14 Ogo 2010

Sistem Kehakiman Durjana Bikin Malek Dan Rakyat Sengsara

Bekas tahanan ISA: Bankrap bukan satu pilihan

Orang ramai yang mengikuti berita berhubung bekas tahanan ISA, Abdul Malek Hussin dan menganggapnya sebagai manusia paling malang di Malaysia tidak boleh persalahkan.

Nasib malangnya itu bermula pada akhir tahun 1998 apabila dia ditahan selama 57 mengikut ISA yang menafikannya sebarang hak untuk dibicarakan bagi mendapatkan keadilan yang sewajarnya.

Sepanjang tahanan itu, Abdul Malek didera secara mental dan fizikal. Malah dia mendakwa pernah dipaksa minum air kencing -- dan kini dia terpaksa membayar RM70,00 kepada orang yang bertanggungjawab menderanya.

Bagaimanapun, Abdul Malek tetap tabah apabila pada Khamis lalu, Mahkamah Persekutuan mengenepikan permohonannya untuk mendapatkan gantirugi sebanyak RM2.5 juta yang dianugerahkannya oleh Mahkamah Tinggi pada 2007 kerana bersetuju dengan penghujahannya bahawa penahanannya itu adalah salah.

Ibarat jatuh ditimpa tangga, selain menolak gantirugi itu, Abdul Malek juga diarahkan membayar RM20,000 sebagai kos kepada ketiga-tiga responden.

Sebelum ini, rayuannya kepada Mahkamah Rayuan pada Mac lalu juga ditolak dan dia diarahkan membayar RM50,000 sebagai kos litigasi.

Dalam menghadapi keputusan yang memungkinkannya jatuh bankrap, tanpa ruang pengadilan lanjut di mahkamah, kini Abdul Malek mungkin terpaksa meraih sumbangan orang ramai.

Abdul Malek yang bertugas sebagai pegawai penyelaras hal ehwal parlimen kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak suka idea 'menagih simpati' seperti itu, termasuk usaha mendapatkan bantuan daripada NGO.

Namun, pada masa yang sama beliau juga tidak ingin melihat dirinya diisytiharkan bankrap kerana keadaan itu akan memaksanya kehilangan banyak peluang dan tanggungjawab dalam tugasnya.

Katanya, beliau akan berhubung dengan NGO hak asasi manusia Suaram dan mengadakan pertemuan dengan NGO tersebut pada Isnin ini untuk membincangkan tindakan seterusnya.

Mahkamah Persekutuan Khamis lalu menolak permohonan rayuan Abdul Malek yang hilang gantirugi RM2.5 juta setelah Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan kerajaan untuk mengetepikan tuntutan samannya.

Malah, Abdul Malek juga diperintahkan membayar RM20,000 kepada setiap responden dalam kes tersebut -- pegawai cawangan khas Borhan Daud, ketua polis negara pada ketika itu Tan Sri Abdul Rahim Noor dan kepada kerajaan.

Ketika dihubungi oleh Malaysiakini, Abdul Malek membidas keputusan penghakiman itu yang disifatkannya sebagai 'kejam'.

"Mereka tolak permohonan saya untuk merayu. Mereka langsung tidak mahu mendengar kes saya. Ini amat kejam. Sekurang-kurangnya bagi jalan dan dengarlah dulu.

"Saya fikir badan kehakiman sebenarnya takut,” dakwanya.

"Badan kehakiman sepatutnya menjadi benteng kepada rakyat untuk mencari keadilan. Tujuan rakyat ke mahkamah hanyalah semata-mata untuk mencari keadilan. Di negara ini, badan kehakiman menyokong rejim kuku besi. Habislah.

"(Mahkamah) telah gagal dalam tanggungjawab mereka menegakkan keadilan dalam mempertahankan hak asasi manusia dan menentang pemerintahan kuku besi,” katanya. -MK

Ulasan GB

Ketua Hakim Negara adalah bekas Penasihat Undang-undang UMNO. Semua orang tahu dan begitulah caranya UMNO BN menguasai badan kehakiman.

Hakim-hakim durjana yang lain masih berkeliaran di dalam institusi kehakiman negara. Masing-masing kecut, kalut dan penakut kepada Peguam Negara. Hakim-hakim ini menjadi Peguam Negara sebagai Tuhan mereka dan mendiang Augustine Paul sebagai contoh teladan mereka.

