13 Jul 2010

Isu Pasir Selangor: Perompak Yang Tuduh Orang Laim Perompak

MB Bidas Dakwaan Pasir Dengkil Dilombong Secara Haram

Menteri Besar Selangor membidas dakwaan Ketua Pembangkang Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo yang mendakwa pasir bernilai RM220 juta dilombong secara haram di Dengkil.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata dakwaan Dr Khir Toyo itu yang dibantu oleh laporan akhbar The Star dan Utusan Malaysia adalah tidak berasas kerana operasi itu diuruskan secara sah oleh syarikat milik kerajaan Selangor, Kuala Semesta Sdn Bhd, yang diberi permit oleh Pejabat Daerah Kuala Langat Januari lalu.

KSSB kemudiannya melantik syarikat Cheong Weng Trading Sdn Bhd untuk melaksakan operasi perlombongan juga pada bulan yang sama.

"Juga saya ingin maklumkan bahawa kawasan lombong itu bukan di Bukit Changgang seperti yang dilaporkan mereka. Ia di Kampung Olak Lempit," kata Khalid dan menambah kawasan perlombongan itu hanya melibatkan 120 ekar tanah, dan bukan 120 hektar seperti yang dilaporkan.

"Operasi fasa pertama melibatkan 60 ekar, manakala fasa kedua akan bermula apabila kawasan yang dikenal pasti untuk perlombongan telah sedia," kata Khalid.

Tan Sri Khalid menjelaskan kelulusan untuk melombong juga diperoleh dari Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Perparitan, Jabatan Galian dan Geosains, Jabatan Alam Sekitar dan Lembaga Urus Air Selangor.

"Firma perunding Enviro Enhance Sdn Bhd bertanggungjawab untuk merangka dan menyerahkan laporan bulanan operasi perlombongan kepada Jabatan Alam Sekitar.

Khalid menolak dakwaan Khir Toyo yang kononnya 10 juta tan pasir mencecah RM220 juta telah dilombong oleh pelombong haram dalam masa sesingkat dua minggu. Beliau berkata adalah mustahil untuk berbuat demikian.

"Sejak mula operasi pada Januari, syarikat berkenaan telah mengalihkan 400,000 tan pasir bernilai RM7 juta. Mustahil kalau kata 10 juta tan dalam masa dua minggu kerana itu memerlukan 500,000 lori untuk mengalihkan pasir sebegitu banyak," jelas Khalid.

Khalid turut mengumumkan bahawa kerajaan negeri telah mengenalpasti kawasan perlombongan haram di Selangor, dan mengambil langkah yang perlu untuk mengatasi masalah itu.

"Saya dapati terlalu ramai mereka yang terlibat dalam operasi pasir ini bukan saja individu. Ada juga kepimpinan kampung, pegawai kerajaan, pembawa lori, dan rupa-rupanya samseng pun terlibat.

"Barulah saya tahu industri ini ramai peminat. Bila kita kurangkan duit poket ini, terdapat heboh begitu besar, tapi kita mesti selesaikan," katanya ketika menjawab soalan lisan di DUN Selangor hari ini.

3 ulasan:

  1. UMNO terlibat dalam kegiatan curi pasir, kemudian tuduh kerajaan negeri pakatan rakyat

    BalasPadam
  2. Dalam mymetro online tulis menteri besar selangor berkata.. terlalu ramai berminat untuk menceburi dalam industri pasir di selangor..Tapi disini lain pulak MB beritahu..Saya dapati terlalu ramai mereka yang terlibat dalam operasi pasir ini bukan saja individu. Ada juga kepimpinan kampung, pegawai kerajaan, pembawa lori, dan rupa-rupanya samseng pun terlibat.
    "Barulah saya tahu industri ini ramai peminat. Bila kita kurangkan duit poket ini, terdapat heboh begitu besar, tapi kita mesti selesaikan," katanya ketika menjawab soalan lisan di DUN Selangor hari ini.Apa nak jadi dengan IQ wartawan 1malaysia ni..

    BalasPadam
  3. APAKAH ORANG YANG BERAK KAT TENGAH JALAN NAK MENGAKU DIA YANG PUNYA TAIK TU.... HAMPEH PUNYA UMNO BEE END... MEMANG MUKA TAK TAU MALU....

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.