21 Jul 2010

Kepada Najib: Jangan Buat Andaian Rakyat Tak Meluat Dengan UMNO

Najib: Jangan buat andaian rakyat meluat dengan Umno

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak menafikan rakyat sudah meluat dengan parti itu, sebaliknya menegaskan komponen utama Barisan Nasional (BN) tersebut mempunyai lebih daripada tiga juta ahli.

“Tak betul, tak betul (andaian meluat)... kita adalah parti yang terbesar mewakili orang Melayu, mempunyai 3.1 juta ahli,” kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan Majlis Tertinggi (MT) Umno petang ini.

Dengan menghalakan jari menandakan “1 Malaysia”, Najib (gambar) berkata, “saya tidak terima anggapan itu (meluat).”

Sehubungan itu Perdana Menteri dan Pengerusi BN meminta jangan membuat andaian yang “bukan-bukan”.

Najib memberitahu, selepas proses pemutihan yang dijalankan awal tahun ini Umno kini mempunyai 3,186,850 orang.

Umno telah mengeluarkan hampir 600,000 ahli daripada daftar keahliannya.

Ditanya kedudukan Umno Kelana Jaya, Najib berkata, mesyuarat hari ini tidak membincangkan soal kepimpinan bahagian itu.

“Kami tidak bincang,” kata beliau sambil menambah, oleh kerana Ketuanya Tan Sri Muhammad Muhd Taib telah menurunkan mandat kepada timbalannya Datuk Yahaya Bujang, maka beliau akan memangku jawatan ketua bahagian itu.

“Beliau sudah turunkan kuasa, maka beliau (Yahya) boleh memangku,” katanya.

Semalam, Yahaya mengesahkan Muhammad telah memberikan mandat sepenuhnya kepada beliau untuk menjalankan tugas-tugas sebagai ketua bahagian itu bermula April 2009.

Sehubungan itu, beliau meminta supaya semua pihak menghentikan desakan terhadap Muhammad, yang juga bekas menteri besar Selangor supaya melepaskan jawatan sebagai ketua bahagian tersebut.

“Sebenarnya Tan Sri Muhammad telah memberikan mandat sepenuhnya kepada saya selaku Timbalan Ketua Umno Bahagian Kelana Jaya untuk menjalankan tugas-tugas Ketua Umno bahagian bermula dari April 2009.”

Najib juga berkata, mesyuarat MT juga tidak membincangkan isu berkaitan ketidakhadiran empat Ahli Dewan Undangan Negeri pada persidangan perwakilan bahagian itu yang dirasmikan oleh Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kami ambil maklum (isu Setiu),” katanya. -TMI

Comments (9)

+11
hoho@hoho.com · 2 hours ago
To Najib: Jangan buat andaian yang rakyat "tidak" meluat dengan UMNO

+9
gunse · 2 hours ago
kami memag dah meluat dengan rosmah dan suami nya najib

2 replies · active less than 1 minute ago
+6
Abdulsaid · 1 hour ago
Berpuluh-puluh kali meluat!!

