Perwakilan tolak usul tubuh muslimat muda
Dewan Muslimat PAS hari ini menolak usul menubuhkan sayap baru muslimat muda biarpun Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Nik Mat menyarankan agar sayap baru itu ditubuhkan bagi menarik golongan muda.
Penolakan usul itu, yang dibawa perwakilan Pengkalan Chepa, Zaharah Mohd itu, dibuat secara sebulat suara oleh perwakilan di muktamar di Kota Bharu.
Zaharah mencadangkan usul muslimat muda itu supaya disertai wanita muda berusia bawah 40 tahun sebagai menampung pertambahan ahli membabitkan generasi muda dan langkah menarik golongan muda.
Bagaimanapun, ketika membahaskan usul berkenaan perwakilan Ipoh Timur, Diana Mohd Sani membantah usul itu.
Beliau berkata masanya belum tiba bagi Dewan Muslimat PAS menubuhkan sayap baru itu meskipun sudah menjangkau 50 tahun penubuhannya. - Bernama
Ulasan GB
Dewan Muslimat dah garang kerana dah tuntut kerusi Naib Presiden? Sudah tak perlu dengar nasihat dan saranan Mursyidul Am PAS, TGNA yang mencadangkan sendiri agar ditubuhkan sayap baru iaitu Muslimat Muda?
UMNO sudah ada Puteri UMNO, PKR sudah ada Srikandi, jadi saranan TGNA itu adalah tepat pada masanya bahawa Dewan Muslimat perlu ada sayap Muslimat Muda untuk menarik golongan muda menyertai aktiviti dan program parti.
Kita masih ingat sewaktu Puteri UMNO hendak ditubuhkan dulu, yang menentangnya ialah Ketua Wanita, Rafidah Aziz kerana bimbang Pergerakan Wanita UMNO akan lemah apatah lagi menggugat peranan dan status quo wanita UMNO yang sememangnya sudah kerepot di mata para pemuda dan pimpinan UMNO sendiri.
Kini nampaknya perwatakan Kak Pidah itu berulang di dalam Dewan Muslimat. Ditolaknya usul penubuhan sayap Muslimat Muda cadangan TGNA.
Yang rugi ialah wanita sendiri, terutama mahasiswi-mahasiswi di ipt tempatan tiada pilihan selain dari memenuhi borang Puteri UMNO yang diedarkan kepada mereka secara berleluasa, berputih mata dan berdosalah muslimat PAS kerana gagal menyediakan alternatif kepada mereka dan sekadar menjadi pemerhati apabila tenaga muda dari kalangan mereka sudah berada di pihak lain.
Ubah-ubahlah perangai supaya cerdik sikit demi keutuhan parti. TGNA tidak mencadangkan sesuatu untuk meruntuhkan parti seperti pemimpin lain. Yakinlah!

biasalah muslimat PAS, sukar utk berubah sepertimana sukar untuk menerima hakikat BERPOLIGAMI. Hehehe....
BalasPadambukankah PAS dah ada Nisa' yg sama peranan dgn srikandi PKR dan putri umno..
BalasPadamjgn marah yee..kalu kutuk umno bolehh..aku nak kutuk pas pulak malam ni..heii muslimat kamu ni jumud dan otak kecik..kepada ketua Pemuda PAS..aku rasa aku respek lagi Prebit Khairy dari Ketua Pemuda PAS..alahai lembap!!!
BalasPadamSalam.
BalasPadamPurata pengundi 21 - 39 = 35%. 40 - 59 = 38% manakala 60 tahun ke atas 28%. Maka amat wajar Muslimat Muda ditubuhkan.
anon 9.59 pm menulis
BalasPadam"bukankah PAS dah ada Nisa' yg sama peranan dgn srikandi PKR dan putri umno.."
