30 Sep 2010

Serigala Berkulit Bebiri. Konspirasi Azmin Jatuhkan MB Selangor Didedahkan.

Konspirasi Azmin jatuhkan Khalid?

Seorang bekas Ahli Majlis Tertinggi PKR hari ini mendedahkan perbualan telefon tentang ‘konspirasi’ untuk menumbangkan Menteri Besar selangor oleh pesaingnya, Azmin Ali.

Ng Lam Yong, salah seorang veteran parti dan pengasas parti menyifatkan pendedahan beliau seperti ‘Lingam-gate’, dan meminta kepimpinan parti menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk menyiasat kes ini.

“Sepuluh hari lalu, saya menerima sebuah CD dari penghantar yang tak dikenali melalui pos.” jelasnya.

CD tersebut mengandungi rakaman perbualan telefon diantara dua lelaki sepanjang kira-kira 10 minit.

“Dalam perbualan tersebut, Ramlan (Abu Bakar), Presiden Reformis, yang mengetuai protes ‘Skuad bogel’ dihadapan pejabat Menteri Besar Selangor, memberitahu bahawa dia di arahkan oleh Azmin untuk menjatuhkan Khalid.” Ng memberitahu, dan menambah bahawa dia mengecam suara Ramlan tetapi tidak mengenali suara lagi satu.

“Ramlan juga mengakui kepada indidivu tersebut bahawa dia dijanjikan ganjaran yang merupakan sebuah lot berniaga di pasar malam dari Azmin. Ng memberitahu dalam sidang media tersebut.

“Ramlan juga memberitahu bahawa Azmin telah membekalkan dokumen-dokumen tentang rasuah untuk menjatuhkan Khalid.”

Ng memberitahu, perbualan didalam Cd tersebut menunjukkan Azmin telah merancang untuk menjatuhkan Khalid sejak sekian lama.

“Saya ingin bertanya Azmin: apakah tujuannya menggunakan Ramlan untuk melancarkan kempen terhadap Khalid sedangkan Khalid juga adalah ahli PKR dan Menteri Besar Selangor?”

Walaubagaimanapun, Ng memberitahu dia tidak mempunyai niat jahat, dan menambah bahawa tujuan mendedahkan perbualan ini kepada umum adalah untuk menjelaskan keadaan demi kebaikan parti.

“Saya masih lagi ahli parti dan sayang kepada parti. Saya tidak mau menghancurkan parti. Saya telah banyak berkorban sepanjang 10 tahun yang lalu.” kata Ng, yang bertanding sebagai Calon Parlimen Tanjong Malim sebelum ini tetapi menolak untuk bertanding di Wangsa Maju pada tahun 2008.

Beliau menambah, apa yang dilakukannya di Wangsa Maju (dimana Wee Choo Keong sekarang MP) sedangkan beliau sepatutnya menjadi MP menunjukkan bahawa dia bukan lapar kuasa.

“Saya bukan gila kuasa. Saya disini atas kehendak diri saya sendiri dan tidak dipaksa atau dibayar oleh sesiapa pun.” katanya.

Dia menjelaskan sebab utama dia mendedahkan rakaman perbualan ini kerana mahukan parti membersihkan nama rakan-rakannya (termasuk Azmin dan Khalid) dengan mendedahkan is ini sebelum rakaman tersebut tersebar luas.

“Semalam, Syed Husin Ali menghantar SMS kepada saya meminta dihentikan sidang media ini. Tetapi saya merasakan saya perlu meneruskannya. Saya tidak menuduh sesiapa. saya hanya mahukan penjelasan dan mahukan parti mengambil serius perkara ini.” katanya. Ng juga menerima panggilan dari Naib Presiden Dr. Lee Boon Chye dan Tian Chua.


Azmin dakwa MB Selangor tak berubah meskipun ditegur

SHAH ALAM, 26 Jun - Kepimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim menerajui Selangor tidak memperlihatkan perubahan meskipun telah ditegur secara terbuka ketika Kongres Nasional PKR Keenam akhir bulan lalu, dakwa Naib Presidennya Azmin Ali hari ini.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Gombak itu menegaskan, beliau tidak pernah mendesak Khalid akan diturunkan daripada jawatan Menteri Besar Selangor.

"Semasa kongres ahli parti telah menegur Khalid dan barisan exconya supaya peningkatkan sistem pentadbiran negeri.

"Tetapi malang selepas sebulan kita masih belum nampak satu tindakan proaktif yang diambil beliau terhadap setiap teguran yang dibuat," kata beliau ketika ditemui di sini sesi pemukiman PKR di sini petang ini.

Beliau berkata tindakan ahli parti menegur Khalid bukan bermaksud mahu beliau meletakkan jawatan tetapi hanya sekadar teguran yang membina.

"Kita tidak pernah suruh Khalid meletakkan jawatan, cuma saya dan pemimpin lain merasakan beliau dan barisan kepimpinannya perlu memberikan perhatian secara serius terhadap teguran yang dibuat.

"Kita tegur berdasarkan rungutan yang diterima daripada rakyat. Jadi sebagai pemimpin yang bertanggungjawab kita perlu memberikan teguran yang membina supaya setiap kelemahan itu dapat diatasi," katanya.

Tiga hari lalu Azmin meletakkan jawatan sebagai pengarah anak syarikat kerajaan negeri, Perbadanan Kerajaan Negeri Selangor (PKNS), yang banyak pihak melihat sebagai petunjuk rasa tidak senang beliau terhadap kepimpinan Khalid.

Bagaimanapun Azmin juga menafikan andaian itu.

PKR memulakan sesi pemukiman dua hari petang tadi.

Azmin menjadi tumpuan isu baru menyelubungi PKR khususnya Selangor ekoran laporan bahawa 15 Ahli Parlimen dikatakan akan mengemukakan petisyen kepada Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menukar kepimpinan Menteri Besar Selangor.

Isu itu dijangka menjadi salah satu agenda perbincangan sesi pemukiman kali ini.

Azmin berkata kerajaan negeri perlu meningkatkan sistem pentadbiran negeri supaya agenda untuk merakyatkan ekonomi dapat diteruskan.

"Kerajaan negeri perlu memastikan pelaburan ditingkatkan supaya pendapatan negeri juga akan meningkat.

"Kalau tiada peningkatan dari segi pendapatan macam mana nak mengagihkan kekayaan negeri kepada rakyat.

"Jadi tidak mungkin kita boleh meneruskan agenda merakyatkan ekonomi kalau negeri ini bangkrup. Jadi kerajaan negeri harus memperkemaskan pengurusan pentadbiran dengan cekap," katanya.

Azmin menambah pentadbiran kerajaan negeri juga harus menghentikan birokrasi dengan serta-merta.

"Birokrasi yang ada dalam sistem pentadbiran perlu dihentikan dengan serta-merta kerana jika terlalu banyak birokrasi ekonomi akan menjadi lembab.

"Selain itu, setiap permohonan yang dibuat perlu diberikan kelulusan dengan cepat, telus dan bertanggungjawab serta mengikut prosedur yang ditetapkan," katannya. -TMI


Ulasan GB

GB telah lama menghidu hal ini dan telah menyatakan hal ini secara halus di SINI. GB tidak dapat menuduh secara pasti sebelum ini kerana tiada bukti. Hari ini Allah s.w.t. membenarkan firasat GB itu dengan pendedahan dari seorang veteran PKR, Ng Lam Yong.

Petikan tulisan GB sebelum ini:

Itu belum lagi diambilkira aduan-aduan penduduk Bukit Antarabangsa dan Gombak yang mengadu bermacam-macam hal tentang sukarnya untuk menemui wakil rakyat mereka bernama Azmin, kata mereka. Azmin, pada mereka tidak berbeza dari YB-YB UMNO sebelumnya.

Saya faham Azmin bercita-cita tinggi, kerusi MB Selangor jadi sasarannya. Tetapi perlukan beliau gopoh? Kegopohan akan menggelincirkan seseorang jauh ke dalam jurang.


Beliau kini sedang mendahului pencalonan Timbalan Presiden dengan meninggalkan lawannya dengan jurang yang besar.

Dan GB menyatakan sebelum ini:

Dah jadi ADUN, dah jadi MP, dah jadi Ketua PKR Negeri, kini berebut nak jadi orang no 2 dalam parti untuk membolehkan beliau merampas kerusi MB.

Siddiq Ghouse pula yang mengulas mengenai isu "serigala yang berkulitkan bebiri" juga pernah menunjukkan secara halus siapa serigala itu.

Yang pastinya orang itu bukan Datuk Zaid Ibrahim kerana semasa Nurul memberi amaran serigala dalam PKR di Kota Kucing tempohari, dia dengan jelas menyatakan bahawa ahli-ahli PKR harus memberi tempat kepada tokoh seperti Zaid Ibrahim.

Takkan pula Nurul nak sokong seorang tokoh yang bersifatnya “Serigala yang menyamar sebagai Bebiri“ yang akan membaham mati ahli dan parti yang diperjuangkan. Jadi tak mungkin serigala itu bernama Zaid.

Nak kata naib presiden nombor satu, Azmin Ali itu berwatak serigala dalam PKR, barangkali tak mungkin juga kerana Azmin diketahui sangat rapat dan disayangi ketua umum. Takkan pula “serigala itu boleh masuk kandang bebiri sampai begitu dalam dan berkampung begitu lama” malah bergandingan erat pula dengan ketua umum.

Banyak “bual kosong” orang politik di kota yang berjiran dengan kota Kucing, heboh “menggosip” perihal gandingan mantap Azmin-Anwar yang sedang diatur sekarang ini dan gandingan itu katanya turut mahu “membaham” Zaid Ibrahim.


Lihat ayat Siddiq di atas. Siddiq menafikan secara tegas bahawa Zaid itu serigala yang dimaksudkan oleh Nurul, tetapi menggunakan istilah "barangkali" untuk menafikan orang itu adalaH Azmin. Beliau menambah lagi di akhir perenggan:

Ahli parti yang sempat mendengar dan faham mungkin sudah mulakan sesuatu untuk menghalau serigala ini. Namun ia tidaklah semudah meneriakkannya kerana serigala tersebut mungkin sudah punya ramai sekali pengikut dari kalangan “bebiri yang pekak dan bisu” yang sedang berkira-kira nak menjadi “ketua umum kepada Ketua JKKK” apabila serigala itu sudah memperoleh kuasa dalam PKR dan kerajaan Pakatan Rakyat tahun depan.

Cukuplah... kan GB dah cakap dulu, kebenaran itu kebenaran. Berarak awan hitam maka tampaklah cahaya matahari yang terang benderang menyuluhi segala yang kelam sebelum ini.

