28 Ogo 2010

Akhirnya Bukan Islam Semakin Sedar UMNO Parti Pelampau

PAS: BN serang MP Serdang guna isu ‘murahan’

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mendakwa Barisan Nasional (BN) mengamalkan dwistandard mengkritik Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching berhubung kunjungannya ke Surat Al-Huda di Kajang, Ahad lalu.

“(Sebenarnya) satu kebiasaan bagi pemimpin parti-parti komponen BN seperti MCA, MIC, Gerakan, Sabah dan Sarawak untuk datang ke masjid dan memberikan ucapan,” kata Salahuddin (picture) kepada The Malaysian Insider hari ini.

Oleh itu kata beliau, apabila pemimpin BN melakukannya ia tidak dijadikan isu.

“Bagaimanapun apabila Pakatan Rakyat (PR) melakukan, ia dijadikan isu. Ini publisiti murahan bagi mereka,” kata beliau lagi.

Ahli Parlimen Kubang Kerian ini berkata serangan BN ke atas Teo menunjukkan perikatan itu semakin menjadi sebuah parti “rasis”.

“Mereka (BN) lebih rasis dan ektremis (sekarang),” katanya lagi sambil menambah, “tiada masalah dengan (tindakan Teo masuk ke surau).”

Dalam satu kenyataan tengah hari tadi, Teo menjelaskan bahawa kehadirannya di Surau Al-Huda hanya bertujuan menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan kerajaan negeri bagi memperbaiki pagar surau berkenaan dan berbuka puasa bersama anggota jawatankuasa serta jemaah surau.

“Oleh kerana saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata, saya dengan secara ikhlas memberi sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor.

“Saya kesal perkara ini telah menimbulkan perasaan resah antara umat Islam dan isu ini telah diperhangatkan oleh pihak tertentu atas sebab-sebab politik,” kata beliau.

Teo turut menegaskan bahawa lawatannya ke surau berkenaan tidak berniat politik dan tidak bermotif untuk menyebabkan kesucian surau dan masjid dipersoalkan.

Beliau turut menyambut baik pesanan dan nasihat daripada semua pihak mengenai perkara tersebut dan akan lebih berhati-hati supaya tidak menimbulkan perasaan kurang senang dan perselisihan faham di kalangan umat Islam pada masa akan datang. -TMI


'Tazkirah' di surau: Teo mohon maaf

Ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang mencetuskan kontroversi apabila lawatannya ke Surau Al-Huda Kajang pada Ahad lalu dilaporkan oleh Utusan Malaysia sebagai 'tazkirah' di surau, hari ini memohon maaf.

Katanya, beliau menyesal kerana lawatan ikhlasnya itu telah menimbulkan perasaan keresahan antara umat Islam negara ini dan lebih malang lagi apabila ada pihak-pihak tertentu mengeksploitasikannya untuk kepentingan politik mereka.

“Saya juga akan memajukan penjelasan dan permohonan maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Sultan Selangor Darul Ehsan mengenai perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut ahli parlimen dari DAP itu, pada Ahad, 22hb Ogos, selaku wakil rakyat kawasan itu beliau telah mengunjungi surau al-Huda dengan tujuan menghulurkan bantuan kewangan sumbangan kerajaan negeri Selangor bagi memperbaiki pagar surau dan juga sumbangan berbuka puasa bersama ahli jawatankuasa dan jemaah surau.

“Oleh kerana saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata, saya dengan secara ikhlas memberikan sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor.,” katanya.

Ikhlas dan murni

Teo menegaskan lawatannya itu adalah “secara ikhlas dan murni serta tidak berniat politik” dan “tidak bermotif untuk menyebabkan kesucian surau dan masjid dipersoalkan”.

Beliau yang kesal dengan tindakan pihak yang berkepentingan yang cuba mempolitikkan lawatannya itu berkata akan lebih berhati-hati pada masa depan.

“Saya menyambut baik pesanan, peringatan dan nasihat dari semua pihak mengenai perkara tersebut, dan akan dengan segala upaya, menjalankan tugas saya dengan lebih berhati-hati supaya tidak menimbulkan perasaan kurang senang dan perselisihan faham di kalangan umat Islam pada masa yang akan datang.

Semalam, pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata Sultan Selangor dilaporkan amat murka dan dukacita terhadap laporan akhbar berhubung 'tazkirah' Teo di surau berkenaan.

Sehubungan itu, katanya Mais dititahkan bertindak tegas, termasuk mengambil alih surau itu dan menguruskan pentadbirannya dengan serta merta.

Mohamad Adzib juga berkata, surat amaran akan juga diberikan kepada Teo supaya mengambil perhatian terhadap perkara itu dan tidak mengulanginya lagi.-mk


Ulasan GB

Silat UMNO untuk memperalatkan agama di dalam isu surau di Kajang menunjukkan ketempangannya yang akhirnya menikam dirinya sendiri.

Rakyat yang bukan-Islam melihat telatah UMNO - dan masing-masing mengangguk bahawa UMNO adalah sebuah parti pelampau - yang akan menggunakan setiap ruang untuk kepentingannya.

Malah bukan Islam semakin takut untuk bersama UMNO kerana tindakan mereka akan sentiasa dicurigai dan sentiasa dieksploitasi demi mendapatkan sokongan politik kepada mereka.

UMNO dilihat terlalu terdesak kini ... terdesak dan sedang nazak...

3 ulasan:

  1. Umno akan sentiasa mengunakan isu ini untuk kepentingan politik sempit mereka.Jika nak dikira, ramai juga ahli2 politik mereka dari Barisan Nasional diSabah dan Sarawak yang mengunjongi masjid. Tapi mereka tidak menjadikan isu ini sebagai satu kesalahan. Justeru itu apabila Adun DAP mengunjongi surau di Selangor mereka bising seperti ayam nak bertelur. Mereka kehabisan modal untuk mendapatkan publisiti politik sempit mereka.
    Ianya bersuara atau dukacita bukan berlandaskan hukum hakam.
    Mereka menentang diatas kunjungan ini hanyalah untuk kepentingan politik semata2. Apakah dalam Islam melarang yang bukan Islam datang melawati surau2 atau masjid? Dizaman rasulullah, bagaimana Omar Alkhattab boleh bersembahyang digereja?
    Jika di fikir secara rasional, Islam bukanlah agama yang sempit, malah merupakan agama yang terbuka untuk semua umat di dunia ini. Sekiranya Umno masih lagi menjadikan isu ini untuk kepentingan politik, bagaimana untuk menarik yang bukan Islam mecintai Islam? Ini melambangkan Umno masih lagi cetek dan bodoh dalam hukum hakam dimana akan membuat orang2 bukan Islam akan bertambah benci pada Islam. Janganlah kerana Umno bertambah nazak mereka sanggup menjatuhkan maruah Islam sebagai agama yang adil. Inilah Umno yang tak habis-habis dengan rasist mereka...

    BalasPadam
  2. AMNO ingat agama tu hak deme, sedangkan ia ialah hak seluruh umat manusia.
    Perasan pejuan agama konon.

    BalasPadam
  3. Umat islam dan bukan islam patut tolak UMNO parti pemimpin jahil dan perkauman

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.