15 Ogo 2010

UMNO kan Hantar Lebih Banyak Peluru M16 Kepada MCA?

Peniaga Cina mahu ekuiti Bumi dimansuh

Kongres Ekonomi Cina anjuran MCA, dalam deklarasinya semalam, menggesa dimansuhkan syarat ekuiti 30% Bumiputera secara perlahan-lahan.

Gesaan ini dibuat ditengah-tengah desakan golongan radikal Melayu yang mahu dasar pengagihan ekonomi berasaskan kaum dikekalkan.

Kongres itu berkata, "selari dengan promosi tadbir urus yang baik dan lebih telus" dan "pemansuhan secara perlahan-lahan" kuota berasaskan kaum ini mestilah sejajar dengan amalan sistem tender terbuka supaya semua pihak mempunyai peluang yang adil dan sama rata.

Kuota ekuiti Bumiputera menjadi dilema utama di tengah-tengah sistem ekonomi negara.

Di samping ada pihak yang percaya hak Bumiputera sebagai "kontrak sosial" telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, golongan lain berpendapat dasar ini menjadi penghalang kepada pertumbuhan ekonomi dan menggalakkan rasuah.

Kongres juga menyalahkan orang-orang Melayu kerana gagal bersaing dalam perniagaan dan perdagangan.

Terdahulu, Presiden MCA Dr Chua Soi Lek, menggesa supaya diperkenal dasar yang lebih inklusif berhubung penyertaan bukan Bumiputera dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Ini juga merupakan satu lagi isu yang sensitif di mana golongan radikal Melayu dalam arus perdana politik di mana ramai memikirkan bahawa GLC adalah hak eksklusif Bumiputera, dengan penyertaan yang kecil dari bukan Bumiputera.

Tetapi Chua, yang membaca deklarasi 12 perkara itu, berkata pendekatan yang radikal ini adalah penting untuk merealisasikan seruan Perdana Menteri Najib Tun Razak tentang konsep 1Malaysia.

"Kongres mendesak kerajaan mengamalkan dasar-dasar yang inklusif dengan meliberalisasi GLC supaya mengambil ahli lembaga pengarah dari berbilang kaum dan tenaga kerja dalam sistem-eko GLC.

"Ini termasuk memberi kontrak kepada syarikat-syarikat tempatan yang layak tanpa mengira komposisi ekuiti," kata bekas menteri kesihatan itu.

Titik perseimbangan

Tuntutan-tuntutan ini meletak Najib dalam keadaan serba salah dalam menghadapi proses membuat keputusan.

Beliau perlu mencari titik perseimbangan di antara mengekalkan sokongan orang-orang Melayu yang radikal atau menghadapi risiko hilang undi Cina. Masyarakat Cina merupakan golongan kedua terbesar para pengundi.

Chua, dalam ucapan penutupnya, secara berseloroh berkata, pertemuannya dengan Najib di kongres pagi semalam membuat Najib keluh, di mana perdana menteri berharap rumusan forum tidak membawa "lebih banyak masalah kepadanya."

"Saya telah bertemu beliau dan memberitahu beliau tentang tuntutan itu dan beliau menasihati supaya saya perlu faham bahawa dengan ekonomi, terdapat isu-isu yang rumit yang perlu kepada titik perseimbangan," kata Chua.

Bagaimanapun, kongres telah berikrar sokongan penuh dan taat setia terhadap pentadbiran Najib dan program-program reformasinya.

Banyak perkara yang ditimbulkan mempunyai persamaan dari segi kelemahan yang dikenalpasti oleh kerajaan, yang memerlukan perhatian segera seperti dasar gaji minima yang komprehensif dan pemotongan subsidi bagi mengurangkan defisit belanjawan yang sangat luas.

Kongres menggesa kerajaan menambah bantuan tunai kepada enterprais kecil dan sederhana (SME), yang disifatkan oleh kongres sebagai kritikal untuk mencapai status negara maju dalam tempuh 10 tahun sepertimana digariskan di bawah Model Baru Ekonomi.

Satu lagi perkara yang ditimbulkan ialah keperluan kepada langkah pro-aktif oleh pentadbiran Najib untuk mengukuhkan usahasama perniagaan Bumiputera-Cina yang tulen dengan mengambil peluang dari kekuatan dan pelbagaian etnik. -FMT


Lau Seru Penghantar Peluru Raifal M-16 Berani Tampil Ke Hadapan

Adun Kampung Tunku, Lau Weng San mencabar pihak yang menghantar peluru raifal M-16 dan nota ugutan bunuh kepada Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara tampil ke hadapan dan bersemuka membincangkan isu yang dihadapi secara rasional.

Lau Weng San berkata apa sahaja permasalahan boleh diatasi dengan lebih berkesan tanpa perlu kepad keganasan dan bunuh-membunuh.

“Saya mencabar penghantar peluru tersebut tampil ke hadapan dengan pendiriannya untuk datang berbincang berhubung isu itu secara lebih rasional tanpa melibatkan sentimen perkauman.