Usharani Selesai Beri Keterangan Kes Suaminya Yang Hilang

Usharani selesai beri keterangan kes usahawan India hilang

Gambar: Isteri ahli perniagaan India, S. Usharani, 27, yang memakai baju kurung meninggalkan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat sambil diekori petugas media setelah memberi kenyataan berhubung kes kehilangan suaminya Allal Kathan Muthuraja dekat sini, hari ini.

BANTING, 30 Sept – S. Usharani, isteri kepada usahawan India, Allal Kanthan Muthuraja yang dilaporkan hilang di negara ini sejak awal tahun ini, selesai memberikan keterangan berhubung kehilangan suaminya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di sini hari ini.

Usharani, 27, tiba di IPD berkenaan kira-kira pukul 11.30 pagi tadi untuk menandatangani keterangan yang diberikan sebelum ini.

Beliau berada di IPD tersebut kira-kira sejam dan ketika ditemui, Usharani berkata beliau yakin polis dapat menyelesaikan kes tersebut dengan secepat mungkin.

“Saya puas hati dengan kerjasama yang diberikan polis selama keterangan saya diambil,” katanya.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai keterangan tersebut dan menurutnya beliau akan pulang ke Ramapuram, Chennai, India kira-kira pukul 9.30 pagi esok.

Sebelum ini beliau telah membuat laporan polis mengenai kehilangan suaminya pada 8 September lepas dan memberi keterangan berhubung perkara itu di IPD ini pada 23 September dan semalam.

Kehilangan Muthuraja, 34, itu turut dikaitkan dengan suspek utama kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain apabila mangsa dilapor hilang selepas dijemput oleh kedua-dua peguam, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebaik tiba di Malaysia 18 Januari lepas. – Bernama

Ku Li Pengarah Galas. Tak Sukar & Tak Gusar Untuk PAS Menang

Galas: PAS dakwa norma luar biasa Umno lantik Ku Li pengarah

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menyifatkan Umno keluar daripada norma biasa apabila melantik Ketua Umno Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pengarah pilihan raya kecil DUN Galas.

Katanya, sebelum ini jawatan itu dipegang oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi BN.

Salahuddin berkata persoalan sekarang mengapa Muhyiddin lari daripada tanggungjawab tersebut.

“Kenapa Umno lari daripada norma biasa di mana Tan Sri Muhyiddin Yassin yang setiap kali berlaku pilihan raya kecil mesti timbalan perdana menteri yang jadi pengarah pilihan raya.

“Kenapa kali ini beliau lari?” kata beliau di sini hari ini.

Beliau turut menimbulkan persoalan mengenai janji-janji pilihan raya kecil kerusi Manek Urai Julai 2009.

“Mana janji beliau satu jambatan di Manek Urai, mana janji untuk memberi sumbangan RM1,000 sebulan kepada warga tua, mana janji beliau di Manek Urai,” katanya.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu bagaimanapun enggan menyentuh tentang pelantikan Tengku Razaleigh.

“Saya tidak mahu sentuh pasal Tengku Razaleigh tapi kenapa kali ini Timbalan Perdana Menteri lari daripada tangunggjawab.

“Itu persoalannya, lagi pun PAS tiada masalah dengan Ku Li, malah kita bersama dalam beberapa itu sebelum ini termasuk royalti minyak,” katanya.

Semalam, Muhyiddin mengumumkan bahawa Tengku Razaleigh telah dilantik sebagai pengarah pilihan raya Umno-BN di Galas.

Ia salah satu kerusi DUN dalam bahagian Parlimen yang diterajui Tengku Razaleigh.

Muhyiddin berkata keputusan itu diambil dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Umno semalam. Pengerusi Perhubungan Umno negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed pula dilantik timbalan pengarah dengan dibantu jentera parti di peringkat negeri dan pusat.

Muhyiddin berkata, beliau yakin dengan kepimpinan Razaleigh yang amat berpengalaman, berpengaruh lagi amat dihormati pengundi di DUN Galas.

Kerusi Galas kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Che Hashim Sulaima dari PAS akibat barah usus, Isnin lalu. Kekosongan kerusi itu membuka laluan kepada pilihan raya kecil ke-12 sejak Mac 2008.

DUN Galas selama ini dikuasai Umno, namun dalam pilihan raya lalu Che Hashim berjaya menawan kerusi itu dengan menewaskan calon Umno, Mohamad Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.

Menurut Salahuddin, PAS memandang serius pilihan raya kecil DUN Galas dan menyifatkan cabaran yang bakal dihadapi nanti perlu ditangani dengan bijak.

“PAS anggap ini satu cabaran besar, jentera PAS perlu bersiap sedia jangan ‘terlalu over confident’, jangan rasa selesa yang penting PAS akan meningkatkan keupayaan dan komitmen.

“Cabaran PAS untuk menghadapi rintangan ini dengan bijak,” katanya.

Tambahnya satu mesyuarat khas pemimpin PAS akan diadakan pada 3 Oktober ini dan isu DUN Galas akan menjadi agenda utama.

“Mungkin pada hari itu Presiden PAS akan mengumumkan siapa yang akan menjadi pengarah pilihan raya bagi PAS,” katanya.-TMI


Aziz Bari: Pelantikan Cubaan Singkir Ku Li Dari Umno

SHAH ALAM 30 SEPT: Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) Profesor Dr Aziz Bari percaya pelantikan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, sebagai cubaan halus Umno untuk menyingkirkan Ahli Parlimen Gua Musang itu.

Beliau berkata Umno nekad dengan meletakkan tekanan kepada Teng Razaleigh atau Ku Li bagi menyulitkan kedudukan beliau yang sering berpihak kepada kerajaan Kelantan pimpinan Pas yang memperjuang royalti minyak.

"Saya menganggap ini amaran kepada Ku Li sama ada terus kekal atau keluar Umno. Walaupun kita melihat beliau konsisten tidak senada dengan Umno tetapi dia masih belum keluar," katanya kepada TV Selangor, hari ini.

Ku Li selama ini didesak pelbagai pihak supaya keluar Umno dan menyertai Pakatan Rakyat berikutan kecenderungannya memihak kepada kerajaan Kelantan dalam isu royalti minyak dan beberapa perkara lain.

Kerusi DUN Galas kosong berikutan kematian wakil rakyat Pas, Che Hashim Sulaima akibat barah usus, mendorong laluan kepada pilihan raya kecil ke-12 sejak Mac 2008.

Mengulas mengenai peluang Pas memenangi pilihan raya kecil itu, Aziz percaya keputusan pilihan raya kecil itu secara matematiknya berpihak kepada Pas walaupun Ku Li memimpin kempen Umno Barisan Nasional.

Beliau berkata, Umno BN tampak tidak bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil mengejut walaupun mahu menunjukkan kemampuan mereka merampas semula kerusi DUN yang terlepas ke tangan PAS pada 2008.

Katanya, kemerosotan pengundi Umno BN dijangka berlaku melibatkan undi pos berikutan masyarakat orang Asli di Kelantan khususnya DUN Galas semakin selesa dengan kepimpinan Pas. -tvs


Ulasan GB

Tak sukar dan tak gusar bagi PAS sekalipun Ku Li menjadi Pengarah PRK Galas.

Perlantikan Ku Li jelas menunjukkan UMNO sendiri sudah hilang pemimpin berwibawa untuk mengetuai PRK kerana TPM, Muhyiddin sebelum ini telah dimalukan dengan beberapa kekalahan apabila mengetuai PRK.

Siapa lagi yang mampu mengetuai UMNO untuk PRK? Najib? Oh lagi banyak majoriti yang Pakatan Rakyat akan perolehi.

p/s Seperti kempen-kempen pilihanraya terdahulu Radio gb.fm akan cuba dikeudarakan di sepanjang tempoh kempen pilihanraya Galas ini. Doakan kesihatan GB dan hulurkan sedikit sumbangan jika ada simpati di hati. Kerja ini kerja sukarela saja tanpa apa-apa support dari parti walaupun GB dah berulangkali berperit tekak meminta parti mengerti. Meminta mereka "mengerti" bukan bermaksud meminta sedekah dari YB-YB atau parti, tapi parti dan YB mestilah tahu tunaikan kewajipan terhadap ahli-ahli parti supaya bukan saja radio GB, tetapi supaya lebih ramai ahli-ahli dapat menyumbang bakti dengan bakat dan kebolehan masing-masing apabila suda ada faktor motivasi. Selama ini, sekalipun parti melupai GB, tetapi GB tetap disini dipayungi Ilahi.

Sports Toto Sebar Berita Ada Yang Menang RM47j

Ahli Perniagaan Menang Loteri Terbesar RM48 Juta

PETALING JAYA: Seorang ahli perniagaan telah memenangi wang tunai sejumlah RM47.82 juta yang merupakan cepumas loteri atau jackpot terbesar di Malaysia.

Sports Toto Malaysia Sdn Bhd berkata, cepumas tertinggi sebelum itu adalah RM20.9 juta yang dikeluarkan pada Disember 2008.

Difahamkan, ahli perniagaan yang berusia 50an itu mengetahui kemenangan tersebut menerusi laman web Sports Toto pada malam Selasa selepas keputusan diumumkan.

“Dia tidak percaya tentang berita itu sehingga tergamam untuk seketika sebelum meminta isterinya mengesahkan kemenangan itu berulang kali,” kata jurucakap Sports Toto dalam satu kenyataan semalam.

Jurucakap itu berkata, pasangan berkenaan amat gembira sehingga tidak dapat tidur dan tidak sabar untuk menebus hadiah wang tunai daripada ibu pejabat Sports Toto di Kuala Lumpur. -petikan dari Mstar

..... snipped...


UMNO dan Sports TOTO

Sports Toto Malaysia diasaskan pada tahun 1969 dengan nama asal syarikat berkenaan ialah Unilite Electrical Industries Berhad. Setelah itu pada tahun 1987 ia ditukar nama kepada Far East Asset Berhad dan dalam penstrukturan semula pada tahun 1992, ia diambil alih oleh Berjaya dan dikenali sebagai Berjaya Sports Toto Berhad.

Sehingga kini Sports Toto mempunyai 681 kedai judi di seluruh negara dan mempunyai dua syarikat perjudian di luar negara iaitu Philippines Berjaya Toto dan pada tahun 1997 membantu kerajaan Ghana menyusun kegiatan loteri di negara berkenaan.

