Exco: Pemilihan PKR Merbok dicemari aksi 'ganas'
Exco kerajaan Kedah S Manikumar mendakwa mesyuarat cabang tahunan Merbok dicemari dengan aksi "ganas" apabila perwakilan cuba menyerang, mengugut dan menghamburkan kata-kata kesat terhadapnya.
Sehubungan itu, beliau yang juga ADUN Bukit Selambau membuat satu laporan polis di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kuala Muda dekat Kuala Kedah berhubung perkara itu awal petang semalam.
Katanya, dalam mesyuarat di sebuah dewan di Bedong semalam, terdapat "unsur-unsur penyelewengan" dan berlaku kekecohan apabila pengawas pemilihan menghentikannya.
"Ini mengakibatkan rasa tidak puas hati di kalangan (perwakilan) pemilihan di situ dan mereka bertindak ganas untuk menyerang saya, mengugut dan menggamburkan kata-kata kesat.
"Saya rasa keselamatan saya dan keluarga saya terancam," laporan polisnya itu dipetik.
Semalam, Malaysiakini melaporkan proses pemilihan PKR cabang Merbok dan Jerai - kedua-dua di Kedah - ditangguhkan ekoran dakwaan berlakunya penyelewengan.
Pemilihan bagi jawatan ketua cabang Merbok menarik perhatian apabila ketuanya Abdul Rashid Din menarik diri dan ahli majlis pimpinan pusat Saiful Izham Ramli merupakan calon tunggal bagi jawatan itu.
Manakala bagi jawatan timbalan ketua pula, Manikumar - yang memegang portfolio perdagangan dalam negeri - berdepan dengan naib ketua cabang, Mukhtar Ismail.
Usaha mendapatkan ulasan Manikmar hari ini belum berhasil. Malaysiakini difahamkan beliau kini berada di Thailand untuk urusan rasmi kerajaan negeri.
Manakala pengerusi jawatankuasa pemilihan Dr Molly Cheah ketika dihubungi masih belum jelas berhubung kejadian itu. Bagaimanapun beliau mengakui "ada mendengarnya".
Sementara itu, Pentadbir Pemilihan PKR Raden Shamsulkamar Raden Shamsudin hari ini mengesahkan penangguhan mesyuarat dan pemilihan di cabang itu.
Katanya, pihaknya telah menerima laporan awal daripada pengawas pemilihan yang bertugas di cabang tersebut dan "terdapat satu kumpulan yang menimbulkan kekacauan".
"Kita akan tunggu laporan penuh daripada pengawas dan akan membuat siasatan," katanya sambil menjangkakan masalah sebenar akan diketahui minggu depan.
"Selepas itu kita akan keluarkan kenyataan rasmi (mengenai perkara itu)."
Sementara itu, tambahnya, kecuali di Jerai, perjalanan mesyuarat dan pemilihan di tempat lain setakar ini berjalan lancar -mk
Ulasan GB
Sebabnya jadi gitu?
Perjuangan masih berkisar bab donia per se.
Sebabnya: PR dah nak ke Purajaya.
Hoping for Mustafa to bring out changes in PKR, but very unfortunate he was knocked down in the first round at his own ground. Obviously, PKR is not suitable for this kind of people and PKR shouldn't have been his platform in the first place. You get what I mean? Its OK if you don't, but I know Saifuddin does!

Naib Presiden PKR Mustafa Kamil Ayub menerima tamparan awal apabila tewas tipis 17 undi dalam pemilihan peringkat cabang Pasir Salak hari ini.
Dalam pertembungan dua penjuru, Mustaffa mendapat 94 undi manakala pesaingnya Osman Abdul Rahman - bekas ketua cabang itu - mendapat 111 undi.
Keputusan mengejutkan itu baru diumumkan sebentar tadi.
Menurut seorang pemimpin cabang itu, Mahmud Yahya, Mustaffa bagaimanapun akan membuat bantahan berhubung kekalahannya itu dalam masa terdekat kerana mengesyaki berlakunya "politik wang".
