28 Jun 2010

SPRM Enggan Benarkan Peguam Bantu PI Bala

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dilaporkan enggan mengambil keterangan penyiasat kontroversi P Balasubramaniam di hadapan para peguam.

Peguam PI Bala, Americk Sidhu berkata SPRM tidak mahu peguam turut sama dalam sesi mengambil keterangan bekas anggota Cawangan Khas ini yang membongkar hubungan antara Presiden Umno Najib Abdul Razak dan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Sesi tersebut ditetapkan pada 5 dan 6 Julai di London, Malaysian Insider melaporkan.

Americk berkata SPRM juga menolak permintaan peguam memohon transkrip video sesi itu.

Pertemuan tersebut dijadualkan pada 5 dan 6 Julai depan di London.

"Ya, kami di peinkat akhir perundinga di ketika ini.

"Semuanya telah dipersetujui kecuali SPR< tidak membenarkan peguam kami hadir semasa sessi mengambil keterangan dilakukan,” kata Americk.

“Kami tidak bersetuju dengan syarat tersebut, oleh itu kita akan tahu hasil rundingn minggu depan,” tambah beliau, dan menyatakan tempat pertemuan telah ditempah unuk 5 dan 6 Julai.

Americk menyatakan Bala sedang menunggu para pegawai SPRM untuk datang ke London.

Para pegawai SPRM sebelum ini membenarkan rakaman sessi mengambil keterangan dilakukan tetapi mereka telah mengubah pendirian kemuadiannya, kata peguam Bala.

Bala telah menghilangkan diri pada 2008 selepas mengeluarkan dia akuan bersumpah yang bertentangan mengenai konspirasi pembunuhan Altantuya.

3 ulasan:

  1. kah...kah...kah...

    apa punya pegawai SPRM la cam ni...
    Nak ambil keterangan depan peguam pun tak berani ka...
    Nak ambil salinan videiopun tak berani ka..

    Apa.....takut bocor rahsia ka... atau....malu kerana sendiri dah buat salah ka....atau...mahu rasuah ka???


    Ha...ha...ha....
    Macam mana mau telus ha ini macam...
    Karja asyik nak menipu dan mengampu kerajaan aja...

    Boleh belah laaaaa...

    BalasPadam
  2. SPRM buat kerja untuk sorok kejahatan UMNO dan BN, rakyat dah tahu.

    BalasPadam
  3. jangan cari bala jatuh bangunan????

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.