Syarikat ini adalah merupakan anak syarikat milik penuh Berjaya Group Berhad yang dimiliki oleh Tan Sri Vincent Tan, kroni yang rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Berdasarkan carian yang dibuat Pengerusi Perhubungan Umno Wilayah yang juga Setiausaha Kerja Umno Malaysia, Tengku Adnan Tengku Mansor masih memegang saham di dalam Berjaya Group Berhad yang memiliki Sports Toto.

Pegangan Tengku Adnan sebanyak 3.5 juta saham dibuat melalui Cimsec Nominees.

Ini menjadikan Tengku Adnan `mewakili Umno di dalam syarikat perjudian Sports Toto melalui pegangan saham Berjaya Group Berhad.

Selain itu, Sports Toto Malaysia juga mempunyai dua pengarah yang merupakan bekas pegawai kanan Polis Diraja Malaysia yang kebetulan orang Melayu dan beragama Islam. Mereka ialah Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamed Saleh Gomu.

Selain dua bekas pegawai kanan polis tersebut, antara muka Melayu yang menjadi pengarah syarikat di bawah kumpulan Berjaya yang turut memiliki saham dalam Sports Toto Malaysia ialah Datuk Annuar Zaini dan Datuk Sulaiman Mohd Noor yang menjadi pengarah Berjaya Group Berhad yang memiliki 292,336,584 saham di dalam Sports Toto.

Manakala dua lagi pengarah Melayu iaitu Datuk Adnan Shuaib dan Arsam Damis masing-masing menjadi pengarah Berjaya Land Berhad yang memiliki 284,644,046 saham di dalam Sports Toto.

Daripada carta ini jelas Umno punya `wakil dalam syarikat judi dan bekas polis turut `melindungi kegiatan judi berkenaan.-visi-sufi


Ulasan GB

Berita di atas disebarluaskan oleh Sports Toto sendiri.

Hasratnya ialah untuk mengkhabarkan bahawa ada orang dah menang RM47 juta dengan bermain nombor dengan Toto.

Ini sekaligus akan menggalakkan orangramai berpusu-pusu ke kedai toto untuk menikam nombor dengan harapan menjadi jutawan.

Taktik ini digunakan bagi meraih keuntungan yang lebih besar untuk syarikat dan juga pemegang-pemegang saham Toto yang terdiri dari beberapa pemimpin UMNO dan bekas-bekas pegawai tinggi kerajaan.

Sandiwara "Pulangkan" Banyak Kelemahan

Exco Pulau Pinang dakwa ada pihak desak warga emas pulang wang ihsan

GEORGE TOWN, 30 Sept — Tindakan sekumpulan warga emas yang memulangkan semula wang bantuan RM100 setiap seorang kepada kerajaan Pulau Pinang hanyalah satu sandiwara, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Abdul Malik Abul Kassim (gambar).

Beliau berkata, ada kemungkinan warga emas yang memulangkan wang ehsan itu tidak mendaftar lagi dalam sistem yang disediakan oleh kerajaan negeri dan mereka mungkin dipengaruhi oleh sesetengah pihak.

“Mungkin ada pihak yang telah mendesak mereka,” katanya kepada pemberita bagi mengulas tindakan 40 warga emas memulangkan semula wang bantuan daripada kerajaan negeri itu kerana wang itu dikatakan daripada sumber judi lumba kuda.

Isu status wang itu didedahkan oleh sebuah blog yang mendakwa ia dari sumber judi, dan ini menimbulkan keresahan dalam kalangan penerima beragama Islam.

Dipetik Bernama, Abdul Malik sekali lagi mengulangi bahawa wang itu bukan daripada hasil judi, sebaliknya hasil yang diperoleh kerajaan negeri daripada amalan perbelanjaan berhemah sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri.

Kumpulan itu menyerahkan wang berkenaan kepada Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Azhar Ibrahim untuk dikembalikan kepada kerajaan negeri, semalam.

Azhar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Penaga berkata, pihaknya menganjurkan majlis tersebut selepas diminta oleh warga emas sekitar kawasan Parlimen Kepala Batas yang mahu memulangkan wang ihsan berkenaan.

“Bukan Umno yang suruh mereka (warga emas) bagi balik duit berkenaan, sebaliknya mereka yang hubungi saya untuk minta pulangkan wang itu kerana tidak sanggup guna wang dari sumber haram,” katanya yang juga Ketua Pembangkang di DUN Pulau Pinang.

Azhar juga berkata lebih ramai warga emas akan berbuat demikian dalam masa terdekat dan pihaknya akan mengumpulkan semua wang tersebut sebelum menyerahkan kepada Pemuda Umno Pulau Pinang untuk dikembalikan kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Pemuda Umno negeri mendakwa kerajaan Pulau Pinang menggunakan sumbangan sebuah syarikat perjudian sebagai wang ihsan kepada warga emas negeri itu.

Dakwaan itu berdasarkan sepucuk surat yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri kepada Pengurus Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Leow Khin Ming berhubung baki sumbangan cek bernilai RM500,000 untuk program tersebut.

Dalam kenyataannya selepas itu, Lim yang mengakui menerima sumbangan tersebut berkata ia digunakan bagi program membasmi kemiskinan tegar dengan menerimanya adalah bukan Islam, bukan untuk penghargaan warga emas.

Sebelum ini, Abdul Malik menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Pemuda Umno bahawa kerajaan negeri menggunakan hasil sumber judi untuk tujuan pembayaran wang ihsan melalui program penghargaan warga emas.

Katanya, dakwaan sebuah blog dan Pemuda Umno pusat awal bulan ini adalah berdasarkan kepada imaginasi, berniat jahat serta fitnah yang tidak berlandaskan fakta dan kebenaran.

Menurut beliau lagi kerajaan negeri yang mengamalkan amalan berjimat cermat melalui konsep cekap, akauntabiliti dan telus telah berjaya menjimatkan jumlah peruntukkan dalam bajet kerajaan negeri sebanyak RM20 juta bagi program tersebut.

“Daripada peruntukkan yang diberikan kita telah membelanjakan sebanyak RM10.7 juta dan masih mempunyai lebihan RM9.3 juta untuk meneruskan program penghargaan warga emas.

“Suka ditegaskan di sini bahawa wang ihsan tersebut bukan hasil dari sumber judi. Ia adalah hasil dari pungutan cukai tanah serta sumber selain dari judi.

“Kerajaan negeri juga tidak mempunyai kuasa mutlak untuk meluluskan lesen judi sedangkan kerajaan pusat sahaja yang mempunyai kuasa untuk meluluskan semua lesen judi yang ada dalam negara kini,” katanya beliau kepada The Malaysian Insider. -TMI

Ulasan GB

Bila ditinjau gambar duit itu dekat-dekat di dalam tong dan di tangan warga emas itu, kita nampak wang itu semuanya serupa. Note RM50. Seorang dua keping.

Ah, baru keluar dari bank. Siapa punya? Yang pasti semua duit itu dipinjamkan kepada warga emas tersebut kemudian di"pulang"kan kepada tuannya.

Ini kisah Ahmad Nisfu yang ambil balik duit dari "pelakon sementara" di dalam cerita 3 Abdul.

"abdul wahud...abdul wahud...kita nak kasi dia marah...balik-balik kita yang marah....kasi balik duit aku...kasi balik...kasi balik"

Tapi seperti yang GB ulaskan di sini, Kerajaan negeri berhak untuk tuntut RM4 ribu yang kononnya dikatakan dipungut semula dari warga emas tersebut. Kalau pun betul wang itu pungutan dari warga emas, memang wajar YB Penaga itu perlu menyerahkan semula kepada Kerajaan Negeri. Jika tidak YB Penaga itu boleh ditahan dan ditangkap kerana menipu warga emas berkenaan dengan melarikan wang ihsan itu. Kalau wang itu bukan wang ihsan tetapi milik YB Penaga sendiri tetapi cuma dilakonkan saja, dia sepatutnya ditahan juga kerana menipu.

Amacam YB. Ini bab mahu tipu satu Malaysia sudah tahu.

Tapi tropi sandiwara lucu sukar dimenangi sandiwara "Pulangkan" ini. Kelemahannya ketara. Manakala sandiwara "I'da World" lakonan Hang Kebun yang tak bergigi yang serahkan cek replika RM4b di Kelantan rasanya mendapat undi sms terbanyak.

Kata Sudin di dalam Seniman Bujang Lapok: Main-main kasar ..sekali aku cekik…gigi wak mana?...pergi bikin!

Barang Saiful Kena Kebas Di Medan Tunku

Kereta Saiful Bukhari Dicuri

KUALA LUMPUR 30 SEPT: Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes konspirasi kedua terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kereta Proton Waja miliknya dicuri malam semalam.

Menurut Saiful Bukhari, kereta Waja berwarna perak itu disedarinya hilang ketika meletakkannya di Lorong Medan Tuanku, Kuala Lumpur malam tadi.

"Saya sudah membuat laporan di balai polis Dang Wangi dan menyerahkan polis untuk menyiasat perkara itu.

"Saya sedang makan dan apabila kembali, saya sedari kereta saya hilang,” katanya kepada Malaysiakini yang mendakwa kenderaan itu pemberian ibunya.

Saiful Bukhari berkata dalam mesej twitternya semalam, beliau memohon sesiapa yang menjumpai keretanya dengan nombor pendaftaran WLG9170 untuk menghubunginya atau pihak polis.

Beliau menjadi tumpuan sejak 2008 apabila membuat dakwaan beliau diliwat ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh.


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Semalam, pada jam 8.35pm, selepas makan malam bersama bapa di restoran berdekatan, saya dapati bahawa kereta saya telah dicuri. Kejadian berlaku di bahu jalan Lorong Medan Tuanku 2, Kuala Lumpur.

Laporan Polis telah dibuat di IPD Dang Wangi. Saya difahamkan siasatan dan gerakan mengesan semula kereta saya sedang dijalankan.

Jika ada sebarangan maklumat, mohon jasa baik rakan-rakan dan pengunjung blog saya menghubungi Pegawai Penyiasat IPD Dang Wangi Sarjan Mejar Shukor di talian 019-3245442.

Buat masa ini, saya tidak mahu mengesyaki atau mengaitkan kehilangan kenderaan saya ini dengan perbicaraan yang sedang berlangsung. Saya serahkan kepada pihak Polis untuk menyiasat.

Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan serta orang ramai diatas keperihatinan, bantuan dan doa sejurus saya mengumumkan berita kehilangan tersebut di Facebook dan Twitter malam tadi.

Kereta tersebut banyak kenangan dan jasanya. Ia juga merupakan hadiah dari Arwah Ibu sebelum beliau kembali ke Rahmatullah pada tahun 2004.

