1 Jun 2010

Undi Tidak Percaya Kepada Najib

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diberi tempoh 48 jam untuk bertindak segera membentang pelan bagi menyelamatkan rakyat Malaysia yang ditawan oleh rejim Zionis.

Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, parti itu juga menuntut dalam tempoh 48 jam berkenaan Najib perlu memanggil sidang khas parlimen membincangkan isu serangan Israel ke atas flotila kebebasan yang menghantar bantuan ke Semenanjung Gaza.

"(Selain itu), dalam tempoh tidak lebih dari 48 jam kerajaan hendaklah menamatkan kontrak dengan syarikat perunding antarabangsa yang merupakan proksi kepentingan politik Israel dan Amerika Syarikat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pakatan Rakyat, juga katanya menuntut kerajaan menghentikan dengan segera sebarang urusan perdagangan yang rasmi atau tidak rasmi dengan Israel.

Beliau juga kecewa dengan Najib yang hanya mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan serangan itu Israel hanya pada tengah malam semalam.

"Kenyataan itu hanya dibuat selepas didesak oleh pelbagai pihak yang mengangap kerajaan terlalu lembab dan takut untuk membuat kenyataan mengecam perbuatan lanun laut rejim Israel," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kelembapan perdana menteri itu, katanya, dilihat seperti menunggu apa nasihat dari Apco Worlwide untuk kerajaan bertindak tanpa menjejas kerja firma Yahudi itu yang diamanahkan oleh kerajaan untuk memulihkan kepercayaan Amerika terhadap kerajaan Malaysia.

"Tindakan rejim Israel tersebut adalah berpunca dari sikap lunak dan pak turut dasar luar kerajaan-kerajaan di dunia termasuk Malaysia yang menyumbang kepada tindakan kejam Israel.

"Perbuatan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib yang begitu mesra Amerika dan Zionis mesti dikecam oleh seluruh rakyat Malaysia," kata beliau. -mk

Ulasan GB

Ringkas saja, kelembapan Najib dengan keengganan untuk memutuskan hubungan dengan APCO perlu diajar dengan diberikan undi tidak percaya terhadap beliau di Parlimen.


2 ulasan:

  1. Sama-sama kita membuat bantahan dengan menyertai
    mana-mana group Save Palestine serta memboikot
    lebih banyak produk dan servis mana-mana company
    yang menyumbang kpd Israel dan sekutunya Amerika.

    Seruan dilaungkan penuh kesedaran kepada semua
    Blogger Malaysia supaya memboikot Starbucks dan tidak
    lagi minum di sana kerana company Starbucks jelas
    menyumbang pendapatannya secara terus kepada Israel.

    Kita berjuang dgn cara masing-masing. Jangan bayar 1 sen
    pun kepada mana-mana company yang ada kaitan dgn
    Israel dan sekutunya Amerika. Ini termasuklah Adobe, Dell,
    Microsoft, Intel dan semuanya. Walaupun x dpt cara alternatif
    tapi pepandaila cari jalan jgn bayar satu sen mengalir ke kantung poket mereka ini.
    http://waksab.blogspot.com

    BalasPadam
  2. APCO di bela najib, rakyat malaysia di ancam israel

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.