"Ada konspirasi untuk menjatuhkan karier politik Mustaffa di Perak dan peringkat pusat," dakwa Mahmud yang juga salah seorang penyokong kuat bekas pemimpin NGO Islam itu.
Setakat ini, tambah Mahmud, pihaknya sedang mengumpul bukti berkaitan untuk dikemukakan kepada jawatankuasa pemilihan PKR. -mk
Ulasan GB
Sebabnya jadi gitu?
Perjuangan masih berkisar bab donia per se.
Sebabnya: PR dah nak ke Purajaya.
Hoping for Mustafa to bring out changes in PKR, but very unfortunate he was knocked down in the first round at his own ground. Obviously, PKR is not suitable for this kind of people and PKR shouldn't have been his platform in the first place. You get what I mean? Its OK if you don't, but I know Saifuddin does!
boleh dikatakan majoriti ahli dan pemimpin pkr adalah bekas ahli umno maka perangai pun masih melekat sama, skrg masa utk merebut jawatan kerana kononnya dah nampak laluan ke putrajaya ,
BalasPadamKalau perangai macam ni ...nak jadi pemimpin macam mana...mesti ada sesuatu yg dihajati....kalau macam ni punya cerita.....ahli PKR perlu ditarbiah....
BalasPadamsalam,
BalasPadami have been thinking the same thing GB. it seems these wannabes are very confident about making it to putrajaya that it would seem to be the wisdom to make the grab for posts, cabang and pusat, for obvious reasons. i dont know much - because i personally havent heard much i guess - of Mustafa, though. but on the whole, the unsavoury politicking resembling that in UMNO is amazing and frankly, i'm grateful that they are all exposed for all to see, pkr or PR or UMNO-BN voters, including them fence sitters.
assalamualikum....kpd pemimpin dan ahli PKR...buktikan anda bkn spesies @x-umno....jgn bw budaya kotor umno dlm politik br ......atau awas...keahlian PKR didalangi oleh musuh dlm selimut...ahli umno yg dihantar utk mengucar-kacirkan PKR....bkn mustahil....setelah umno klh Mac 2008..brp ramai yg berdaftar dgn PKR...mrk ini..rata2 ahli UMNO..so...kini mrk menunjukkan siapa mrk sebenarnya...pimpinan ...sila semak keahlian PKR....musang berbulu ayam ...musuh dlselimut...gunting dlm lipatan....semua sedang menunggu masa menjahanamkan PKR dr dalam....Anwar Ibrahim...sila pastikan anda sedar akan perkara ini...kpd semua pimpinan...jgn terlalu berebut jawatan...sedangkan anda kini adalah YB..ada tugas yg belum selesai dikawasan anda...tunaikan tanggungjawab itu dulu...baru cerita pasal keinginan menjadi pemimpin parti....
BalasPadambagaimana Allah nak anugerahkan kemenangan kalu macam nilah gayanya perjuangan yg dibawa...
BalasPadamkalu kemenangan yg diberi... mungkin bala yg akan menanti....mmmmm....
harap perubahan yg total perlu dilakukan sebelum kaki memijak tangga putrajaya...
Memang sebijik macam UMNO. Sepatutnya dah bertahun berkawan dengan PAS berubah la sikit jadi lebih baik. Ni semua salah didikan dari pemimpin2 atas mereka, pemimpin yang kanan sendiri seperti Azmin Ali menunjukkan contoh yang buruk dan kebudak2an.
BalasPadamsebenarnya media massa BN yang lebih-lebihkan isu, selama ni tak keluar berita PKR pun...
BalasPadamanda tidak berada disitu... anda tidak tahu apa yang terjadi. tgk saja yb buat report polis, semua kata dia betul, sepatutnya statement diambil kepada bnyk pihak, jgn tggu yb saja. so slama ni calon BN buat report polis percayalah? ni perangai mic punya perangai. buat report polis sume percaya. wahai manusia terapkan dlm diri anda sifat keadilan, dan jgn senang percaya paa media, selidik dulu. yg buat report sendiri bikin kecoh dan bikin panas. aku yang nak datang mengundi berkali2 meluat tgk perangai orang mcm ni.
BalasPadam