Nisa' bukan diinstitusikan sebagai sayap utama PAS. Ia adalah pertubuhan yang berasingan.
http://www.webnisa.net
Salam Bro
BalasPadamDalam banyak bab, kita kata macam ni lah "Selalunya TGNA berpandangan jauh kehadapan, sehingga terkadang tidak dapat diterima oleh pimpinan dan ahli" kerana PAS (Pas Always Slow)
aku setuju...
BalasPadamsewajarnya dewan nisa (muslimat muda) ditubuhkan bagi menarik seberapa banyak golongan wanita muda, tetapi kebodohan muslimat tua PAS ini menyebabkan PAS kerugian besar..
Aku naik loya dgn muslimat PAS, menyampah meluat.. muslimat PAS ni hanya untuk golongan Tudung Labuh yang besar2 je...
KALAU WUJUD MUSLIMAT MUDA. SEKURANG2NYA MAMPU MENARIK GOLONGAN TUDUNG BIASE2 DALAM PAS
(ayat simbolik)...
dan dalam masa yang sama memberi alternatif kepada puteri UMNO..
sekarang ni golongan perempuan muda, dah tak ada alternatif.. mereka terpaksa masuk puteri umno walaupun mereka tak suka umno..
wanita muda ramai yg meluat dgn MUSLIMAT PAS TUA, SBB PERASAN BAGUS SANGAT..
sekdar berkongsi pengalaman di tempat saya belajar
BalasPadamsewaktu kami di tahun akhir, masing-masing akan sibuk mencari pekerjaan.
dan pada masa itu, UMNO akan mengedarkan borang Puteri untuk diisi oleh semua bakal graduan dengan janji untuk mendapatkan pekerjaan.
pada masa usrah, kami terpaksa akur supaya tidak mengisi borang tersebut. tetapi apabila terkenangkan susah utk dptkan pekerjaan, at last kami "terpaksa" curi-curi mengisi borang berkenaan.
hal tersebut dapat dielakkan jika PAS sudah bersedia dengan program Muslimat Mudanya seperti yg dilakukan oleh Puteri UMNO.
Dan yg paling menyedihkan ramai mahasiswi2 yang telah ditarbiyah oleh gerakan Islam tak dapat dimanafaat oleh PAS. Sebaliknya dipikat dan disunting oleh pemuda UMNO.
Itulah serba-sedikit kisah nasib kami ....
Biasa lah apa yg.baik kadang kadang ada atau banyak halangan nya.
BalasPadamInsyallah satu masa nanti,akan datang jua kebaikan itu,.
Hilang kabus "tanpak" lah die,kata nenek gua.
Apa yg.tanpak gua pon tak tau.
Jgn Maree!!!
kalau itu adalah keputusan sebulat suara, terima aja la, walaupun ada saranan dari TGNA.
BalasPadamKalau tak nak terima, lain kali tak perlu la bermuktamar dan buat undang2 yg terima apa jua saranan Musyidul Am.
-Mohd, Rusila, Mansoura, Egypt, Pulau Melaka
kah kah kah!
BalasPadamAlhamdulilah ! kita berada diatas kedudukan yang betul.
Mursyid am TGNA mencadangkan ditubuhkan muslimat muda.
Muslimat Pengkalan Chepa (kawasan TGNA)menolak cadangan tersebut.
Bagaimana boleh berlaku satu cadangan dari mursyid am, kemudian cadangan ditolak wakil muslimat dari kawasan Pengkalan Chepa.
Teringat saya kepada UMAR bin Al-KHATAB. Beliau telah ditegur oleh seorang wanita, dan beliau menerima teguran tersebut dgn perasaan rendah diri. Ini pemimpin contoh umat Islam sepanjang zaman. Kami rela cadangan mursyid am ditolak, kerana muslimat kita "tidak takut untuk bercakap benar".
Syabas TOK GURU! takbiiiir.
