30 Jun 2010

Siapa Belasah Wang Pos Malaysia Sampai Kerugian?

Kerugian Pos Malaysia: PAC panggil Adam Kadir hari ini

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil bekas Pengerusi Pos Malaysia Tan Sri Adam Kadir hari ini bagi menjelaskan mengenai tuduhannya sebelum ini mengenai kerugian Pos Malaysia.

Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid berkata pihaknya akan mendengar penjelasan daripada Adam berhubung beberapa kenyataannya sebelum ini dalam media.

"Kita juga akan panggil Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pos Malaysia. Kita nak tahu apa masalah yang sebenarnya seperti yang dilaporkan dalam media dan blog sebelum ini," katanya kepada pemberita di Parlimen di sini hari ini.

Azmi juga berkata pihaknya sejak pagi tadi sudah pun mendengar penjelasan daripada Ketua Pegawai Operasi (COO) Khazanah Nasional Berhad Datuk Mohammad Zainal Shaari dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Datuk Syed Faisal Albar mengenai kerugian sayrikat berkaitan kerajaan (GLC) itu.

"Kita akan mendengar penjelasan semua pihak dahulu, baru boleh buat kesimpulan mengenai tindakan PAC yang seterusnya," katanya. Pos

Adam yang juga Presiden Pertubuhan Bekas Wakil Rakyat Umno (Pakku), sebelum ini mendakwa Khazanah cuba menyembunyikan gambaran sebenar kerugian sebanyak RM546 juta yang ditanggung Pos Malaysia.

Khazanah bagaimanapun menyangkal tuduhan bekas Yang DiPertua Dewan Negara itu.

Sementara itu, Azmi turut mengesahkan pihaknya akan mendengar penjelasan daripada Sime Darby Ogos depan.

"Sime Darby meminta untuk menangguhkan perjumpaan dengan PAC kerana buat masa ini mereka sedang menjalankan siasatan forensik dalaman sendiri. Jadi kita tak mahu campur tangan dan merumitkan keadaan," katanya.

Kumpulan Sime Darby Berhad sebelum ini juga dilaporkan mengalami kerugian operasi sejumlah RM1.019 bilion dari operasi bahagian tenaga dan utiliti bagi tempoh kewangan sembilan bulan pertama yang berakhir 31 Mac lalu. -FMT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.