2 Ogo 2010

Selangor Perlu Cabar Kerajaan Pusat Walaupun Ke Peringkat Antarabangsa

Kecuaian Khir Toyo Runding Konsesi Air, Selangor Rugi RM8 Bilion

Kerajaan Selangor mengalami kerugian sekurang-kurangnya RM8 bilion berikutan kecuaian bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamed Khir Toyo dalam merunding perjanjian konsesi air dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Sebaliknya, kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat sedia berdepan dengan tindakan mahkamah berikutan keengganan memenuhi perjanjian konsesi yang memerlukan tarif air dinaik hingga membebankan rakyat.

Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) pimpinan Dr Khir Toyo sebelum ini menandatangani perjanjian konsesi air dengan Syabas yang membenarkan syarikat itu menaikkan tarif mengikut tempoh tertentu.

Mengikut perjanjian, Syabas dibenar menaikkan tarif sebanyak 37 peratus pada 2009,25 peratus (2012), 20 peratus (2015), 10 peratus (2018) dan lima peratus (2021).

Akibatnya, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terpaksa berdepan dengan syarikat konsesi yang tamak dan berani menuntut jumlah yang melampau jika kerajaan negeri mengambil alih pengurusan air.

Malah, kerajaan negeri tidak gentar berdepan ugutan saman 1 bilion ringgit yang difail Syabas walaupun syarikat ini mendapat sokongan kerajaan Pusat.

Ini kerana kerajaan Selangor lebih mementingkan rakyat yang layak, mampu menikmati hasil dari dasar termasuk pemberian diskaun, insentif dan sebagainya.

Dalam kenyataan media, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin menganggap Dr Khir Toyo patut berasa malu untuk bercakap soal kepentingan rakyat keranan kecuaiannya menghalang rakyat menikmati perkhidmatan air yang lebih baik.

"Rakyat Selangor berhak mengetahui cerita sebenar dan bagaimana Dr Khir Toyo seharusnya dihalang dari segi moral untuk memberi pandangan terutama dalam tatacara mentadbir negeri ini," kata Faekah.

Faekah juga mengulangi gesaan supaya dokumen perjanjian air dan laporan audit didedah kepada umum supaya rakyat tahu hal sebenar dan hal ini wajar dibawa ke mesyuarat Kabinet.

Langkah wajar bagi mendedahkan penganiayaan Umno BN terhadap rakyat melalui pemberian konsesi ini kepada syarikat kroni, akan diteruskan bagi memberi kefahaman kepada rakyat. -SK

Ulasan GB

Perjanjian dengan Kerajaan Persekutuan?

Kerajaan persekutuan pernah TIDAK mematuhi penjanjian yang dibuat dengan kerajaan negeri. Dimana perjanjian itu tiba-tiba diklasifikasikan sebagai MOU sahaja - iaitu perjanjian royalti minyak kepada negeri-negeri pengeluar minyak iaitu Kelantan dan Terengganu (waktu itu Terengganu telah dirampas oleh PAS).

Akibat daripadanya Kelantan dan Terengganu kehilangan royalti tetapi sebaliknya digantikan denan wang ehsan. Itu pun ditipunya kerajaan negeri, diberikan kepada plekok UMNO dan bukan kepada pemerintah negeri.

Begitulah sikap kerajaan pusat terhadap negeri yang diperintah oleh PR. Justeru itu PR perlu berusaha mengheret kerajaan pusat ke mahkamah kerana ketidak patuhan terhadap konsep federalisma sekalipun terpaksa ke peringakt antarabangsa.

3 ulasan:

  1. Kalau Kerajaan Persekutuan boleh kata royalti minyak sebagai wang ehsan.

    Wajar Kerajaan Selangor pula katakan pada Syabas perjanjian tarif air sebagai tarif andaian sahaja.

    BalasPadam
  2. Rasanya kurang sesuai kalau nak kata "Kecuaian Dr Khir Toyo" sebab "kecuaian" nie selalunya dikaitkan dengan perbuatan "tak sengaja".. Hakikat sebenarnya puak-puak nie memang sengaja sebab dah ada komisyen masuk kat poket masing-masing. So, perkataan yang lebih sesuai adalah "kecurian Dr Khit Toyo" sebab dia "curi" duit dan hak rakyat.. bukan "kecuian Dr Khir Toyo"..

    BalasPadam
  3. kerajaan UMNO dah swasta syabas kepada kroninya sebab tu syabas senada dengan UMNO

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.