Pergantungan permit penerbitan Suara Keadilan perlu dibatalkan segera kerana ia akan menggambarkan keihklasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mewujudkan pentadbiran terbuka dan sistem yang lebih toleran serta bertanggungjawab.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menyifatkan tindakan yang dikenakan terhadap organ rasmi KEADILAN itu sebagai satu tindakan pilih kasih sedangkan akhbar seperti Suara Perkasa yang bersifat menghasut dan berbaur perkauman dibenarkan penerbitannya.
Beliau merujuk kepada penerbitan Suara Perkasa beberapa hari lepas dengan tajuk muka hadapannya meminta kerajaan mengambil tindakan Akta Keselamatan Negeri (ISA) terhadap Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong.
Beliau menyifatkan tindakan yang dikenakan terhadap Suara Keadilan merupakan satu kemenangan kepada kumpulan pelampau perkauman seperti Perkasa yang diterajui oleh pemimpinnya, Datuk Ibrahim Ali.
Katanya, penggantungan permit Suara Keadilan bercanggah dengan jaminan perdana menteri kononnya untuk mewujudkan pentadbiran telus dan terbuka, sedangkan penerbitan bersifat perkauman dan menghasut seperti Suara Perkasa dibiarkan edarannya secara meluas.
"Pergantungan permit organ KEADILAN, Suara Keadilan oleh Kementerian Dalam Negeri menggunakan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak perlu dibuat secara munasabah kerana ia bertentangan dengan ikrar Perdana Menteri untuk mewujudkan satu sistem yang lebih terbuka, toleran, telus dan bertanggungjawab dalam pentadbirannya," ujar beliau dalam satu kenyataan semalam.
Tegasnya, memandangkan Felda telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Suara Keadilan, adalah tidak wajar bagi pihak KDN meneruskan intimidasinya terhadap akhbar itu kerana perkara itu telah di bawa ke mahkamah.
"Satu daripada isu yang digunakan untuk menjustifikasi penggantungan Suara Keadilan ialah laporannya mengenai status kewangan Felda.
"Bagaimanapun, oleh kerana Felda telah memulakan saman RM200 juta dan tindakan undang-undang terhadap Suara Keadilan mengenai laporan itu, ia tidak sepatutnya menjadi asas untuk mana-mana tindakan oleh Kementerian Dalam Negeri," kata Kit Siang lagi. -SK
Ulasan GB
Begitu mudah KDN untuk menarik balik permit Suara Keadilan hanya kerana tak berpuashati jawapan dari SK didalam balasan surat tunjuk sebab.
Kita ingin nyatakan rakyat tak berpuas hati dengan tindakan diskriminasi dan pilih kasih KDN mengharamkan SK tetapi pada masa yang sama membisu dan membiarkan akhbar Suara Perkasa yang jelas mewujudkan ketegangan kaum.
Letak jawatan kamu-kamu semua di KDN sebelum kamu dicampak keluar oleh rakyat nanti!

Gantung Suara Keadilan Langkah Pertama Tekan Media Malaysia
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isu permohonan memperbaharui permit penerbitan lidah rasmi parti, Suara Keadilan yang ditolak Kementerian Dalam Negeri semalam menunjukkan betapa pentingnya Malaysia menggubal atau meminda dasar yang dapat memahami dan mencerminkan keadaan global negara.
"Pagi tadi Suara Keadilan diharamkan, esok program saya di Johor dibatalkan. Nasib baik mereka tak sempat tahu pasal program Mitchell Kapoor hari ini, kalau tidak dibatalkan sekali lagi," kata beliau membidas tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional yang berusaha mengekang aktiviti KEADILAN.
Permohonan tersebut tidak dipertimbangkan KDN atas alasan jawapan kepada surat tunjuk sebab yang diberi kepada Suara Keadilan pada 28 Jun lalu tidak memuaskan.
Tindakan KDN ini dipercayai berhubung tajuk laporan 'Felda Bankrap' yang disiarkan dalam edisi 22-29 Jun akhbar tersebut.
Ekoran itu, semalam Felda telah menghantar surat tuntutan ganti rugi sebanyak RM200 juta serta permohonan maaf daripada Suara Keadilan Anwar berkata kini tiada berita penting dan utama dipaparkan di media arus perdana kerana kesemuanya dikawal oleh kerajaan.
Sebelum itu ketika berucap di forum Inovasi dan Keusahawanan di Bangunan SUK, di sini hari ini, Anwar berkata Malaysia mempunyai tabungan simpanan tertinggi tetapi pelaburan asing terendah di Asia.