“Malaysia seharusnya tidak boleh bertolak ansur dalam hal seperti ini, jadi saya mencabar supaya penghantar peluru tersebut datang dan berbincang secara lebih terbuka sebelum 15 Ogos ini di Kafe Rocket dalam memastikan perbincangan dari hati ke hati atas isu ini tanpa ada kekerasan terhadap mana-mana individu. Atau dalam masa yang sama kita tidak boleh terima mereka ini yang tiada keberanian dan tidak mahu pegang kepada pendiriannya,” katanya.

Surat ugutan itu diterima oleh keraninya pada petang semalam yang dihantar dalam bentuk bungkusan surat ke alamat pejabat Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu.

DAP percaya ia mempunyai kaitan kepada cadangan Tony Pua yang mahu potongan harga sebanyak tujuh peratus yang diberikan kepada bumiputera untuk memberi hartanah disalurkan khusus untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana sahaja bagi hartanah bernilai sekitar RM500,000 ke bawah.

“Sekiranya kita memberikan potongan harga tersebut kepada orang kaya, ini bermakna kerajaan juga membenarkan orang Malayu yang kaya seperti Tan Sri Syed Moktar, Tan Sri Rozali Ismail atau Datuk Seri Najib Razak sendiri yang mendapat gaji enam angka sebulan bagi membolehkan mereka sama turut menerima potongan harga tersebut,” katanya.

Beliau berkata tindakan ini adalah sama sekali tidak adil dan menindas golongan bawahan yang lebih memerlukan potongan harga itu tanpa mengambilkira mana-mana kepentingan kaum.

Beliau meminta semua pihak melihat cadangan Tony ini secara lebih rasional dan terbuka bukannya dengan tindakan keras mengugut. -TVS



4 ulasan:

  1. Bertambah pening kepala Najib...MCA mintak yang ini, PERKASAm pulak mintak yang itu...siap dengan ugutan pulak tu..rakyat yang dah lama minta ni macamana?..minta jangan naikkan harga barang, harga petrol, tarik balik subsidi IPP, jangan membazir wang rakyat, jangan rasuah, bubarkan ISA, hukum sesiapa saja yang korup, kembali kepada Al Quran dan Hadis, benteras gejala sosial, bebaskan polis dan mahkamah dari salahgunakuasa jangan menipu rakyat dan beratus lagi permintaan..bila nak dilaksanakan?..yang dari PERKASA dan MCA tu jangan dilayan sebab itu tuntutan perkauman..permintaan rakyat 1Malaysia ni yang perlu diutamakan barulah bertepatan slogan 'Rakyat Didahulukan' wahai Najib oiii..ataupun nak rakyat ugut pulak?..sedarlah wahai Najib tak lama engko berada di atas sebab rakyat dah jemu menanti, dah jelak dengan kebusukan, dah muak dengan penyelewengan, dah meluat dengan penipuan dan pembohongan....

    BalasPadam
  2. Salam,

    Permintaan dari saya, boleh linkkan blog saya di sini untuk meluaskan penyebaran artikel2 agama saya kepada semua supaya dapat dimanfaatkan oleh semua pihak. segala kerjasama anda saya doakan Allah berikan ganjaran setimpal.

    http://www.ustaznoramin.com

    BalasPadam
  3. Jangan terperangkap dengan politik catur ala Bola sepak ni/MCA telah di arah mainkan ISSU ni sepaya orang melayu marah..maka dalam musimPRU 13 nanti UMNO akan kata tegok cina dah melampau nak minta yang bukan bukan hak orang Melayu mereka dah pandai nak Minta secara pelahan oleh itu Orang Melayu kena Bersatu sokong UMNO lah untuk pertahankan dasar ini.Kemudian kalau Isu ni di sambut oleh DAP mereka akan kata tegok bangsa asing dah bersatu untuk rampas hak melayu..maka PEKAS@PEKASAM pun akan main perananlah ke kampong kampong minta orang melayu jangan sokong PAS dan PKR sebab mereka dah sekonkol dengan DAP dan DAP sekonkol dengan MCA pokoknya Cina nak rampas hak melayu..Nilah akan jadi dan bola sepak politik ala baru untuk menipu Orang melayu dengan harapan UMNO dapat balik sokongan keseluruhan orang melayu.Akhirnya UMNO/BN akan menang lagi.Aweas politik Bola Sepak UMNO yang menjijikan.

    BalasPadam
  4. I risau MCA dan DAP akan bergabung utk bersama2 perjuangkan hak dan kepentingan Cina.

    Klu tak gabung pun, I rasa MCA akan tetap desak mcm2 kpd govt smpi lah tahap BN sndri terpaksa sepak keluar MCA. Masa tu, DAP akan ajak MCA utk join together.

    I cuma harap mcm org2 kuat NGO Melayu bertindak cepat utk counter isu ni. I taknak main hentam kromo je hentam tp mesti comeout la dgn facts and figures.

    Atau pun tengok mcm TS Rozali dan DPMMS dan GAPUMS buat..mrk pertahan dan akan discuss lanjut mcm mrk buat masa counter isu Tony Pua. I salute Rozali!

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.