Parti Islam Semalaysia Pas bimbang suasana politik negara pada hari ini yang semakin panas. Keadaan ini berlaku selepas PRU 2008, apabila BN tidak tahu menghormati keputusan rakyat dalam sebuah negara demokrasi. Kes yang terbaru lakonan rasa tidak puas hati Presiden MCA Datuk Sri Dr Chua Soi Lek mengenai kouta 30% dalam ekuiti bumiputera. Datuk Chua telah mengambil pendirian yang berani untuk menyokong kongres China yang mencadangkan kerajaan menghapuskan kouta 30%.
Kenyataan beliau telah menimbulkan kemarahan secara terbuka oleh Tan Sri Muhyidin Yasin selaku Timbalan Presiden Umno. Pendirian beliau dipanaskan lagi dengan sokongan beberapa pemimpin umno dan NGO Melayu. Beberapa kenyataan amaran dan memperlekeh satu sama lain sedang bermain di dada akhbar.
Pas bimbang corak yang sama berlaku pada tahun 1987, ketika umno mengalami perpecahan team A dan team B, sehingga umno diharamkan oleh mahkamah. Tiba-tiba Lee Kim Sai Timbalan Presiden MCA telah mangatakan bahawa orang Melayu juga kaum pendatang dan hak keistimewaan bumiputera juga dipertikaikan. Pada ketika itu pemimpin umno yang berlagak macam hero kampung dusun berhimpun untuk membantah kenyataan Lee Kim Sai. Ada di kalangan pimpinan umno suruh bawa pisau senang hendak kupas limau jika hadir di perhimpunan di stadium TPCA Kampung Baru. Akhirnya himpunan tersebut telah dibatalkan oleh pihak keselamatan..
Kemudian operasi lalang berlaku, Lee Kim Sai ke Australia, sebaliknya yang menjadi mangsa ialah pemimpin Pas, Dap dan NGO yang disumbat di Kamunting. Ada beberapa pemimpin umno ditangkap juga, sekadar untuk main wayang kemudian dibebaskan.
Pas mengharapkan pihak kerajaan dan keselamatan jangan mengkambing hitamkan pembangkang, kerana hendak melindungi masalah dalaman parti komponen Bn. Jangan gunakan ISA dan operasi lalang, bertarunglah dalam gelanggang demokrasi di atas padang yang sama rata serta pengadil dan tiang gol yang tidak diubah-ubah. Pemimpin umno kena insaf mereka sekarang bukan sahaja tidak disukai oleh orang bukan melayu malahan juga telah ditolak oleh orang melayu, terutama generasi terpelajar dan bermaklumat. -idris ahmad
Ulasan GB
Sudah ada pemimpin PAS yang takutkan operasi lalang. Maklum sekarang sudah pandai hidup bermewahan. Sudah tebal keduniaan. Takut kehilangan jawatan, kereta, rumah besar, talileher, blazer, isteri dan anak-anak.
Tak seperti dulu, jiwa dan raga diserahkan untuk perjuangan kerana takutkan Allah melebihi segala-galanya.
Kita memang menentang ISA, menentang kezaliman, menentang Operasi Lalang malah kita menentang mereka yang mendokong kezaliman itu.
Jika kita takut dengan mereka atau lebih rendah lagi, takut dengan Operais Lalang yang belum tentu ada, ini alamat dan petanda buruk untuk jemaah, untuk parti. Percayalah!

Memang semakin ramai pimpinan pas takut pada bayang-bayang. Mula memikirkan dunia. Tiada lagi kerjasama, tiada lagi ketulusan ,tiada lagi amal kerana allah . Tapi bila ditanya mereka tidak akan mengaku... Tapi percakapan sudah lain,cita-cita sudah berubah,angan-angan dah bertapak.
BalasPadam....bulan puasa ini hendaklah menjaga mulut dan prasangka kita...
BalasPadampemimpin pas dulu lain... miskin2, harap duit daripada ceramah dan ehsan orang ramai.