0
Shikamaru · 27 minutes ago
Seratus kali meluat..

+2
shift · 2 hours ago
Hipotisis bahawa hanya penyatuan orang Melayu dan Islam dapat mengekalkan kuasa politik Melayu dan Islam dan satu lagi hipotisis dengan mengekalkan kuasa politik orang Melayu dan Islam sahaja membolehkan orang Melayu dan Islam merebut kuasa ekonomi, adakah ini mau diterima sebagai teori untuk membangunkan negara Malaysia yang maju dan gemilang? Tapi selama lebih 30 tahun UMNO maju tanpa saingan menguasai politik ini menunjukkan teori ini tidak boleh dipakai sepanjang masa, Penyatuan orang Melayu dan Islam tidak salah, tapi kuasa politkk tidak akan dapat seiring dengannya, dulu, sekarang atau masa depan. Jikalau UMNO sudah sedia berubah supaya seiring dengan PAS, penyatuan sepatutnya menwujudkan perkongsian kuasa tanpa mengira kaum dan agama, tanpa prasangka buruk kalau tidak ada kuasa dua pertiga kaum Melayu akan hilang kuasa dan kaum lain sebagai musuh. Inilah anjakan minda yang memerllukan anjakan kaedah dan pendekatan sintisis yang harus diterima oleh pemimpin UMNO. Barulah ia boleh menjadi relevant kepada semua bangsa di Malaysia dan juga masyarakat global. Walau bagaimana meluat sekali pun, kita doa jangan sampai UMNO hilang terus dari arena politik, sama seperti kita mau mengekalkan kuasa raja-raja Melayu, gandingan dengan oragnanisasi politik lain yang sehaluan atau bertentangan dan akhirnya semua komponen-komponen kuasa ini akan sentiasa mewujudkan satu keseimbangan yang unitk dalam membentuk fungsi pembentukan dan pentadbiran negara di semua lapis dan peringkat.

+5
rakyat · 1 hour ago
Saya adalah ahli umno dan rakan2 telah meluat dgn pembesar2 umno yang sedang menghancurkan umno di bumi malaysia ini

+7
xxrayxx · 1 hour ago
its time to go... 51 years is enough...go my friend..go graceful even the malays despise the big U

+8
AJAJAL · 1 hour ago
UMNO going deeper in the water. Najib has no idea how to hold the wheel. Everyday their own media is sinking UMNO with false news.

0
aliutan · 25 minutes ago
Memang rakyat cukup MELUAT kat UMNO


5 ulasan:

  1. Sila tambah aku dengan 9 orang ahli keluarga aku yang lain yang meluat habis-habisan dengan UMNO.

    BalasPadam
  2. Memang diatas kertas jutaan ahli Umno. Tapi seseorang ahli Umno bukan lah wajib mengundi Umno. Tuhan telah berikan kita akal dan fikiran. Maka fikir dan nilailah sendiri perjuangan Umno benar atau tidak. Begitulah juga dengan ahli2 Umno yang ada akal dan fikiran nescaya mereka tidak suka pada pemimpin2 mereka yang rasuah dan jadi tali barut kepada yahudi.
    Najib janganlah bangga sangat jika hanya diatas kertas sahaja jutaan ahli Umno. Tapi Najib sendiri kena ingat adakah 100 peratus ahli2 Umno akan mengundi Umno?
    Rakyat sekarang bukanlah dizaman jakun, boleh ditipu dan diperbodohkan oleh pemimpin Umno. Sekarang dah zaman IT dan dapat maklumat dengan tepat. Kejahatan Umno semuanya rakyat dah tahu. Jadi kita yakin ahli2 Umno sendiri sudah meluap dengan Umno dan Pemimpin2 mereka yang sentiasa hidup untuk kepentingan diri dan membiarkan rakyat sengsara dalam kenaikan petrol dan barang2 keperluan.

    BalasPadam
  3. Aku sejak lahir2 dlm keluarga UMNO, Pak aku Pengerusi JKKK dulu, faham2 je la...la nie habih kami sekeluarga pangkah PAS...aku walau pun lahir dari kalangan org UMNO...tak penah pangkah UMNO BN ooo, nak habaq kat hampa...

    BalasPadam
  4. tak siapa yang buat andaian... tapi memang dah realitinya... orang dah meluat dengan umno bee end ni... NAJIB DAH GILA MEROYAN LAH TU... NANTI GILA TALAK LAH PULAK... POOORAH KAU NAJIB TAKUTBIN

    BalasPadam
  5. Sebab ramai sangat dah menyampah dengan UBN maka diadakan sidang berikut:
    Tajuk : Sidang Meloya
    Tarikh : Bila Bila rasa muntah
    Masa : Time menyampah meloya Kt UBN
    Tempat : Terbukameloya
    Peserta : Sesiapa saja yang terasa
    meloya, nak muntah termasuk
    kakitangan Utusan Meloya dan
    juak juak sekelian.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.