11 Jul 2010

Jangan Sebarkan Ramalan Bola Sepak Yang Tidak Berasaskan Kajian

Percaya ramalan boleh rosakkan akidah: Mufti

KUALA LUMPUR: Tokoh agama di negara ini mendakwa amalan mempercayai ramalan atau tilikan adalah haram di sisi agama Islam dan boleh merosakkan akidah.

Mufti Johor, Datuk Tahrir Shamsudin, berkata ramalan bagi menentu keputusan perlawanan bola sepak juga adalah haram dan umat Islam yang mempercayainya melakukan dosa besar kerana syirik terhadap Allah.

“Dalam hadis ada menegaskan ramalan, tekaan atau tilik menilik yang dilakukan manusia adalah satu pembohongan. Maka, jika manusia yang meramal pun dipanggil pembohong, apatah lagi jika haiwan yang meramal.

“Jika setiap ramalan itu betul, ia hanya kebetulan, bukan kerana kepandaian dimiliki manusia atau haiwan, sebaliknya hanya kebetulan. Oleh itu, haram bagi umat Islam percaya kepada ramalan. Ia akan merosakkan akidah, diri, keluarga dan masyarakat kerana mendorong kepada amalan bertaruh dan berjudi,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sebelum ini, masyarakat dunia dikejutkan dengan ramalan keputusan perlawanan bola sepak Piala Dunia yang dilakukan seekor sotong kurita bernama Paul. Bagi pertemuan akhir antara Belanda dengan Sepanyol sotong berkenaan meramalkan kemenangan bakal memihak kepada Sepanyol.

Selain sotong kurita, seekor burung nuri yang dipelihara di Singapura, dikenali sebagai ‘Mani Si Nuri’ pula meramalkan Belanda akan menewaskanSepanyol bagi menjuarai Piala Dunia 2010.
Tokoh agama, Datuk Abu Hassan Din, berkata umat Islam yang mempercayai sesuatu ramalan itu perlu sedar bahawa solatnya tidak akan diterima oleh Allah selama 40 hari.

“Jika seseorang itu perca ya kepada sesuatu ramalan, maka Allah tidak akan menerima solatnya selama 40 hari. Umat Islam tidak boleh percaya kepada ramalan seperti itu dan ia salah di sisi Islam,” katanya.

Sementara itu, bagi pendakwah bebas, Datuk Md Daud Che Ngah, berkata perkara yang akan berlaku pada masa depan terletak di tangan Allah dan manusia atau haiwan tidak boleh meramalkan apa yang bakal berlaku.

“Kita hanya boleh merancang, tetapi Allah yang menentukan dan tidak boleh meramalkan sesuatu bakal berlaku, hanya Allah berhak meletak jawapannya (apa yang akan berlaku) dan kita tidak boleh mendahuluiNya,” katanya.

Katanya, perbuatan mempercayai ramalan dan juga lebih mengutamakan sesuatu perlawanan bola sepak sehingga mengabaikan solat adalah perbuatan syirik dan dimurkai Allah. -BH

Ulasan GB

Sejak demam bola berlansung, tersebar ramalan dari apa yang disebut sotong kurita yang dikatakan telah dapat meramal dengan tepat termasuk keputusan penentuan tempat ke3 dan ke4 dimana Jerman berjaya mengalahkan Uruguay pagi tadi.

Ramalan yang berasaskan kajian dan sejarah, berasaskan prestasi dan pencapaian dibenarkan tetapi apabila ada unsur tilikan menggunakan binatang seperti burung, sotong, ikan dan seumpanya jelas terlarang.

Banyak portal berita menyiarkan mengenai kisah sotong kurita tersebut dan ditambahi pula dengan ramalan burung kakak tua dari Singapura yang juga membuat ramalan Piala Dunia.

Berita itu kemudian telah disalin tampal oleh para blogger.

Perlu diperingat bahawa bukan sahaja mempercayai tenungan dan ramalan haiwan berkenaan itu haram, menyalin-tampal dengan maksud menyebarkan berita mengenainya juga adalah haram di sisi agama. Penyebarannya seolah-oleh membenarkan ramalan berkenaan dan menyesatkan pembaca-pembaca blog.

Walaupun anda tidak mempercayainya tetapi anda telah menyebarkannya di blog anda. Ia tamsil seorang pekedai yang tidak minum arak tetapi menjual arak di kedainya.

Lebih ramai yang membacanya, ebih banyaklah dosa yang dipikul oleh penyalin berkenaan.

Justeru itu, elakkan diri kita dari mendapat dosa percuma di musim bola ini.


7 ulasan:

  1. Tak disangkal kenyataan Mufti Johor dan lain-lain ulamak mengenai "ramalan" tu betul.Tapi ada hal lain yang lebih besar dan berat jika dibandingkan dengan isu "ramalan" ni.Bagaimana tentang meluluskan lesen judi dan arak?Memakan harta orang miskin? Isteri-isteri pemimpin tak menutup aurat? Mengapa tak komen hal-hal "besar" ni?Kerana yang buat kerja "meramal" ni orang biasa,rakyat tepi jalan dan duduk diwarung-warung,maka berkokoklah mufti.Kokokan ini tidak menjejaskan periuk-nasi dia.Nahi munkar yang terpilih.

    BalasPadam
  2. Bagaimana pula Ramalan Sotong yang diterbitkan didalam penerbitan harakah yang terbaru.....

    BalasPadam
  3. blogenstarz

    boleh bagi sumbernya.

    BalasPadam
  4. Aku baca juga harakah keluaran terbaru tak ada la pulak pasai cerita tu...tapi dalam Utusan Malaysia mesti wajib keluar keputusan nombor ekor ada la...

    BalasPadam
  5. Blogenstarz,

    Masih tidur lagikah????

    BalasPadam
  6. Ala tu, kartun la blogenstarz...nak sindir hampa la yg duk pecaya benda2 mengarut macam tu...

    BalasPadam
  7. sah,,,, blogenstars umnoco pekat, keluar la dari kepumpong umnoapco, tengok dunia luar betapa indahnya.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.