Apapun, sebagai hamba Allah, saya akan terus berdoa, tenang dan sabar. Insyaallah, jika ada rezeki, pulanglah ia, jika tiada, maka saya Redha.

Diharap rakan-rakan diluar sana terutama pemilik kenderaan mengambil iktibar dan berhati-hati. Kes kecurian kenderaan sudah menjadi perkara normal semenjak akhir-akhir ini. Ia boleh berlaku pada sesiapa sahaja.

SAIFUL BUKHARI AZLAN


Ulasan GB

Kena tow kot sebab tak bayar saman.



Perlantikan Ku Li Sebagai Pengarah Pilihanraya UMNO BN DUN Galas

Tengku Razaleigh Dilantik Pengarah Pilihan Raya Umno/BN DUN Galas

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah telah dilantik sebagai pengarah pilihan raya Umno/BN untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Galas.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan berkata keputusan itu diambil dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Umno pada Rabu.

"Dengan restu Presiden (Umno) Datuk Seri Najib Tun Razak), saya telah menghubungi Tengku Razaleigh untuk memberitahu beliau mengenai keputusan parti melantik beliau dan beliau setuju," kata Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional.

Pengerusi Perhubungan Umno negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed pula dilantik timbalan pengarah dengan dibantu jentera parti di peringkat negeri dan pusat.

Muhyiddin berkata beliau yakin dengan kepimpinan Razaleigh yang amat berpengalaman, berpengaruh lagi amat dihormati pengundi di DUN Galas.

Kerusi Galas kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Chek Hashim Sulaiman, 46, dari PAS akibat barah usus, dua hari lepas. -- BERNAMA



Kolumnis Semasa: Cerita Ku Li Dan Di Sebalik Tuntutan Royalti Minyak
http://www.pemudaumno.org.my/modules.php?name=News&file=article&sid=9645

Oleh Tun Faisal Ismail Aziz

Pendirian Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia tentang Tengku Razaleigh Hamzah, Ku Li, seperti yang dinyatakan oleh Ketua Pemudanya YB Khairy Jamaluddin adalah mudah, iaitu;

Pertama, ia adalah berkaitan isu tuntutan hasil petroleum dan bukan mengenai Ku Li. Pendekatan Pemuda UMNO adalah untuk menerangkan bahawa dari segi tafsiran Akta Kemajuan Petroleum 1974 yang seharusnya dibaca bersama Seksyen 4(2) Ordinan (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1969, yang menyebut bahawa negeri dalam Malaysia mempunyai hanya setakat 3 batu nautika diukur dari paras air surut.

Kedua, oleh kerana terdapat perbezaan tafsiran tentang peruntukan undang-undang ini, maka sewajarnya ia di bawa ke mahkamah agar penyelesaian dapat diputuskan.

Itu juga merupakan kehendak Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan. Disebabkan itu Pemuda UMNO menyokong agar ia dibawa ke mahkamah.

Penulis bersetuju dengan pendirian Pemuda UMNO ini. Bagaimanapun secara peribadi penulis melihat isu ini melangkaui isu tuntutan hasil petroleum. Sebaliknya melihat dari sudut kerakusan pemimpin Pas Kelantan dan Ku Li untuk merebut penguasaan hasil petroleum ini, walaupun Kerajaan telah menjamin bahawa wang ini akan disalurkan kepada rakyat.

Ia adalah hak rakyat, bukan hak Ku Li, Nik Aziz Nik Mat dan kroni-kroni mereka. Lebih-lebih lagi apabila Kerajaan Negeri Kelantan menghadapi krisis keyakinan yang parah dari segi urus tadbir melibatkan pengeluaran hasil balak yang tidak setimpal dengan pembangunan serta kemajuan negeri Kelantan.

Krisis keyakinan terhadap kerajaan Pas juga kritikal apabila Menteri Besar didakwa mengamalkan kronisme dan menerima tajaan untuk menunaikan ibadah Haji.

Kedua, dari segi sikap tidak berdisiplin yang dipamerkan oleh seorang pemimpin bahagian dan veteran. Sikap Ku Li yang masih tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Presiden Parti menghairankan. Ku Li mendakwa setia kepada parti, tetapi tidak dibuktikan dengan perbuatan.

Tindakan Ku Li seolah-olah mencabar Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memecat beliau. Beliau mungkin belajar dari pengalaman, bahawa jika beliau keluar parti, beliau akan menjadi tidak relevan dalam masa yang singkat.

Akhirnya dia terpaksa merangkak kembali kepada UMNO. Mungkin jika beliau dipecat, beliau boleh menjadi hero dan kisah beliau akan terus disensasikan seperti kisah Anwar Ibrahim.


Nampaknya Datuk Seri Najib dapat membaca tindakan Ku Li ini sejak awal lagi.

Ketiga, dari segi sikap khianat Ku Li terhadap parti dan negara. Dalam wawancaranya dengan Malaysian Insider, Ku Li telah berbohong dan memberi gambaran yang salah tentang Malaysia beberapa kali. Seolah-olah Ku Li mahu mensabotaj usaha Datuk Seri Najib memulihkan ekonomi negara dengan mewujudkan persepsi bahawa negara ini tidak selamat dan kacau bilau.

Perbualan twitter Ku Li dan Lim Kit Siang sungguh mencurigakan. Kit Siang dan Ku Li bukan tidak boleh menggunakan telefon dan SMS untuk berbual, tetapi memilih untuk menggunakan twitter.

Ia seolah-olah sengaja dilakon dan dihebahkan sebagai build-up kepada gerakan untuk menghidupkan kembali Gagasan Rakyat tajaan Ku Li semasa berada dalam Semangat 46 bersama-sama pemimpin DAP dan Pas.

Manifesto Gagasan Rakyat pada tahun 1990 yang tidak relevan, gagal dan sudah lapuk bertajuk`Save Malaysia'cuba dihidupkan semula oleh Kit Siang dan dilaungkan oleh Anwar Ibrahim.

Kenyataan Ku Li dalam wawancara Malaysian Insider dibaca ramai sebagai usaha memberikan gambaran buruk tentang negara sebagai justifikasi agar manifesto 'Save Malaysia' ini dapat dihidupkan.

Disebabkan itu penulis mempersoalkan kesetiaan Ku Li terhadap parti.

Dari segi track record, Ku Li pernah mengkhianati parti. Ku Li juga pernah bercakap bohong.

Kenyataannya tentang hak kerajaan Pusat untuk menentukan sama ada untuk memberi royalti atau wang ehsan pada 1 November 2000 seperti yang disiarkan oleh Bernama jelas bertentangan dengan kenyataannya di Stadium Sultan Mohamad keIV, Kota Baru pada 28 Januari 2010.

Kata beliau, pada 1 November, "semasa Petronas ditubuhkan telah dinyatakan bahawa tiada sebuah negeri pun di Semenanjung yang berhak ke atas hasil minyak yang dijumpai di kawasan yang berada di luar wilayah mereka."

Apakah yang menghalang Ku Li untuk menipu untuk kesekian kalinya?

Bagi penulis mudah saja - "kesetiaan itu dibuktikan dengan perbuatan, bukan hanya dengan kata-kata". Perbuatan Ku Li menjolok mata!!!


* Kit Siang - jangan curi tagline saya - Selamatkan Malaysia!!! Kenapa tidak digunakan Middle Malaysia yang dah jadi macam Meddle Malaysia je?

Penulis Adalah Pengerusi Unit Media Baru, Pemuda UMNO Malaysia -


Ulasan GB

Desperatenya UMNO. Terpaksa jilat semula segala kahaknya kepada Ku Li.

Felda Bakal Disaman Lagi

Seramai 1,000 peneroka Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (Felda) di seluruh daerah Jengka, Pahang dijangka akan memfailkan saman berhubung harga Kadar Perahan Gred (KPG) yang didakwa rendah daripada harga pasaran sebenar.

Pengerusi Biro Hal Ehwal Felda dan Orang Asal KEADILAN Suhaimi Said ketika dihubungi Suara Keadilan berkata satu perjumpaan akan diadakan pada 3 Oktober depan bagi memberikan penerangan kepada peneroka seterusnya memfailkan saman terhadap agensi tersebut.

"Kita akan memfailkan saman bagi pihak peneroka, kerana mereka ini telah dianiaya dan ditipu apabila hanya diberikan antara 18 hingga 20 peratus KPG sedangkan ikut pasaran adalah 26 peratus.

"Memandangkan di kawasan Jengka ini mempunyai banyak kilang dan kadar perahannya pula berbeza antara satu sama yang lain, jadi kita akan kumpulkan peneroka mengikut kilang yang ada di sini," kata beliau.

Menurut Suhaimi lagi, kadar 1 peratus KPG dianggarkan sekitar RM40 yang bermakna setiap kali hasil sawit peneroka dipetik, mereka kerugian antara RM200 hingga RM300.

Tambah beliau, tindakan itu bukannya dilakukan sekadar suka-suka tetapi bagi menuntut hak peneroka yang saban tahun telah ditipu oleh Felda berhubung harga sebenar kadar perahan buah kelapa sawit.

Sebelum itu, Mahkamah Persekutuan telah mengekalkan keputusan supaya Felda membayar RM11 juta kepada 354 peneroka Kemahang 3, Kelantan.

Ini memberikan tamparan hebat kepada agensi itu dan kemenangan moral yang besar kepada peneroka Felda di seluruh negara.

Tindakan agensi itu dilihat tidak menghormati hak peneroka berhubung harga KPG sudah lama berlaku di kebanyakan rancangan Felda di seluruh negara.

Berhubung dakwaan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan kononnya Pakatan Rakyat menghasut peneroka menyaman Felda, Suhaimi berkata tindakan saman itu bukan hanya menuntut hak peneroka yang menganggotai KEADILAN dan PAS sahaja bahkan untuk semua peneroka tanpa mengira fahaman politik masing-masing. -SK

Ulasan GB

Tak mahu mengaku bagkrap, lepas ini betul-betul akan jadi bankrap.
FELDA bukan lagi "fixed deposit" UMNO untuk pilihanraya.

Dan jangan silap, bukan kita doakan Felda bankrap. Tetapi lebih baik wang yang disapu UMNO dan pemimpinnya berbillion ititu diberikan kepada para peneroka.

Jangan Terjun Dahulu Sebelum Disahkan Payungnya Berfungsi

PAS Tuntut Kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu

KULIM: PAS menuntut kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu dikembalikan kepada parti itu dalam pilihanraya umum akan datang, kata Yang Dipertuanya, Hassan Razak.

