Srikandi PKR 'tawan' universiti
Srikandi PKR semakin melebar sayap dalam meraih sokongan pengundi muda khususnya golongan mahasiswa institusi pengajian tinggi di Malaysia.
Bercakap kepada TV Selangor, Ketua Srikandi PKR, Siti Aishah Shaik Ismail berkata kerancakan kempen Srikandi mendorong mereka menembusi 40 peratus IPT termasuk Universiti Teknologi Malaysia (UiTM).
Lebih manis lagi, kejayaan ini datang ketika pergerakan Puteri Umno dilanda bibit-bibit perpecahan walaupun ia cuba diselindung ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
Rosnah dipercayai terpaksa membuat kenyataan media kononnya tiada masalah kepimpinan melanda Puteri Umno berikutan desas desus mengenai kegagalan pergerakan itu menggamit sokongan pengundi muda, bukan rahsia lagi.
“Sebenarnya Puteri Umno sedang mengalami permasalahan yang ketara. Kita lihat di peringkat negeri pun, pengaruh mereka semakin menurun akibat sikap pemimpin mereka yang mengamalkan standard tertentu." katanya.
Siti Aishah menyifatkan kebanyakan pemimpin dan ahli Puteri Umno yang mengejar populariti dan menonjolkan imej elitis di kalangan rakyat marhaen.
Ini menyebabkan Puteri Umno tidak popular di kalangan rakyat dan kini, tidak lagi kedengaran program melibatkan mereka.
“Punca utama kelemahan mereka ialah kerana mereka dilihat sebagai satu golongan elit yang hanya mengejar populariti - itu yang menyebabkan mereka gagal mendampingi pengundi muda.
"Kita melihat Puteri Umno hampir 100 peratus mendiamkan diri dan tidak pun memberikan pandangan atau idea-idea yang bernas bagi membantu golongan generasi muda,” katanya.
Sebaliknya, Srikandi PKR bersungguh-sungguh menawan hati rakyat hingga mampu menambat keyakinan pengundi muda, lebih-lebih lagi golongan terpelajar.
“Kita berjaya menembusi hampir 40 peratus universiti di Malaysia termasuk UiTM dan UIA. Bukan bergantung kepada mahasiswa mencari kita di luar tetapi kita sudah mampu masuk sendiri melalui gerakan yang kita bina,” katanya. -mk
Ulasan GB
Tahniah Srikandi.
Apa khabar Muslimat PAS? Penubuhan Muslimat Muda yang disyorkan oleh Mursyidul Am PAS, TGNA ditolak sebulat suara oleh Dewan Muslimat. Kini muslimat PAS terpinggir di ipt.
Hal ini bertepatan dengan ulasan GB sebelum ini di SINI. Petikan:

Dewan Muslimat dah garang kerana dah tuntut kerusi Naib Presiden? Sudah tak perlu dengar nasihat dan saranan Mursyidul Am PAS, TGNA yang mencadangkan sendiri agar ditubuhkan sayap baru iaitu Muslimat Muda?
UMNO sudah ada Puteri UMNO, PKR sudah ada Srikandi, jadi saranan TGNA itu adalah tepat pada masanya bahawa Dewan Muslimat perlu ada sayap Muslimat Muda untuk menarik golongan muda menyertai aktiviti dan program parti.
Kita masih ingat sewaktu Puteri UMNO hendak ditubuhkan dulu, yang menentangnya ialah Ketua Wanita, Rafidah Aziz kerana bimbang Pergerakan Wanita UMNO akan lemah apatah lagi menggugat peranan dan status quo wanita UMNO yang sememangnya sudah kerepot di mata para pemuda dan pimpinan UMNO sendiri.
Kini nampaknya perwatakan Kak Pidah itu berulang di dalam Dewan Muslimat. Ditolaknya usul penubuhan sayap Muslimat Muda cadangan TGNA.
Yang rugi ialah wanita sendiri, terutama mahasiswi-mahasiswi di ipt tempatan tiada pilihan selain dari memenuhi borang Puteri UMNO yang diedarkan kepada mereka secara berleluasa, berputih mata dan berdosalah muslimat PAS kerana gagal menyediakan alternatif kepada mereka dan sekadar menjadi pemerhati apabila tenaga muda dari kalangan mereka sudah berada di pihak lain.
Ubah-ubahlah perangai supaya cerdik sikit demi keutuhan parti. TGNA tidak mencadangkan sesuatu untuk meruntuhkan parti seperti pemimpin lain. Yakinlah! -GB
Syabas Srikandi PKR.Gulongan muda-mudi,khususnya yang diIPT,wajar diapproach ikut rentak dan alam mereka.Tidak dinafikan berdakwah tu wajib,tapi kaedah yang digunakan jangan sampai mereka menolak kita.Disinilah letaknya kreativiti pemimpin-pemimpin muslimat PAS untuk merapatkan pengundi muda ni rapat dengan kita.Lihat gelagat Pemuda PAS,tengok Ketuanya saja semua orang muda lari.Parti PAS adalah sebuah organisasi siasah cum dakwah.Pertimbangan dan adunan inilah yang wajar dirancang untuk dilaksanakan.
BalasPadammahasiswa bersama gerakan mansuh ISA
BalasPadambro GB... Nisa' dah ada laa... Nisa tu yg kena perkasakan. xyah susah2 muslimat muda.
BalasPadam