Di bulan mulia ini, rakyat berdoa agar hakim-hakim ini segera menerima balasannya lantaran pengkhianatan mereka terhadap kebenaran dan keadilan.

Sabda Rasulullah s.a.w.

Hakim terdiri dari tiga golongan. Dua golongan hakim masuk neraka dan segolongan hakim lagi masuk surga. Yang masuk surga ialah yg mengetahui kebenaran hukum dan mengadili dengan hukum tersebut. Bila seorang hakim mengetahui yang haq tapi tidak mengadili dengan hukum tersebut bahkan bertindak zalim dalam memutuskan perkara maka dia masuk neraka. Yang segolongan lagi hakim yang bodoh yang tidak mengetahui yang haq dan memutuskan perkara berdasarkan kebodohannya maka dia juga masuk neraka. {HR. Abu Dawud dan Ath-Thahawi}

Untuk Malek: bersabarlah. Institusi kehakiman negara bakal tumbang dengan tumbangnya UMNO BN nanti. Kita akan pastikan sistem juri diperkenalkan semula. Hakim-hakim durjana akan dipancung dari jawatannya supaya balik kampung tanam jagung.

Dan kita berharap Pakatan Rakyat tidak hanya sekadar membaca berita mengenai Malek ini, tetapi lakukanlah sesuatu untuk meringankan bebannya - setidak-tidaknya wujudkan tabung guaman dan tabung kebajikan untuk beliau terus berjuang. Ini tidak, masing-masing bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Heran sungguh GB perangai pemimpin-pemimpin PR ni yang lansung tak berbuat apa-apa.

7 ulasan:

  1. Kita rakyat sama-sama membantu. Buatkan tabung bagi mereka seperti ini supaya mereka terus dapat berbakti bagi menegakkan yang benar. Bagi En Malek tuan tidak menagih simpati cuma kami ini yang tidak mempunyai kecekalan hati dan tenaga seperti tuan dalam cabaran ini. Buat ketika ini kami hanya dapat membantu dengan wang ringgit yang juga amat diperlukan bagi wira kita seperti tuan.

    BalasPadam
  2. beginilah semangat perjuangan yang kita mahukan kepada setiap rakyat... tidak mahu bergantung kepada wang ringgit orang lain, seperti mana yang dilakukan oleh puak2 umno bee end... dah menzalimi rakyat, kemudian curi pulak harta rakyat untok dia orang joli.
    tapi kepada en. malik... syabas. kerana beliau begitu tabah dan tak mudah berpaling tadah sepertimana yang berlaku kepada mangkok ayun ezam tu... nampak aje wang hilang pedoman dan dengan mudah berpaling tadah. MARILAH KITA SAMA2 MEMBANTU ENCIK MALIK DALAM PERKARA INI. DAN KEPADA PAKATAN RAKYAT, JANGAN KITA BIARKAN EN. MALIK NI KESEORANGAN DALAM MENGHADAPI MUSIBAH INI....

    BalasPadam
  3. Kepada sekelian rakyat marhaen..inilah contoh kezaliman UBN terhadap rakyat yang yang tidak tertindas..sudahlah haknya sebagai rakyat berpelembagaan dinafikan, dihina dan didera, diberi tetapi dinafikan gantirugi, dihukum lagi supaya membayar pulak celaka celaka yang menafikan hak rakyat..inikah keadilan Najib Rosmah Altantuya?..RM350 dirasuah kepada peneroka FELDA supaya jangan saman..sawit setan pun lebih lagi harganya Najib oi..setakat RM350 macam RM35 je nilainya sekarang dalam zaman kononnya 'Rakyat Didahulukannnn'......

    BalasPadam
  4. saya sedia memberi sumbangan kalau ada yang datang meminta untok enMalek tak banyak insyaALLAH rm5 pasti saya hulurkan.

    BalasPadam
  5. Ya ALLAH tunjukkanlah cahaya kebenaran kepada kami....

    BalasPadam
  6. saya cadangkan supaya setiap blogger yang prihatin, wujudkan satu tabung supaya pembaca blog masing-masing yang prihatin dapat menolong sesiapa juga yang teraniaya terutamanya para reformis ni.

    BalasPadam
  7. ya allah tumbangkan UMNO dan gantikan dengan pemerintah yang beriman dan adil

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.