Ketika ini kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu diwakili oleh Zulkifli Nordin yang bertanding atas tiket PKR tetapi telah keluar parti dan menjadi ahli bebas.

"Kesemua 42 cawangan parti (PAS) di kawasan ini mahu kerusi itu ditanding oleh PAS kerana mereka kecewa dengan ahli parlimen tersebut.

"Bukan sahaja berpaling tadah tetapi juga gagal berkhidmat untuk rakyat," katanya di sini.

Hassan berkata, bagaimanapun, ini bukan bermakna ahli PAS menyalahkan PKR Kulim Bandar Baharu.

Tetapi, katanya, ahli-ahli PAS bimbang kalau-kalau pisang berbuah dua kali dan mereka lebih meyakini istiqamah (komitmen) sesama ahli PAS berbanding parti lain.

Surat tuntutan itu sudah diserahkan kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan beliau juga sudah bertemu dengan Azizan berhubung perkara itu.

Katanya, pihaknya tetap mengutamakan perpaduan sesama parti Pakatan Rakyat (PR) dan ini sekadar tuntutan.

"Hal ini sudah tentu memerlukan perbincangan lanjut yang lebih teliti,” katanya. -FMT


Tragedi latihan terjun menara

Seorang penerjun wanita warga Australia maut apabila payung terjun yang digunakan ketika melakukan latihan ‘base jump’ di Menara Alor Setar, di sini, gagal berfungsi, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.20 petang itu, mangsa Tantikey Lie Marion, 42, dipercayai sedang menjalani latihan penerjunan bersama tiga lagi rakannya untuk program ‘KL Tower International Jump’ yang dijadualkan berlangsung awal bulan depan di Menara Kuala Lumpur.

Mangsa yang juga penerjun keempat, jatuh terhempas dari ketinggian kira-kira 165 meter dan mati di tempat kejadian akibat parah di kepala serta badan.

Difahamkan, penerjun pertama dikatakan tersasar ketika melakukan pendaratan dan tersangkut di atas tiang lampu kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian dan dia diselamatkan oleh pasukan bomba dan penyelamat.

Saksi kejadian, Zaidi Zainol Abidin, 41, berkata ketika kejadian dia sedang menunggang motosikal menuju ke pejabatnya sebelum memberhentikan kenderaan selepas ternampak penerjun pertama tersangkut pada tiang lampu.

Bagaimanapun, katanya, penerjun pertama tidak mengalami kecederaan sebelum diturunkan oleh kakitangan Menara Alor Setar serta anggota penyelamat.

“Ia kemudian diikuti dua lagi penerjun lelaki, seorang warga tempatan dan asing. Apabila tiba giliran mangsa, saya lihat payung terjun tidak terbuka dan terhempas di atas simen kaki lima Menara Alor Setar,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Zaidi Abidin berkata, orang awam yang berada di kawasan kejadian terus berlari ke lokasi kejadian untuk membantu mangsa.

“Bagaimanapun, mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan serius di kepala muka dan badan,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, untuk dibedah siasat.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan sedang dijalankan.


Ulasan GB

Baca kedua-dua berita di atas. Dengan mata hati untuk memahami ayat manzurah. Berlaku di negeri Kedah.

PAS Kedah perlu tumpukan perhatian kepada mempastikan kerusi-kerusi yang dimenangi itu tidak terlepas disamping memastikan kerusi-kerusi yang kalah dimenangi.

Bukan nak minta kerusi yang dah disepakati diserahkan kepada rakan komponen.

Sekalipun benar PAS kuat di Kulim Bandar Baru, sekalipun benar katak itu telah menderhaka, sekalipun pun kita ada potensi besar di parlimen berkenaan, langkah saudara kita itu tidak membantu mengukuhkan PR malah merenggangkan.

Allah Maha Kaya sekalipun jika kita terpaksa berkorban di Kulim Bandar Baru, Allah boleh mengurniakan PAS Kedah kemenangan di kerusi parlimen lain. Kuasa Tuhan, apakah ada yang lebih dariNya? Jangan tamak dan berjuanglah keranaNya. Hilangkan penyakit-penyakit yang ada di hati.

Tu sebab jangan terjun dulu sebelum dipastikan payung terjun itu benar-benar berfungsi. Kalau tak, mati adalah jawapannya!

ooops ada satu lagi berita... senyap jer tak der berita dari Marang Terengganu, tup, tup kuar berita ini:

Tengkorak dan cebisan tulang manusia ditemui di tapak pelupusan

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki menjumpai satu tengkorak dan cebisan tulang manusia di tapak pelupusan sisa pepejal Majlis Daerah Marang petang semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supt K Manoharan, berkata lelaki tersebut yang sedang mencari lokan di kawasan alor sungai Marang menjumpai tengkorak dan cebisan tulang itu kira-kira 4.30 petang semalam.

"Polis percaya tengkorak yang ditemui tersebut adalah milik seorang dewasa," katanya.

Manoharan berkata, tengkorak dan tulang tersebut telah diambil oleh pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu untuk dihantar ke pasukan patologi di Kuantan untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, setakat ini tidak ada sesiapa yang melaporkan mengenai orang hilang dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - BERNAMA


Bahawa Allah tidak pernah lalai dan tidur mengajar manusia yang mahu membaca ayat-ayatNya.

Justeru itu jangan ada yang leka dan lalai tanpa mengira betapa tinggi sekalipun keududkan di dunia fana ini. Kelak ditegur oleh Allah s.w.t. Dan yang dikurniakan akal akan berkata:

"Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka” “Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun”(Ali ‘Imran : 191-192)

Tropi Sandiwara Lucu: "Pulangkan" Bersaing Hebat Dengan "I'da World"

40 pulangkan wang didakwa hasil judi

Akibat marah, kecewa dan rasa tertipu, seramai 40 warga emas dan golongan miskin tegar di negeri ini, mengembalikan wang RM100 yang mereka terima daripada kerajaan negeri baru-baru ini, yang dikatakan diperoleh daripada sumber judi.

Penduduk dari Parlimen Kepala Batas itu memulangkan wang berkenaan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Datuk Azhar Ibrahim, dalam satu majlis khas di Pusat Khidmat ADUN berkenaan di sini, semalam. Hadir sama, Ketua Penerangan UMNO Pulau Pinang, Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Mereka kesal terhadap tindakan kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, yang menggunakan sebahagian daripada dana diterima daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang yang mengendalikan pertaruhan lumba kuda untuk diagihkan kepada rakyat.

Seorang penduduk dari Kampung Pulau Mertajam, Penaga, Rosnani Rashid, terkilan kerana suaminya, Osman Mahmud, 62, yang meninggal dunia pada 6 April lalu, iaitu seminggu selepas menerima RM100 menerusi program penghargaan warga emas sudah menggunakan wang itu.

Kalau kami tahu duit itu daripada sumber tidak elok seperti perjudian, sudah tentu duit itu tidak akan digunakan, katanya yang menangis teresak-esak ketika ditemui pemberita selepas majlis itu.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, mendedahkan kerajaan Pulau Pinang menerima sumbangan RM500,000 daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang yang mengendalikan pertaruhan perlumbaan kuda di negeri ini.

Perkara itu diperkuatkan lagi dengan bukti melalui surat rasmi Pejabat Ketua Menteri mengenai penerimaan sumbangan itu yang ditandatangani Setiausaha Sulit Guan Eng, Farida Hani M Yaacob bertarikh 9 Julai 2010.

Kerajaan negeri sebelum ini pernah menafikan pihaknya menggunakan wang daripada sumber judi untuk melaksanakan programnya, tetapi selepas pendedahan oleh Reezal Merican, Guan Eng mengakui bahawa kerajaan negeri ada menggunakan sumbangan daripada Kelab Lumba Kuda untuk menjalankan program membas-mi miskin tegar.

Seorang lagi penduduk, Harun Ali, 63, berkata dia memulangkan semula wang RM100 yang diterima daripada kerajaan negeri kerana tidak sanggup menggunakan wang itu selepas timbul isu bahawa wang berkenaan adalah daripada sumber meragukan.

"Kalau makan duit ini, ia akan menjadi darah daging saya. Saya tidak mahu menjadi seperti itu dan kecewa dengan sikap kerajaan negeri yang seolah-olah tidak memahami sensitiviti serta hukum orang Islam," katanya.

Sementara itu, Azhar berkata, pihaknya mengambil inisiatif mengumpulkan wang berkenaan bagi diserahkan kepada kerajaan negeri selepas menerima banyak maklum balas daripada orang ramai yang menyatakan hasrat untuk berbuat demikian kerana tidak mahu menggunakan wang daripada hasil judi.

Selepas ini program mengumpul duit sumbangan kerajaan negeri akan diadakan di seluruh negeri sebelum diserahkan kepada Pemuda UMNO untuk dikembalikan kepada kerajaan negeri, katanya yang juga Setiausaha UMNO Pulau Pinang. -BH

Ulasan GB

Sandiwara terhebat oleh UMNO dengan bantuan pemberita /wartawan Berita Harian di Pulau Mutiara.

Sama hebatnya sandiwara pemberian replika cek RM4b oleh I'da World bersama wartawan akhbar yang sama di Kelantan minggu lalu.

Pertama, laporan polis perlu dibuat supaya wang-wang yang dipulangkan itu benar-benar dikembalikan kepada kerajaan Negeri Pulau Pinang iaitu sebanyak RM4,000.

Kedua, kalau saya jadi YAB Lim Guan Eng saya umumkan Kerajaan Pulau Pinang telah dan akan mengagihkan RM5 juta kepada warga emas. Dan YB Penaga boleh kutip semula dan serahkannya kepada kerajaan negeri. Biar dia terberak mensandiwarakan pungutan RM5 juta dan serahkan jumlah itu kepada kerajaan negeri.

Ketiga, tak orang yang berakal waras mahu kembalikan semula wang yang diterima, apatah lagi telah diberitahu oleh bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri bahawa wang itu tidak haram. Hanya YB Penaga yang buat susah kepala dan susah poket mencari idea dan membuat majlis untuk menyertai sandiwara tahunan bersaing dengan I'da World.

Misi Tawan Kedah: Tawaran RM5j Kepada ADUN Dibongkar

Raja Petra Kamarudin melalui blognya Malaysia Today hari ini mendedahkan satu kertas siasatan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR), kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengesahkan dakwaan Adun Kulim beliau ditawar RM5 juta untuk lompat parti adalah benar.

Dalam postingnya hari ini, Raja Petra menyiarkan 'Laporan Siasatan Awal' BPR (kini SPRM) cawangan Seberang Perai Aduan no 11/2008 yang dibuat oleh YB Lim Soo Nee, Adun Kulim dari PKR yang dinamakan sebagai A1.

