7 Jul 2010

Kes Aminul-Rasyid: Apa Motif Polis Paksa Kawad Cam Secara Tergesa-gesa?

Peguam Kesal Polis Panggil Azzamudin Buat Kawad Cam Secara Tergesa-gesa

SHAH ALAM 7 Jul - Peguam Azzamudin Omar, rakan kepada Aminulrasyid Amzah, remaja 14 tahun yang mati ditembak polis 27 April lalu kesal dengan tindakan polis yang memanggil anak guam membuat kawad cam secara tergesa-gesa di Ibupejabat Polis Daerah Seksyen 11, Shah Alam petang semalam.

Farhana Abdul Halim yang mewakili Azzamudin dan wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Monaliza Mokhtar yang ditemui media bersama Azzamudin di perkarangan ibupejabat polis berkata pihaknya hanya diberitahu secara tiba-tiba dan kawad cam telah pun dijalankan.

"Kita sangat tidak berpuas hati kerana Azzamudin dipanggil dalam waktu yang singkat tanpa sempat memaklumkan kepada peguam.

"Azzamudin telah dimarahi oleh salah seorang pegawai polis untuk mempercepatkan proses kawad cam itu malahan beliau dibuat seperti seorang pesalah.

"Cara mereka mengadakan kawad cam itu adalah amat tidak profesional langsung dan beliau ditakut-takutkan dengan cara yang sangat tidak beretika," ujar Farhana.

Katanya lagi, pihaknya sememangnya menjangkakan Azzamudin tidak akan dapat mengecam kerana kejadian tersebut berlaku dalam keadaan yang amat pantas dan gelap,

Kata Farhana sudah tentu keadaan ini menyukarkan Azzamudin untuk membuat pengecaman sama ada polis yang memukulnya itu berpakaian seragam atau tidak.

"Kawad cam ini adalah daripada laporan polis pada 26 Mei lalu yang mana Azzamudin membuat laporan berhubung beliau dipukul semasa arwah Aminulrasyid mati ditembak polis.

"Proses itu dijalankan oleh pegawai polis, ASP Shanmugam daripada Ibupejabat Polis Bukit Aman,"

Dalam pada itu, bapa Azzamudin, Omar yang juga merupakan pegawai polis dari ibu pejabat polis yang sama melarang anaknya menemui media selepas kawad cam itu dengan alasan tidak mahu media memainkan isu tersebut kerana beliau baru sahaja 'selesa' untuk bekerja. -SK

Ulasan GB

Pada hemat GB, polis sengaja memaksa secara tergesa-gesa saksi kes adik Aminulrasyid melakukan kawad cam untuk kelirukan saksi berkenaan.

Dari perspektif rakyat umum, nampaknya ia seperti satu grand design polis melakukan cover-up terhadap pembunuh celaka tersebut yang telah menyebabkan kematian Aminulrasyid.


5 ulasan:

  1. untuk pengatahuan, azamuddin nih pun anak kpd seorang anggota polis... nasib baik dia anak polis kalau tak kompem polis terajang aritu,...

    BalasPadam
  2. Allah jadikan setiap mahkluk bukan sia sia, termasuklah babi atau خنزير atau pig atau swine atau Schwein atau 猪 atau svin atau прасе , sekian.

    BalasPadam
  3. Awat la lambat sangat baru nak buat kawat cam...kalau aku pun silap2 haribulan tak boleh nak kenai ooo...buat gigi dia dah tercabut ka...rambut dah botak ka...mampuih jenuh duk pikiaq yg sana satu....

    BalasPadam
  4. biar rakyat mampus asalkan pemimpin BN selamat.

    BalasPadam
  5. mudahnya UMNO nak perbodohkan rakyat, anggap rakyat zaman tun razak agaknya

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.