Serah Dokumen Sulit, Peguam Negara Berat Sebelah
Dokumen Akta Rahsia Rasmi sekalipun akan didedahkan sekiranya ia boleh membantu pembelaan pemimpin-pemimpin kanan Barisan Nasional di mahkamah.
Sebaliknya pelbagai kekangan dikenakan sekiranya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat permohonan yang sama.
Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua, membidas sikap berat-sebelah Pejabat Peguam Negara yang beria-ria membantu pembelaan tertuduh dalam kes Zon Bebas Pelabuhan Klang, Dr Ling Liong Sik.
Pasukan pendakwaraya bagaimanapun tidak menunjukkan kesungguhan yang sama, bahkan begitu liat mahu menyerahkan dokumen perubatan dan sampel spesimen yang diminta Anwar Ibrahim bagi tujuan pembelaan dalam kes konspirasi dua.
"Saya nampak macam ada berat sebelah, kalau pembangkang minta walaupun dari Datuk Seri Anwar Ibrahim,atau dalam kes PKFZ".
"Ini akan menjadi persoalan besar kenapa tindakan hanya dikenakan ke atas Ling Leong Sik tetapi tidak mengheret ahli-ahli politik yang lain ke mahkamah kerana mereka membuat keputusan bersama" ujar Tian kepada Tv Selangor.
3 September lalu, salah seorang peguam Ling, Wong Kan Kheong berhujah, dokumen-dokumen sulit berkenaan Zon Bebas Pelabuhan Klang diperlukan bagi membantu pembelaan anak guamnya.
"Pihak peguam bela memerlukan dokumen-dokumen seperti minit mesyuarat, pertemuan jawatankuasa kabinet dan kertas pasca kabinet di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972".
"Kita memerlukannya untuk mempersiapkan hujah bagi pihak pembelaan" katanya kepada mahkamah.
Pasukan pendakwaraya yang diwakili oleh Dzulkifli Ahmad pula berkata pihaknya boleh membantu mendapatkan dokumen yang diminta tertuduh, tetapi memerlukan sedikit masa dari mahkamah.
"Kami tidak keberatan ke awal lagi tetapi kami rasakan itu tidak mungkin kerana kita perlu waktu untuk bertindak pada beberapa permintaan dari pihak peguam bela," ujar Dzulkifli.
Mengulas lanjut, Tian tidak yakin kerajaan akan membekalkan dokumen-dokumen PKFZ yang boleh mengugat kedudukan pemerintah.
Ujarnya, sekiranya dokumen kabinet ini didedahkan, bukan hanya tembelang Ling Liong Sik sahaja yang terbongkar, sebaliknya keseluruhan kabinet akan diheret ke muka pengadilan.
"Saya nampak mungkin ini satu permulaan yang Ling Liong Sik mahu buktikan bukan dia seorang sahaja yang terlibat. Kalau dia minta supaya kertas kabinet ini didedahkan,akhirnya kalau kabinet rasa terugut, terancam, mereka mungkin tidak akan menjatuh hukuman yang berat kepada Ling Liong Sik supaya semua boleh selesai dengan cara dalam keluarga". -TVS
Ulasan GB
Rakyat secara umumnya memang tidak suka dengan Peguam Negara ini. Tetapi UMNO BN memandang beliau sebagai satu aset bernilai untuk selamatkannya.
Oleh itu Najib belum lagi rela melepaskan Gani Patail, selagi kes liwat 2 tidak selesai. Kerana nama "Anwar" amat menghambatnya.
Nama dan rekod Gani Patail semakin hari semakin hanyir. GB yakin apabila Pakatan Rakyat memerintah, salah seorang yang TETAP masuk penjara ialah Gani Patail.
Banyak hal yang kalau diselongkar, begitu busuk manusia yang bernama Gani Patail ini.
Kerana kebusukan itulah, Gani Patail perlu letak jawatan segera. Jika tak mahu, Najib perlu pecatnya. Jika tak pecat, rakyat yang akan melakukannya. Jika rakyat belum berkemampuan, Tuhan tetap akan membalasnya. Balasan Tuhan terhadap perkara yang buruk lebih dasyat. Sedasyat Rahim Nor dan Musa Hassan yang dipaksa turun dari kerusi KPN.
Bear witness, we have warned you, Gani!

Gani pathail x belajar dari apa yg menimpa arwah peguam negara sebelumnya iaitu Mokhtar Abdullah. Semua ini adalah doa dari mereka yang terainaya...
BalasPadamPada Dzulkifli Ahmda, cukuplah bekrja dgn Gani Patail n buat lah keja lain. Awak tu bekas naqib di Kolej Islam Kelang, amat warak dulu n semua pljr respek pd awak. Kembalilah pd Islam. Malulah sikit pd kwn-kwn Sek Ugama Al-Irsyad n Kolej Islam Kelang. Jgn krn cari mkn, awak dah tak kira halal n haram besekongkol dgn org-org yg terang-terang jahat perangai..rezeki Allah ada di mana-mana, bertaubat lah sebelum terlambat...dr kwn sekolej
BalasPadamkalau ikutkan hati aku ni memang tiada kata kata lagi utk si gani ni,nak maki nak mencarut,nak...AllahuAkbar tak tau lah!tapi apabila aku istighfar,aku cuma boleh katakan'Ya Allah Engkau tunjukkanlah sesuatu pd siGani tu demi utk kebaikan agamaMu YaAllah
BalasPadamtengok lah muka dia.. dari raut wajah.. orang2 ni semua dah tak ada seri... muka penoh dengan dosa dan noda... dosa dengan Allah, dosa dengan manusia..
BalasPadambukan setakat malu pd kawan2 aje, tapi malu pada Allah.. kerana ilmu yang Allah beri digunakan untuk melawan hukum Allah.
BalasPadam