BalasPadamskrg ramai yg dah berlagak... aku YB.. semua hak aku... aku yg bertanding.. org dah pilih aku.. bukan pilih parti aku...
ceramah pas pun dah x dpt datang. sbb byk urusan di kawasan katanya...
tapi di kawasan pengundi mengeluh, btg hidung pun dah x nampak, yg ketara, rumah semakin besar, kereta buruk bertukar rexton, kalau dtg majlis pas, x mau duduk belakang mcm dulu, tapi nak duduk depan supaya org kenal aku ni YB kamu.
maaf nak buat pembetulan bukan takut dengan ISA. . kalau semua pemimpin diISAkan kemudian diadakan pilihanraya siapa yang nak gantikan mereka.. Itupun tak boleh nak fikirkan ke. . memang dia akan buat agar pemimpin PAS, PKR dan DAP diISAkan biar lumpuh pakatan.. bila ISA tanpa tempoh masa 2thn, 4thn, 6thn atau ikut suka dia orang berfikir secara ilmiah bukan hentam kromo
BalasPadamkelakor laa lu ni.. hehe..
BalasPadambila ustaz idris cakap macam tu..
instinbat cam ni.... wakaka...
memburuk2kan ketua jemaah tanpa bukti kukuh..
tanda2 buruk untuk jemaah gak.. hehe
kesian betul.. hehe
oghang pas pun melayu sama dengan umno munkin iman ada sikit lebeh tapi dengan adanya ujian yg lebeh sikit munkin tersungkor juga.
BalasPadamdah berlaku belum skrg ni operasi lalang?
BalasPadamNajib takkan berani buat operasi lalang kerana ia jelas sangat akan mengundang kritikan terhadap pemerintahannya yang telah nyata dikritik seleuruh dunia.
Kenapa dan bagaimana Ketua Penerangan PAS boleh buat sesuatu telahan dan imiginasi yang sedemikian tanpa mengkaji perbandingan pemerintahan Mahathir, Pak Lah dan Najib?
Ada perkara lain yang Najib lakukan selain operasi lalang. Itu yang perlu dikaji dan ditentang.
Iaitu - sogok dan beli YB-YB Pakatan Rakyat.
yg takut wa tengok byk dari species UG, yang berangan2 nak jadi Menteri.
BalasPadam"Pemimpin umno kena insaf mereka sekarang bukan sahaja tidak disukai oleh orang bukan melayu malahan juga telah ditolak oleh orang melayu, terutama generasi terpelajar dan bermaklumat." -Idris Ahmad
BalasPadamAku nak gunakan ayat Ust Idris itu untuk kutujukan kepada pemimpin dan pengikut UG sebagai bahan muhasabah dan merekayasa jemaah di bulan mulia ini.
"Pemimpin UG kena insaf mereka sekarang bukan sahaja tidak disukai oleh majoriti ahli PAS sendiri malahan juga telah ditolak oleh rakan-rakan di dalam PR, terutama generasi terpelajar dan bermaklumat."
ni pun dah ada orang amnu duk harap jadik rusuhan nih...
BalasPadamhttp://mforum.cari.com.my/mainnews/links.php?tid=500588
buleh rujuk komen no7
memang amnu tegar la nih...
Adakah salah kalau dapat membaca tektik BN berdasarkan pengalaman? Bukankah kes fitnah terhadap DS Anwar pun dah di ulang tayang?
BalasPadamBerhati-hati dengan fitnah BN lebih baik dari tunggu terhantuk baru nak mengadah!
Sepatutnya kita menyatakan : tangkaplah sesuka hati kamu seramai mana kamu nak tangkap. Jangan hanya tangkap yg bwh2, tangkap juga pemimpin2 tertinggi PAS. Sumbatkanlah mereka semua di dalam penjara. Kelak penjara akan menjadi saksi laungan takbir para pejuang2 Islam ini. Dan lebih cepat Islam akan mencapai kemenangannya di negara ini!
BalasPadam"Jika kita dipenjara, kita beribadah (berriadah) didalam penjara, jika kita dibuang negeri kita melancung percuma, jika kita mati, kita mati syahid"
Itu baru betul semboyan dari parti Islam. Tapi sayangnya semboyan itu diucapkan dulu, skrg takder lagi. sekarang semboyan dah tukar jom bentuk kerajaang perpaduang.
Ni nak ugut jangan buat operasi lalang. Itu pun belum tahu dia org buat atau tidak. cuma ugutan kosong. Yang takut ialah pemimpin PAS tahap tadika lagi.
BENAR SAHABAT, KEMENANGAN ISLAM TIDAK MURAH HARGANYA.
BalasPadamKEZALIMAN UMNO TIDAK BOLEH DITENTANG HANYA DENGAN JERITAN "OI JGN BUAT OPERASI LALANG" KERANA IA TAK UBAH ANJING MENYALAK BUKIT, MASA TERBUANG TEKAKMU PERIT.
