27 Ogo 2010

Petronas Akan Tumbang Jika Terus Nafikan Royalti Kelantan

Sila klik banner di atas
Royalti: Sah, Kelantan saman Petronas

KOTA BHARU, 25 Ogos: Mesyuarat exco kerajaan negeri Kelantan hari ini memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Petronas ekoran kegagalannya membayar royalti negeri itu seperti termaktub dalam perjanjian.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, kerajaan negeri akan mengemukakan fail writ saman terhadap Petronas pada 30 Ogos ini.

“Writ saman ini dibuat selepas ianya mendapat keputusan pada mesyuarat exco tadi,” ujarnya.

Katanya, saman berkenaan akan dibuat di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Bahagian Perdagangan kira-kira pukul 9.30 pagi.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Ahmad Yaacob, juga dijangka akan hadir.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco, di Kota Darulnaim, di sini sebentar tadi.

Pada masa yang sama, Husam turut menyeru rakyat Kelantan serta warga prihatin terhadap tuntutan itu hadir pada hari tersebut.

Ketika ditanya, beliau memberitahu mesyuarat sebentar tadi hanya membincangkan perkataan-perkataan yang perlu disebut dalam saman terbabit.

Bagaimanapun, jumlah tuntutan tidak dibincangkan dan menyerahkan kepada mahkamah.

“Kita tak bincang pasal jumlah tututan kita, itu terpulang pada mahkamah lah nanti,” ujarnya.

Sementara itu, turut dimaklumkan satu majlis solat hajat dan sidang media akan diadakan di Masjid Wilayah Pesekutuan, Jalan Duta selepas urusan memfailkan saman tersebut selesai.


Nik Aziz iringi peguam kemuka writ saman Petronas Isnin ini

KOTA BHARU - Kerajaan Pas Kelantan semalam, mengesahkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap agensi minyak negara, Petronas berhubung dengan tuntutan royalti minyak yang didakwa sepatutnya diberikan kepada Kerajaan Negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata, writ saman tersebut akan dikemukakan di bahagian Perdagangan Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Isnin ini.

“Hari ini (semalam) kita membincangkan writ saman kepada Petronas dan mengambil keputusan untuk memfailkan di Mahkamah Tinggi (Dagang) Jalan Duta Isnin ini, hadir menyokong tuntutan itu Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Ahmad Yaakob,” katanya kepada media selepas mesyuarat Exco di Kota Darul Naim, semalam.

Terdahulu, kesemua Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri termasuk Nik Abdul Aziz mendengar taklimat lebih sejam dari peguam yang mewakili Kerajaan Negeri yang diketuai Tommy Thomas.

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Mac lalu sebulat suara meluluskan usul memberi mandat kepada Kerajaan Negeri untuk mengambil tindakan mahkamah bagi menuntut royalti minyak seperti mana yang termaktub dalam Akta Pembangunan Petroleum 1975.

Kerajaan Pas Kelantan tidak mengiktiraf pemberian wang ihsan yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat dan menuntut lebih RM 1 bilion royalti yang dikatakan hak mutlak milik Kerajaan Negeri.

Husam berkata, selepas dari memfailkan writ tersebut, Menteri Besar akan mengadakan solat hajat di Masjid wilayah supaya Kerajaan Pusat membuka jalan mengembalikan hak kerajaan Kelantan.

Dalam perkembangan yang sama, seramai 40 ulama di negeri ini akan mengetuai Munajat Royalti bagi memohon tuntutan hak royalti minyak Kerajaan Negeri Kelantan dikembalikan Kerajaan Pusat.

Ketua kumpulan, Md Zulaimi Kazin berkata, ulama dari beberapa buah pondok, terutama dari Madrasah Diniah Bakriah, Pondok Pasir Tumbuh akan bermunajat di dalam negara serta di Makkah bagi menyokong tuntutan itu.

“Pemilihan ulama tersebut dibuat dari kalangan ulama di pondok, ulama kawasan dari Dewan Ulama Pas dan ulama dalam kalangan ahli akademik. Paling penting misi ini akan menyampaikan mesej yang jelas kepada Kerajaan Pusat dan Petronas bahawa rakyat Kelantan turut bangkit menuntut hak mereka,” katanya. -SH


Ulasan GB

Dengan doa rakyat Kelantan dan seluruh pencita kebenaran dan keadilan, seandainya PETRONAS gagal untuk menyempurnakan kewajipannya membayar wang royalti kepada kerajaan Kelantan, PETRONAS sebagai syarikat gergasi minyak negara akan tumbang menyembah bumi.

Sampaikan amaran ini kepada PETRONAS.

5 ulasan:

  1. Minta semua rakyat buat solat hajat beramai ramai....
    royalti minyak hak rakyat.
    BUKAN hak UMNO.

    BalasPadam
  2. kita tunggulah... sambil berdoa.. Allah menangkan pakatan rakyat dan kita akan kuasai petronas pulak ya... janganlah kita biarkan umno ngok ni memerintah lagi... masa tu nanti kita ambil balik hak kita...

    BalasPadam
  3. jgn jd mcm tranug.....sampai ari ni dok leh lg....tp duit ehsan mengalir masyuk gok....ke guano.....kalau buleh...dptkan perintah mahkamah...jgn kuar sebarang duit petronas dlm apa btk pun ke k'tan....br betul...kalau tidak....srupa mcm ganu..dr th 2000 sampai lening...mrk sapu abih doh wang ehsan...k'tan pun supe gok...kalau x betul cara...

    BalasPadam
  4. Setuju cadangan Anon 11.30am.Saman Petronas tu hendaklah diikuti dengan sekatan pembayaran melalui Wang Eksan.Ini bermakna Royalty or NO.Wang Ehsan tu nanti akan makan diri untuk PAS Kelantan.Kalau pun nak dikeluarkan juga Wang Ehsan ia mestilah dibayar kepada Kerajaan Negeri Kelantan bukan kepada Pejabat Persekutuan.Wang itu dalam apa bentuk pun (sama ada royalty atau wang ehsan) adalah kepunyaan rakyat Kelantan dan wajar diserahkan kepada Kerajaan Negeri.Pejabat Persekutuan tiada kena-mengena dengan wang ini.

    BalasPadam
  5. Kalau boleh biar sampai ke Mahkamah Antarabangsa. Biasanya UMNO begitu cuak jika libatkan pihak luar negara. Tengok kes Pulau Batu Putih yg terang2 milik Malaysia boleh terlepas ke Singapura angkara Peguam Negara yang tak berilmu.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.