Parti Islam Semalaysia (PAS) sedang membuat persiapan untuk melaksanakan kempen anti saman ekor tanpa penglibatan pergerakan Pemuda Umno.
"Kita akan teruskan kempen tanpa Pemuda Umno kerana mereka lembab dan lambat bertindak dalam perkara ini," kata Naib Presiden PAS Dato’ Mahfuz Omar ketika dihubungi FMT hari ini.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu adalah juga Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti-Saman Ekor (KASE).
Semalam Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menggesa agar pelaksanaan saman ekor yang hanya membebankan pemilik kenderaan termasuk pengusaha bas serta teksi segera dihapuskan.
Khairy berkata, tindakan yang dilaksanakan kerajaan ini bukan hanya membebankan pengguna kenderaan persendirian, malah pengusaha syarikat teksi dan bas turut menghadapi risiko ‘gulung tikar’ jika sesebuah syarikat itu disenaraihitamkan dari memperbaharui cukai jalan.
Mahfuz dijadualkan menemui Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha di Putrajaya pagi tadi dan mahu memintanya supaya kenderaan yang disenaraihitam digugurkan dari senarai itu.
Bagaimanapun, Kong membatalkan pertemuan itu pada saat akhir tetapi memorandum tetap diserahkan kepada pegawai kementerian berkenaan.
"Kalau menteri tidak ada, saya hendak jumpa timbalan tetapi malangnya tidak ada juga, jadi tiada perbincangan mengenai hal itu. Barangkali suara rakyat tidak penting kepada kementerian (Kementerian Pengangkutan)," kata Mahfuz.
"Saya mahukan penjelasan daripada Kong kenapakah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bekerjasama dengan polis dengan menyenarai-hitamkan pihak-pihak tertentu dari memperbaharui cukai jalan.
"Prosedur pemberian saman ekor sendiri boleh dipertikaikan kerana "tiada sebarang saman dikeluarkan" sebaliknya hanya notis pemberitahuan daripada pihak polis bagi mendapatkan maklumat," katanya. -FMT
Ulasan GB
Khairy sekalipun telah menyuarakan ketidak-setujuannya mengenai saman ekor, namun seperti lazimnya, keterikatannya kepada beberapa sebab menghalang Pemuda UMNO untuk menyuarakan kebenaran dan keadilan. Lantas, ia menjadi golongan yang dikembirikan peranannya di dalam UMNO.
Justeru itu, adalah tepat untuk PAS mengorak langkah tanpa menunggu mereka, dan sekalipun Menteri Pengangkutan enggan hadir untuk menerima memorandum yang diserahkan PAS, ia bererti kementerian itu enggan untuk menndengar suara rakyat. Itu lambang permulaan bagi satu kehancuran untuk kerajaan BN.

Diharapkan agar PROTES hendaklah diadakan juga bagi menunjukkan bantahan terhadap agensi yang terlibat dengan CCRIS dan CTOS.
BalasPadamBarulah ada kredibiliti pembelaan untuk rakyat.
CCRIS dan CTOS lebih merbahaya daripada saman ekor.Ini kerana yang paling ramai yang. disenaraihitamkan adalah MELAYU.
HARAP DAPAT PERHATIAN !!
Tahniah PAS mendahulukan rakyat, bukan macam UMNO hanya slogan kosong, tapi menindas rakyat
BalasPadamnak hapus sama ekor cukup mudah, dengan rakyat menumbangkan BN PRU13
BalasPadamKhairi hanyalah unta najib untuk membantah sama ekor, macam BNBBC digunakan untuk membantah judi bola, hanyalah lakonan UMNO
BalasPadamUMNO yang berkuasa dan melaksanakan saman ekor, pemuda UMNO berlakon membantah...
BalasPadamdunia UMNO penuh lakonan kerana ramai pemimpin berbakat macam khairi dan bung mokhtar
BalasPadamdah namanya saman ekor, kdg2 yg bawa knderaan org lain, yg kena saman tuan punya knderaan.
BalasPadamTikam ekor, tp x kena kepala..
Macam judi nombor ekor jugaklah..
senang saja,
BalasPadamKalau UMNO dan parti komponen BN tak bangun menentang saman ekor, kita minta JPJ blacklist ahli2 parti BN saja!!! Tunjuk kad ahli PR utk batal blacklist.
-Begitu juga dgn petrol & harga barangan lain, kalau BN setuju harga naik, hanya ahli BN bayar harga Mahal! Ahli PR bayar harga murah! Tunjuk kad ahli PR utk harga murah! FAIR
RAKYAT MAKIN MERANA DGN SAMAN EKOR NI. GAJI BERSIH RM450.00 KENA SAMAN RM300. KLU KENA SAMAN RM600 MCM MN LAK. NK PINJAM KAT NAJIB KA KAT ALONG?
BalasPadam