BERSIAP SEDIA PEMIMPIN PAS UNTUK MENINGGALKAN SEGALA HARTA KEKAYAANMU KERANA PERJUANGAN ISLAM HANYA MENUNTUT MEREKA YANG KOSONG DUNIANYA TAPI PENUH SARAT TAQWA DAN IMAN DI DADANYA.
INGAT KHALIFAH ISLAM SPT ABU BAKAR DAN UMAR TELAH MENCURAHKAN HAMPIR KESEMUA KEKAYAANNYA UNTUK ISLAM.... DAN ISLAM MENCAPAI KEMENANGAN.
Benar akhi,
BalasPadamana dpt merasakan perbezaan perjuangan PAS 10-20 tahun dulu dengan perjuangan PAS masakini.
PAS sekarang semakin lesu, semakin futur, semakin pondan.
Ia adalah penangan kemenangan yang diberikan sedikit oleh Allah s.w.t.
Ramai yang telah alpa dan terbuai dengan hal duniawi sedankan matlamat masih jauh untuk direalisasikan.
Mana mungkin kita boleh mengarahkan musuh tidak menggunakan senjata mereka? Sedangkan dah diketahui ISA itu adalah pedang mereka untuk menyerang kita? Ia adalah tindakan sia-sia dan yang wajib kita lakukan ialah tentang mereka habis-habisan.
Ini tidak, dianggukkan hak istimewa Melayu untuk memberikan nafas kepada UMNO. Bab mana di dalam Islam ada hak istimewa orang Melayu? Pemimpin PAS dah lupa diri... mereka mendengar janji syaitan, kata Al-Quran. "syaitan menjanjikan mereka kemiskinan..." [Al-Baqarah:268]
Ceramah2 PAS sudah kurang sambutan. Sudah tidak ada "roh Islami" di dalam ceramah pemimpin parti seperti dulu-dulu. Kerana pemimpin2 parti telah tenggelam dalam keduniaan dan lupakan perjuangan sebenar.
kerana inilah juga makanya pas terlalu sukar untuk mendapat kemenangan bila terjadi sesuatu perbalahan dengan kerajaan... kita tidak mahu muhasabah diri... dan kita tak nak fikir kenapa Allah masih lagi tidak memberi kemenangan kepada kita... kerana masih ramai ahli pas yang hanya sekadar menjadi ahli... tapi amalan masih lagi pada tahap lama... tidak mahu merubah diri untuk menjadi pemimpin yang disayangi dan dihormati oleh orang awam... tidak mahu berfikir macam mana nak tawan hati rakyat supaya suka pada perjuangan islam.. hanya fikir nak bagi kenyang ajk2 surau dan markas adalah... itupun dilantiknya ajk2 ni bukan dari kawasan dimana markas itu tapi diambilnya dari kawasan lain.. kerana kawasan tu ramai yang tak sukakan dia... buat mesyuarat pun tak pernah panggil ahli2 dikawasan sendiri.. kerana takut jawatan yg mereka pegang terlepas ketangan orang lain... sbb dikawasan dia sendiri... orang tak suka ngan dia... tak pandai bergaul dan beramah mesra dengan orang di bahagian sendiri... hanya gah pada nama dan jawatan semasa bekerja aje.. dah pencen pun masih nak amalkan sikap macam pegang jawatan dulu... mana nak sama....
BalasPadamApsal orang PAS sibuk pasal operasi lalang.. Itulah, kalau dah sibukkan diri dengan masalah orang lain, sendiri yang dapat susah.. Tak payahlah sibuk pasal kepentingan orang melayu.. aku pun melayu jugak, aku pun tak heran kalau kepentingan orang melayu terhapus sebab dah memang nak terhapus pun kepentingan orang melayu ni sejak 50tahun dulu (UMNgOk pun kerja lah ni), jadi apa yang ada pada orang melayu sekarang, lebih baik kita jaga kepentingan Islam itu sendiri agar tidak diperkotak katikkan oleh musuh Islam.. Itulah janji kita sebagai Pejuang Islam.. Takbir!!
BalasPadambiarkan UMNO dan MCA berlakon, pakatan rakyat tumpu ke SERAWAK
BalasPadamcuba banding MB kedah dengan MB kelantan,jauh panggang dari api, itu belum bandingkan dengan kahlifah umar ibn aziz...MB nizar walupun singkat perintah jasa tetap dikenang hingga kini
BalasPadam