Laporan itu mendedahkan sasaran siasatan mereka adalah bekas Menteri Besar Kedah, Mahazir bin Khalid yang dinamakan sebagai B1 dan dan orang tengah Tan Yak Siew yang dinamakan B2.

Di akhir laporan ini, siasatan itu mengesahkan, pada 9.9.2008 satu perjumpaan telah diadakan di Hotel Sunway, Seberang Jaya, Perai.

Bahagian Perisikan Ibu Pejabat telah membuat satu rakaman audio dan video di bilik hotel tersebut.

YB Mahazir Khalid yang datang berjumpa dengan A1 (Lim Soo Nee) dan mengesahkan penawaran wang itu sebanyak RM5 juta dan sekiranya A1 hendak lebih lagi, boleh berbincang dengan Datuk Seri Najib.

A1 juga dimaklumkan, sekiranya beliau lompat parti ke BN, beliau akan mendapat beberapa projek.

Laporan siasatan yang ditandatangani oleh Mahani binti Din, Penolong Kanan Penguasa, Badan Pencegah Rasuah Cawangan Seberang Perai itu melaporkan, Ibu Pejabat BPR (kini SPRM) akan menguruskan kes ini seterusnya. -harakahdaily





Ulasan GB

Begitulah modus operandi bagaimana Perak dirampas.

Berjuta ringgit ditawarkan untuk ADUN melompat parti. Diberitakan kini mereka yang melompat hidup mewah, melebihi kemewahan ADUN-ADUN UMNO sendiri. Malah ADUN-ADUN bebas ini lebih berkuasa di Perak daripada MB Rayuan, Datuk Dr Zambry.

PM, Najib akan seperti biasa menafikan. Mana bukti? Soalnya.

Cara yang sama sebenarnya komplot Najib ini cuba untuk menjatuhkan kerajaan-kerajaan PR di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Justeru itu kita lihat Kekuasaan Najib adalah kekuasaan yang rapuh, kerajaan rasuah, yang pada bila-bila masa boleh tersembam ke bumi.

Kertas siasatan itu dipenyap. Mungkin SPRM atau pejabat Peguam Negara yang umum sudah tahu siapa Gani Patail.

Itu sebab GB telah katakan dulu, Gani Patail is the most (blady fool) person in Malaysia. Kekuasaan yang ada padanya terlalu hebat, sedangkan seluruh MP Pakatan Rakyat tak boleh buat apa-apa di Parlimen terhadap manusia yang seorang ini. Pelik kan? Maaf cakap, GB sebut, mandul. Projek kabinet bayangan untuk menjaga kementerian-kementerian pun lansung tak berjalan. Lemah kerana tak tersusun. Sentiasa dipermainkan Speaker. Sepatutnya Speaker itu telah lama diberikan kad kuning malah kad merah. Mesti ada usul tidak percaya walaupun 100 kali supaya akhirnya PR berjaya. Kena ada "concentration of force", kena ada "wisdom in startegies".

p/s Bagus juga RPK duduk luarnegara. Just stay there in UK before PR could capture Putrajaya. The least. Duduk sana dan hantar "peluru-peluru" untuk dedahkan keparat-keparat ini. Dah menang baru pulang. Then you can be one of the YBs. Kalau pulang sebelum menang dah pasti anda dipenjarakan sebab bekas KPN punsampai kini masih tak boleh tidur kempunan nak tangkap kamu semasa masih berjawatan.


Penoreh Minum Air Dengan Katak Berudu Di Jempol

Pekerja Ladang Di Jempol Hadapi Masalah Air

Gambar: Guni-guni berisi klorin yang digunakan untuk air merawat air yang dipam dari paya diletakkan di belakang pondok tempat memproses air sebelum air di pam semula ke rumah pekerja-pekerja penoreh di Ladang Sebaling di sini, hari ini.

JEMPOL -- Seramai 50 keluarga yang kebanyakannya penoreh getah di Ladang Sebaling terpaksa menerima hakikat kemungkinan terminum dan termakan telur katak atau berudu.

Ini disebabkan mereka dibekalkan dengan air dari satu kawasan paya yang terletak di pinggir hutan tidak jauh dari kawasan penempatan ladang itu, yang pemprosesan airnya dilakukan oleh pekerja Indonesia yang bertugas menjaga alat pam dan rumah rawatan air yang sudah usang.

M. Kalimmah, 52, berkata mereka dibekalkan air percuma tetapi kualitinya tidak dijamin bersih.

"Ia kotor dan kadang-kala berwarna coklat. Kalau musim hujan lagi teruk, ia akan berlumpur dan pernah keluar anakberudu dari paip rumah saya," katanya kepada Bernama.

Beliau yang berpendapatan RM600 kurang senang dengan bekalan air di situ walaupun rumah yang disediakan kepada mereka oleh pihak ladang agak selesa.

K. Sivakolunthu, 62, sanggup menunggang motosikal setiap hari untuk ke Ladang Geddes berhampiran bagi mendapatkan bekalan air yang lebih bersih.

"Setiap hari saya kena bawa balik air paip dari Ladang Geddes dalam tiga bekas botol besar. Saya tidak boleh minum air di rumah ini, ianya berbau dan ada banyak mendapan," katanya.

Beliau sudah lapan tahun tidak menggunakan air di rumahnya untuk minum tetapi isterinya terpaksa menggunakan air di situ untuk memasak, mandi dan mencuci.

Tinjauan Bernama di kawasan paya yang dijadikan bekalan air untuk penduduk ladang itu mendapati, semua proses rawatan air dibuat dengan menggunakan tenaga manusia dengan setiap hari pekerja akan memasukkan klorin.

Difahamkan, ladang itu telah diambil alih oleh pihak pengurusan yang baru dan mereka ada berjanji untuk membekalkan air yang lebih bersih kepada penduduk tetapi projek itu belum dilaksanakan.

"Jika ada kelahiran bayi, bayi itu terpaksa minum susu yang dibancuh dengan air dari paya," kata seorang ibu yang enggan dikenali.

Jawapan Kepada Perkasa: NTBL (No Time Bo Layan)

Keadilan, PAS Tidak Ada Masa Layan Pelawaan Perkasa

Pakatan Rakyat khususnya Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menganggap cadangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia(Perkasa) untuk mengadakan rundingan meja bulat antara orang Melayu di dalam KEADILAN, PAS dan Umno sebagai satu pelawaan biasa dan tidak perlu diperbesar-besarkan

Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution Ismail berkata pada ketika ini, KEADILAN dan PAS mempunyai agenda yang lebih penting dan lebih utama daripada itu.

"Saya berpendapat adalah lebih baik KEADILAN dan PAS memberikan tumpuan kepada perkara-perkara yang lebih penting daripada menerima pelawaan Perkasa untuk mengadakan perbincangan meja bulat berhubung isu orang Melayu.

"Kita menganjurkan supaya Perkasa meneruskan sahaja kerja buat mereka dalam lapangan yang mereka percaya.

"KEADILAN pula dalam konteks tersebut akan memfokuskan isu-isu utama seperti persiapan parti menjelang Pilihan Raya Umum akan datang serta memperkukuhkan organisasi," ujar beliau.

Pada masa yang sama, KEADILAN kata Ahli Parlimen Machang itu akan memperhebatkan lagi siri penerangan kepada rakyat terbanyak.

"Dalam kata lain, saya berpendapat pelawaan Perkasa itu sebagai pelawaan biasa dan tidak perlu diberikan tumpuan dan perhatian," ujar beliau.

Ahad lalu, Wira Perkasa Kedah mencadangkan supaya diadakan Rundingan Meja Bulat melibatkan Pemuda Umno, Pemuda PAS dan Angkatan Muda KEADILAN bagi membincangkan beberapa isu yang disifatkan menjadi penyebab perpecahan Melayu.

Ketuanya Shaharol Niza Omar berkata tujuan rundingan itu diadakan bagi merungkai permasalahan dan pertelingkahan yang berlaku sejak akhir-akhir ini antara Perkasa dan parti-parti politik itu.


Tiga Parti Setuju Sertai Rundingan Meja Bulat Anjuran Perkasa

ALOR SETAR: Cadangan Wira Perkasa Kedah agar Rundingan Meja Bulat diadakan antara pertubuhan itu, Pemuda Umno, Pas serta Angkatan Muda Keadilan bagi membincangkan isu yang menyebabkan perpecahan di kalangan masyarakat Melayu, mendapat maklum balas positif daripada ketiga-tiga parti politik berkenaan.

Ketuanya, Shaharol Niza Omar berkata ketiga-tiga sayap parti itu menunjukkan minat mendalam serta bersedia mengadakan pertemuan itu dalam masa terdekat, demi memperjuang dan mengukuhkan perpaduan orang Melayu.

"Mereka sudah menghubungi saya dan telah mengadakan perbincangan ringkas, mereka menunjukkan minat yang amat tinggi bagi membincangkan soal hala tuju perpaduan di kalangan orang Melayu yang semakin rapuh hari ini.

"Rundingan itu juga akan membolehkan kita bergerak sebagai satu bangsa, dan bukannya bertelingkah sesama sendiri disebabkan berlainan fahaman parti," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Cadangan itu diutarakan Wira Perkasa Kedah pada 26 September lepas.

Dalam perkembangan lain, pertubuhan itu bakal melancarkan Perkasa di seluruh daerah di Kedah pada 2 Oktober depan di Sekolah Menengah Ibrahim, Sungai Petani dan Yang Dipertua Perkasa Malaysia Datuk Ibrahim Ali dijadual merasmikannya.

Program itu dijangka menghimpunkan 12 pemimpin Perkasa di peringkat daerah serta anggota pertubuhan tersebut bagi membincangkan masalah dan hala tuju Perkasa Kedah, agar ia dapat bergerak seiring dengan matlamat penubuhannya. - BERNAMA


Ulasan GB

Saya tertanya-tanya pada awalnya di mana jawapan Ketua Pemuda PAS dan AMK.
Dan saya ingin tahu apakah kenyataan Bernama itu benar.

"Mereka sudah menghubungi saya dan telah mengadakan perbincangan ringkas, mereka menunjukkan minat yang amat tinggi bagi membincangkan soal hala tuju perpaduan di kalangan orang Melayu yang semakin rapuh hari ini.

Kenyataan di atas menimbulkan tandatanya. Siapa hubungi siapa dan siapa pendusta.

Di saat kita sedang berdepan PRK Galas, pelbagai berita untuk memecah-belahkan saf perjuangan akan berlaku.