Beliau membidas akhbar seperti Utusan Malaysia yang menyorokkan komen beliau tentang Rancangan Malaysia Ke-10 yang mendedahkan kepincangan Malaysia yang mempunyai tabungan simpanan tertinggi tetapi pelaburan asing terendah di Asia.
Sebaliknya media arus perdana sibuk memburukkan beliau sebagai agen Yahudi dan Amerika.
Komen beliau mengenai kelemahah RMK-10 tidak akan dipaparkan langsung di dalam mana-mana media arus perdana yang dikawal kerajaan Umno-BN kerana takutkan kebenaran daripada diketahui umum.
Beliau juga mengulas mengenai lawatannya ke Amerika Syarikat baru-baru ini untuk menyampaikan syarahan.
"Saya telah dipanggil ke AS untuk berucap di Pusat Woodrow Wilson berkenaan hak asasi manusia dan telah berjumpa dengan beberapa sahabat yang masa telah dikritik oleh media arus perdana seolah-olah saya cuba membaiki hubungan dengan Yahudi.
"Sahabat saya terdiri daripada pelbagai kaum dan saya sendiri tidak tahu samada mereka Yahudi atau tidak. Ada antara mereka yang mengenali saya tetapi saya tidak begitu mengenali mereka. Yang penting di sini ialah saya tidak melihat mereka dari aspek perkauman tetapi perjuangan mereka dan begitu juga sebaliknya, mereka bukannya berkawan dengan saya kerana saya Melayu," tegas beliau lagi. -SK
Ulasan GB
Begitu mudah KDN untuk menarik balik permit Suara Keadilan hanya kerana tak berpuashati jawapan dari SK didalam balasan surat tunjuk sebab.
Kita ingin nyatakan rakyat tak berpuas hati dengan tindakan diskriminasi dan pilih kasih KDN mengharamkan SK tetapi pada masa yang sama membisu dan membiarkan akhbar Suara Perkasa yang jelas mewujudkan ketegangan kaum.
Letak jawatan kamu-kamu semua di KDN sebelum kamu dicampak keluar oleh rakyat nanti!
Pada kebiasaannya,orang yang telah melakukan kesalahan itu,TIDAK akan mengaku kesalahan yang telah dilakukannya.
BalasPadamMereka menganggap tindakan yang dimbil adalah sebagai menghukum dan bukannya sebagai membetulkan kesalahan.
Jangan salahkan LANTAI kalau tidak tahu MENARI !
Inilah perbezaan antara BN dgn PR. Dalam BN, hanya pak turut (YES MAN) yang otaknya beku berbanding dengan PR yang membenarkan 'perbahasan' yang sihat.
BalasPadamAnyway, cerita di arus perdana tak boleh dipercayai kerana dikuasai golongan munafikun. maklumlah.
Hanya satu cara utk SK kembali di pasaran,
BalasPadamHentikan mengecam UMNO(BN),
Malah klu nak lagi cepat di beri hak (permit)Katakan kami menyokong Kera-jaan.
Dasar Yahudi Apco mudah saja.
itulah yang dikatakan demo kera si.
BalasPadamUntuk menutup kelemahan dan kejahatan pemimpin2 Umno-BN, maka terpaksa Permit Suara Keadilan digantung. Itulah hakikatnya.. tapi Umno dan Najid sendiri harus faham meski pun tanpa Suara Keadilan, imej Umno dimata rakyat tetap jahat buat kini dan selama2nya. Mereka tak berani nak berdepan dengan suara keadilan dimahkamah kerana segala2 kejahatan pemimpin2nya akan terbongkar. Itu sebabnya Najid dan kuncu2nya mengantung permit Suara Keadilan daripada dibicara di mahkamah.
BalasPadamKalau tidak keberatan , sila terbitkan WARTA DAP (THE ROCKET)dalam versi melayu sepenuhnya....
BalasPadamnajib memang sudah takut dengan suasana rakyat yang semakin bijak dan cerdik membuat penilaian... walau apapun tindakan mereka terhadap pakatan rakyat.. dan dengan cara apa sekalipun... hanya segelintir orang2 umno yang memang sengaja membodohkan diri kerana nak kan duit atau diperbodohkan oleh najib saja yang mempercayainya.... semakin najib menekan pakatan rakyat, maka dengan itu semakin bertambahlah sokongan rakyat kepada pakatan rakyat dan semakin banyaklah terbongkarnya pekong umno yang memang dah busok dan semakin menjadi bangkai.....
BalasPadam