#Cadangan untuk mengadakan muslimat muda merupa satu cadangan terbaik, memenuhi tuntutan semasa dan selari dgn fitrah perjuangan Islam. Saya rasa dewan muslimat tentu akan menerima cadangan ini, cuma masa yang menentukan. Saya rasa selepas Muktamar ini cadangan ini diterima sebulat suara oleh parti.
tak perlu lah Dewan Muslimat Muda... penggerak dikalangan muslimat pun tak ramai, tiba2 nak buat dewan muslimat muda.. nak gerakkan perjuangan bukan senang... dikala kalah ramai yang tak mau support.. bila menang semuanya mengaku "Aku ada saham untuk kemenangan". kekallah hendaknya dewan muslimat sebegitu.. bukannya ramai pimpinan yang sanggup bagi bini bergiat dalam dewan muslimat sebab takut rumahtangga berantakan dan anak2 takut pada perjuangan yang didokongi.
BalasPadamSaya setuju dengan pandangan ini:
BalasPadamSekretariat Parlimen Kota Raja said...
Salam Bro
Dalam banyak bab, kita kata macam ni lah "Selalunya TGNA berpandangan jauh kehadapan, sehingga terkadang tidak dapat diterima oleh pimpinan dan ahli" kerana PAS (Pas Always Slow)
Mohd Ruslia kata
BalasPadam"kalau itu adalah keputusan sebulat suara, terima aja la, walaupun ada saranan dari TGNA.
Kalau tak nak terima, lain kali tak perlu la bermuktamar dan buat undang2 yg terima apa jua saranan Musyidul Am."
bebal sungguh. di dalam Islam suara majoriti bukan bererti suara kebenaran.
kebenaran di dalam Islam tidak didasarkan kepada undi angkat tangan.
itu sebab GB kata kak pidah ramai dalam dewan muslimat. tak nampak hikmah nasihat TGNA.
"Nisa' bukan diinstitusikan sebagai sayap utama PAS. Ia adalah pertubuhan yang berasingan."
BalasPadamkalau gitu, serapkan Nisa menjadi sayap muslimat muda
sekurang-kurangnya, wanita muda bila lihat ada sayap dalam PAS yang sebaya tetapi aktif untuk parti mungkin akan tertarik nak join....sebab terusterang, ramai yang "turned off" atau "phobic" lihat muslimat PAS yang konservatif dalam pakaian dan percakapan [walaupun sesama wanita]dan kadangkala sikap yang "patronising" pada orang luar....
Muslimat Muda perlu, kerana budak2 muda x sampai 2% yang sanggup memakai tudung labuh dan besar tu semata2 nak aktif dalam Muslimat. Lg 1 toksah sekat anak muda lelaki yg nmpak rock atau girl yg vogue dari sertai Pas. biaqla mula2 rock/vogue, lama2 mgkin dapat hidayah. Lagipun gaya Muslimat sekarang ni mcm sesuai untuk makcik-makcik sahaja melainkan lepasan univ Timur Tengah yg x berapa kerat tu
BalasPadamguna la nama Puteri PAS ke,
BalasPadamGadis PAS ke...
pilihlah nama yang sedap2 sikit dan nampak komersil..
Muslimat Muda... macam nama minyak gamat dan kelapa muda... sengal sungguh...
Kalau kamu nak tarik golongan muda, kene la buat kajian nama yang sesuai dgn aspirasi anak muda... bukan guna pendekatan orang tua...
mungkin Dewan Muslimat tak berani wujudkan Muslimat MUDA( bagi la nama lain) sebab takut Dewan Muslimat akan digelar Dewan Muslimat Tua.. hik3x..
Kalau lulus je dewan muslimat muda, automatik dewan muslimat pas akan bertukar menjadi dewan muslimat tua pas...
APE LA SALAHNYA NAK BAGI NAMA PUTERI PAS?? LANTAK LA NAMA SAMA ATAU TAK DENGAN UMNO.. MANA YANG BAIK KITA AMIK, MANA YANG BURUK JANGAN LA AMIK...
anti-Dewan Muslimat Tua PAS Pusat (DMTPP)