Justeru itu, jawapan tegas kita kepada PERKASA: NTBL - No time bo layan.

29 Sep 2010

Jadi Timbalan Menteri Bukan Perisai Untuk Elak Bayar Hutang

Timbalan menteri diarah bayar hutang RM1.6 juta

Datuk M Saravanan (kanan), yang sekarang ini timbalan menteri Wilayah Persekutuan telah diarahkan oleh mahkamah membayar RM1.6 juta kepada VPN Marketing Sdn Bhd untuk melangsaikan hutangnya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga mengarahkan Project Penyelenggara Lebuhraya Bhd (Propel) membayar wang tambahan RM690,000 kepada syarikat itu kerana mencabuli kontrak membekalkan penghadang besi di antaranya lebuh raya Utara Selatan.

Keputusan itu dibuat di kamarnya oleh hakim Anantham Kasinater.

Dua saksi dari VPN Marketing dan dua lagi daripada Propel memberi keterangan semasa perbicaraan.

Saravanan disaman atas kapasiti peribadinya, sebelum dia dilantik sebagai timbalan menteri, selepas syarikatnya RMW Manufacturing Bhd - di mana beliau bertindak sebagai pengurus dan pengarah menggulung tikar.

VPN Marketing, sebuah syarikat berpangkalan di Bandar Puncak Alam, dalam kenyataan tuntutannya berkata mereka sejak 2004 telah membekalkan bahan keluli kepada RMW Manufacturing.

Bagaimanapun RMW Marketing masih belum menjelaskan bayaran RM2.337 juta selepas menerima barangan berkenaan.

VPN Marketing mendakwa Saravanan melalui peguamnya bersetuju melalui sepucuk surat bertarikh 28 Nov 28, 2007, mengeluarkan surat jaminan peribadi untuk membayar RM1.647 juta manakala Propel pula dikehendaki membayar RM690,000.

VPN Marketing telah berulang kali meminta kedua-dua defenden berkenaan menjelaskan bayaran tetapi mereka didakwa gagal berbuat demikian.

Menurut peguam C Shanmugaiah yang mewakili VPN Marketing, hakim itu memutuskan plaintif (VPN Marketing) berjaya membuktikan kes saman tersebut terhadap kedua-dua defendan.

Beliau berkata hakim itu juga memerintahkan Saravanan membayar RM20,000 sebagai kos guaman dan juga faedah lapan peratus dari November 2007, manakala Propel diperintah membayar kos RM35,000 dan juga faedah kepada VPN Marketing.

Syarikat itu juga telah menghantar notis tuntutan pada 7 Sept 7, 2009 tetapi kedua-dua mereka gagal berbuat demikian. -mk

Pengurusan FELDA Tidak Perlu Berdalih Lagi

Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini memutuskan peneroka Felda berhak mendapatkan bayaran tanam semula sebanyak RM1,700 seekar dari Felda walaupun mereka tidak menanam semula ladang mereka melalui badan berkanun itu.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Mariana Yahya ekoran saman yang dikemukakan oleh 10 peneroka Felda Sungai Koyan 2 dan 3 terhadap Felda kerana enggan membuat bayaran itu kepada mereka.

Namun, Hakim itu memutuskan, bayaran itu hendaklah dibuat oleh Felda dengan syarat peneroka memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Felda.

Hakim menolak hujjah pembelaan Felda yang menyatakan peneroka tidak berhak mendapatkan jumlah itu kerana jumlah caruman mereka tidak sampai.

Namun, hakim memutuskan Felda perlu membayar jumlah itu kerana ia telah ditetapkan oleh Felda sendiri.

Sepuluh peneroka Felda itu diwakili oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin manakala Felda diwakili oleh Tetuan Abdullah Zainudian yang diwakili oleh Puan Doshi. - Harakahdaily


Ada Pihak Didakwa Hasut Peneroka Ambil Tindakan Mahkamah Kepada Felda

ALOR GAJAH, 27 Sept (Bernama) -- Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan mendakwa ada pihak yang kini menghasut peneroka Felda supaya mengambil tindakan saman ke mahkamah berhubung isu manipulasi perahan buah kelapa sawit.

Beliau mendakwa isu peneroka Felda Kemahang 3, Kelantan yang memenangi kes terhadap Felda baru-baru ini telah dijadikan kes rujukan oleh pihak tertentu untuk menghasut peneroka-peneroka Felda lain untuk mengambil tindakan yang sama.

"Saya nak maklumkan berhubung kes saman (peneroka ) Felda Kemahang 3 itu bukan satu kes rujukan kerana kali ini Felda akan lebih bersedia dalam menghadapi kes-kes saman ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Malam Himpunan Budi sempena Ulang Tahun ke-50 Felda Tun Ghafar Machap di Bukit Bulat, di sini malam tadi.

Dalam kes itu, 354 peneroka Felda Kemahang menerima RM11 juta daripada Felda kerana manipulasi gred buah kelapa sawit berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 26 Ogos lepas yang menolak permohonan Felda yang dibuat oleh panel lain pada 19 Jan lepas, yang menafikan kebenaran rayuan terhadap perintah Mahkamah Tinggi Kota Baharu.

Pada 13 Jan 2008, Mahkamah Tinggi itu telah memerintahkan supaya Felda membayar RM7.8 juta ganti rugi dan faedah kepada peneroka itu apabila peguam agensi tersebut gagal hadir di mahkamah semasa saman berkenaan didengar dan mahkamah membuat keputusan memihak kepada peneroka selepas menerima keterangan tiga saksi.

Ahmad berkata agensi itu memikul amanah besar untuk membina dan membantu para peneroka.

"Kita mempunyai pakar daripada jawatankuasa teknikal kemajuan rancangan sehingga jawatankuasa perunding peneroka di peringkat Wilayah dan Ibu Pejabat untuk meneliti isu perahan dan gred buah kelapa sawit ini," katanya.

Beliau juga berkata Felda akan memanggil semua pengurus dan pemimpinnya di seluruh negara dalam masa terdekat bagi menghadiri satu penerangan mengenai isu-isu yang membabitkan Felda. -- BERNAMA


Ulasan GB

Kita berharap kemenangan ini tidak dicabar lagi atau dirayu lagi oleh pengurusan Felda seperti kes terdahulu.

Dan kita berharap tiada suara sumbang dari Felda lagi bahwa kononnya peguam Felda tidak hadir.

Bayar segera sebelum Felda dikenakan saman lagi kerana mengingkari perintah mahkamah.


Polis Berat Sebelah & Tidak Profesyenal Tangani Masalah Perkauman

PERKASA 'isytihar' perang terhadap Namewee

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini 'mengisytiharkan' perang terhadap penyanyi rap dan pengarah filem kontroversi Namewee selepas album sulungnya dilancarkan semalam.

Ketua Wira NGO itu Arman Azha Abu Hanifah berkata, sebagai "panglima perang dan hulubalang Melayu" mereka akan sedia mengekori ke mana saja Namewee mengadakan siri jelajah dan persembahannya selepas ini.

"Kami sambut (siri jelajahnya) dengan tangan terbuka. Kalau dia buat konsert di dalam (dewan), kita akan 'berkonsert' di luar," katanya ketika diminta mengulas rancangan terbaru artis muda itu.

Sempena kelahiran album itu, Namewee selepas ini menjelajah seluruh negara sebagai rangka promosinya.

Terbaru esok di Kolej New Era, di Kajang yang dimiliki NGO pendidikan Cina yang berpengaruh Dong Zong.

Malam semalam, perkarangan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Kuala Lumpur, kecoh dengan kehadiran kira-kira 50 orang anggota PERKASA bagi membantah tindakan Namawee yang melancarkan albumnya.

Beberapa orang daripada mereka membawa sepanduk PERKASA, bendera Malaysia dan membakar gambar Namewee.

Kumpulan itu juga mendesak Namewee meminta maaf secara terbuka kepada keseluruhan rakyat Malaysia kerana "merosakkan muhibah kaum".

Berlindung belakang polis

Manakala Namewee pula berkata isu permohonan maaf bukan isu sebenar kerana beliau datang ke program itu "bagi membantu menyelesaikan isu perkauman".

Menjawab soalan, beliau juga berkata tidak takut pada PERKASA kerana percaya polis akan melindunginya.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Arman Azha menyifatkan Namewee sebagai "pengecut" dan tidak berani bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya.

"Kalau berani kenapa dia tidak keluar semalam. Berani kerana benar, takut kerana salah," katanya.

"Kalau dia (Namewee) cuba berlagak hendak menjadi wira Tionghoa, kenapa dia tidak berani berdepan dengan panglima perang Melayu semalam. Bukan kita hendak buat apa. Kita hendak berdiskusi saja."

Mendakwa pemuda Cina daripada Johor itu hanya berani bersembunyi di balik laman Youtube, Arman Azha berharap Namewee tidak terus berselindung di belakang polis dan media elektronik.

Ditanya tentang kenyataan Namewee yang enggan memohon maaf, Arman Azha menjawab pihaknya bukan meminta Namewee berbuat demikian kepada NGO Melayu terbesar itu, tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Ia mengganggu keharmonian dan muhibah (antara) kaum. Siapa yang buat video itu? Dia buat salah, kenapa hendak berlindung di balik polis?" soal Arman Azha. -mk



Diskaun Melayu: Selepas Pua, MB S'gor juga disiasat

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua menghabiskan masa satu jam setengah di balai polis Shah Alam hari ini bagi menjawab dakwaan bahawa beliau mempersoalkan hak Melayu pada sebuah forum ekonomi dua bulan lalu.

Katanya, beliau juga dimaklumkan oleh polis bahawa Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim akan juga dipanggil bagi merakamkan kenyataannya.

Bercakap kepada wartawan selepas meninggalkan balai polis itu pada jam 3.10 petang, Pua berkata beliau disiasat mengikut Akta Hasutan kerana membuat cadangan pemansuhan diskaun bumiputera bagi pembelian hartanah mewah.

Menurut Pua, pegawai penyiasat itu juga menggunakan laporan Utusan Malaysia bertarikh 27 Julai yang bertajuk Cadangan Ahli Parlimen PJ Utara kepada kerajaan Selangor - Mansuh diskaun bumiputera, digunakan sebagai rujukan siasatan berkenaan.

"Mereka minta saya mengimbas semula apa yang saya kata dan saya jelaskan bahawa saya merujuk kepada diskaun untuk pembelian hartanah mewah (untuk bumiputera) dimansuhkan dan manfaatnya sebaliknya disalurkan kepada golongan miskin,” katanya.

