bermula UMNO, keluar UMNO, masuk PAS, pakai tiket PAS menang MP, kemudian keluar,Muka tebal tak malu,Dah tahu tak ada tempat untuk dia GE13, lalu berjinak jinak dengan UMNO, nak pergi terus, macam hari siang orang nampak, lalu masuk waktu malam, sebab itu lah dia tubuh PERKASA. Adakah UMNO dah tak jaga hak2 dan keistimewaan2 warga Melayu?? Wahai Ibrahim dan TDM!!!!!!
    Pendek kata Ibrahim tubuh PERKASA ini bagi tujuan mengukuhkan kedudukannya dalam arena POLITIK. Kalau tidak siapakah dia IBRAHIM selepas GE13????
    Ibrahim tak lepasa daripada mengeluarkan kenyataan kenyataan yang berbau RASIS, Sebelum bahang panas meluap kepada semua warga Malaysia, Ibrahim harus dipadamkan dalam arena Politik, begitu juga TDM, peralatkan Ibrahim dan PERKASA untuk masa depan anaknya, yang mana semakin hari semakin pudar dan dilupai dalam UMNO. Apa patut TDM buat nak pastikan anaknya berkuasa, mana lah tahu kot kot sokong PERKASA boleh jadi PM Ke 7 nanti.....

    BalasPadam
  12. pendaftaran PERKASA lulus segera, pendaftaran Pakatan Rakyat tak lulus-lulus?

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.