Cadangan sekolah hamil hina wanita
Saranan pembinaan sekolah hamil peringkat kebangsaan akan menyebabkan gejala zina dan pergaulan bebas semakin berleluasa, kata ketua Srikandi PKR, Siti Aishah Shaik Ismail.
Beliau berkata, idea atau cadangan itu tidak masuk akal dan menghina generasi muda khususnya wanita.
"Saya tidak menolak bahawa remaja-remaja ini harus diberi peluang kedua tetapi dalam bentuk pencegahan dan bukannya satu bentuk habuan yang akhirnya akan mengakibatkan ia menjadi semakin sukar dibendung.
"Kita mahukan satu generasi yang lebih baik kerana mereka merupakan generasi yang akan mewarisi masa depan, namun dengan keluarnya idea dan pendekatan ini saya merasakan ia sesuatu yang cukup dikesali," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baru-baru ini Ketua Puteri Umno Malaysia Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menyarankan supaya kerajaan membina sekolah pelajar hamil peringkat kebangsaan yang sebelum ini diutarakan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam.
Siti Aishah berkata, isunya ialah pembendungan dan pencegahan pergaulan bebas yang akan membawa kemudaratan.
Katanya, ia bukan memikirkan mahu menhabiskan wang rakyat untuk sesuatu yang tidak langsung membantu.
Menurutnya, jika benar kerajaan mahu membantu generasi ini maka pencegahan dan peranan institusi agama itu harus diperhebatkan bukan berdiam diri dan akhirnya ia tidak membawa apa-apa. Membina bangunan bertingkat dan juga prasarana seperti itu bukan jawapan yang tepat.
"Sudah berapa banyak rumah-rumah perlindungan diwujudkan dan badan-badan khas seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan juga badan-badan bukan kerajaan (NGO) ditubuhkan untuk menangani masalah ini namun masih menemui jalan buntu.
"Jadi saya rasakan bahawa pembinaan sekolah hamil bukan jawapannya melainkan gerak kerja dan tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh kerajaan sendiri," katanya.
Ulasan GB
Benar-benar gila. Allah memerintahkan mereka yang berzina direjam. UMNO mengubahnya, menggalakkan pula perzinaan dengan cara membinakan sekolah hamil untuk remaja yang telah berzina.
Kegagalan membendung gejala sosial hasil daripada budaya hedonisma yang disemarakkan oleh kerajaan UMNO BN disamping mengenepikan hukum Islam menjadikan pemimpin UMNO BN mendengar cadangan iblis supaya dibina sekolah hamil. Kesalahan di atas kesalahan. Ini akibat wujudnya pemimpin yang hanya Islam pada namanya tetapi ingkar pada amalan dan hakikatnya, yang tak membaca Al-Quran, yang jahil murakkab, yang tak pegang kepada nilai-nilai agama di dalam pemerintahan.
Dan ia alamat UMNO BN bakal menerima pukulan maut Allah s.w.t. tidak lama lagi. Percayalah!

sayang usia ku sudah tua kalau maseh muda awal 20an alangkah seronoknya, pemerentah telah memberi isyarat menggalakan pergaulan bebas antara mudamudi sekiranya berlaku kehamilan kerajaan siapkan tempat untok dijaga dan diberi kursus bagaimana nak jaga anak dalam kandongan selepas dilahirkan bolehlah kerajaan ambil anak itu sebagai anak angkat.
BalasPadamInilah caranya kerajaan UMNO/BN menyelesaikan masaalah masyarakat.Beberapa tahun yang lalu,untuk menyekat penyakit HIV,kerajaan UMNO/BN mengagih-agihkan kondom percuma.Agar pelajar tak ramai mengandung,nak mulakan pula pelajaran sex disekolah.Nak masukkan jarum keotak muda-mudi agar sentiasa sokong UMNO/BN,mulakan Nasional Service.Betapa banyak masaalah yang timbul pusat-pusat ni.
BalasPadamKerajaan UMNO/BN mengatasi masaalah sosial dengan menimbulkan lebih banyak masaalah.Tidak ada sebarang approach yang dianggap holistic.Tidak ada kaedah yang boleh menentukan penyelesaian masaalah.Cakap orang tak mau dengar,yang laku cakap orang macam Ali Rustam dan Khir Toyo.
apa la bodohnya umno bee end ni... dah tak tau nak menilai mana hukum yang halal, mana haram... itulah... tak nak belajar hukum hakam dalam agama... klau bercakap pasal islam seolah2 mereka ni pandai sangat... Allah dah berikan Rasullullah sebagai ikutan... tapi tak nak ikut, maka inilah jadinya... huru hara rakyat dibuat dek umno bee end ni...
BalasPadamkita ada Brunei darus salam untuk dijadikan contoh dan ikutan, tapi tak mau juga ikut... di brunei dari cerita yang didengar.. penjaranya hanya ada tak sampai 600 pesalah, aktiviti juga tidak dibenarkan selepas jam 6.00 petang, tak benarkan warga asing untok mendapatkan aset, tak boleh menjadi warga tetap, walaupun dah berpuloh tahun menetap dibrunei...
TAPI MALAYSIA... SESIAPA SAJA BOLEH MASUK, JADI PEROMPAK, PENYANGAK, PEROGOL... APA SAJA DIA ORANG NAK JADI... SEMUA BOLEH.... UMNO NIE MEMANG HAMPEHHH BETUL...
UBN menghancurkan institusi kekeluargaan yang menjadi teras keharmonian negara..apa kata para ibu bapa yang bertungkus lumus membesarkan anak anak agar menjadi insan berguna..memberi didikan agama dan pelajaran dengan harapan institusi kekeluargaan terus dipertahankan..
BalasPadamlepas ni tubuh pula sekolah pemimpin rasuah BN/UMNO?
BalasPadam