Pua pada bulan lalu mencadangkan kepada kerajaan negeri Selangor supaya diskaun bumiputera sebanyak tujuh peratus bagi pembelian rumah lebih RM500,000 dan hartanah komersial bernilai lebih RM2 juta dimansuhkan ketika menghadiri dialog belanjawan.

Berikutan itu, 22 laporan polis dibuat ke atasnya oleh beberapa bahagian Pemuda Umno di Selangor yang menuntut Pua disiasat mengikut Akta Hasutan.

Setiausaha publisiti DAP itu juga menerima sebutir peluru hidup M16 berikutan kenyataannya dengan sekeping nota yang mengancam keselamatan keluarganya.


Ulasan GB

Dua senario yang bertentangan di atas membuktikan bahawa polis ternyata berat sebelah dan tidak profesyenal di dalam menangani isu perkauman yang semakin meruncing di negara ini.

Yang disoalsiasat, yang ditahan hanyalah dari kalangan Pakatan Rakyat yang berhujjah secara beradab sdangkan yang mencarut, yang benar-benar meniupkan sentimen perkauman dibiarkan malah dilindungi.

Sentimen Perkauman Melampau: Petanda Riwayat UMNO BN Bakal Berakhir

Si sepet, si kaki botol - kabinet kesal

Jemaah Menteri hari ini mengarahkan Ketua Setiausaha Negara untuk menyiasat seorang pegawai kanan Biro Tata Negara (BTN) yang didakwa telah menghamburkan kata-kata perkauman ke atas masyarakat Cina dan India di negara ini, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Beliau bercakap kepada wartawan selepas mesyuarat kabinet di Putrajaya.

Dr Subramaniam berkata jemaah menteri secara umumnya kesal mendengar kata-kata yang didakwa dihamburkan oleh timbalan pengarah BTN, Hamim Husin pada sebuah majlis membabitkan Puteri Umno pada Isnin lalu.

Dia didakwa menghina melabelkan rakyat Malaysia berbangsa Cina dan India sebagai 'si sepet mata dan 'si kaki botol'.

Hamim semasa sesi tertutup itu dilaporkan oleh sebuah portal berita sebagai berkata adalah menjadi hak Melayu untuk memerintah negara dan menggesa mereka untuk bersatu mempertahankan hak mereka.

“Hak Melayu adalah untuk memerintah negara. Melayu mesti bersatu menghadapi ancaman,” katanya.

Hamim juga didakwa berkata: “Melayu tidak boleh memerintah sendirian. Sebab itu kita berkawan dengan MCA dan MIC. -mk


Gambar Namewee dibakar:
Dialog ditamatkan sebelum demo PERKASA surai


Kira-kira 70 orang anggota PERKASA berkumpul dan membakar gambar Namewee, sambil mengecam bahawa penyanyi rap kontroversi ini menghina Islam, lantas menuntut agar Namewee meminta maaf. Demonstrasi ini berlangsung di luar bangunan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur - Selangor (KL-SCAH), pada kira-kira 8.30 malam tadi.

Demonstrasi tersebut bertujuan untuk memprotes satu dialog antara Namewee dengan Ketua Eksekutif KL-SCAH, Tang Ah Chai yang sedang berlangsung di dalam dewan, bertemakan "Orang muda, mengapa kamu 'nah'?", bermula pada jam 8.15 malam. Dialog anjuran Pemuda KL-SCAH ini telah menarik kehadiran kira-kira 400 orang.

"Namewee babi", "Namewee penakut", "Namewee tak ada telur", "Namewee pengkhianat" antara yang dilaungkan oleh anggota PERKASA yang berkumpul di luar. Kira-kira 30 anggota polis diketuai ASP Dang Wangi, Kathrik.W berada di tempat kejadian untuk mengawal situasi. Berbeza dengan demonstrasi yang lalu, polis hanya berunding dengan kedua-dua pihak sepanjang demonstrasi ini berlaku, tanpa menyuraikan peserta demonstrasi dengan kekerasan.

Selain mengibarkan bendera, dan gambar poster Namewee yang diubahsuai hidungnya menjadi hidung babi, PERKASA mengundang Namewee untuk berdialog, malah mendesak agar penganjur membatalkan dialog dalam dewan dengan segera, dan kedua-dua pihak iaitu Namewee dan penganjur harus meminta maaf.

Menurut perancang aktiviti ini, Teh Yee Keong, ASP Kathrik.W memberitahunya bahawa PERKASA menuntut agar penganjur memohon maaf dan menjelaskan mengapa mereka mengadakan aktiviti yang menghina Islam. Bagaimanapun, Teh Yee Keong menafikan bahawa aktiviti yang dianjurkan dalam dewan itu "menghina Islam", tetapi melarang peserta demonstrasi merempuh masuk atas alasan bahawa bangunan KL-SCAH adalah kawasan milikan peribadi.

Namun demikian, Teh Yee Keong menekankan bahawa perhimpunan adalah hak anggota PERKASA, maka beliau hanya meminta agar polis membantu untuk menjaga keamanan. Pintu pagar tempat meletak kereta di perkarangan bangunan KL-SCAH telah dikunci untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Sahabat Namewee dimaki sebagai "babi"

Ketua Wira PERKASA, Armand Azhar yang mengepalai demonstrasi ini mendakwa bahawa mereka mengadakan tindakan protes ini sebagai orang Malaysia. Beliau menjerit mengarah ke dalam pagar, "Kalau kamu menghormati negara kita, suruh dia keluar memohon maaf...mengapa takut kalau tak bersalah?"

Kemudian, Armand Azhar (gambar kiri, tengah) memandang ke arah seorang pekerja lelaki dalam pagar, "Mengapa kamu memandang saya? Kamu ada masalah dengan saya? Kalau kamu ada masalah dengan saya, datang bersemuka dengan saya!" (Why you looking at me? You have problem with me? If you have problem with me, come to my face.)

Arman Azhar seterusnya menyasarkan Namewee, "Berani dalam youtube, berani dalam media, now you come face to face, come see us!"

Beliau berulang kali menegaskan bahawa mereka menghormati semua kaum, agama, tetapi bukan mereka yang tidak menghormati agama orang lain. Bahkan beliau mendakwa PERKASA tidak ada masalah dengan Cina, India, tetapi hanya bermasalah dengan Namewee. "Namewee bukan orang Malaysia, kerana dia tidak menghormati negara kita. Kami tidak menghormati Namewee, kerana dia tidak menghormati perpaduan!"

Biarpun PERKASA mendakwa diri mereka menghormati semua kaum, namun "Cina babi" kedengaran ketika demonstrasi dijalankan. Apabila wartawan bertanya bilangan anggota PERKASA yang menghadiri demonstrasi ini, salah seorang peserta menyuruh wartawan "bilanglah sendiri, kamu ada mata". Tetapi, Arman Azhar berkata, PERKASA menghormati wartawan.

Seorang sahabat Namewee yang berpakaian T-shirt tertera perkataan "No to Racism", dimarahi anggota PERKASA semasa beliau merakamkan kejadian di situ dengan kameranya. Anggota PERKASA itu menengking, "Kamu cari dia (Namewee) dia datang! Kamu fan (peminat) dia?" Malah, anggota PERKASA tersebut memaki sahabat Namewee dengan kata kesat Hokkien, dan berkata, "Saya nampak muka kamu macam babi!"

PERKASA mengetuk pagar dengan bendera yang dibawa, tetapi tidak mencederakan sesiapa. Malah peserta demonstrasi membakar gambar poster Namewee sebagai tanda protes.

Membakar poster Namewee

Penganjur enggan tunduk kepada desakan PERKASA untuk membatalkan dialog dalam dewan dengan segera. Bagaimanapun, penganjur terpaksa menamatkan forum yang menyaksikan dialog dua generasi ini lebih awal, tanpa membuka ruang untuk sesi soal jawab. Forum ini melabuh tirai pada kira-kira jam 9.30 malam atas permintaan polis.

Ketua Pemuda KL-SCAH, Ng Chong Soon menyeru agar hadirin dalam dewan mengawal diri dan tidak membalas sebarang provokasi daripada pihak PERKASA. Malah beliau meminta hadirin agar meninggalkan dewan dengan aman di bawah kawalan polis.

Bagaimanapun, peserta demonstrasi yang berada di luar masih tidak "puas hati" setelah forum ditamatkan, malah membakar gambar poster Namewee untuk kali kedua, sambil melaungkan "Namewee Babi!"

Akhirnya, peserta demonstrasi bersurai dari depan pintu pagar bangunan KL-SCAH, atas permintaan polis.

Namewee bagaimanapun enggan mengulas kejadian yang berlaku di luar dewan selepas aktiviti dalam dewan melabuh tirai. "Bukan masalah saya, saya bukan orang politik," kata Namewee.

Berdepan dengan desakan PERKASA untuk meminta maaf, Namewee (gambar kanan) bagaimanapun berkata, ianya bukan sesuatu yang penting sama ada memohon maaf atau tidak. "Apa yang paling penting, orang Malaysia tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah," ujarnya.

Namewee mendakwa dirinya yakin bahawa keselamatannya terjamin di bawah perlindungan polis. Beliau bagaimanapun meninggalkan bangunan KL-SCAH pada kira-kira jam 10 malam, sambil dilindungi sahabatnya.

Namewee menggemparkan masyarakat Malaysia dengan klip video ciptaannya "Negarakuku" di Youtube, sebelum Hari Kemerdekaan pada tahun 2007, dengan beberapa adegan yang mencungkil kontroversi. Baru-baru ini, beliau mencipta satu klip video lagi, "Nah!", sebagai reaksi kepada isu pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan, Siti Inshah Mansor yang mengeluarkan kenyataan perkauman, tetapi tidak diambil tindakan yang setimpal.

Forum yang bertemakan "Orang muda, mengapa kamu 'nah'?" ini dianjurkan sebagai salah satu aktiviti untuk Persidangan Kebangsaan Pemuda dan Mahasiswa-Mahasiswi. Dialog ini mempertemukan dua orang dari dua generasi yang berlainan, iaitu Tang Ah Chai dengan penyanyi rap kontroversi, Namewee. Pengacara forum ini adalah wartawan senior MerdekaReview, Wong Shu Qi. -MR


Ulasan GB

Demikian petunjuk dari Allah s.w.t.

Kehadiran Perkasa untuk menyemarakkan lagi api perkauman bersama UMNO sebenarnya adalah tanda-tanda jelas bahawa UMNO sudah tidak lagi berupaya menjadi parti pemerintah negara ini.

Jika diteruskan juga, porak perandalah rakyat dan hancur binasalah negara...